kelmarin nordin tanya tun, apa perasaan perempuan bila dpt bunga. perasaan perempuan bila dpt bunga.. dia akan rasa berbunga bunga kot. lelaki tahu ke perasaan tu? perasaan berbunga bunga tu mcm syiok sendiri, perasan cun dan dia akan rasa dia lah paling bertuah dlm dunia nih biarpun dia tak suka org yg bg bunga tu. so kepada lelaki yg nk buat perempuan perasan.. leh la kasi bunga kat gadis idaman korang. nk kena kan gadis gadis pun leh gak. tapi berapa ramai lelaki yg sanggup menjatuhkan ego diorg untuk bawa bunga dikhalayak ramai semata mata nk bg kat si gadis?? cuba jawab sket. yg paling tun nyampah bila si lelaki tu kasi bunga secara senyap senyap contoh, letak atas meja si gadis di awal pagi sbb taknak org len nampak dia bawa bunga. takpun pakai delivery ke. apsal tak bg sendiri?? ego?? malu??
cite bab bunga, tun ngn member pernah gak kenakan member kiteorg yg agak perasan cun. so kiteorg yg terlebih rajin untuk kenakan org ni pegila beli sekuntum bunga ros dgn kad skali. tun letak kat meja minah tu. kat kad tu kiteorang tulis
(dear sarah (bukan nama sebenar)
boleh berkenalan?
yg ikhlas)
K.
seminggu sarah tak tido lena sbb dok teka nama kawan laki kiteorang yg mula dgn huruf K. hahah.. tun dgn member gelak dlm ati je tgk gelagat dia. pantang ada org tgk dia sket. dia mula rasa mamat tu yg bg bunga kat dia. pastu kalau nak kuar umah je , mula la mekap sejam. almaklumla dh ada peminat misteri. setiap 10minit si sarah ni akan bedek muka dia kat cermin. pastu asyik tanya kiteorang.. " ko rasa saper ye yg bg aku bunga tu?" tapi kitaorang wat muka tak berdosa ckp "ntah.. peminat misteri la kot"
si sarah mmg tak puas hati dan masih cuba mencari jejaka yg bernama mula dgn huruf K. nasib baik datok k tak popular time tu. kalau tak.. datok K turut menjadi suspek si sarah nih.
kami berdua mula rasa kasihan melihat keghairahan si sarah. dia terlalu teruja kerana pertama kali dpt bunga dlm hidupnya. disebabkan rasa kesian teramat tinggi, kami nak bagitahu kisah sebenar pada sarah tapi setelah di fikirkan 10kali, akhirnya kami hanya mendiamkan diri. kiteorang rasa... kalau mengaku yg bunga tu dr kami berdua sama lah seperti menempah kubur sendiri. si sarah pasti akan bertukar menjadi makhluk hijau lalu terus menelan kami berdua hidup hidup. lantas kami mengambil keputusan untuk menanggung dosa sepanjang hayat . tapi sejak si sarah dpt bunga.. dia kelihatan bertambah ceria je. so.. itu mungkin satu perkara positif. jadi takdela rasa bersalah sgt. siapa sangka dgn sekuntum bunga boleh mengubah hidup seseorang.
kisah sarah ini banyak mengajar tun dgn member erti kehidupan sebenar. kami berdua mula bersikap berhati hati dan tidak cepat perasan bila dpt barang dari pengirim misteri, kerana ia mungkin "prank" dari member member yg tidak berhati perut.
20 comments:
malu la nak bagi bunga.rasa cam sesak nafas.adakah aku ni pemalu?hehe
yele kot.. malu tapi mahu.
hakhakhak
sebelum apa2 kasi can nak gelak dulu... ha ha ha ha ha kah kah...
tak baik tau tun buat gitu... tp syok jugak yer sesekali kenakan org... nak try buat jgaklah, kat sini pun ada jugak satu minah tu perasan cun... apa jadi dgn si sarah tu sekarang... dah jadi tokey kebun bunga kot..
tun tak yah kasi bunga membazir je..kasi la mknan. megi ke sekotak..telur ke sepapan..beras ke seguni..tu lebih tun hargai.
tun kalau dpt bunga.. x mkn pun xper
yela tu..bertuah la kalau tun mcm tu..hari2 bg bunga taik ayam
x kisah la. janji bunga...
bg bunga lalang tak yah kuar kos..
meenachi ada sihat ka ari ni?
sihat jer,
nk mkn jap.
tingat pulak zaman kat vokay... dpt ros kaler koningggg... ngan epel, budak Etn kasikkk... nik nama dia... org kelate (dia yg kasikkk tau... hehehe) adeiii... malu sehhh... org dah kasikkk... hambek jerkkk... pehtu... segan la pulak nak lalu kat kelas dia... sbb dia dok bakang sekali... mmg bebetoi tepi pintu... nak turun tangga... kena lalu situh... adeiiii... riso gak... tsipu2 kang tgolek kat tangga... abesss jatuh maruahhh... tp, kelat menten jerkkk... tadek rezeki nak jadik kapel.. hanya kawan jerkkk.. hahaha... kenangan tuh... sedi musti kelat mamat tuh... diam2 ek tun... ini rahsia kita bdua... gagagagggggg
* sedi musti kenal mamat tuh...
prank??? ha ha ha... byk kenangan tuh!! bukan setakat bunga.. buah epal...ni plak kes kat kypm kb.. kelab fizik yang anjurkan... dulu guna nick N.A.A...
surat layang buat jenahak...
guna nick ikhlas 99.99%
satu geng dak bilik prank!!! huhu...
bagus ah artikel tun nih.. teringat zaman gedik santai dulu...
amboi kelat sonok je dia dpt bunga. kalau kite tahu si pengirim takpe. tapi kalau taktahu mmg tak senang duduk laa. dok pasan sensorg.
heheh xillix...
keje mengena org ni memang best. sampai kiteorang dh x percaya sesama sendiri lak. hahahhahah
bungaaa..
orkidlaa...
me tumpang lalu jer
dah bape byk tun dapat bunga
sape yang kasi?
pedum. adala.. dpt gak la.
sibuk je nk tahu saper kasi
mana leh ckp..
yginsaf..
rose la.. bukan orkid
setiap thn dapat bunga ek..
sapa la yang bg kat tun kan...
mesti orang tu sengal kan...
Thanks for the answer. A red rose for the lady... ;-) We'll see...
Woohoo... nakai rupanya. Hih hiii... but it's a good thing for her in a way, eh?!
Post a Comment