Monday, June 30, 2008

tun in paris

yuhuuuuuuu chakkk rakan rakan blogger yg dikasihi sekalian. rindu sama korang. hehhe. tun dah sampai paris semalam. besst ker tun???? keterlaluan tak kalau tun cakap busan? bagi tun , takde la best mana pun paris nih. gambar akan di upload lagi 3hari. sbb skrg ni tun pakai pc hostel. tun dok kat hostel korea. ermm murah dan best. makanan yg di beri sgtla sedap dan mengenyangkan. cuaca kat sini berbeza betul dari dublin. panasss siottt. giler bapaknye panas. ini baru panas dunia, kalau panas neraka mcm ner la gamaknya kan. kulit tun dah itam legam sebb berjemur sakan kat paris. tangan tun berbelang mengalahkan si kuda belang. adeii tak cun laa diriku kini. kulit muka dah mengalahkan bontot kuali. isk isk iskkkk. tak sanggup tun nk stay sini lelama lagi. overall tun leh komen... paris taklaah seindah yg tun bayangkan. hanya satu je yg best. eiffel tower... sib baik ada eiffel. kalau takde mmg tak best langsung. manusia kat sini ramai gile. bandar paris lak mcm kuala lumpur je. tun rasa hanya insan yg berjiwa romantis dan berseni je yg boleh menghargai paris. anak dara yg brutal mcm tun nih.. mmg tak lehlaa nk menghayati seni. lokasi pertama yg tun pergi semalam, orsay gallery tempat ni ala ala galeri art org lelama dahulu kala. tun tak reti nak menghayati seni lukisan. sekadar tgk je la. byk gak laa gambar gambar 50SX. huhuhu.. tercemar mata ku. namun tun dan hyunmin hanya gemar gambar gambar sedemikian sahaja. kemudian kami akan ketawa malu malu. hakhak hak..

hariini, tun pegi melawat kubur kubur org pemes. antara yg terpemes itu ialah oscar wild. korang kenal ke? tun pun tak kenal gakk.. tapi beliau sebenarnya sgtla pemesss. hyunmin ckp kat tun, beliau seorang penulis yg berjiwa gay. beliau berasal dari dublin dan berlajar di oxford. si gay genius ini menulis kisah cinta yg sedih sedih je. sampai je kat kubur beliau.. perghh byk gile kesan kucupan mulut dari lipstik lipstik wanita gersang. betul tak tipu. nanti tun akan letak gambar. pastu bunga bunga dan nota nota buat gay itu. termasuklaa hyunmin. minah tu meluahkan perasaan pada oscar wild. menurut hyunmin, buku beliau byk mengubah cara beliau berpikir. tapi tun tak sarankan korang baca.. sebb kwn tun ni seorang yg sgt complicated. tapi kepada mereka yg rasa nak jadi seorang insan yg berjiwa romantis bolehla dptkan buku beliau di gedung buku berkenaan.

oklaa ini saja laaa .. tun nk masuk tidoor. sok pagi tun akan ke dubai lak. transit jerrr.. huhuhu..tak sempat nk melilau mencari jodoh ops.. mencari barang untuk insan tersayang. oklaa jumpaa korang di malaysia..

love u all

p.s= pic akan di upload kemudiaaaan. doakan ttun selamat pulang kay!!!

Saturday, June 28, 2008

bye bye dublin

hari ini mungkin kali terakhir tun menulis blog di dublin. tun merupakan anak dara berdarah melayu tulen tanpa sebarang darah campuran (nota: kepada mereka yg bertanya) . memandangkan tun akan bertolak pada pagi ahad, sgt mengharapkan teman teman blogger sekalian dapat mendoakan tun agar selamat berholiday di paris tanpa sebarang masalah. yahuuu.. sonoknye. dapatlaa tun berpoya poya disana. kepada sesapa yg bercita cita nak turut serta, amatla dialu alukan.

semalam, jejaka idaman ramai telah meluahkan perasaan nya pada tun. aiyarkkk.. susah wa mau cakap lorr.. my bapak takkan approve hubungan ini. oleh itu tun tak mau nak meneruskan hubungan terlarang. lagipun tun just suka tgk movie korea je. nak bercinta dgn jejaka korea.. isk jauh sekali. fyi, jejaka korea memang gentleman. sejibik macam karektor filem/drama korea.

bercerita bab uncle lak. kenal ke uncle?? owhh beliau adalah seorang pakcik berasal dari pakistan yg sgt bermurah hati. suka menghadiahkan tun dgn barang barang mahal. (nota: i masih suci , OK!). last time bagi tun henpon.. kali ini dia bagi 2 pasang kasut kulit made in italy untuk ayah. dan sok petang dia janji nak bawa tun shopping. tun menolak sekeras kerasnya. tak selesa laa bila org terlalu baik nih. tapi tetiba tun rasa sebak sgt bila dia ckp dia anggap tun macam anak dia. bila tun takde, sama laa macam hilang anak. time tu.. menangis terharu. uncle baik sgt sampai mati pun belum tentu tun boleh balas.

sorry la kepada yg rasa bosan entry kali ini. tun sekadar nk menceritakan aktiviti tun di saat saat akhir di kota dublin. bag dah ter over weight. limit 20kg je. tapi timbang tadi adalaah dalam 35kg. mak aihh.. melayang laa 100euro jap gi kat epot. satu kilo diorang cas 8euro. huwaaaa.. inilaa akibatnya apabila bershopping secara sawan. kan dah merana sendiri. sape nak angkut beg tu ke hulu ke hilir??? aku jugak kan.

oklaa sebelum ada yg muntah darah sebb teramat bosan dgn entry ini. tun harapkan semua dapat mendoakan tun selamat pulang. supaya tragedi last year takkan berulang lagi. anak dara nih terlepas flight dan mengakibatkan tun tersadai di frankfurt. tido di epot 2hari. tak ke malang namanya tu?? ( sila rujuk entry anak dara macho).

oklaa papai semuaa... love u all... ngeeeeeeeeeeee

Thursday, June 26, 2008

lagi 2 hari je tun akan meninggalkan kota dublin tercinta, parisss... tunggu tun disana. yahooo. sonoknye jiwa raga tun. malas dah nk pikir panjang bab kehidupan mendatang. biarlaa akan ku terima dgn penuh pasrah. namun demikian hati kecil ini sering berharap." paklah, jgnlaa ko zalimi tun yg tidak berdosa padamu. walaupun tun tidak menngundi namun, jgn dinaikkan harga minyak lagi. seksa laa kehidupan tun di kemudian hari." tak berasap laa gen2 tun . takkan tun nk simpan buat tatapan umum je. huwaaaaaaaa... dah nak balik mesia nih.. serabut lak kepala hotak tun nk memikirkan hal negara. padahal masa kepimpinan Dr M tersayang.. tun tak pernah nk amik tahu pun dunia politik. sekarang nih.. satu hari dekat 5kali tun jenguk malaysiakini. pastu bertambah rungsinglaa . masalah diet yg 10 tahun pun tak pernah selesai, ini nak tambah satu lagi masalah. iskkk.. serabutttt siot. disebab kan itula tun lebih suka bercanda di atas katil sambil merenung bulan di tingkap kemudian berangan angan ala mat jenin.

hari ini, jejaka idaman ramai jemput lunch kat umah dia, dan pastinya tun tidak menjamah lauk ayam goreng cili itu. tun bagi alasan alergik pada ayam. sib baik diorg percaya. hyunmin ada di spain skrg nih. sonok betul minah tu menghabiskan musim panas disana. dengki sungguh. namun apakan daya. tun tak mampu nk bersenang lenang seperti beliau. byk pakai kos.. at least 2ribu euro. lainlaa kalau tun kawen ngn tokeh petronas ke takpun sepupu sepapat paklah ke. maybe merasa gak tun nk berseronok sebelum nyawa bertarikh luput..

p/s: saper nk beli kamera digital sony T5? including 1G memory card dan charger, usb dan kotak skali. harga RM500. silaa email tun.

Monday, June 23, 2008

keta lembu

arghh tertekan tun pada hari ini. henpon rosakkk. ntah naper dia nk wat hal pulak. nak suh tun tukar baru laa tu. henpon ni tak paham bahasa gamaknya.. tun dah keringgg . adeii nk beli henpon baru ke? huwaaaaaa.. tun mmg nk tukar henpon tapi bukan di saat dan ketika ini. bajet untuk menerus kehidupan di dublin sudah habis.. lagi 6 ari nk gi paris. bajet nk ber-holiday di sana cukup cukup untuk 3 hari sahaja. tetapi takde henpon samalaa seperti tidak lengkap anggota badan. namun nasib baik ada henpon lama yg cikai tu masih tersimpan rapi dalam kotak. pakai je laa di saat sesak nih.

bak kata paklah "rakyat kena mengubah cara hidup". cuba bayang kan.. takde henpon pun manusia leh gelabah.. ini takde petrol. perghhhhh. mesti proton tak export kereta ber enjin lagi, tetapi mereka men-export kereta lembu. berapakah subsidi yg bakal gomen kasi untuk kereta lembu??? mari kita pikirkan sejenak (benti seminit). tun membayangkan, berapa byk stesen kereta lembu di setiap bandar??. pasti byk bukan.. dari satu destinasi ke satu destinasi. yelaa kemampuan seekor lembu berjalan takdela jauh sgt. takkan nak naik seekor lembu dari perak ke kuala lumpur. separuh jalan lembu tu dah boleh stress dan mengalami tekanan jiwa sehingga membakar organ dalaman. andai kata fenomena itu berlaku pasti jangka hayat lembu itu tidak bertahan lama. ini boleh merugikan syarikat pengangkutan kereta lembu. masalah seperti rapid kl pasti tercetus lagi pada zaman itu. kereta tanpa lembu akan berpeleseran di tanah usang. sape yg nak bertanggung jawab? mari kita pikirkan sekali lagi.

bagi ahli korporat dan politik pula, mereka akan memakai kereta kuda. biasalaaa.. pemimpin kena lebih hebat dari rakyat.. barula melambangkan kemewahan sesebuah negara. takkan diorang nk pakai kete lembu gak kot.. isk korang ni pun. logik laa sket!. diorang mana boleh setaraf ngn kita. itu kira baik laa diorang nk pakai kereta kuda.. kalau diorang suruh rakyat usung diorang ke hulur ke hilir meenggantikan lembu . tak ke haru biru?? mari kita pikirkan lagi.. isk isk isk.. pada masa zaman itu, bila cikgu bertanya "pedum, bila awak dh besar nk jadi apa?" dan anak murid menjawab "saya nk jadi enggineer kereta lembu, cikgu." dan anak murid B pula yg menjawab.." saya nk jadi drebar kepada para pemimpim malaysia". dan tun pula akan menjawab " saya nk kawen dgn pedum, cikgu". wowww.. gatal nya ko ni tun. wahahha ( encik pedum, tolong jgn perasan yek.)

apa kena mengena pedum dgn entry ko kali ni tun oiiii? ini kerana. tun mintak belas ehsan beliau untuk membaiki pulih henpon tun ini. namun usaha beliau gagal sama sekali sbb henpon tun ini tak dpt diselamatkan lagi. itu yg tun menulis seperti orang kehilangan nilai nilai sahsiah diri. bencilaaa bila mengalami stress sebegini rupa. terasa seperti ingin bersanding di pelamin di dalam istana kayangan. pedum.. jom ikut tun... kita berlari lari mengejar mimpi di tengahari. huwahakhakhak...

p/s: tun menulis didalam keadaan emosi kurang stabil. -harap maklum-

Saturday, June 21, 2008

abang romlee ( 18sx)

(sila sediakan baldi masing masing bagi persedian awal, ini dikhuatiri jika ada yg ingin muntahkan isi perut setelah selesai membaca isi kandungan entry kali ini)

dari pagi sampai laa sekarang nih. hujan tak henti henti, lebat lak tu. plan nk gi picnic tergendala sama skali. takpela.. manusia hanya merancang. dek kerana cuaca sgt la tidak sesuai untuk berkelah, maka tun memilih untuk bergolek golek di atas katil sambil berasmara dgn laptop. sgt la romantisss.

andaikata tun kini berada di zaman p-ramlee. tanpa laptop, tanpa internet dan tanpa henpon. boleh bayang tak apa tun sedang lakukan skrg nih di zaman itu ? mungkin tun sedang menulis surat chenta kepada abang romlee atau mungkin tun sedang merebus ubi kayu untuk juadah petang. dan mungkin lebih extreme, tun sedang mencari kutu mak di tepi tangga sambil bergussip mengenal hal ehwal orang kampung. enak kah kehidupan sebegitu??? sape kata tak best? best gak apa.. manusia zaman tu tak tensen bila paklah naikkan harga minyak dan letrik. harga beras naik pun tak menjadi masalah berat pada tun, ubi kayu cicah gula.. sedap tu nyah!

bab bercinta pula bagaimana? isk isk.. bab ni la paling menarik. setiap malam mencipta puisi buat abg romlee, merenung bulan bintang sambil menyanyi. eh tun saper abg romlee tu? abang romlee disini memegang watak sebagai hero kampung yg sering bergaduh ngn sarip dol bagi menjaga keamanan kampung dusun. dan pastinya heroin dalam kampung tu ialah tun. anak dara yg menjadi kegilaan beberapa anak teruna, duda dan beberapa laki orang di negeri itu. namun di hati tun hanya ada abg romlee. tapi abg romlee ni macho je lebih.. bila ajak kawen beliau bagi seribu alasan. antaranya takut komitmen la, takder duit la, tak cukup umur la, tunggu nenek nya balik dari haji la dan macam macam alasan lain. semakin hari tun semakin tensen.

sehinggalah pada suatu malam hari, sedang tun menyanyi di tepi jendela. tiba tiba kedengaran 3 orang anak muda yg agak kacak memberi salam. oleh kerana tun memegang watak anak dara paling "hot" di zaman itu, pastinya akan berpurak purak malu sambil menyorok muka di balik langsir.

anak muda 1: maafkan hamba wahai cik adik manis, boleh hamba tumpang bertanya?
tun teja : straight to the point aja laah wahai anak muda. i dont mind.
anak muda 2: kami bertiga dari istana, ada love letter dari raja kami khas buat cik adik.
tun teja : ohhh.. benarkah? (tun pun mencapai warkah itu dgn rakus nya)

setelah di baca sehingga habis, berbunga bunga laa hati tun teja. rupanya itu surat nikah dari tok kadi. bak kata bapak tun, rezeki jangan di tolak musuh jgn di cari.** sesape taknak kawen ngn anak raja bolehla berjumpa dgn tun untuk sesi kaunseling selama sejam**.

pada saat itu, bayangan abg romlee mula menghilang. kalau dahulu, dahinya yg jendol menjadi pujaan tun, kini tidak lagi. tun mula membayangkan emas permata milik raja di dalam peti yg bakal menjadi milik tun. tanpa memikirkan panjang tun pun berkata " yes , i do".

dan di pendek kan cerita, berbahagialaa tun dgn raja yg berharta itu di istana mcm kisah fairy tale. abang romlee pun frust menonggeng sbb tak dpt kawen ngn tun dan membawa diri ke siam untuk mencari anak dara. ini kerna kos kahwen di sana agak murah . -the end-

** sejak kekeringan kontang akibat aktiviti shopping yg berlebihan, terasa mcm nak kawen ngn anak raja je. kering uwang lebih merbahaya dari batuk kering. oleh itu, pesanan dari tun buat anak anak dara sekalian, berjimat cermatla sebelum terlambat. jgn turutkan nafsu nanti lesu.**

-peace-



Friday, June 20, 2008

aci.. mana lu pigik?




tut tut tut.. bunyi apa tu? tun yg baru saja bgn dari di ulit mimpi cuba mencari dari mana dtg bunyi itu. ampess sungguh. kacau je org nk tidor. ooo.. henpon ku rupanya. ada sms pulak. eh eh.. ada mamat korea ajak kuar la. "hey where are u now?. i couldnt sleep last night, and dont want to go to school today, i wanna meet u and do something fun". perghhh.. bagai pucuk dicita, pizza yg datang. tun sungguh excited. gilerr bapak nyer happy. mamat ni pujaan ramai tau .. ye tuan tuan dan puan puan. apa lagi .. tun pun menyebar gussip panas ni kepada rakan2 taulan. maka ramai la histeria kerna tak puas ati. wakakak.. lebih lebih lak ko nih tun.

sebenarnya.. niat dihati nk stay rumah je, sbb malas lak rasa nk menapak ke town dan bajet ke-uwangan dah lari byk gak nih. namun disebabkan, jejaka idaman ni yg ajak.. oleh itu pepaham je laa yek. kami pun berjumpa laa pada pukul 1.30. nak tau apa tun wat??.. bershopping sakan la.. merata rata pelusuk kedai tun pergi. memang tun dah kering skrg nih, kalau sesape jumpa tun time ni dan mengharapkan tun banje roti canai atau air kosong. tun nk bagi tau awal awal.. tun dah keringgggggggggggg. ampunkan tun ye teman teman.

best tau mamat nih, dia yg bawa barang barang shopping tun. sepanjang tun bershopping, dia ikut jerr. lepas shopping, tun pergi cari kwn tun yg lain. dia ikut jer. tun ingatkan dia dh serik nk keluar ngn tun tapi ternyata beliau masih belum puas nk menghabiskan masa dgn anak dara ini.
beliau ajak gi picnic plak.. huhuhu.. tun ok jer. tapi rasa tak best lak pergi berdua. sbb beliau ni seorang mamat yg kurang bercakap. asik tun jer pok pek pok pek.. kalau sejam dua.. takpela gak. tapi kalau 5jam asik tun jer bercakap. leh kering air liur tun. maka tun pun jemput la teman teman wanita yg mana syok kat mamat ni join skali. dah agak dah.. mesti diorang nk ikut. so.. esok kami akan berpicnic beramai ramai.

lepas jumpa mamat tu, tun pergi rumah kawan. kitty. dia masak kan siput. korang reti ke makan siput sedut?? perghh tun punya peberet tu. dia masak byk sgt dan tun pun makan dgn begitu banyak sekali. sedappp sgt. tapi bila korang korek siput tu, masuk mulut cepat cepat. sbb kalau korang bedek rupa paras siput tu.. eee.. nek geli tekak korang. maasa tun mula mula makan tu.. tun x menghayati sgt rupa fizikal siput tu. tapi setelah beberapa suap.. kitty korek kan siput tu dari cengkeram dia dan tunjuk pada tun.. pastu rasa nak kuar isi perut. tapi sekejap jerr kejadian loya tekak tu..sbb bila masuk mulut memang sedapppppp.. slurrrrrrrrrrp.

tun mana pegi si dia? naper lama tak cite pasal si dia ? owhhhh.. takmau la cite dah. tapi kenapa tun, wat hepen?. takde pape pun. saja malas nk cite.. alaaa tun, citer la. citer laa. arghh sibuk je ko nih. syuuuhhhhh pigi main jauh jauh.

Monday, June 16, 2008

cite panjang








eh eh.. ada lak tun rini. wey tun mana ko pegik yerk? ada je.. tapi tun berparty sakan sempena hyunmin meninggalkan kota dublin. percaya tak? tun berparty ari2 sejak minggu lepas.. ada jer member datang umah. pastu party bermula sehinggala housemate tun si minah poland itu meluahkan ketidak puasan hati beliau. namun apa ku pedulik..

ari ahad kitaorang antar hyunmin gi epot, sebak rasanya. walaupun tun akan jumpa hyunmin dia malaysia. namun air mata ni rasa senang je nk kuar. kan tun dah cakap.. tun ni penuh dgn drama air mata. yg menambahkan kesedihan.. si hyunmin tu terpaksa meninggalkan balakss tercinta. eh.. sejak bila minah ni ada balak?? pjg citenye.. tp pendek kan cite, mamat tu adalah ex skandal kakak hyunmin. namun cinta mamat tu telah beralih arah. dan kemudian hyunmin bercinta pula dgn mamat tu di belakang kakaknya. maka fenomena ini bolehla dipanggil "hubungan sulit terlampau".

ok cite len lak.. byk lagi ni tun nk story. kalau rasa nyampah ataupun fening paler ataupun terasa mual mahupun loya tekak sehingga boleh tercetusnya kekejangan mendula oblongata. tun nasihatkan anda bolehla keluar dari blog tun dan beristirehat seketika bagi mengelakkan sebarang kejadian yg tidak di ingini.... apa???.. nak baca gak yerk?? ok ok.. ceritanya bermula begini. sejak dua menjak ini, tun mengalami tekanan perasaan. kejap hepi kejap sawan. mengapa tun?? entahlaaa.. emosi tidak begitu stabil. bila berparty sakan dgn rakan rakan taulan.. tun akan bergumbira sehingga melupakan azab api neraka. uiks.. apa ko wat tun??? ko jgn wat mende mende haram tunn.. dosa kering ko pun dh berbakul bakul. apa ko merepek nih? aku just cakap aku bergumbira sakan..ketawa girang. tu jerrr. namun apabila semua pulang ke sarang masing-masing. Apabila tun berseorangan, sawan pun mula datang menyerang emosi. kejap tun ketawa, kejap tun menangis.. adakah ini dikatakan cinta itu ketawa dan airmata? elelelele.... nyampah aku ngn ko nih tun. jiwang karatzzz.

kata orang.. shopping boleh menggumbirakan hati yg lara. benarkah kata mereka?? walaupun tun merupakan anak dara yg serba kekurangan. tanpa menghiraukan bajet kewangan yg semakin mengempis, tun pun keluar bershopping dari tengahari sampai la ke petang. apabila pulang ke rumah , tun rasa sungguh gembira. tun membeli foundation elizabeth arden dan dapat free gift dan 3 bijik bag serta sepasang dress biru, perfume dan beberapa pasang seluar jeans. namun.. perasaan gumbira itu hanya hadir untuk seketika sahaja. eh ngaper lak nih tun? huwaaaaaaaaaaaaaa... lari bajet maaaa. dan kini tun kembali bersedih. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

**(rasa macam nak berlari larian di tepi pantai sambil menghirup udara segar tanpa menghiraukan hari yg mendatang)**

Thursday, June 12, 2008

ezora dan pil diet

saper layan cite ezora di tv3? sila angkat kaki anda. tun tak penah miss lagi tengok cite nih. setiap malam tun akan menonton cerita ini di website tv3. sape kata tak best ?? leh main jauh2. tun suka sgt. best sgt watak watak dalam cerita nih. walaupun ramai yg tak suka fazura tu, tapi tun suka sgt. tun rasa dia ni cun giler. perempuan berwajah melayu yg cun melecun.

oleh kerana tun terlalu menghayati setiap watak dalam cerita tu, semalam ada part si reza tu melutut kat kaki leeya(dynaz) time tu tun rasa nk bagi penyepak sulung tun kat jantan tu. dah ada bini satu pun nak menambah lagi. mianggggggg.. pastu kan.. si fazura plak melutut kat kaki si reza , mintak cerai. dia cakap suami dia berubah. masa tu.. sensitip betul tun rasa. tun menangis tahap meraung kecil. terasa macam tun kat tempat minah tu plak. huwaa.. apa perasaan korang yerk kalau org yg korang syg berubah hati?

citer bab len plak. sudah 3 hari tun asik berparty setiap malam. tun jemput kengkawan datang umah. tak jemput pun diorang dtg gak. maka, secara paksa rela tun pun kena memasak untuk sahabat sahabat. tak diet ke tun?? jgn disebut lagi ... tun mengalah. eh tipu je.. anak dara ni sgt sensitip bab diet. oleh itu tun telah cuba mencari jalan mudah untuk menurunkan berat badan dgn cara pantas. eh ada ke tun? camana tu??? tun telah membeli pil diet di farmasi ptg tadi . huhuhuhu.. walaupun tun mendapat byk tentangan dari mereka yg menyayangi diri ini, namun sorry laa kengkawan.. tun terpaksa. berat tun sejak mak ayah kat sini.. dalam masa 2minggu tun gain 3kg maaaaa. skrg ni 55kg. gilerrrrrrrr serabut.

Monday, June 9, 2008

berubah??

dia yg tun sayang sudah tidak seperti dahulu lagi. bila tun cakap dia berubah dia cakap "manade syg, i mcm dulu je". yelaa tun yakin hati dia setia pada tun, namun dari segi sikap dia dh byk berubah. kenapa yek? patutla org veteran pesan, bercinta jgn lelama. ini la sebab musabab yg akan berlaku. kaum lelaki memang sukar nk menten bila bercinta. belum dapat, laut api sanggup direnangi.. dah dapat.. ermm. malas nk ckp byk la. ini baru bercinta, kalau dah kawen camana la pulak. sekarang ni tun rasa macam duduk kat paras lutut dia je. kalau dah kawen bawah tapak kaki la plak kot. kalau dulu, jawab tepon kul 2-3 pagi pun takde masalah, sekarang nih, kalau depan kwn dia.. jawab tepon mcm cakap ngn kuli dia je. dulu bagi sms pjg lebar penuh skrin, skrg ni 2-3 patah je. tak cukup dgn tu.. skrg dah pandai majukk padahal takde sbb pun. tun pun kompiuss. diorg ni pun ada simptom simptom org dtg bulan kot. sakitnya hati tun tak terkata. dulu bila jual mahal, kiteorg bergaduh sakan masa awal-awal dulu dia pernah bersumpah.. taknak buat dah. takkan abaikan tun selaku awek dia. dan takkan lebihkan kawan kawan beliau. cess.. smua tu janji janji manis yg kini dah jadi kelat, pahit dan sgt la tak sedap. namun.. sebagai wanita melayu separuh akhir, diri ini dikurniakan sekeping hati yg mudah cair.. mamat tu baru cakap sorry jee sket, terus sejuk. why?? whyy??

kenapa laki cepat sgt berubah? berbeza dgn pempuan.. oleh kerna syg punya pasal, bukan setakat jiwa raga tun leh kasi, pankreas, usus, jantung, tali perut dan apa saja sanggup ku serahkan. huhu.. len macam je bunyi nye. i suci lagi kay. sumpah tak tipu. .

bila mengenangkan sikap si dia, kekadang takut gak tun. dulu ada durjana yg berbini serta beranak 2 pernah menipu bujang pada tun. yg lebih menakutkan .. aktiviti mamat durjana tu mmg menipu anak dara. padahal bini kat rumah punyala setia jaga anak- anak kat umah. dia di luar sibuk menggatal... isk isk..aku harap ko insaf la. agaknya, memang lumrah alam kot. lelaki ni cepat busannnn. tu pasal tak pernah cukup satu bini. ( bukan semua spesis cemnih. yg gatal je).

sebenarnya, syg pada dia mmg ada cuma ada rasa takut yg teramat sgt. kepercayaan pada si dia dah mula nak ilang dah nih. tun rasa kalau dh hilang smua lagi senang.. leh cari len. wat stok baru lak. amboi amboi tun... ko ingat cari boipren macam cari buah pisang ke? cantik diluar sedap di dalam? cari boipren ni samalah mcm memilih buah durian. buah durian yg nampak perkasa dan cantik belum tentu sedap di dalamnya. kekadang bau je sedap..bila dibelah. busuk dan masam. alaaa takperlaa.. yg busuk dan masam leh di buat tempoyak.

p/s: kepala hotak sedang dilemma. teruskan or hentikan?

Sunday, June 8, 2008

party







sejak dari pagi semalam hingga la ke pagi tadi tun asik berparty. aktiviti bersosial yg sungguh menarik. pagi semalam, hyunmin ajak join bday party one of her classmates. cute maaa. seriusss cute. tergugat iman tun. dah laa baik. kitaorg buat surprise party kat dia. dia punyala terkezut cipan sbb tengok ada kek dan mcm mcm barang makan. masa dia sampai, kita orang nyanyi lagu hepi bday to you. pehtu dia pun sungguh hepi. sambil beramas mesra, tun dan hyunmin pun membuat taruhan, siapa dapat ajak budak ni kuar lunch esok akan jadi hamba abdi kepada si pemenang selama 3 hari. tetapi kami bedua tewas, sbb mamat nih dah cakap awal awal dia ada temujanji. hyunmin begitu tidak puas ati. tun rilex je.. eee sorry la. i tak minat laa.


malam nya pulak, kawan tun ajak kuar karaoke. aiyaaaarkk.. tun talak minat lorr . tapi sbb dah janji ngn si dia berdating di YM selepas dia pulang dari tapah. maka tun pun ckpla taknak tido sampai dia balik almaklumla rindu la kunun nya. tun pun pegila berkaraoke, tapi sebenarnya restoren cina yg ada bilik. dalam bilik ada meja mkn yg besar dan skrin tv untuk melalak. kwn ni order makanan mcm nk mkn 20 org. padahal kami ber enam je. tun tak nyanyi pun semalam kerana risaukan perubahan cuaca yg drastik mungkin berlaku. takut gak tun kalau tragedi tsunami berlaku di eropah akibat dari suara sexy tun. maka tun hanya menjamu mata dan menahan perasaan. gengedang telinga tun agak kesakitan apabila suara suara sumbang sahabat handai tun mendendangkan lagu mandarin. namun ku teruskan bersabar. didalam hati rasa nak meloncat keluar tingkap, seriusss sumbangggggggg.

malam semalam, ntah kenapa si dia begitu menyakitkan hati. msg tun tak di reply. tun telepon dia tanya samada dia marah ke tun kuar party? dia wat suara ngntuk yg seperti memberi signal "malas melayan". eh apa sudah jadi nih? dulu tak pernah beliau berperangai sedemikian. meroyan ke dia??? tun terus menjadi bingung. hati pun agak panassss.. pastu diri ini terasa seperti tidak mempunya nilai lagi. amboiiii.. ko ingat aku saper??? tak laku ke? tgk laaaaaaaaaaa.. betul kata org sekeliling, dia ni jenis lelaki yang tak boleh diberi sepenuh kasih syg. nanti lemak berkrim. beliau ni dah lemak lemak tepu lagi berkrim laa nih.

kumbang, tenuk, lipan bukan seekor. kalau aku nak.. 8 ekor sekali gus pun leh dpt. so pikir pikir kan laaa before nak melakukan sesuatu yg menyakitkan jiwa anak dara nih.

Wednesday, June 4, 2008

ronda dublin









maaf ye rakan rakan yg dicintai sekalian. tun bz sgt sehingga masa terlalu mencemburui diri ini sehingga takde masa nk update. rasa mcm tak lengkap kehidupan seharian apabila tidak men-apdet. hahah. sorry ye. dari semalam mmg bz gile. semalam kitaorang pusing dublin. kelmarin pergi bray, tepi laut. hari ini mak ayah tun bz shopping. lepas tu kita org naik tour bus gi malahid castle dgn dublin bay. enjoy gak la. esok, mak ayah tanak kuar. diorang nak rehat.
hari kamis ibu bapak akan berangkat pulang ke malaysia. huhuh. tun rasa sungguh best lak. haha.. ada ke patut cakap cemtu. nak tahu sebab apa?? sebab.. takpayah la tun mkn nasik. huwaaaaaa.. tun sungguh seronok membelasah nasik tanpa menghiraukan kesan kesan negatif yg mendatang. ayah tun pun dah tegur cakap " ayah tgk, along ni makin berisi. " itula penangan nasik. oleh kerna rindukan nasik.. almaklum la 2bulan lebih tak mkn nasik beb.. sekali berjumpa nasik setelah sekian lama, terasa begitu gumbira. benarla kata org veteran, kenyang perut senang hati. oklaa.. tgkla gambar gambar di atas. lagi 2 ari tun akan aktif kembali menulis.
rindu sama rakan rakan blogger sekalian.. tun janji selepas ari kamis tun akan memberi komen dgn begitu hebat. tungguuuuuuuuu kepulangan tun di blogspot ye rakan rakan.

muaaaaaaaaaaaaaaaah. syg korangg

Sunday, June 1, 2008

gambar bercerita




tun masih lagi kepenatan berjalan jalan bersama ibu bapa. oleh itu tun takleh nk bercerita pjg.. internet pun masih lagi slow bagaikan nyawa nyawa ikan. asyik dc je. rasa nk marah lak kat broadband tempat nih. oklaaa jumpa lagi ye bila kepenatan berkurangan.

p/s: sungguh hepi