Monday, November 5, 2007

hakhak berangan jom


Semenjak menjadi manusia yg sentiasa redha. Life aku dah kurang tensen. So takde yg menarik nk dicerita. Cuma pasal budak korea, my new roomate. Semalam dia ckp ngn tun, di korea kalau nk kawen kena cari pasangan yg sama taraf. Kalau sorang kaya, sorang miskin nanti dpt halangan dari pihak family yg kaya. Selalunya ibu lelaki si kaya akan paksa gelpren tu tinggal kan anak laki dia. Tun ingatkan fenomena camni hanya berlaku di zaman P Ramlee dan dalam drama drama korea sahaja. Tak sangka berlaku gak kat real life.

Kesian betul dgn gadis gadis korea, diorang takleh berangan nk kawen ngn anak raja. Sesungguhnya mereka dikalangan yg sgt rugi. Best pe berangan. Tak payah kuar modal dan boleh mengisi masa lapang.

Dari kecik Tun suka berangan nak kawen ngn anak raja. Dulu suka curik selendang panjang opah pastu pakai ala ala lela majnun. Lepas tu cakap sensorang konon konon ckp dengan dayang dayang. Bila emak Tun balik dari kerja, mengamuk sakan dia bila tgk umah bersepah. Tapi itu semua nostalgia lama. Sekarang ni Tun Teja anak dara yg baik, bersopan santun cuma dia tak pandai masak dan kekadang dia diserang penyakit sengal. Namun penyakit nya itu masih boleh di ubati.

Tun tak paham la, kenapa orang suka bersikap materialistik. Nak memilih berdasarkan harta. Alaaahhh..banyak harta pun bukan boleh bawa mati. Kan bagus kalau Kerajaan kite menggalakkan org kaya kawen dgn org miskin bagi membasmi kemiskinan dlm sesebuah negara. Kalau gomen wat undang undang baru camtu, tiada lagi kemiskinan malah dpt pahala lagi sbb dpt membantu mereka yg memerlukan.

Sebagai contoh yg baik, Pak Lah pun kawen ngn "maid" dia. Para-para pemimpin seharusnya mencontohi beliau. Mereka disarankan memilih gadis berwarganegara Malaysia bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Oleh itu kepada Dato'-dato', tansri atau anak anak raja yg still single bolehla hubungi TUN TEJA di talian 086 4444444. Wang hantaran boleh dirunding.



"tun ooo tunn. ko dh mental ke?, dah la malas mandi, tak reti masak, pastu kesengalan mendula oblongata, ada hati nk kawen ngn anak raja. "


kot suka ati aku laa...ko pedulik haper!!!!

11 comments:

Anonymous said...

haku anak raja gak tun..
tak leh masak takpe boleh runding.
sengal pun takpe sbb haku pun sengal tahap tertinggi..
gegege...

pedum said...

:-(

tun teja said...

hek eleh... anak raja gopal..x masuk list haku.

alalal pedum.. nape nih?

Anonymous said...

hahhahhaha......

anak ber sultan mata ber raja dihati pon ok what...

-b-

THECORESYSTEM said...

tun teja,tulisan mu penuh angan2...mcm lagu Raja Ema...hahaha

KeL@T said...

kelat ade member... nama dia... raja ahmad daris bin raja sharom... kira anak raja gak tuh... amacam??? ada mau ka??? hehehe...

tun teja said...

hhhehe abg azreen tu pasal tun cari lagu raja ema? ade tak??

hehehe kelat..takpela tun nk cari yg dok kat dlm istana..

tun teja said...

hhhehe abg azreen tu pasal tun cari lagu raja ema? ade tak??

hehehe kelat..takpela tun nk cari yg dok kat dlm istana..

Anonymous said...

Tadi ada jgak tanya kat maid...tp dia jawap takleh...coz takut husband dia marah kat indonesia...

tun teja said...

uiks.. encik habib. len kali tanya maid indon yg single. dia nak tak??
mesti dia nak..

Mem Aluya said...

Waaahahaha... sian kat Pedum.

Anyway, Kakak berangan nak kawen dengan Pengembala Onta jer. Kalau makan hati pun, dapat makan hati onta.

Pstt: Ni nak berangan, kalau punya anak sekiut kamu, Kakak nak soh dia ngorats anak Sultan Brunei (yang mak dia si Azrinaz Mazhar Hakim). Tak pun cucu Sultan Negeri Pasir Berdengung.