Thursday, January 12, 2012

b bunch TTDI


sangat kecewa dgn service yg diberi oleh tadika b bunch ttdi. january aritu fee tahunan dgn bulanan dah melayang 2ribu. kalau orang kaya mungkin rasa mcm dua hingget tp bagi aku, dua ribu tu byk wooo. mcm anto anak masuk kolej. bila antar 1st day.. ingat kan anak akan di jaga elok elok la. tp bila amik mikhail, belakang badan dia berdarah. cikgu bodoh tu leh tanya.. masa antar pagi td perasan tak berdarah? padahal fresh blood dok mengalir lagi dr belakang dia, sah sah laa luka baru. aku ni bukan jenis suka nk cr gaduh.. aku ckp xde tp xperla.. mungkin main sesama budak. tp besar gakla luka mikhail . sebesar dua jari. so kira baiklaa aku x ngamuk. tp dlm kepalaa rs x puas ati. tp cuba nk bagi peluang. hari kedua mikhail nangis kat pintu kelas jerit ibuuuuuuu. aku kena tinggal gak sbb nk g keje tp yg aku nampak staff kat situ x pujuk pun. apa kejadah aku bayo mahal tp servis lg teruk dr tadika kemas???? ari kedua.. aku pesan kat staff jgn laa campurkan budak aged 3 thn dgn 5thn. sb budak 5thn agresif main kasar kasar. dorang kata OK. hari ketiga, ari jumaat.. kat peha mikhail ada kesan gigi budak.. elok je bentuk gigi. bulaaat je. patutlaa masa nk antar tu dia jerit jerit xnak turun kereta sambil ckp akitt akitt. rupanya dh kena gigit. soo.. ari ke 5 aku ngadu jumpa manager ckp..3 benda.

1. 1st day anak saya dh berdarah, tp staff taktau sebab apa. aku tak marah tp nape staff x bg extra care kt mikhail. adakah sbb aku tak ngamuk korang leh wat x layan??? aku amik je gambar luka tu sbb nk bawa bahan bukti aku ada.

2. anak aku nangisss.. kat pintu. actually bukan anak aku je. ada 2-3 budak nangis kat pintu. naper staff x pujuk? kami ibu bapak sebak tau nk antar anak. cuma kami bg kepercayaan penuh pada skolah. manager tu jawab "budak budak ramai, staff x cukup. mmg menipulaa. aku tgk sendiri staff leh borak borak sesama sendiri tp budak nangiss kat cermin pintu..korang relax je. baik aku antar kat skolah gomen . ingatkan bayar mahal dr bibik leh la dpt layanan yg bagus.

3. yg ni mmg aku sawan. anak aku kena gigit dgn budak OKU??? apaa skolah ni ada budak OKU?? dan menurut manager tu, dia nampak budak OKU tu gigit anak aku tp dia sangka kan mikhail x sakit sbb x nangis kuat. apa kejadah semuaaaa ni? 3 hari pun x hhilang kesan gigitan.. meh sini aku gigit ko.. tgk.. ko sakit ke tak??? macam !#$%^&*()_(_. benda lain leh sabar... anak aku jgn ko berani wat cemni (mikhail, kalau awk bace entry ni. tgk!!! betapa sygnya ibu kt awk).

tadi aku gi skolah tu.. pukul 3. kalau ikut jadual bebudak ni sepatutnya belajar. tp bila sampai.. staff dua org tgh sibuk borak borak. budak budak lak wat hal sendiri. dulu ckp ada 150 yg dh register online. tp bila aku g.. tgk ada dlm 6 org je yg ada dlm kelas tu. aku rasa ramai dh bawa anak dorang blah dr situ.

pagi tadi gak satu babak yg wat aku sakit ati. masa antar, ada parents bawa kereta skyline.. sorang staff ni siap buka pintu sambil ckp "hi..good morning" layan budak tu mcm dewa. almaklumlaa mak dia bawa skyline. mak mikhail bawa proton jerrrr. aku kena dukung mikhail, kena angkut beg mikhail pastu yg paling sebak dorang tolak mikhail masuk dlm, mikhail nangis kat cermin pintu. haram satu staff pun pujuk dia. gaji aku bayar korangg.. mmg aku x halal. kerja mcm !@#$%^&**^%$. cissssssss.. aku cite kat suami. dia kata.. mmg x puas ati. takkan kena tukar skyline baru nk bagi layanan. mmg aku bad mood sepanjang hari kt opis. aku bayar dorang keje separuh hari RM650 sebulan tp korang layan anak aku mcm anak aku ni pendatang haram ( ni ayat org tgh emosional, sebak woooo anak anak org jgn korang wat cemnih. sampai satu masa..keturunan korang lak kena) mana la tau kot kot keturunan korang mengemis ker.. tula saper suh pandang kete?? apa ingat kete cap malaya ni.. x bagus ke?? . tungguuu.. aku beli kereta kebal aku robohkan tadika tu. ni yg wat aku nk tukar kereta ni.. tunguu tunggu..


aku nk tukar branch sbb dr review yg aku dpt, branch bangi dgn shah alam mmg terbaik. dorang jaga dgn kasih syg. adik aku antar anak anak dia ke branch bangi. dia kata berbaloi..walaupun dia bayor 1200 sebulan tuk dua. tp senang hati jer dia rasa.

plan aku ada dua
1. tukar branch
2. tukar skolah tp aku nk refund dr dorang dulu.

aku rasa pasti ada mak bapak yg akan search google ttdi branch. aku yakin mesti ramai x puas ati dgn branch ni sbb aritu aku penah tgk sorang mak ni tgk intai anak dia..muka dia masam dari cuka. aku dpt agak..ada benda dia x puas ati. sbb muka dia masam sgt..x berani terus aku nk tanya dia sbb apa.

2 comments:

mama fara n iman said...

Teroknya... Sian mika :(

Anonymous said...

salam puan, saya search brainy bunch ttdi dan keluar blog ni. saya baru berkira2 nak hantar anak ke situ.. ngerinya.. rasa macam xjadi la. cousin saya 2 orang hanta anak2 ke brainy bunch puchong n shah alam. kata diorang mmg best sgt so saya pun excited ler.. tapi harini dah 2x saya dengar cite yg xbest pasal branch ttdi ni.. baik hantar jauh sket xpe dpd jadi camni. puan cubala minta tukar ke branch lain.. saya xrasa diorang akan refund duit tu...