Thursday, July 24, 2008

terima kasih

assalamuailaikum kengkawan yg ku-cintai selalu. semoga dalam keadaan yg stabil dari segi emosi dan jasmani. minta ampun beribu ribu ampun.. sembah patik harap di ampun. tun tak dapat memunculkan diri di alam maya memandangkan tidak ada kemudahan internet. lagi pun tun terlalu sibuk dgn aktiviti mengepam badan, sehingga lupa akan azam tahun 2008. nak mengempiskan badan sehingga 50kg kununnnn. cessstt.. semua itu hanya tinggal khayalan semata mata. owhhh.. mengapa semua ini berlaku? ohh tidakkk. diri ku kini bagaikan belon ditiup tanpa henti dan menunggu masa untuk pecah. aduhhhh.. inilah akibat dari proses pemakanan yg cukup sempurna. di kampung, mak goreng telur cicah kicap pun dah rasa nikmat almaklum duduk di sini tun dibelai penuh dgn kasih sayang. makan-makan sambil bergoyang kaki merupakan satu aktiviti yg menyenangkan hati. bak kata pepatah " kenyang perut senang hati". inilaa fenomena yg sedang di alami oleh tun.

ermm sebenarnya tun ni ada satu topik yg ingin di bincangkan disini. sepanjang berada di tanah air, tun perasan tentang perkara yg agak "pelik" di kalangan masyarakat malaysia. secara general tun nak bercerita tentang budi bahasa orang malaysia. tapi terlalu besar lak.. lagi pun setelah diri ini di cermin 8 kali, akhirnya tun sedar budi dan bahasa tun takdela tinggi mana. cukuplaa sekadar sedap mata memandang dan telinga mendengar. cewaaaaaah. angkat bakul lak. straight to the point je la.. begini halnya. tun hairan la, kenapa orang malaysia tak suka ucap "terima kasih"? kalau di europe, thanks boleh didengar setiap masa. turun bas, penumpang akan ucap "thanks" pada drebar. di shopping complex.. bertalu talu org ucapkan "thanks". di pendekkan cerita , orang puteh amat suka berterima kasih.tapi kenapa orang malaysia tak macam tu yek? apa sebab dan musabab perkara ini boleh berlaku?.

sorry la yerk kengkawan.. tun geram sebenarnya sebab dah byk kali tun ucap terima kasih, jarang betul orang nk balas balik. sgt berbeza dengan kehidupan di ireland. kalau berat mulut nak balas "sama sama ( u re welcome)" . senyum pun cukuplaaa..tapi ini tidak, sebaliknya bermasam muka lak. kekadang bila pergi kedai makan , minah yang amik order tu macam nk telan customer je. takkan sebab bos bayar gaji ciput.. pelanggan lak yg kena habuan nya. iskkkk. mencik laaa. tu pasal tun suka makan di rumah. huhuhu..

(cerita 2)

kepada sesiapa yg berminat dgn jubah dan amat menggemari fashion menutup aurat bolehla melayari laman http://modernmuslim.multiply.com . jubah jubah kat situ berharga linkungan RM39-RM49. murahhh giler. tun sekadar promote je.. takder sebarang untung pun. cuma tun sgt teruja dengan harga dan design jubah jubah yg dijual. sgt cantik mcm ala ala personaliti tv3 selalu pakai. oleh itu kepada kaum hawa yg suka bergaya sila laah melayari web itu. tun dah beli 3 pasang. bak seruan gomen sempena kenaikkan harga minyak "belilah barang murah dan berkualiti".

p/s: gossip 19 july terpaksa dipospon ke 9 ogos memandangkan masa belum sesuai lagi. jeng jeng jeng...

Friday, July 18, 2008

tekanan...

tertekan... tun dalam tekanan nih. arghhhhhhhhh. tensen tul laaa. rasa nk berlari lari mengejar rerama di pinggir tasik sambil makan chipsmore dan air 100plus. semalam rasa ok je. rini rasa mcm tak best lak. lepapas satu satu problem menimpa. pagi tadi dh janji nk kuar shopping ngn adik. kunun kunun nk beli kasut , namun hasrat kami terbatal kerna satu tragedi telah menimpa adik. tayar lori sebesar besar tayar telah menhentam kete adik sehinggakan beliau tak dpt pergi ke kelas. pastu dia dan suami pegi wat polis repot dari tghari sampai laa skrg ni tak balik balik lagi. tun kena balik gak malam nih. sbb esok.. jeng jeng jeng. kalau semua nya OK pada esok hari.. tun akan menghebahkan gussip suam suam panas kat sini.

Thursday, July 17, 2008

kehidupan baru





yuhuuuuuuuu chakkk.. tun sudah kembali untuk menggegarkan dunia blog. huhuh.. terasa seperti berada di zaman bujang lapuk je sbb tak dapat nk men-online kan diri. kenapa tun?? owh... ini berlaku kerana takde kemudahan internet di kampung. kasihanila diri ini. rindu nyaa nk berceloteh disini. perasaan ingin bersosial dgn rakan rakan blogger sungguh membuak buak.

sejak tun balik mesia, diri ku sungguh kesibukkan di tahap melampau. sibuk mengepam badan. kerja lain takde, yg tun tahu makan dan makan dan makan dan makan. dalam seminggu mak kata macam dah naik 5kilo. inilaa kehidupan tun di kampung. ari ari belasah durian sampai naik demam satu badan. bukan setakat durian je tun makan, segala mak nenek makanan exotic melayu tun dah telan, tinggal budu je tak dpt lagi. huhuh.. . tak rindu dublin ke tun? ermm.. susah nk jawab la. bila tgk muka insan tercinta, tun tak ingat langsung pun dublin. best sungguh dok mesia. buat kakak tiri, tun nak pesan.. raya ti kalau gi embassy jgn lupa bawa sekotak tisu yek. ngehhhhhh..

sonokkk nye balik mesiaaaaaaaaaaaaa.

ops lupa nk bitahu.. hyunmin dh balik korea pukul 1.30 tadi. dia dh dapat keje kat penang . start bulan 12. so.. pasnih dia akan jadi warganegara mesia selama 2tahun. sonok sgt pegi penang ritu. ermm hyunmin hepi dok mesia.. dia cakap org mesia suka mkn. huhuhu.. kat atas ni ada pic hyunmin pakai baju kurung masa gi kenduri. dia enjoy gile gileer..

oklaa sini je laa tun berceloteh. ti kita bersosial lagi kay.

Wednesday, July 9, 2008




hello semua.. tun dah selamat sampai di malaysia..
takleh nk cite pepanjang.. sbb tun ke bz an yg teramat sgt nih
lusa nk gi penang.

pape hal... ti kite bermesra lagi kay. papaiiii