Tuesday, November 27, 2007

kabaret


Tadi tgh nk beli barang kat tesco. Tetiba ada satu keling ni kacau tun, Cakap "u re so pretty, can i get ur number?". What the hell. Ini adalah contoh ayat jantan kabaret. Tiang pakai skirt pun ko cakap cantik. Diorang ni just nk cari mangsa je. Wey jantan, kat mesia, minah ringan ringan teman tgk tv je pun dibayar RM100. Tak caya???.. kalau x caya bacala harian metro kelmarin.
Ini Tun teja, sesenang hati je nk nombor aku. APa kesss... mamat ni dari pakistan. Tun nk je cakap kat dia, kalau setakat keling, kat mesia pun berlambak pakistan ngn bangla. Tak payah tun nk cari kat dublin. Yang wat tun bengang nih dekat 15minit dia dok ikut Tun pastu dia ayat lagi ckp muka tun mcm pakistan. Si hidung kembang ni pun ko leh cakap pakistan??? Adakah ko buta ataupun ko terencat medula oblongata??? Tun melayu tulen..and tun teja bangga jadi melayu. Tun teja perempuan melayu terakhir 2nd last.
Akhirnya Tun letak balik susu ngn roti pastu terus kuar dari tesco. Disebabkan muka Tun dah macam Kajol kena rasuk. Mamat tu tak ikut dah. Hangin betul laa.. Tun ingat kat mesia je byk jantan kabaret. Rupa nya spesis begini ada merata rata.

nk shopping!!!!!!!!!!!!!!!!


hari ini tun rasa nk rompak bank je. Ada sale kat debenham, DKNY perfume epal..lancome ada free gift pastu elizabeth arden kasi satu set make up kalau beli 2 barang. ARGHHHH.. gila sawan je rasa. Bila la nk bergelar jutawan nih?.Serius tertekan bila tgk sale. Nafsu bergelora, iman semakin menipis. Ikutkan hati nak pakai kad je tapi bila memikirkan utang night cream last month pun tak settle lagi, ku tahan kan saja. Semenjak saving ni Tun dah lupa bagaimana rasanya nikmat bershopping. ARGHHH.. takde ke kerabat raja nk wat derma ikhlas kat TUN TEJA. Sesungguhnya menderma amalan mulia. Hulurkan la bantuan kepada mereka yg memerlukan. Pak lah xnak nambah bini ke? Walaupun tun tak reti masak namun hal hal lain bisa di uruskan...gagaggaga. huhuhu..jgn marah yek... men je.

Wednesday, November 21, 2007

dah ok dah

tun teja dah hilang marah. Tun teja dah malas nk pk pasal durjana a.k.a najis tu. Dia kata buang masa je. Sebb sang durjana tu memang di lahirkan tidak tahu malu, Mungkin genetik dia kot. ermm biar la

sekarang ni tun teja nk saving duit. hyunmin, roomate korea dia ajak ke korea selama dua minggu. huwaaaaa.. best nye. makan ngn tempat tinggal kompen free. pastu leh jalan2. isk isk..kalau tgk bajet skrg nih..tersangat la tak cukup. adeiii.

namun , setelah memerah kepala. akhirnya tun telah jumpa cara yg boleh memakbulkan impian tun untuk ke seoul. huhuhu..
1. membeli belah di tesco sahaja.
2. makan roti telur saja.
3. berpuasa isnin kamis.

berpuasa dapat membantu membersih jiwa. selain itu ia juga dapat membantu tun membajetkan diri.
sejak semalam tun telah mula menyumbat roti telur sebagai juadah pagi, petang dan malam sebagai langkah membajetkan diri.
okla..semoga usaha ku ini membuahkan hasilll
x sabar nk ke korea!!

Saturday, November 17, 2007

najisss..


Apa nk cite yerk? Tun ni dah lama tak tensen, yela, kan baru je nk berlajar menjadi insan yg sentiasa redha. Tapi semalam, petangku yg indah diganggu oleh sang najis mugholazah atau lebih dikenali dengn panggilan durjana. Sang najis ini semalam telah memarakkan api dlm badan tun. Mungkin dah lama tak tensen. Macam mengidam lak nk mentensen kan diri. bagai pucuk dicita,ulam mendatang, Sang durjana itu telah muncul kembali. Ini merupakan satu point yg baik untuk tun tensen.


Aku sangkakan makhluk tu dah menyesal atau pun insaf, rupanya dia masih lagi najis, najis, najis!!. buat mereka di luar sana, berdoala kalian supaya tidak bertemu dgn makhluk ini. Jikalau tersentuh dia hendakla menyamak diri anda.Tun dan pesan jgn menyemak dlm idup tun hingga 7 keturunan. Sebab manusia keji ini hanya membebankan. Kenapala dia ni tak insaf? masih lagi mengaku diri dia baik. Bagai x berdosa je. Malah mengaku tak malu. Perghh.. ini bukan tak malu tapi dah tahap muka tembok cina malah mungkin lebih tebal dari itu. Manusiakah dia?? oh tidak, dia adalah najis yg berbau busuk.


Tun mintak maaf diatas kekasaran bahasa yg mungkin tidak sesuai buat bacaan kanak kanak yg bakal mengambil peperiksaan UPSR. Ini kerana byk sgt najis, takut minda menjadi lemah. Oleh itu amalkanlah cara hidup yg sihat supaya tidak menjadi najis apabila dewasa kelak


----Sekian , terima kasih----


tunnnnnnnnnn..ko ni tak insaf insaf lagi.. biarla si keji tu idup ngn cara dia. ko takyah la pikir. Lagipun..kalau ko marah marah cemnih..menambah berbakul bakul dosa je. dah dah.. pegi cuci hati ko yg kotor tu.


yela yela..tun nk insaf la nih. bak kata capslock, berpuasa boleh mencuci jiwa. sbb boleh menahan nafsu. Okla..ti tun nk berpuasa isnin dan khamis. nak muhasabah diri pasnih. pastu cuba tanak marah marah...insafff insaffff


Monday, November 12, 2007

sengal

semalam tun dapat offline msg dari kawan.

"Nordin Rahman (11/11/2007 4:03:12 PM): Tun, selalu terbaca lately (at ur blog, among them) perkataan sengal. Apa maksudnya dlm context yg biasa org guna tu. Tgk ayat, mcm gatal, gedik, ke apa entah. apa makna sebenarnya. Sekian saja offline message saya ni."

Sengal bukan la penyakit gatal atau miang seperti sesetengah pihak nyatakan. Sengal adalah satu perkataan yg makin popular digunakan dikalangan anak anak muda remaja seperti tun teja. Sengal membawa maksud berbeza beza mengikut pahaman masing masing.

Dalam kes Tun Teja, sengal adalah satu penyakit kekejangan otak yg boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia mahupun bangsa. Namun penyakit sengal sering menyerang dikalangan anak anak dara yg perasan cun dan tidak reti memasak. Kekadang apabila jarang mandi, penyakit ini akan bertambah kronik lagi. Perilaku penghidap sengal tiada banyak beza dgn masyarakat normal cuma kekadang mereka bersikap agak luar biasa

CONTOH 1. Dia mungkin beranggapan cipan atau tenuk adalah satu makhluk comel dan sering memuji muji binatang tersebut sehingga menampal poster cipan dibilik tidurnya.

CONTOH 2. Kerana malas mandi, dia memberi seribu satu alasan bagi mengelak dirinya dikerah untuk mandi. Alasan alasan yg sering digunakan, "aku demam la, lagipun air panas dh abis", atau " Semalam aku mandi sejam, rini takyah mandi la"

Setakat ini belum ada vaksin atau ubat yg boleh mengubati penyakit tersebut. Namun jgnla menjauhi mereka yg sengal kerana ia bukan penyakit berjangkit. Oleh itu marilah kita memberi sokongan moral kepada mereka yg menghidap penyakit sengal

sekian, terima kasih

Sunday, November 11, 2007

kelahh jomm

tadi tun pegi picnic dgn roomate tun. enjoy sgt. kakak dia pun ikut gak. tapi skrg ni kepenatan di tahap maksima.. serius penat.. ok la nk tdo. tgk la pic pic berikut.


























Monday, November 5, 2007

hakhak berangan jom


Semenjak menjadi manusia yg sentiasa redha. Life aku dah kurang tensen. So takde yg menarik nk dicerita. Cuma pasal budak korea, my new roomate. Semalam dia ckp ngn tun, di korea kalau nk kawen kena cari pasangan yg sama taraf. Kalau sorang kaya, sorang miskin nanti dpt halangan dari pihak family yg kaya. Selalunya ibu lelaki si kaya akan paksa gelpren tu tinggal kan anak laki dia. Tun ingatkan fenomena camni hanya berlaku di zaman P Ramlee dan dalam drama drama korea sahaja. Tak sangka berlaku gak kat real life.

Kesian betul dgn gadis gadis korea, diorang takleh berangan nk kawen ngn anak raja. Sesungguhnya mereka dikalangan yg sgt rugi. Best pe berangan. Tak payah kuar modal dan boleh mengisi masa lapang.

Dari kecik Tun suka berangan nak kawen ngn anak raja. Dulu suka curik selendang panjang opah pastu pakai ala ala lela majnun. Lepas tu cakap sensorang konon konon ckp dengan dayang dayang. Bila emak Tun balik dari kerja, mengamuk sakan dia bila tgk umah bersepah. Tapi itu semua nostalgia lama. Sekarang ni Tun Teja anak dara yg baik, bersopan santun cuma dia tak pandai masak dan kekadang dia diserang penyakit sengal. Namun penyakit nya itu masih boleh di ubati.

Tun tak paham la, kenapa orang suka bersikap materialistik. Nak memilih berdasarkan harta. Alaaahhh..banyak harta pun bukan boleh bawa mati. Kan bagus kalau Kerajaan kite menggalakkan org kaya kawen dgn org miskin bagi membasmi kemiskinan dlm sesebuah negara. Kalau gomen wat undang undang baru camtu, tiada lagi kemiskinan malah dpt pahala lagi sbb dpt membantu mereka yg memerlukan.

Sebagai contoh yg baik, Pak Lah pun kawen ngn "maid" dia. Para-para pemimpin seharusnya mencontohi beliau. Mereka disarankan memilih gadis berwarganegara Malaysia bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Oleh itu kepada Dato'-dato', tansri atau anak anak raja yg still single bolehla hubungi TUN TEJA di talian 086 4444444. Wang hantaran boleh dirunding.



"tun ooo tunn. ko dh mental ke?, dah la malas mandi, tak reti masak, pastu kesengalan mendula oblongata, ada hati nk kawen ngn anak raja. "


kot suka ati aku laa...ko pedulik haper!!!!

lalalalaal burung..

dalam paler hotak tun teja sekarang nih, dia tgh bercuti di sebuah pulau yg sgt indah.
di pulau itu ada gunung ganang yg indah, pokok pokok yg menhijau, air laut yg biru, awan awan yg cantik, pantai yg damai dan burung burung berterbangan girang

burung apa? burung murai..
burung apa? burung murai...
burung apa? burung muraii...

ggagagaga...

tarrot card

huhuu mula mula tun xnak berpikir..tapi masa tgh rilex rilex dimalam hari ni. berborak lak ngn roomate baru tun. Hyunmin tgh bedek bedek kad dia. ermm.. tarrot card. pastu dia kata.. dia main kad tu since last 6months. Kat korea dia bantu org yg penah dicabuli, atau pun wanita yg trauma dgn tarrot card. supaya dia dpt bantu mereka tu meluahkan perasaan so.. tun pun ckp la tun nk try. JGN RISAU, Tun X caya pun semua tu. Dia pun ckp, semua tu for fun

masa dia main main kad tu, dia suh tun pk satu soalan kat paler hotak. Tun nk tanya pasal my future husband. pastu dia suh tun bahagikan kad tu pada dua bahagian. pastu dia letakkan kad tu mcm org men daun terup. pastu dia suh pilih 4 kad.
4 kad tu mewakili, masa silam, masa kini, masa future and my kesimpulan life.. huhu..

kad masa silam tun ckp, tun wasnt sure about him. tak pikir sgt. tapi org sekeliling push me to be with him. so tun sekadar terima je dia.

kad masa masa kini skrg ckp, tun dlm dilema bout something. Tun kena buat pilihan yg besar. Pilihan yg membabitkan my future.

Kad my future, huhuhu.. tun dpt kad kawen. Tun dlm proses membina family. Dia kata tu kad yg baik . but ngeh ngeh ngeh.. wahahah.. Dia kata kalau tun kawen ngn dia, tun hepi but akan menerima byk cabaran. 50% hepi and 50% cabaran.

kad yg ke4- Kesimpulan semua influence dari luar tun kena abaikan. Sbb tun kena buat decision tuk diri sendiri. kunci kehidupan diri tun ialah DIRI tun sendiri. ermm itulaa yg di baca oleh hyunmin.

macam ada gak persamaan. so sebelum diri ini terpesong.. tun dh ngucap kalimah syahadah. tun x caya la semua ni. ni last tun main. pasni xnak main dh. Sbb kuasa ALLAH xde manusia leh bace. Pastu soal jodoh, rezeki, ajal ..semua tu pun manusia takleh tahu. Kalau tersama tu..kite anggap kebetulan.

Hyunmin ni tun leh describe sebagai power woman la.. dia ckp, dia x setuju dgn cara korea treat wanita, sbb wanita sering ditindas. Dia nk kan hak sama rata dgn lelaki. Pastu dia komen pasal bibble. Dia byk x setuju dgn bibble, sbb byk menindas kaum wanita. Kaum wanita hanya kena patuh pada lelaki. ermmm.... Tun rasa kan..dia ni mesti dulu frust teruk. Mesti penah dikecewakan lelaki. Takpela.. tun x kisah la apa dia pk. Yg penting dia respek tun dan agama tun cukup la.

blank

dah tak tensen dah.. tgh berlajar menjadi manusia yg sentiasa redha...
redha ertinya..menerima sesuatu itu dengan hati yg terbuka. dan menganggap ia suatu takdir.

tapi sebenarnya..tips xnak tensen bg tun ialah..jgn ber pikir. apabila terlebih pikir, maka ketensenan itu akan melanda jiwa.

Thursday, November 1, 2007

weekend

bowinkk...
smlm awek korea tu tdo bilik nih, huhu..sungguh nyenyak.
tadi dia bangun awal.. pepagik dah takde kat katil.


bgn pagi rini.. rasa diri ni penuh dgn dosa dosa. naper yek??
byk sgt tensen kot. so..mulai arini xnak tensen tensen dah..
nk belajar erti redha..... insyaALLAH.

nk tapis tapis sket penggunaan bahasa yg ngeri tu...

sok start poser... adeii..byk ari lagi nih.


semoga ari sok lebih baik dari ari ini... x sabar tunggu ari esok!!

tahi lalat

korean tu dh masuk umah, sweet sgt hyunmin nih. bday dia 4 ari lepas tun. 28.feb. huhu.. best nye. dia ni sopan santun. semoga.. tun dpt ketenteraman idup kat sini. aminnn...

Betul ke tahi lalat kat bahu, maksud dia org itu akan sentiasa memikul beban? ermm entah la. Tak baik percaya mende camni. Boleh mendatangkan syirik. tapi kan..mcm kebetulan lak. Mak tun ada tahi lalat kat bahu. Awal perkahwinan dia, byk gak beban dia pikul. ada makhluk yg kami gelar betina, suka sgt menyemak dlm idup kami. opss..korg jgn ingat bapak tun main kayu tiga yek. bapak tun seorg yg sgt setia dan ayah yg baik.
betina ini, sedara kami gak. Cuma paler hotak dia ade terencat sket. Takpelaa...tu dugaan dunia.

Kebetulan lagi, tun pun ada tahi lalat kat bahu. Ermm lately baru tun sedar. Org pun suka gak memberi beban kt tun. Ingat tun bank agak nya. Bila xde duit cari tun. kalau bank pun , kena bayar interest. tun dah la tak kenakan interest. Ada satu jebon nih. bayar tak sampai separuh dah melarikan diri. dia taktahu agak nya perut tun ni sampai merajuk sbb disumbat tofu, telur ngn sayur je hari hari. Disamping diet kena bersaving. Org lak sesuka suki je minjam xnak bayar. Mula-mula tun dah malas pikir dah. nak let go je. Sbb konon konon mamat ni di landa masalah. Dulu Aku dah ckp tanak tolong, tapi ko paksa suh tolong. Bila dh tolong tak reti nak balas budi. Anjing pun tahu balas jasa tau. Dulu mak tun penah kasi anjing makan kat luar umah. Anjing tu sampai sudah tanak pegi dari umah kiteorg mungkin dia ingat kan mak aku tuan dia. Sampai mak terpaksa suruh kawan india amik anjing tu. Manusia skrg ni pun dh tak mcm manusia. Org kata manusia berpegang pada janji tp kalau tak pegang pada janji..kite kategorikan sebagai apa yek? dugong ke?. isk isk..kesian dugong tu. Dia tak bersalah.

At first tun dah halal kan sb last week dia kata dia ada problem besar. tapi pagi tadi dia leh plak ada. Kalau tun tak nampak maybe tun tak panas kot . isk isk isk.. kalau laa tun ni lintah darat, tun nk suh org belasah dia, kerat 6. tapi make sure dia idup la. Biar dia sengsara..hahah. Ataupun kalau tun ni dukun degawan mcm cite susuk tu, tun nk santau dia. biar dia merana. huharharhar. takpela jebon..aku halalkan jela. malas nk serabut paler hotak. sbb orang macam ko nih..mana ada hati perut. kawan aku ckp, tgk muka ko pun dia ckp, ko memang x leh dipercayai. Mungkin sbb ko lelaki kot. Mcm mak aku ckp.. Men cannot be trusted. betul sgt laa tu mak!!. skrg baru tun percaya. zaman kini byk jantan kabaret. najis betul. najis muttawasitah.
Tapi xper la mak..tun dah jumpa najis mugholazah. so..setakat nk lap najis muttawasitah nih. leh pakai air je. xdela beban sgt.

Errmmm kalau tun buang tahi lalat nih, leh kurang kan beban ke?? isk tunnn.. ko ni bongok la. Setiap manusia dlm dunia ni ada ujian tersendiri. Kalau takde wujud nya jantan jantan kabaret ni, takdela ujian untuk ko. Maka boringla kehidupan ko. Lagipun.. ujian tu menguji kesabaran ko. sabar tu kan separuh dari iman. Oleh itu tun teja.. ko jgn asik nk tensen je. mende kecik pun nk tensen.. wat relax dh la. Berdoa byk byk..semoga ko di beri ketenangan jiwa. Sbb kalau asik tensen je..lelama ti leh masuk hospital bahagia. gaggagag.... TANAKKKKK.. tun tak kawen lagik!! huhu.. nak kawenn.. baru bahagia.. wakakakakkak


p/s: Pakcik dat..ko jgn nk ngutuk aku kat sini.

muka tembok


hari ini sifan dh keluarkan barang dia, si korean tu pun dah masuk. hope semua aman sentosa.
diet this week berjalan dengan lancar, pandailak perut ni. bila budget dah lari, selera makan pun automatik tertutup. Agaknya perut dah muak, ari ari disumbat ngn sup tofu, telur dan sayur. Dia rela x makan. Takperla perut, lagi 2minggu kite makan sedap sedap yek.

Hari ini, di pagi yg indah, sedang tun bermesra alam dgn rakan taulan di YM. Tetibe, tanpa petir , tanpa hujan ribut. Pagiku diganggu oleh satu PM dari sang durjana. Eh korang kenal ke? Kalauu tak kenal baca la balik posting lama tun. Ingat kan durjana ni dh mampus, rupanya ada lagi. I was wondering, berapa inci ketebalan kulit muka beliau?? Tak malu ke nk contact aku lagi?

Tun rasa kalau diukur mungkin sama ketebalan dgn tembok cina. Oleh itu kesimpulan yg boleh kita ambil disini. DURJANA TERSEBUT BERMUKA TEMBOK.

Adik adik yg masih tidak memahami maksud "muka tembok", bolehla merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka di mukasurat 236.
Kalau mengikut pahaman kaktun, muka tembok adalah seperti durjana tersebut. Bukan muka seperti tembok mahu pun benteng atau pun batu bata yg menyerupai tembok. Tetapi ia bermaksud seseorang yg tidak tahu malu, segan silu atau pun tahap kemaluan nye sgt kecil. Maka org itu, boleh la diklasifikasi kan sebagai "MUKA TEMBOK".

di petik dari kamus dwibahasa TUNTEJA

MUKA TEMBOK :- seorang yg tidak tahu malu tahap dewa.

Contoh Ayat :- "dah la tak ensem, muka tembok lak tu"

(dinasihatkan, ayat tersebut hanya boleh diucap didalam hati sahaja, bagi menjamin keselamatan diri anda)


Baikla adik adik untuk keterangan lebih lanjut bolehla hubungi kaktun ditalian
+353 085 7676767. (RM2.95 seminit)

kaktun sedia membantu mereka yg mempunyai sebarang kemusykilan mengenai jantan jantan kabaret, muka tembok dan lain lain masalah.

akhir kata dari kaktun, majulah sukan untuk negara.. lontar peluru jgn sebut ok, sensitip!!!