Monday, November 12, 2007

sengal

semalam tun dapat offline msg dari kawan.

"Nordin Rahman (11/11/2007 4:03:12 PM): Tun, selalu terbaca lately (at ur blog, among them) perkataan sengal. Apa maksudnya dlm context yg biasa org guna tu. Tgk ayat, mcm gatal, gedik, ke apa entah. apa makna sebenarnya. Sekian saja offline message saya ni."

Sengal bukan la penyakit gatal atau miang seperti sesetengah pihak nyatakan. Sengal adalah satu perkataan yg makin popular digunakan dikalangan anak anak muda remaja seperti tun teja. Sengal membawa maksud berbeza beza mengikut pahaman masing masing.

Dalam kes Tun Teja, sengal adalah satu penyakit kekejangan otak yg boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia mahupun bangsa. Namun penyakit sengal sering menyerang dikalangan anak anak dara yg perasan cun dan tidak reti memasak. Kekadang apabila jarang mandi, penyakit ini akan bertambah kronik lagi. Perilaku penghidap sengal tiada banyak beza dgn masyarakat normal cuma kekadang mereka bersikap agak luar biasa

CONTOH 1. Dia mungkin beranggapan cipan atau tenuk adalah satu makhluk comel dan sering memuji muji binatang tersebut sehingga menampal poster cipan dibilik tidurnya.

CONTOH 2. Kerana malas mandi, dia memberi seribu satu alasan bagi mengelak dirinya dikerah untuk mandi. Alasan alasan yg sering digunakan, "aku demam la, lagipun air panas dh abis", atau " Semalam aku mandi sejam, rini takyah mandi la"

Setakat ini belum ada vaksin atau ubat yg boleh mengubati penyakit tersebut. Namun jgnla menjauhi mereka yg sengal kerana ia bukan penyakit berjangkit. Oleh itu marilah kita memberi sokongan moral kepada mereka yg menghidap penyakit sengal

sekian, terima kasih

7 comments:

coklat ubat batuk said...

ceh.. sengal jer....

KeL@T said...

sengal x pe lg... jgn sengauuuu jer tun... ahaks...

tun teja said...

heheh..sengal

Nordin said...

Terima kasih atas penerangan Tun.

Anonymous said...

kalau tun jadi sengau dia jadi gi ni ha..

"Hame haye HunHeja, haye hie hemang hengal han hengau.. han haye huke hangat hada Hipan hang homell.."

hahaha.. tui tak tun?

_[-_-]_

tun teja said...

sesamer nordin..

kro..ni sengal..xde kena mengena ngn sengau

Mem Aluya said...

Tengah sengal sengal bahu kat sebelah kanan ni. Asyik pegang mouse aje. Sengal tul.