Thursday, October 30, 2008

Kutuk mengutuk

Perlukah tun merasa senang hati apabila ada org melabel kan tun sebagai saingan beliau?. Saingan yg dimaksudkan disini ialah, merebut teruna teruna yg tidak ada jaminan ke-terunaan mereka. Owhh pleasee.. la cik kak, i dah ada org book Okay. So u can take la.. how many teruna/jantan yg ko nak. Pelik sungguh la.. tun yg memegang status tunang org pun ,boleh menimbulkan rasa tergugat kepada beliau. WOW.. di kala tun kegemukkan pun masih ada yg rasa sedemikian rupa sehingga beliau mengatakan tun suka control ayu dihadapan kaum adam. yuhuuu.. statement apakah itu? butakah dikau?. If tun nk jaga saham or nk menggatal.. tak perlula tun heboh pasal tunang tun. Sedih tau!!.. jgnlaa menambah tekanan kepada anak dara ni... oklaa mari kita lupakan pasal beliau sejenak!.

Sejak menjadi insan yg bertubuh "juara sumo 2008", tun menjadi sgt sensitif apabila org menyentuh bab berat badan. Ada yg bagi tips menjaga body tanpa di pinta walhal.. mereka yg berkata kata itu sgtla tidak sesuai untuk menjadi guru diet kepada tun.

makhluk A: Tun, if u nk kurus kan.. u minum air teh limau pastu bla bbla bla...
(dia punya badan pun double aku, nk ckp byk lak)

makhluk B: I mkn byk mana pun, berat maintain je.. susah nk gemok. U jgnlaa mkn nasi. makan sayur je. Malam jgn mkn...bla bla bla.. u asyik mkn chipsmore je. mana tak gemok. bla bla..bla..
(yuhuuu.. ko mmg kurus.. tp aku lagi cantik.. wakakakkakakakak. - ini statement dikala tun tgh bengang, harap di abaikan statement berani mati itu)

Tekanan kerja semakin membebankan. Macam macam tekanan la. Bab kipas mengipass usahla di sebut. Memang lumrah kehidupan di opis la. Sape kipas lebih dpt kredit lebih. Yg tak tahan bila ada reporter lak.. yuhuuuuuu.. mcm budak tadika lak. Tapi seperti biasa tun akan belagak BLUR.. taknak ckp bykla. Membisu lebih baik dari berkata-kata.

Tun rindu la kehidupan di dublin. Life yg busan.. tapi tak ada tekanan. Manusia kat sana pun lebih matang dan bertamadun.

Wednesday, October 29, 2008

tekanan yg menekankan

Proses pembesaran otot otot di kepala semakin membesar bagaikan tumor menyerang pesakit barah hotak. Tun kini mengalami tekanan di bahagian kiri mendula oblongata . Tahukah anda apa rasanya apabila tekanan karbon dioksida menular di kepala?. Rasa seperti mahu menjerit sekuat kuat hati yg boleh di kaki gunung, di bawah langit yg biru dan ditemani se ekor kuda puteh. Apakah keputusan pulang ke tanah air merupakan satu langkah terburu - buru?. Semuanya takdir kan, ada hikmah kan..kan..kan. Dua bulan pertama sampai di tanah air, tun boleh katakan.. tun sgt bahgia. Tapi semakin lama semakin tertekan lak.

Tekanan pertama adalah dari segi kerja. Kerja saya sungguh mentensenkan sel sel otak sehingga tun sering berangan-angan di depan pc opis. Mengharapkan tunang tun membuat tawaran supaya tun menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan di bayar gaji sebanyak RM3k sebulan. woow.. saya seorang yg bercita cita tinggi.

Tekanan ke-dua, saya takut pada tanggungjawab. Tun benci pada tanggungjawab. Ini membuatkan diri tun semakin tertekan. Mcm mana la nk jadi isteri nih, bgn pagi pun liat. kemas bilik pun malas, penyakit malas mandi masih lagi belum dapat diubati. bab memasak pula.. .... FAIL!!.
Tun pasti gagal dalam ujian masak memasak oleh ibu mertua. Nasihat kepada adik adik, belajarla memasak di usia muda agar tidak menyesal di kemudian hari.

Tekanan ke-3, adeiii.. malu untuk hamba luahkan, namun inila hakikat yg harus ditelan. Tekanan ke-3 merupakan satu isu yg boleh menyebabkan tekanan jiwa. Tun kini mempunyai berat badan yg agaak kritikal. Berat badan semakin meningkat dari hari ke hari. Owh mengapakah semua ini terjadi??????. Tun sudah layak untuk di letakkan di dalam golongan "berat badan berlebihan". Musnah diet tun yg bertahun tahun diamalkan selama ini. dalam masa beberapa bulan je, diri ku kini sudah layak untuk menyertai acara melontar peti ais. Kenapa tun? KENAPA??? tell me why?? . Biarla ini semua menjadi misteri nusantara. Biarla diriku dgn berat badan ku. jgn ditanya kenapa tun teja gemok?. jgn ditanya beras apa tunteja makan, jgn ditanya berapa berat badan beliau.. kerana ini akan menimbulkan tekanan jiwa. OWHHH tidakkkkk!!!

(artikel di atas ditulis ketika penulis mengalami tekanan jiwa diluar kawalan- harap maklum)

Thursday, October 16, 2008

stress

byk sgt mende nk pikir sampai segalanya tak menentu. mcm mcm hal, bab kereta la, kawen la, dan yg baru je terjadi mlm tadi. tun tanpa segan silu telah menangis di opis di hadapan umum sbb stress dgn kerja raya. Oleh demikian tun pun dipanggil oleh manager saya untuk sesi kaunseling hampir sejam. Bermacam ayat ayat motivasi yg di salurkan ke telinga tun bagi meningkatkan mutu keunggulan kerja. Sebagai pekerja buruh yg baik, tun sekadar setuju je dgn cadangan yg diberikan. Padahal masa tu masih blur lagi. Bak kata org yg suka mengampu "boss owes rite". i follow the rule ajerla. Malas lak nak bersoal jawab dgn encik manager saya.. abis citerr.

Bulan ni mcm bulan yg tak berapa baik buat diri tun, lepas satu satu yg berlaku. Bak kata org veteran, sudah jatuh di timpa tangga plak. Pasal kete x settle lagi bab lain lak yg timbul, takde kereta samala mcm kehilangan sebelah kaki. Susahnya nk bergerak .. tapi setiap kejadian ada hikmahnya. Takdela tun nk merayap ke sana sini. Pas keje balik rumah, eh! mcm mana tun pegi balik keje? owh.. tun terpaksa meminta belas ehsan dari rakan sekerja dan encik tunang menghantartun ke opis.

okla.. mcm busan lak rini.
nk tidoooo

Wednesday, October 15, 2008

tun teja kembali

setelah sekian lama hidup umpama berlindung di bawah tempurung. akhirnya tun teja berjaya kembali ke dunia maya. nyampah betul ngn stimix nih. rasa nak belasah je operator yg men-handle stimix umah tun. ada je alasan yg agak munasabah diorg kasi. so takleh la tun nk komplen lebih lebih. Life kat mesia ok ke tun? ermm.. ok je. Cuma sejak tak pegang matawang euro, terasa muflis lak. Dulu tun ingat, wang bukan la segalanya. Tapi balik mesia barula sedar.. nak gi toilet pun pakai wang. huwaaaa..

Dah cukup sebulan keje, hepi gakk. Walaupun gaji x besar mana, tp tun enjoy kat situ. Tensen tu ada la gak sket... Di saat nk saving duit untuk kawen. Masalah len lak timbul. Keta tun tersadai di tgh banjir kilat. Memang ujian atau pun balasan diatas dosa dosa silam hukhukhuk. di pendek kan cerita tun kena keluarkan hampir RM4 ribu. Taktau nk korek duit kat ner? maka kereta tun terpaksa di simpan di dlm bengkel sehingga uwang mencukupi untuk membayar kos membaiki pulih . sekian sahaja.. akhir kata dari tun, bantula mereka yg memerlukan.