Friday, February 29, 2008

x diet dh

YUHUUUU.. WAT PE TU? takde wat pe pun. YEKE?. yela. ELELELE..NAK COVER LAK, TU KAT DALAM MULUT TU APER?. manade pape. ALAH.. TUN TAKYAH NK TIPU LA. WALAUPUN ORG LEN TAKTAHU TAPI AKU TAU... BAIK KO CAKAP APA DALAM MULUT TU? err..err... makananla. AKU TAHULA MAKANAN TAPI APA DIA? ciskek! WAHH TUN , DASYAT LA KO SKRG NIH. PAGI TADI MKN NASI NGN AYAM 4KETUL, LUNCH MAKAN SUSHI SEPINGGAN, PTG KO MAKAN BISKUT NGN KEREPEK UBI, MALAM KO MKN CISKEK. KO PREGNANT YEK? heii, mulut ko jaga sket ye, sukati aku la nk makan apa. yang ko sibuk sgt tu nape? AMBOII.. MARAH YEK. RELAX LAA BEB, AKU BEPRASANGKA BAIK JE. paler hotak ko! aku anak dara lagi la, nak pregnant mende. UIKSS KO NI AKU GURAU SKET PUN DAH NAIK HANGIN. KO MONOPOS YE? arghhhhhhh.. ko boleh tolong blah tak? kang ada yg mkn garpu kang.

** macam ne nak tahan nafsu mkn nih? tulunnnnn tun.. tulunnnnnnnnnnn**

Wednesday, February 27, 2008

tipu-tipu

Entry kali ini khas buat anak anak dara. Tun ada satu kisah untuk di-story-kan. Kisah ini adalah benar tapi telah ditokok tambah bg menyedapkan lagi cerita. Kisahnya begini, Tun ada seorg teman yg sgt baik dan lurus. Anak dara yg baik baik selalunya sering beprasangka baik pada semua org. Sungguh berbeza dgn tun teja yg keji ini. Terima kasih kepada si durjana itu. sbb beliau, tun teja sering berprasangka buruk kepada sesiapa yg luarannya nampak baik. Dihati ini selalu berkata, arghh mereka semua hipokrit...

ok, sambung balik, kwn tun ini telah berkenalan melalui laman web forum dot dot dot. Tersyiok laa si gadis ini dgn jejaka itu. Dari berforum, mereka ke blog pula. Kawan tun suruh tun bace blog mamat tu. 1st time baca, tun rasa byk perkara yg meragukan. Tapi malas nk ckp kat kwn . Yela ti dia ckp tun busuk hati lak. Memang pun!.. terima kasih sekali lagi pada durjana kabaret itu.

Semakin hari hati ini terasa tak sedap. Gambar gambar dlm blog mamat tu penuh kesangsian yg ditahap maksima. Jalan cerita mamat tu sungguh la sempurna mcm drama bangsawan. Cuma ceritanya sgt bertelagah dgn dunia realiti. Maka tun pun merujuk kepada yg pakar. Ya, ramalan ku benar belaka. Gambar gambar itu telah dicuri dari page org len dan ada pula yg diedit dgn photoshop. (malas nk cite detail). Setelah mempunyai bukti yg kukuh tun pun explain laa kat kwn tun nih. Alhamdulillah.. dia dpt terima.

Kenapa diorg menipu? Owh.. byk sebabnya. Dibawah adalah beberapa contoh sebab kenapa mamat tu menipu.

a). dia sgt la tidak ensem. Nak cari dlm dunia realiti tak berkemampuan. Dahla tak ensem pastu menipu lak. sungguh tragis kan. Lagi pun , pempuan pun satu.. mudah sgt cair ngn ayat ayat power.

b). si dia tidak berharta, alaa.. kalau ada duit takkan susah nk cari bini kan. Jadi dia akan mereka-cipta satu kehidupan yg di-copy and paste dari drama drama melayu. Dimana cerita nya mengisahkan tentang teruna awal 30-an yg terlalu sibuk dgn kerjaya sehingga xde masa nk cari jodoh. dia mempunyai bermacam bisnes dan bekereta mewah tapi hatinya sunyi tanpa wanita disisi. Oleh itu dia berharap si gadis itu sudi berkawan dgn nya.

c). menipu di alam cyber sgt la mudah bg mereka yg berbini kerana.. susah sket nk kantoi. Jantan mcm ni sungguhla tun tak paham. Nape la mereka ni terlalu miang sampai sanggup mengejar anak anak dara?. korang ni over-dose tongkat ali ke?

byk lagi tp malas la nk cite. sorg kawan tun penah mengadu dia berhabis ribuan ringgit akibat di tipu oleh lelaki kabaret. nak salahkan siapa yek? laki yg menipu or pempuan yg bodoh sbb tertipu? masuk kes nih, dah 3 org kawan tun jd mangsa jantan kabaret.

oh.. dah alang alang menulis entry nih.. tun ada pesanan dari kawan tun yg bernama kak noraini@noeyn, dia pesan pada malaun yg pinjam duit dia, tolong byr balik RM400 yg ko pinjam. isk.. kalau ko utang singgit pun..org tak halal kan.. x tenteram roh ko bila mati kelak-harap maklum

sekian, terima kasih.

Tuesday, February 26, 2008

anak dara

entah kenapa tun teringat satu tragedi yg agak mencuit ati lak rini. Kisah ni agak lama gak la. dlm 4thn lepas. Tun teringatkan kawan tun si aishah. memang lawak orgnya.

Disuatu petang, dah abis kelas tun lepak kat belakang kolej. tu port biasa tun la.. pastu masa tu baru pas telefon mak. Habis gayut tun nampak aishah ni lenggang kangkung melintas tun tanpa toleh kiri kanan.

Tun Teja : hai anak dara nak kemana tu?

Aishah yg sudah 15 langkah jauh dari tun pun menoleh belakang, baru perasan kot tun ada kat situ. Kemudian dgn selambernya dia menjerit.

Aishah :"heiii, mana ko tahu aku ada dara ke tidak???"

Tun terkesima beberapa saat kerana dibelakang aishah ada beberapa lecturer dan CEO kolej. Tun buat isyarat mata supaya dia berpaling. Sebaik je aishah sedar , mukanya bertukar menjadi tomato. merah giler!!.

Itula org veteran dah berpesan, ckp siang pandang-pandang ckp mlm ..erk.. apa ntah. tun pun dah lupa. Ini cakap pakai lepas je kan dh malu sendiri. Mereka yg disekeliling hanya memberi senyuman penuh bermakna. Tun x tahan terus gelak gile gile. kalau leh wat aksi guling- guling.. memang sah dah masuk longkang.

Monday, February 25, 2008

dpt bunga


tadi tun dpt bunga ngn coklat kat tempat keje. Adeii malunya tapi terselit gak rasa takbur yg tak terhingga apabila ada mata mata yg berbaur kedengkian memandang (ya, saya seorg yg sgt perasan)

ini la lelaki, bila awek dh kena kejutan sawan baru nk pujuk. Macam ni ke org bercinta? bagaikan drama swasta yg sering memainkan emosi para penonton. kejap hepi kejap sawan dan pelbagai adengan seperti seram ganas serta panas. Bila si heroin dan mengamuk, si hero akan memainkan watak machonya. Hari ini tun terasa seperti heroin dalam drama sembilu (heroin kan slalu dpt bunga). Tetiba tun rasa diri ini telah bertukar menjadi secantik angelina jolie. bayang bayang tiang gol smlm sudah mula pudar.

hatiku mengembang bagai di pam pam, rasa berbesar hati lak rini. Ececece.. inila pempuan , baru dpt bunga dh cair. lemah sungguh jiwa ragamu. Eh, sorry sket..bukan lemah kay tapi berjiwa lembut. Tapi hati tun ni pun tak stabil kejap kecut kejap kembang. Kalau proses pengembangn dan pengecutan sering berlaku, tidak kah ia memberi kesan tidak sihat kepada hati tun? Siapa pakar dlm bab hati ini boleh tlg jawab tak?

yg benar
dara kompius

Sunday, February 24, 2008

tun vs tiang gol




Hari ini bday tun tapi tun rasa mcm hari-hari yg biasa je eh bukan hari yg biasa tapi ari berkecik hati. Tun rasa hati tun semakin mengecil. Fenomena pengecilan hati tun berlaku disebabkan sikap si-dia. sape si-dia tu? kawan ke? kalau kawan tp dia ckp syg tun. Boipren ke? kalau boipren takkan dia lebihkan bola dari awek sendiri?

Meh sini tun nk cite kejadian sebenar lagi sahih. Hari ini dia sms tun dlm kul 8.30mlm cakap dia nk gi dinner. Pastu kul 10 tun msg dia ckp nk tepon dia, almaklumla kiteorang ni long distance relationship mana leh dating2 nih. Dia reply "i tgh mkn, japgik i balik" Ok tun paham situasi tersebut. Tapi kul 11 tak gak abis abis mkn. Agaknya dia terlalu lapar dan sedang bertungkus lumus untuk menghabiskan 18pinggan nasi ayamnya, atau dia apply jadi tukang masak part time kat kedai tu ataupun dia tolong tokeh tu tutup kedai. Byk kemungkinan disini. Lepas tu 11.15 dia sms ckp dah sampai umah tapi nk tgk bola dulu.. (nota: kami bergayut pakai tepon umah, murah sket). Tun yg baik hati ini pun mengizinkanla dan berpesan, dh bis tgk bola ti bgtahu tun sbb tun nak call. Rini kan bday tun.. so rasa nk laa di layan sepesel sket.

Tunggu punya tunggu tak gak dpt sms. Tun tgk jam, lagi beberapa jam je(waktu dublin) bday tun nk tamat. Walaupun hari ini merupakan kali ke7 tun menyambut hari jadi ke18 namun ia tidak bererti tun sudah busan dgn tarikh keramat ini. Hari ini masih lagi hari bermakna buat tun. Kul 12.30 mlm baru dia msg ckp "bola tak bis lagi"
Heyyy.. harini bday tun la.. boleh tak wat tun rasa sepesel sket? Dan sejurus itu, hati tun mengalami proses pengecilan secara mendadak. Dan lebih dasat lagi.. hati tun turut terasa seperti di tusuk duri duri nan tajam

Ini la lelaki. belum dpt, kemain lagi.. lautan api sanggup direnang, dh dpt.. wat kite cam sampah sarap yg menunggu masa untuk di proses kitar semula. benci benci benci. Korang mesti cakap.. alaahhh mende kecik je. tun xnak explain ngn kaum laki sbb diorang takkan paham hati pempuan yg lembut serta suci..entry kali ni untuk kaum pempuan yg memahami je. Cuba korang imagine, on your bday dia leh layan bola dan tak layan korang. hangin tak??

Kalau dulu dia layan tun mcm la tun ni secantik angelina jolie. apa saja dia korbankan untuk tun (penyedap ayat je). tapi kini dia lebih sukakan tiang gol dari tun. Oleh itu tun mengambil keputusan untuk merestui hubungan si-dia dgn tiang gol. Kawen la dgn tiang gol tu. Tun doakan semoga dia berbahagia ngn tiang gol tu sampai ke anak cucu..itu pun kalau tiang gol tu tak mandul.

hari ini hati tun yg kecik ini mengalami kepanasan melebihi suhu didih. tapi apabila tun pulang kerumah.. masuk je bilik ada kek. kek terhidang cantik di atas surat kabar lama sebagai alas lantai dan biskut biskut kegemaran tun. Rupanya masih ada yg menyayangi diri ini. terima kasih hyunmin. dia kasi hadiah eye shadow bourjous ngn cd .terharu sgt. Terima kasih gak kepada smua teman teman yg bg kek dlm blog , especially kelat, ween, bell dan p-jay. jasamu takkan dilupakan. dan smua yg wish bday tun. thanks so much

Saturday, February 23, 2008

befday tun




seperti semua sudah maklum, tun sudah mengumumkan tarikh keramat bagi anak dara ini jatuh hari ahad. Oleh itu tun mengucapkan ribuan terima kasih kerna anda semua mengucapkan hepi befday kepada tun walaupun secara paksa rela.

kelmarin tun makan ngn uncle ngn hyunmin. atas tu gamba uncle and makanan2 yg kami belasah dimalam itu. sonok gak la. dpt belasah kalori kalori yg lazat itu, rasa nk mkn lagi je. Ada sesape nk banje tun??

bday kali ini.. tidak bebeda dari tahun tahun yg lepas.tun sentiasa berperasaan muda. cuma kali ini tun rasa sudah sampai masanya untuk tun menerima hakikat.. menyambut bday yg ke 18 untuk kali 7 bukan la satu perkara yg boleh di amik ringan. x sabar rasanya nk meningkat dewasa.

Wednesday, February 20, 2008

hukhuk

tadi uncle dtg jumpa tun. dia ingat bday tun rupanya.. semalam dia ajak dinner. Tun ckp OK tp dgn syarat tun bayar dan jgn beli tun hadiah. sebb tun dah byk sgt terhutang budi ngn org tua nih. Macam macam dia beli kat tun. Raya ritu belikan tun henpon. Walaupun dia berbudi dan tidak mengharap kan body namun tun masih tidak selesa bila org dh terlebih baik. selalu jumpa jantan kabaret je. syukur la sbb ada gak manusia baik dlm dunia nih. Bak kata orang veteran, org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa tapi.. tun ni dh asik merasa je. tak bagi dia pape pun.. rasa bersalah lak. so esok tun nk banje dia mkn kebab paling sedap di dublin. hyunmin pun join skali.

Memandangkan tun akan menjamu selera dgn kebab arab yg mempunyai 8juta kalori dan bisa menggemukkan.. ermmm yummiee.. maka dgn itu tun mengambil keputusan untuk berpuasa pada esok hari bagi mengurangkan kalori dan lemak lemak tepu yg terkumpul dalam badan tun.

errmm cepat tul masa berlalu, pejam celik pejam celik, tak lama lagi tun akan menyambut befday yg ke 18 untuk kali ke7. rasa macam baru smlm je umur tun 18.. ni dah nk 18 balik.

apa perasaan tun?
ermm rasa semakin comey kot..

tak rasa tua ke?
dusssh dushh **2 penumbuk saguhati di hadiahkan**

bape kali tun dan cakap, tua tua jgn sebut bg mengelak perkara yg tak di ingini berlaku
PAHAM TAKKKKK???

Tuesday, February 19, 2008

berita penting

pengumuman kepada semua orang kampung. Tun ada berita tergempar ingin disampaikan. Diharap semua dapat menerima berita ini dengan hati yg terbuka. Tun nak mengumumkan bahawa pada hari ahad ini merupakan hari bersejarah buat seseorang.

Dia telah selamat dilahirkan di muka bumi ini pada 24 feb 1983 yg lalu. 25tahun lepas, dia yg dahulunya seorang bayi yg comel kini telah berubah bentuk fizikal menjadi anak dara yg masih lagi comei (kembang seminit). Oleh itu bagi memperingati hari kelahiran beliau Tun menyeru kepada semua untuk mengucapkan "hepi befday" kepada tun teja beramai ramai.
Anak dara ini bakal menyambut hari ulang tahun ke ______. Ulang tahun ke berapa terpaksa di tinggal tempat kosong kerana dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa usianya semakin bertambah dan bukan berhenti di no18. Bagi anak dara ini, umurnya akan sentiasa 18tahun sehingga akhir hayat. Oleh itu tun berharap , tidak ada sesiapa yg akan membangkitkan isu umur pada hari tersebut bagi mengelak sebarang kemalangan jiwa.

Memandangkan tun sudah memberi peringatan kepada semua maka tun berharap agar tidak akan ada sesiapa yg lupa untuk men-wish kan beliau. Dan ini lebih afdal lagi sekiranya korang prepare hadiah buat dara pujaan tersebut. Inilah motif utama pengumuman ini disampaikan seminggu lebih awal. harap semua sedia maklum.

sekian , terima kasih.

Saturday, February 16, 2008

mood

ada org cakap blog tun dah takde unsur-unsur seram ganas. Tun pun taktahu kenapa, adakah kerana si-dia atau sebab weween dah menyebarkan virus jiwang ke dalam blog tun?. Byk kemungkinan disini. namun biarla ia terus diselubungi misteri nusantara. Sedangkan anak sungai lagi berubah inikan pula anak dara mcm tunteja.

Mood tun ni kekadang berubah ubah tanpa diduga. Bila dtg mood ganas japgik.. abis blog ni tun simbah dgn ayat ayat najis. Kekadang boleh mengakibatkan minda tercalar. bab dosa usah dicerite la.. berbakul bakul sampah tun pikul ketika menulis. inilah tun teja. sukar ditafsirkan emosinya. senang cite, kekadang apabila dia didatangi sawan.. abis satu kampung di amuknya. ingat hang jebat je ke leh ngamuk.. tun teja mengamuk pun tidak kurang hebatnya. Sekarang ni tun malas nk tensen kan diri. Malas nk pikir pasal durjana kabaret mahupun mamat tattoo tu. Buat serabut sistem otak tun je. Namun bila teringatkan dua ekor durjana tu.. tun selalu berharap agar mereka berdua dapat balasan yg setimpal. Terutama kepada durjana kabaret a.k.a najis mugholazah. Tun harap najis itu dpt balasan supaya dia insaf dan tidak berani lagi usik anak dara org. jaga anak bini dia kat umah lagi bagus dari dok mengejar anak dara. dah tua tua dok atas tikar sembhyg ada gak pahala nya. ni dah la menipu pastu menggatal pastu menambah dosa tun je nk maki dia kat sini. adeiii..

Nasib baik la si-dia tahan dgn perangai tun. Dia sgt penyabar orang nya. Bila sawan tun menyerang sistem saraf tun, dia still cool je. Walaupun kekadang tun bengang ngn dia sbb bila tun membebel, dia tidak memberi sebarang respon bagaikan tunggul kayu. Namun apabila dipikirkan dua kali, tunggul kayu pun kalau dgr tun membebel boleh reput. Tun harap antibody si-dia dpt bertahan lama hingga ke akhir hayat bagi melayan karenah tun.

Wednesday, February 13, 2008

amrun zaffran

takde apa yg menarik pun. cuma kat sini aura valentine dh dpt dirasai. tun jumpa byk jejaka jiwang dan romantik bawa bunga. alahai sweet nye. tun tak sambut valentine. si dia dah ckp siap siap dia takmau sambut. tak kisah pun. yang penting birthday tun nanti dia tak lupa. huhu.. kalau kat mesia.. kalau birthday tun suka dok umah. sbb mak tak penah lupa beli hadiah. ermm ayah selalu lupa.. tp kalau nk hadiah kiteorang kena minta seminggu lebih awal.

kelmarin tgh breakfast, tun dpt email. Adik sent pic amrun, anak buah tun. lepas dh scan tun pun view la pic tu. adeii.. rasa nk kuar isi perut. macam ni ke rupanya amrun masa dia dilahirkan. bapak dia (adik ipar tun) amik pic ni masa doktor tarik baby tu. pastu doktor tu suruh bapak dia potong tali pusat cepat2 sbb amrun dh lemas. kepada sesiapa yg rasa gambar ni ngeri. tun mintak maaf yek. sbb tun pun masa 1st time tgk tu rasa nk muntah, rasa geli dan rasa seram pun ada. tapi lelama.... rasa ok lak.




Monday, February 11, 2008

oh bapakku.


semalam tun terjumpa gambar ni dlm picture album. Gambar ayah bersama anak dara dan ex-anakdara (adik tun dh kawen). Gambar ni masa mlm pernikahan adik. Ayah tgh menahan air mata. Sedih kot nk lepaskan anak dara dia. Kalau korang nak tahu masa akad nikah, ayah yg gugup bukan pengantin lelaki. Ayah asyik wat silap sampai terpaksa ulang 4 kali. Tetamu yg datang semua dah senyum senyum. Lawak kot tgk gelagat seorang bapak yg gabra masah menikahkan anak. Tun sebak tgk ayah masa bace doa selamat sebb ayah mengalirkan air mata. Ayah tak dpt terima hakikat lagi yg anak dia dah dewasa. Kalau boleh, ayah nk anak anak dara dia dok bawah ketiak dia sepanjang hayat.

Bapak ku ini susah nk marah tapi dia suka membebel namun kiteorang semua dh immune. Ayah boleh wat rekod dunia, membebel tanpa henti selama dua hari tanpa henti kecuali masa tido. Disebabkan ayah tun terer memasak, andaikata makanan yg dia order tidak menepati citarasa ayah, tukang masak restoren turut dpt mendengar leteran beliau. kalau tak dpt tukang masak, waiter pun jadi la. Asalkan dia dpt meluahkan ketidak puasan hatinya.

Masa kucing tun (lessy) masih hidup. Lessy sgt tertekan dgn sikap ayah yg suka membebel. Lessy sering kuar pagi dan balik lewat malam. Ayah ckp
"kucing akhir zaman tak boleh dipercayai sgt. lessy tu dh jadi minah rempit la tu. mlm baru ingat nk balik umah". Ini la tohmahan yg sering ayah lemparkan kepada kucing tun. Lessy juga mempunyai perasaan sepertiku. Tun turut selalu menjadi mangsa bebelan ayah. Ayah ckp anak dara yg malas mandi macam tun ni kalau di biarkan. Virus tersebut boleh merebak dan mengakibatkan penyakit kulit.

Ternyata ayah silap. Walaupun tun malas mandi namun kulitku sihat, bersih dan gebu.-ahaks-

****** mintak ampun ayah, semoga dihalalkan makan minum. Tun syg ayah sgt..******

Saturday, February 9, 2008

musim

hari ini tun bgn lewat. tido lewat smlm. makan pun leh tahan gak la. berjuta juta kalori tun telan. diet ku rosak. tapi takpe.. wiween pun ngadu kat tun ckp dia mkn byk gak rini. heheh.. kite se-geng la arini.
kepada anak dara diluar sana yg ingin mengurangkan berat badan.. kenala kurangkan tido. sbb minggu lepas tun dgr ceramah dr fadhilah kamsah ckp.. hormon pembesaran berlaku masa tido. so.. tun pun nk kurang tido la.

lebih kurang pukul 2 ptg tadi kawan tun tepon bagitahu dia dh pregnant 2minggu. bulan 12 ti dia dpt la anak. kelmarin lak senior tun datang bawa baby dia yg baru berusia 12hari jumpa tun. cute sgt anak dia. dan seperti semua sedia maklum tun baru je dpt anak buah. Apsal byk sgt org dpt anak tahun nih? agaknya tahun lepas musim mengawan kot. -ahakz-

Thursday, February 7, 2008

jiwang.

hari ini entah kenapa tun makan banyak giler. nafsu makan tun sungguh tinggi. Lepas tun belasah nasik, tun makan potato wedges sepinggan lak. Dan sekarang ni tun tengah mengunyah coklat. Tun sudah cuba menahan diri namun tewas jua akhirnya. Nasib baik berat tun dah turun semalam sekilo. skrg ni 52kg. tinggal 2kilo je lagi pastu tun nk mentenn..

Since last night , tun rasa sebak sgt. Tun rindukan family dan si dia. Si dia pasti sedang nyenyak tido dan mimpikan tun. ececece.. pasan lak. Tiba tibu tun teringat pesanan adik.
"Along, kalau awk nk dia tergedik gedik nak kat awak, jgn bagi dia sentuh awk. Kalau awk nk dia setia jgn mintak kat dia tapi doa pada ALLAH supaya hati si dia hanya pada awk je" Bila difikirkan balik, betul gak kata adik tun. Mungkin ada hikmah tun dan si dia berjauhan sekarang ni.

Ops lupa nk bagitahu korang, pagi tadi tun mandi pukul 6 dan tun masak bekpes pukul 9. APA? TAK PERCAYA KE? betul laaaa.. Tun masak tau pagi tadi dan yg paling ajaib tun mandi pagi. secara tiba tiba hari ini, tun dpt hidayah untuk mandi pagi. Kalau bapak ku tahu, pasti mengalir air mata beliau kerana terharu melihat perubahan drastik anak daranya. Nampak nya tun sudah menunjuk kan sedikit kemajuan. Sikap malas tun sudah berkurang sebanyak 15%. pergh.. benarla kata org bijak pandai. usaha tangga kejayaan.

erk.. apsal tun rasa posting tun kali ini agak jiwang? jiwang siottt.. betulkah tun teja yg mencoret blog pada mlm ini? tun dapat merasakan jiwang tun sudah berada di tahap kritikal. kepada mereka yg ada ubat pencegah jiwang , tolongla kasi tun 3botol. adei.. kembalikan tun teja yg ganas.

Wednesday, February 6, 2008

nak kawen-pengakuan ekslusif

pagi tadi adik tun sms, "along, nephew awk dh keluar pukul 8.30am, 2.9kg alhamdulillah". tun pun ucapla tahniah. nampaknya warganegara malaysia makin bertambah. semoga amrun zafran membesar menjadi anak yg soleh.. aminnn. Tun pun nk baby gak. seronok campur dengki tengok adik dah jadi ibu muda.

Seperti pembaca blog tun sedia maklum, tun ni belum cukup sifat nak jadi bini orang apatah lagi nk jadi ibu. Anak dara yg malas mandi, malas masak pendek kata tun seorang yg pemalas serba serbi namun percayalah tun dalam proses memajukan diri .
"adik dah kawen, tun bila pulak?" tun paling boring nk jawab soalan tersebut. Dalam hati nak je tun jawab "ko pedulik haper?" tetapi demi menjaga nama baik mak bapak , tun hanya menjawab dengan sopan "next year, insyaALLAH" . dah baper kali next year.. tun pun tak tahu.

Siapa taknak kawen? sila angkat siku anda. Yang dah kawen pun merenyam nk tambah bini inikan pula mereka yg masih single. betol tak???.. OPS.. tun single but not available.
kepada si dia, tun harap hubungan kita dpt di-halal-kan secepat mungkin. **malu nye**

copy and paste dari komen
** siranatawira said...

apesal plak adik yg dpt baby dulu?? langkah bendul... itulah, org suruh mandi selalu tak mo... tgk adik tun tu, dia rajin mandi, sbb tu dia dah dpt baby sekarang ni...

January 31, 2008 3:48 PM**

sedih lak bila bace komen di atas, yela.. pasni tun akan rajin mandi. bukan setakat mandi je, tun nak mandi bunga sekali. ngeh ngeh ngeh



Monday, February 4, 2008

kisah benar

suatu ketika dahulu

dia :syg, kalau diberi pilihan satu juta dgn kasih syg i, yang mana u pilih?
(beberapa minit kemudian)
gadis : ermm... kalau dicampur duit nafkah zahir yg i mintak setiap bulan, crv ngn kwsp u
lebih satu juta. so, i pilih u la.
dia :tapi syg, umur i 50 baru leh amik kwsp.. time tu,, u pun dh tua.
si gadis pun berfikir sejenak.. dan kemudian menjawab
gadis : Hah!.. insurance u kan ada. takyah tunggu tua kan.. i leh jadi janda kaya.. muahahaha.
dia : amboi.. mcm tu skali u pikir ( si dia agak sedih dgn jawapan yg diberikan oleh si gadis)
gadis :sebab apa u syg i?
dia : i ikhlas syg u, u pun kena ikhlas syg i
gadis : yang, i nk ikhlas syg u, tapi setiap kali nk ikhlas mesti i teringat asset yg u ada. maafkan i.
dia : takpe u jujur, itu yg buat i syg u

huhuhu.. korang penah jumpa tak dialog macam nih? percayala.. ini kisah benar. xder tipu punya. mmg kisah benar.
_________________________________________________________________



buat si dia.
tun sering berdoa andaikata dia ditakdirkan untuk ku, semoga ALLAH permudahkan urusan kita, dan andai kata dia bukan jodoh ku, semoga ALLAH jauhkan dia dari mata dan hati ku.