Tuesday, November 25, 2008

dulu lain sekarang lain..

"anak sungai kan lagi berubah inikan pula hati orang. penah dgr tak?" dulu ingat pepatah nih tak boleh dipakai sgt. rupanya mmg sahih 100%. jika anak sungai boleh berubah disebabkan air. hati orang berubah sbb apa yek?. saper pandai sila jawab!!!. Tun pun kompius.. apsal hati leh berubah ubah.. ececece.. ko ni berpura-pura tak mengerti pulak. ko pun mcm tu gak.. dulu bila sukakan sesuatu ko syg mcm nk giler ..tp bila ada silap sket je.. ko membenci dari dunia sampai ke akhirat. bercerita bab hati nih, mcm biasa la.. blog ni tempat tun meluahkan perasaan je. bila hepi sgt.. tak terasa nk menulis pun. cuma hari ini, hati tun mcm terusik sket. sensitip ke tun? alahai.. darah tgh manis nih pun masih nk majuk majuk ke tun???. takla! tun tak merajuk cuma nak mengadu je kat pempuan pempuan diluar sana supaya tak tunjuk syg pada tunang korang secara extravaganza. tak payah nk tunjuk tunjuk sgt.. sbb kaum jantan nih. bila makin disayangi..makin tinggi ego diorg. cesss.. ptuih.. gi mampus ngn ego diorang. dah lumrah alam, sebaik baik jantan dlm dunia nih tetap ada ego diorang.

ni mesti nak tau.. apa kes tun pada hari ini. Alkisah nya panjang sekali.. tp apabila di short-cut. ceritanya begini.

ini kisah zaman dahulu kala masa bergelar awek kepada seorang balak.
zaman tgh hot bercinta, nak itu nak ini.. smua boleh. Tun rasa kalau tun nk bulan dilangit pun, si tunang ni sanggup bagi. kalau dulu tun ckp lapar je, laju je beliau dtg nk penuhkan perut tun. dahulu kala, bila tun ckp tun rindu dia.. tak sampai sejam beliau dah ada depan pintu pagar. Dahulu kala kalau tun majuk.. beliau pujuk berkali kali sampaila tun tersenyum. dahulu kala, dalam sehari tun dapat sebanyak 10sms dari si tunang . dahulu kala, tun rasa tun la paling cantik dalam dunia nih. sbb beliau layan tun mcm puteri gunung berapi.. eh silap, gunung ledang. dulu, tun rasa.. kalau kawen dgn beliau pasti tun bahgia mcm kisah dongeng pari pari. dulu tun rasa.. tun tak sabar nk kawen dgn si tunang.. skrg??????

**sekarang bila dah jadi tunang kepada beliau.**

sekarang ni bila tun cakap lapar, si tunang suruh makan roti . bila tun ckp rindu, beliau reply "i miss u too". tu jerr!!. sekarang ni, bila tun merajuk.. tunang tun diam seribu bahasa seolah olah tak paham tun ni tgh majuk. beliau wat selamber je..padahal kita dah wat tarik muka 14inci. tapi beliau still wat bodo je. sedih tauu.. (nota: buat kaum lelaki di luar sana, sila pujuk tunang/isteri anda setiap kali mereka merajuk. PAHAMMM!!!!). kalau dulu tun dpt 10 tapi skrg ni tun dpt 2 sms je dlm sehari. skrg ni tun rasa tun lah makhluk paling huduh di muka bumi ini..sbb tunang tun tak layan tun sgt. almaklumlaa.. berat tun dah bertambah. beliau pun dah tak pandang dah. OKKK!! beliau nk yg kurusss yerk... ok okkk.. tun dlm proses men-dietkan diri nih. dah dpt berat badan asal.. siap laa encik tunang!!!. nak cari len ke tun?.. isk takdela. tun masih sygkan beliau tapi skrg ni macam takut lak nk kawenn.. cuba korang bygkan.. masa bertunang pun dh nampak perubahan beliau, macam mana pulak kalau dh kawen.. adeiii.. dilema sungguh la. tapi tun taknak gak bergelar anak dara tua. inilaa dilema yg sering dihadapi oleh kaum wanita. hakhakhak..

apsal tun nih tetiba je emosional sgt nih? hormon tak stabil ke tun? iskkk.. ni bukan masalah hormon atau terlebih kacip fatimah. ..alkisah nya begini.

tun dah seminggu tak jumpa beliau. sbb parents tun kat sini.. so masing masing bz. Sepanjang tak berjumpa, beliau msg rindu la. semalam tun drive sensorang dari kg balik sini, beliau ckp nk jumpa. Tun ckpla tak sempat sbb tun nk gi opis terus. Malam nya pula.. beliau suruh tun pegi ke tempat beliau nanti leh gi mkn mkn area umah dia. Tun ckp tun x larat sbb tun penat. memang penat pun.. sbb tun bgn awal2 pastu drive dari kg lak tu.

hari ini.. tun cadang nk berpuasa ganti pada esok hari. so tun ajak la si tunang menemani tun bersahur lagipun mcm rindu sgt kat dia. tetapi beliau ckp "u beli la roti ke, atau pun u dtg la sini." wow.. beliau lupa ke tun sgt takut kan kegelapan?. Untuk pegi ke tempat dia tun kena meredah banggunan terbengkalai yg agak menyeramkan dan kawasan hutan yg dipenuhi dgn beruk. Pasti korang ingat tun menokok tambah jalan cerita. tidakk.. cite ni benar belaka. area rumah tun byk gila flat terbiar. pastu area umah dia lak ada hutan yg didiami sekumpulan beruk. so pikir la sendiri!!. sebagai seorang tunang, wajarkah anda biarkan awek/tunang/isteri anda memandu dalam kegelapan?. walaupun tun sudah gemok..namun tun masih anak dara!!!!. kalau beruk yg serang mungkin tidak terjejas..tp kalau beruk bertopengkan manusia pasti dot dot dot.. tutttttttttttttttttttttt. bak kata orang tua tua, menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. lu pikir la sendiri!

dipendekkan cerita. tun nk menyatakan bahawa hati orang berubah ubah. sekarang ni, if tun rindukan beliau... tun pulak yg kena memandu ke tempat beliau. wow!!!.. ini baru bertunang..if dah kawen ti mcm mana pula kan?. kepada kaum perempuan.. korang takut tak nk kawen? takut tak kalau dpt laki cengginih? takut kan kan kan.. tp korang takut tak jadi anak dara tua? takut ke tak? takut jugak kan.. abistu.. apa yg ingin tun teja sampai kan disini? entahhhh.. tun pun tak tau nk komen apa.. ini sekadar luahan jiwa yg sedang bergelora.

tarikh kawen dah dekat tapi tun tak prepare apa apa pun.. mcm takde perasaan pun!! leh pospon ke???

p/s: congratulation buat adik tun tersayang sbb dia pregnant lagi. adikk.. kasi along satu anak awak leh????.

Saturday, November 15, 2008

Jus diet vs kawen

sepanjang ari ni , tun keluar bersosial dgn ahli keluarga. pergi sogo dan alamanda. sonok gak la. tapi ayah tun agak kuciwa hari ini sbb kasut kesayangan beliau dirembat orang di masjid kg baru.. durjana sungguh pencuri itu. kasut orang tua pun dia nk cilok. Org sibuk beribadat, tp durjana pulak sibuk mencilok kasut orang. keji sungguh itu olang. tapi ayah tun sungguh cool!!. dia rilex je berkaki ayam ke kereta . kami sekeluarga tahu kasut itu merupakan kasut kesayangan nya tapi apa nk buat kan. benda dh jadi.

**bab befday **. i hate november.. nk tau kenapa???.. perghhh.. bajet november habis untuk tunang dgn adik. so bulan nih, takde shopping utk diri sendiri. semua bajet bulan ni harus di salurkan utk insan tersayang .

**bab kawen**- dah 4bulan tun jadi tunang org, ahli family semua mcm pelik tengok tun selamber rock je menempuhi hari yg mendatang. seolah olah tak peduli bab kawen. aiyarkkk.. tun pun taktau apa pasal tun malas betoi nk bersiap sedia. tun taknak kawen ke tun? kekadang ada gak rasa cam taknak.. tp most of the time memang la NAKKK.. gagagaga. bab berangan nk plan masa kenduri kawen tu memang ada cuma nk bergerak ke sana sini sinun.. adei.. mls betul la. baru baru ni, tunang ada bertanya "u dah prepare ke nk kawen?"
dgn hati yg ikhlas lagi suci tun menjawab " batin dah ". tunang tun gelak giler babeng. tun pun kompius seketika, apa yg beliau pikir kan???. OoOoo..pasti otak encik tunang tercemar dgn ideologi yg agak agak kuning kebiruan. Konsep batin dalam dialog diatas..tidak ada kena mengena dgn kacip fatimah. Apa yg ingin tun sampai kan disini ialah, tun sudah berangan-angan dan ada plan tersendiri dalam menjayakan kenduri kawen tun nanti. Cuma fizikal tun je yg mempunyai masalah. Almaklum sajalah.. sejak jisim badan tun berkilo-kilo gram, tulang menjadi berat. Apabila seseorang itu berat tulang, byk aktiviti tidak dapat dilaksanakan. Inilah masalah yg sedang dihadapi oleh tun teja- harap maklum.

bercerita bab berat badan, tun ada juga mencuba jus diet mate 5. yg popular kat internet tu. isk rasa mcm tipah tertipu la. menurut testimonial.. semua yg mencuba produk tersebut telah berjaya kuruskan badan dalam masa satu bulan. Tun yg agak teruja ketika itu terus men-order satu kotak. MAHAL GILERRRRR.. 20 paket RM200. syarat untuk melihat hasil nya, kita kena makan seribu kalori je sehari. Tidak digalakkan makan nasi dan benda manis. Cuba korang pikir secara logik.. if makan seribu kalori sehari, syanie pun leh jadi macam nasya aziz. Tak payah minum jus tu pun boleh kurus. namun tun tak berputus asa.. tun cuba dgn produk tu selama 3minggu dan mengawal jumlah kalori seharian.. namun.. perut tun asyik keluar bunyi yg sumbang dikhalayak ramai.. memang hasilnya dpt dilihat tetapi.. if still kena menahan lapar.. baik tak payah tun menghabiskan uwang RM untuk jus tu. Dan bila tun selidik kaji semula testimonial yg dihantar oleh pembeli jus diet nih dalam web web berkenaan. TAK ADA SEORANG PUN YANG BOLEH TUN KATEGORIKAN SEBAGAI KURUS. semua mcm berisi air je.. isk isk.. inila kisah anak dara yg selama ini sentiasa obses tentang diet..akhirnya pasrah dgn barat badan dia kini. Walaupun batin tun menjerit jerit mahukan berat badan dahulu..namun semuanya dah terlambat.. huwarggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Wednesday, November 12, 2008

diriku dan makanan

setiap kali tertekan dgn berat badan, pasti makanan la tempat tun meluahkan perasaan. Bagaikan mereka mengerti apa yg terbuku di hati tun. Andai orang lain mengerti betapa tun runsing dgn penampila diri tun pasti mereka bersimpati dgn si gemok ini. Walaupun tunang tun tak pernah meluahkan ketidak puasan hati beliau, namun siapa la tau jangka panjang nanti. KOT kot hati beliau berubah. OWHHHHH.. tidakkkkk. jgnnnn. Takut gilerrr nih.

Semalam encik tunang balik kg beliau.. Untuk 3 hari nih boleh la tun bersosial sakan.. sbb si dia jauh. wahahahk.. (hati busukku berkata kata). uikss.. nk bersosial ngn saper? semua nya hilang telan dek zaman. tahukan kengkawan, tun teja tidak ada ramai teman sbb tun teja lebih suka menghabiskan masa dgn berangan di atas katil. Mengharap uwang ringgit jatuh dari langit. Disebabkan tun suka berangan, tun tak ada masa untuk mengemas rumah. Tiap kali ibu bapa dtg umah, mesti diorg komplen umah tun bersepah mcm setahun tak bersapu.. aiyarkk ..tun bukan malas.. tp tun takde masa la. Tu pasal tun nk duit byk supaya tun leh upah 7 org gundik untuk melayan kehendak tun.. wow nikmatnya idup dalam fantasi.

......................................taktau nk cite apa............................... tun teja sedang keburingan yg teramat.......... rasa seperti mahu pergi honey-moon

Sunday, November 9, 2008

bajet ku lari namun ku masih hepi

apabila bercerita tentang uwang ringgit, tekanan oksigen di otak semakin lama semakin berkurangan menyebabkan sekumpulam gas karbon dioksida terus memenuhi ruangan kosong di sel sel otak. Ini sungguh memberi tekanan dalaman yg sukar untuk dihadapi oleh anak dara ini.

Ini semua gara gara kereta tenggelam dek banjir kilat, namun beban ku berkurangan apabila encik tunang menawarkan diri untuk membiayai separuh. Terima kasih encik tunang. Tanpa beliau, dimanala hendak ku cari rm4600. Nak ku gadai body.. uiks.. demok demok ni pasti nilai nye kurang, maka simpan je la niat buruk ku itu. Sejak bergelar tunang orang nih, terasa lebih manja pulak. Nak itu, Nak ini, semua pakai jari telunjuk je. Takyah nk bersusah payah seperti dahulu lagi. Di kala gemok gemok sebegini, byk perubahan yg berlaku.

1st, mood untuk bershopping seperti dulu sudah tidak meriah lagi. ALmaklumla.. sejak bersaiz L. Apa yg di kenakan pada badan sudah tak cantik lagi. Byk lemak lemak tepu yg tak dpt disembunyikan . oleh demikian tun lebih gemar berbaju kurung ala ala perempuan melayu 2nd last.

2nd. Bila anda gemok pasti keyakinan diri anda semakin menipis. Begitu juga dgn saya. Saya begitu takut apabila tunang saya keluar mencari nafkah dan keluar bersosial dgn kaum sejenis beliau. Yela.. takut beliau terjumpa dgn gadis yg lebih kurus dan cantik dari saya. OHH tidakk.. jauhkan semua itu. Bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan dan kekurangan keyakinan diri, saya telah meminta encik tunang untuk menghadiah kan saya alat senaman yg di panggil "air walker". adeii.. dah berbulan bulan dah mintak nih. sampai kini tak dpt. bile la gamaknya!!.

sepanjang minggu nih, tunang byk bersabar dgn tun, tun pokpek pok pek pun beliau tabah je. Diri ini tahu beliau makan dalam namun wat mcm tak paham je. Maaf kan tun yek.. mulut tun mcm longkang tapi hati tun baik. wakakakkaka.

Semalam tun terasa hati dgn encik tunang.
tunang : Syg, kalau di beri pilihan. kasih syg dgn duit i. mana u nak?
tunteja : duit u la..
(masa ni dah terasa lain macam je, encik tunang ni mcm dah bg signal nk cakap aku dh byk kikis beliau ke?. Beliau nk cari pempuan len ke? atau.. aku ni memang pisau cukur. tetiba rasa bersalah lak. macam macam dalam kepala. tetiba sebak pulak. air mata tun mengalir bak sungai rejang.)
tunteja : syg, i byk menhabis duit u kan.. sorry pas nih tak mintak apa apa dah. i tak nak semua tu. I nk u je. sorry syg.. ** nangis ala ala primadona dalam drama sandiwara**
tunang : eh syg.. naper nih? ehh.. jgnla nangis. i main je. takde niat pun. dah dah.. u tak abiskan duit i pun. I sanggup wat apa saja untuk u asalkan u bahagia.

perghhh..di saat itu mata tun tetiba bercahaya.. huhuhuhu.. terbayangkan sport rim keta baru. hahah.. acah je la. isk isk..padahal tun dah cuak gak la . terasa insaf gak la seketika. Oleh itu..buat masa ni, kita lupakan dulu "air walker" ye. nanti dah kawen.. baru kita mintak. gagaggagagag. duit gaji ko mana tun?? tu laa soalan yg sukar untuk tun jawab. Bagaikan misteri nusantara, duit gaji tun, belum hujung bulan dah kering kontang. Mari kita sama sama fikirkan jalan bagi mengatasi masalah tun teja dalam menguruskan kewangan beliau. Perlukah tun sediakan tabung di rumah bagi mengamalkan sikap menabung?? atau letakkan kad atm/kredit di dalam peti berkunci, dan kunci itu di campak ke dalam lombong berdekataan?. sila jawabbbb!!!..



Tuesday, November 4, 2008

si gemok pergi bercuti




Pada hari sabtu yg lepas, seorang budak gemok telah menangis ter esak esak kerana plan bercuti ke pahang telah di-cancelkan oleh tunang beliau. Oleh demikian si gemok itu pun hampir terkena jangkitan histeria akibat dari perbuatan tunang nya itu. Dek kerana si tunang sgt tidak sanggup melihat wajah anak dara yg hampir bertukar menjadi heroin dlm filem animasi SHREK, si tunang pun menawarkan diri untuk membawa budak gemok itu bercuti-cuti. Maka berbunga bunga la hati anak dara . Destinasi pertama mereka ialah Port Dickson, niat dihati nak bertemu weween, namun tidak ada rezeki kerana henpon anak dara itu tidak bernyawa akibat kehabisan bateri.

Sampai di PD, anak dara itu tidak berpuas ati kerna, tidak apa yg menarik di situ. sekadar lautan terbentang luas . Anak dara itu pun menyambung merajuk beliau sehingga ke malam. Mereka pulang ke rumah dgn perasaan yg begitu tidak gumbira.

Pada malam hari, si anak dara terasa kesepian.. wahahak. apa tun merepek nih?. Okla.. Malam tu, tun terasa seperti mahu bercuti lagi. Almaaklumlah bila byk tekanan maka keinginan nk mententeramkan jiwa sgt meluak luak. Terasa nk bercuti di kota london tetapi dimanakah boleh ku gali uwang ringgit. memandangkan bajet yg ciput, tercetusla idea nk bercuti cuti di cameron highland. sampai di tanah rata pukul 6 pagi. Bercuti sakan la kami disana. Membeli buah stoberi, ceri tomato dan juga teh berperisa stoberi. Pendek kata.. rasa fresh gak minda bila bercuti. Seperti yg dpt di lihat oleh adik adik, kaktun sudah semakin tembam. Kaktun sudah busan dgn istilah diet. Arghh malas la cite bab diet.. hilang mood je.