Thursday, September 22, 2011

bila suami dah bersuara...

sepanjang perkenalan sampaila dah beranak dua. belum pernah lagi suami keluarkan perkataan gemok kat tun. tetapi baru baru ni dia dah mula bagi hint suh diet! so pepaham je la kan. badan dah naik. bukan x sedar dah naik spoloh kilo tapi sbb suami cool je, tun pun relaxxxla. tetapi bila dia dah bagi hint, ni petanda suh diet secara serius. so tun pun bertekad utk berapa juta kalinya untuk diet. tapi selalu nya keazaman tun ibarat hangat hangat tahik ayam jer. almaklumla bila minta makan je, suami pasti bagi. dan semenjak beranak dua, makanan kegemaran saya adalah mcdonald. penah satu minggu tu kami mkn belasah mcdonald 3kali seminggu. dan saya rasa disitula penyebab kegemukkan saya yg nyata ni. bila x masak, suami akan beli dua nasik lemak kukus bersama ayam rempah untuk juadah makan malam. lihat!!!.. saya memang x diet sperti yg di war warkan dalam blog sebelum ni. nk kuruss konon.. citttt!!!

tetapi sejak suami dah sound last 2 week. tun pun rasa mcm sedar diri lak. pakaian pun byk dh tak muat. dagu pun dah berlapis. so tun pun mulakan diet..langkah pertama ialah menampal pantang larang berikut di dapur

-nasik 3 sudu sehari
-jgn minum air bergula
-senam 2jam sehari
-target 50kg by december

huhakhakhak. satu pun petua tak diikut. setakat menyemak dapur je. yg tun buat skrg ni tak makan mlm selepas pukul 7. harap harap memberi kesan laaa. dpt turun sekilo pun sy dh hepi.
jeles tgk satu org kwn saya ni.. dulu kitaorg selalu erobik sesama. dia pas kawen..menten je slim tapi tun...!!! sedih betul. nyampah gile bab bab diet ni. tapi nak gak bergaya mcm org lain. pakai cantik cantik . kalau by december tak gak kurus.. tun nk sedekah semua baju zaman anak anak dara kat mereka yg slim.

amanda.. jom la diet!!!!!!!. sian ibu tauuu.