Sunday, January 18, 2009

cik puan

yuhuuuu.. lagi 4 ari tun akan bergelar cik puan. huwaaaahahahaha. seram siot dgn tittle tu. mula mula org panggil kita adik, pastu akak, pastu cik, pastu cik puan.. pasnih makcik plak. perghhhh. dah tua ke aku nih??. ngerrriiiiii.. ko ni semua nk takut. itu takut, ini takut.. tah paper jer. takde semangat yg kental langsung. kemana pegi semangat anak dara ni? suatu ketika dahulu anak dara macho inilah yg berjaya meredah benua eropah seorang diri . tetiba tun teringat, ada orang penah cakap dgn tun, bila keseorangan kita akan lebih berani daripada bila kita berteman. Tun sekarang ni dah extra manja gamaknya. apa tun nak semua tunang turutkan. bayangkan laa tadi tun pegi jusco klang sebb nak jumpa eimma, tapi si tunang pegi parking jauh dari entrance. Tun yg berlemak krim ni, merajuk sakan sbb taknak jalan jauh. terus muncungkan mulut 14inchi lepas tu merengek macam budak 2tahun. Si tunang nampaak kecewa sgt dgn sikap tun yg mengada ngada ni. nampak gak muka beliau yg menahan bengang tapi dia pujuk cakap.. nk pegi bayar tiket parking tu sorang nanti dia dtg balik. tetiba akal berpikir secara rasional. terus rasa bersalah. Perempuan memang cemni kot. Lagi di beri muka, di manja melebih lebih.. kandungan lemak pun meningkat dari paras normal.

Esok tun akan pulang ke kampung halaman. cuti kawen start selasa dan akan kembali isnin depan. Semua nya akan berubah. namun jiwa tun tetap seperti tun teja yg dahulu.

Saturday, January 17, 2009

sabtu yg best

hari ini terasa sgt hepi sgt. walaupun tun agak penat namun hati tun sgt gumbira. dari pukul 3 tun pergi ke jalan TAR. memborong tudung ekin, huhuhu..pasti ada yg sedang tersenyum sinis. dulu kemain lagi tun kutuk ekin mawi. tetiba tudung dia pulak jadi kegilaan anak dara yg bakal expired nih. adik dan ayah tun cakap.. ekin mawi tu lawa. tapi tun dgn mak cakap tak lawa. lepas tu adik kata tun jeles kat ekin. cesss!. kalau esok dia tgk tun pakai tudung ekin, mesti kena kutuk gila babas nye. huhuhukk.. redha je la kan. tulaa orang veteran selalu berpesan jgn terlalu membenci kang terjatuh suka plak, Tudung dia best la. sbb tak payah gosok , tak payah brooch, dan tak payah nk tengok cermin setiap jam, sbb tudung tu akan terlekat kat kepala secara stastik. so 5bintang tun nk kasi kat "tudung EKIN". selain aktiviti membeli belah di jalan TAR.

tun dan tunang pergi ke midveli. mencari gelang untuk upacara batal air sembahyang masa kahwin nanti. dasyat kan kitaorang.. byk lagi tak ready. huhuhuhu. takper.. biar lambat asal selamat. hakhakhak. padahal dalam hati ni dah cuak dah. macam macam dalam kepala otak. serabut giler.

lepas gi midveli, kitaorang cari masjid area RTM. Niat utama pergi ke situ sbb nk mencari bionic/powerful woman. Gile dasyat life awek sorang tu. Ingatkan PM je bz memanjang. Rupanya beliau pun tidak kurang hebat nye. Kak Yan jemput tun dan tunang dari gate luar. Buat pertama kali tgk awek tu..memang luar jangkaan tun. COMEL giler.. kicik je orang nye. bila duduk sebelah dia, terasa mcm anak badak dgn ayam serama. adeiii.. kenapa laa kakyan kecik comel sgt.

Lepas adengan suai kenal selama 2minit, kakyan ajak masuk ke dalam tgk tempat beliau berkejaya. HUHUHU.. mcm dalam mimpi je tun dan tunang masuk ke situ, seronokkk sgt. tgk studio untuk berita RTM. Terima kasih kakyan.. pengalaman tadi tun akan ingat sampai mati.. itu pun kalau tun tak diserang penyakit nyanyuk. tapi tun tetap nak cakap byk kali yg tun sgt hepi.. memang best sgt tadi. thank you so muchhhhhhhhhhhhh. terima kasih!!.

p/s:okla kakyan.. kad jemputan dah diantar. jgn tak datangg....

Thursday, January 15, 2009

seminggu je lagik

huwaaaaarghhhhhhhhhhhhh.. seminggu je lagi. rasa macam nak menangis sambil ketawa. emosi apa kah ini? susah nk terangkan pada mereka yg tak memahami. tetapi inilah tekanan perasaan yg dialami oleh tun. eh tekanan perasaan ke? tak jugak! sbb tun hepi. hepi bercampur gundah gulana. huwahahahak. sejak tun pulang dari ireland. Tun sungguh hepi dgn kehidupan tun sekarang. Rasa bahagia sgt disamping family tercinta dan tunang tersayang. macam taknak apa apa pun yg berubah. namun hakikatnya..kehidupan harus diteruskannnnn...

Tun start cuti selasa sampai isnin depan. Semua kengkawan tanya kenapa tak amik 2minggu cuti? waaahhh.. ko ingat HSBC tu bapak tun yg punya ker? kalau bapak tun yg punya..tun taknak keje dah. Semakin dekat dgn tarikh kawen .. mcm mcm lawak jenaka tun dapat. Sampaikan boss tun boleh buat lawak nk supply kacip fatimah untuk sebulan kat tun. isk isk isk isk.. boss boss. kekadang sengal gak dikau yek. adeii.. pas balik bercuti ni tun memang nak beli ear-plug supaya tun tak dengar lawak lawak spastik kengkawan opiss. Belum kawen pun dah kena bertubi tubi..after cuti kawen.. memang habiss la tun. takleh bygkan laaa bagaimana tun nk menghadapi hari tersebut. owhhh tidak. bagila aku kekuatan dan semangat.

Sekarang ni tun jadi bahan . adeiiiiiiii... buat pekak jela. takpe takpe.. bila turn korang. Tahulah nanti apa tun nk buat. sekarang ni tun kena... lagi beberapa bulan boss pulak kena. sbb beliau pun akan berumah tangga tak lama lagi. SIAPLAAA BOSS time tu. nasihat tun kat boss dan mana mana lelaki yg akan berumah tangga. CINTAILA bini anda sepenuh hati. Jgn buat bini anda mcm stoking.. kot sedap hati je nk menambah.

Wednesday, January 14, 2009

lagi satu minggu saja nk bergelar bini orang. tak tau nk pikir apa dah. semakin hari semakin gementar plak. apsal yerk? rasa mcm takut sgt...takut macam macam, paling tun risau.. hati si dia akan berubah. mcm mana kalau si tunang tak sayang tun mcm sekarang nih? iskk.. seram seram. jgn la beliau jadi jantan gatal mcm kebanyakkan jantan jantan kabaret di luar sana.

arini tun tepon bespren nk ajak keluar la wiken nih tetapi tun direjek sewenang wenang oleh beliau. oooo mentang mentang la tittle 'anak dara akan expired tak lama lagi. sesuka hati je dia nk menjauhkan diri. sedihhh wooo. tun baru je nk menghabis kan sisa sisa anak dara dgn aktiviti bersosial tapi apakan daya. org tak sudi lagi nk kawan tun. huwaaaaaaaaa.. sensitipnya daku. namun bak kata pepatah. berkawan biar seribu, berlaki biar satu.. nasib baik ada ween. ahad ni.. aktiviti selanjutnya ialah bersosial dgn cikgu weween yg comel tu.

makin meningkat umur makin sikit impian tun. dulu masa muda remaja.. mcm mcm impian tun ada. tapi bila dah umur 18thn untuk kali ke berapa pun tun dah lupa. if org tanya impian tun. mcm taktau nk jawab apa. mcm bosan nk jawab.. nak ada family yg bahagia. kerjaya yg mantap. semua org nk macam tu kan. tun cuba nk pikirkan impian yg hebat. pikir punya pikir.. mcm takde je. kalau dulu bila org tanya "apa ko nak dalam dunia nih?'. seribu jawapan tun boleh bagi.
tun nk kawen ngn anak raja. tun nk melancong seluruh dunia dan tun nk itu, tun nak ini. tun nk semua. tun nk segala galanya.

tapi sekarang ni bila menyebut tentang kehidupan. tun sedang membayangkan kehidupan wanita berumah tangga, balik dari opis tun akan memasak, mengemas rumah dan mungkin tahun depan tun akan sibuk menjaga anak. owhhhh.. itukah kehidupan ku ???. bukan tun nk mengeluh cuma tun pelik mana perginya impian tun yg lain selama ni. ada tersorok dalam peti ais ker???

tapi mak tun pernah pesan.. dalam dunia ni paling bahagia bagi seorang wanita ialah menghabiskan kehidupan mereka dgn suami yg baik, dan yg paling penting si suami itu mencintai kita sepenuh hati.

buat kengkawan..doakan tun berbahagia sepanjang hayat ye.

Monday, January 12, 2009

aku dan dia

lebih kurang 2minggu je lagi tittle anak dara akan expired. bulan ni tiap tiap hujung minggu tun terpaksa balik kg sbb byk lagi tak siap. baju kahwin pun baru je tempah ahad nih, amacam? relax tak tun? mcm taknak kawen je kan. hahah.. org len dok sibuk sibuk dgn persiapan.. tun lak masih lagi tenang menghadapi hari yg mendatang. tapi nasib baik kesedaran dah mula timbul. skrg ni tun dah mula kelam kabut. rasa macam nk jumpa albert einstein nak suruh dia pusing balik jam supaya tun mempunyai masa yg cukup untuk bersiap sedia. warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

tun nk kawennn tapi kekadang stress la dgn persiapan perkahwinan. itu baru kisah kenduri tak termasuk hal nk jumpa tok kadi, ketua kg, imam masjid.. nasib baik dlm prosedur tak suruh jumpa mawi dan ekin. kalau tak.. parah la gak.

sejak akhir akhir ni mak asyik ckp " awak kawen nanti, tak da la nk tido dgn mak dah.'. mcm sedih plak dgr mak ckp cemtu. tahu tak? tun si penakut ini memang setiap kali waktu tido di kampung wajib ditemani mak . sb tun seorang yg berimaginasi tinggi. bila tido dlm kegelapan macam macam bayangan yg muncul di minda. itula sebab emak menjadi teman setia tun setiap malam di kampung.

kengkawan kat opis dan mula sindir sindir almaklumla tarikh nikah dah dekat. lawak diorang memang lawak spastik. dalam tun control cun, boleh gelak besar jugak la. rasa nk pecah perut dgn perangai tak cukup umur mereka.

p/s: pesanan buat bakal suami tun. tolong la jgn berubah. sayangila diri ini sampai kekubur. andaikata tun kekubur dahulu.. jgn gatal nk nikah lagi satu.

Thursday, January 8, 2009

lagi 2minggu lebih je

huhuhu..menghitung hari yg mendatang. rasa cam berdebar pun ada. rasa tak sabar pun ada. dah macam 3 rasa je. sape sangka anak dara brutal ini bakal menamat zaman bujang beliau. jeng jeng jeng.. tittle 'anak dara ' bakal expired tak lama lagi. pasni.. akan dapat tittle cik puan lak. syiokkk lak rasa.

makin dekat dgn tarikh kawen, makin sayang lak pada encik tunang. seperti tak sabar lak. hukhukhuk. layanan yg tun dpt dari encik tunang pun sgt la memuaskan. Apa saja kehendak tun semua diturutkan. semoga layanan yg tun dpt ni akan berpanjangan sehingga akhir hayat. sayangggggggg sgt kat dia. syg gilerrrrrrrrrrrrrr. pedulikan sesape yg rs nk muntah. tun tetap nk ckp tun syg dia.

p/s: eimma, bell and ween.. next saturday tun kasi kad yek. this weekend kena balik kg.