jam dah kul 3pagi. tapi tun masih lagi berjaga. bukan tak mengantuk tapi tak boleh tido. mata dah berat tapi tapi mata masih takleh tutup rapat. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. rindu nye kat dia. isk.. baru 4 ari ditinggalkan dah cengginih.
benarla kata orang veteran. penantian itu satu penyeksaan. cewaaaahhh. ngader lak. tapi memang terseksa pun. sehari tak tgk muka blur dia, lawak spastik dia dan tgk dia makan tanpa mengunyah. perangai tak mengunyah makanan memang dh berapa kali tun tegur. kita baru 2 sudu dia dah habiskan sepinggan. dasyatt kan suami saya nih. tapi sistem penghadaman beliau memang amat baik sekali. makan banyak mana pun tak gemok gemok pun. menyampah!!!!
apa nak wat nih.... takleh tidooooooo. !! arghh mencik betul!
nama pempuan nih, tun teja. blog ini tempat dia release tensen. kepada pengunjung setia tun ucapkan ribuan terima kasih. kepada yg menyampah ngn cerita cerita kat sini.. tun nak cakap tun pedulik haper... (what others see in me isnt as important as what i see in myself) *wink* ( lessycat@gmail.com )
Tuesday, June 16, 2009
Sunday, June 14, 2009
rindu lagi dan lagi
seawal 8 pagi tadi seorang wanita menghantar si suami tersayang pegi opis suaminya. suami dia nk gi johor meninggal kan isteri yg gemok bersama anak yg dikandung dalam perut atas urusan kerja. wanita itu try beberapa kali supaya suami dia membatalkan niat nya ke johor. namun usahanya gagal. taktik batuk batuk kering dan mengeluh kesakitan perut sedikit pun tidak di endah si suami. lelaki itu seperti mengerti helah keji yg sedang dilakonkan oleh si isteri. akhirnya tun selaku watak wanita itu pasrah.. ya, saya paham, suami kena tinggalkan isteri untuk mencari nafkah zahir. kalau harapkan batin jer. nak bagi anak-anak makan apa. betul tak????
bencii betull.. kenapa kena pergi hari ahad. naper tak pegi ari lain. hari sabtu dan ahad adalah hari untuk pasangan suami isteri bermadu kasih. tengok!!!.. sekarang aapa sudah jadi dgn tun? jam dah pukul 1.26 pagi pun, masih belum terlena. dari pagik sampai la skrg.. asyik teringat ingat kan suami. kekadang pelik gak. apsal sayang tun pada si suami semakin menjadi jadi. entah entah suami dah mandreeem tun kot. isk..isk isk. berdosa berprasangka buruk terhadap suami.
cepat la balik.. i nak ajak gi giant nih. cili kering, sos tomato dah abis.. tak sempurna pegi giant tanpa u.
bencii betull.. kenapa kena pergi hari ahad. naper tak pegi ari lain. hari sabtu dan ahad adalah hari untuk pasangan suami isteri bermadu kasih. tengok!!!.. sekarang aapa sudah jadi dgn tun? jam dah pukul 1.26 pagi pun, masih belum terlena. dari pagik sampai la skrg.. asyik teringat ingat kan suami. kekadang pelik gak. apsal sayang tun pada si suami semakin menjadi jadi. entah entah suami dah mandreeem tun kot. isk..isk isk. berdosa berprasangka buruk terhadap suami.
cepat la balik.. i nak ajak gi giant nih. cili kering, sos tomato dah abis.. tak sempurna pegi giant tanpa u.
Wednesday, June 3, 2009
bila rinduuuuuu...huhuhuh
bila rindu ku sebut nama mu.. cewaaaah. ngader jerk. lama tak berblog. rindu lak. aku tak rindu kat blog pun. aku rindu pada seseorang. walaupun tido sekatil, hidup sebumbung, makan semeja, minum berkongsi cawan dan berkongsi macam macam lagi la. entah kenapa masih lagi rindu. adakah ini simptom simptom biasa bagi ibu mengandung. arghh mengade je!. tapi memang tun rindu kan beliau. rasa nk pergi tgk wayang, tgk tv berdua-duaan, pergi jogging di taman tasik shah alam, rasa nak pergi bercuti cuti sambil bercanda di tepi laut seperti zaman dolu dolu kala. owhhhh.. semuanya hanyala tinggal kenangan. mengapa semua ini berlaku???? semua nya berlaku bukan atas kehendak kami tapi takdir yg menentukan.. ececece.. macam tragis je kisah rumah tangga tun. takderlaaa. lately, suami tun memang byk berubah.. semakin caring, semakin romantik dan semakin cerah..terima kasih nouvellex. gagaga (lawak ni adik tun je yg paham).
kami berdua tak dpt nak meluangkan masa berdua duaan seperti dulu lagi kerna.. jeng jeng jeng. kerana anak dalam perut ni membatas segala aktiviti hujung minggu kami. bila tun ckp nak tgk wayang, ada org pesan.. time pregnant ni baik dok atas tikar sembahyang baca surah lukman dgn yusuf supaya anak yg dilahirkan akan menjadi anak yg soleh dan hensem. bila tun nak ajak gi jogging, perut dan lemak lemak tepu di badan seperti menghalang dari tun bgn untuk beriadah. tun lebih selesa bersantai di depan tv sambil mengunyah biskut, nasik, pisang goreng, eskrem dan sebagainye asalkan ia halal untuk dikunyah. Bila ajak pergi bercanda-canda di tepi pantai ataupun berkelah di sungai... ada je halangan yg tak dpt dielakkan. huwaa. sedihhh.
minggu ni tun balik kampung beliau. berat nye hatiku... tp bila mengenangkan.. hujung bulan nk balik kg tun pulak. terpaksala kita turutkan sahaja kehendak suami tercinta supaya dia tak balas dendam wat pasal lak. takmo balik perak. leh manangis irama dangdut laa kalau suami taknak balik. ohhh ibuuu mertua ku, tun nak balik nih. harap harap dptla bawa balik tempoyak sebalang. tun dah hampir hampir tahap mengidam dah nih. gulai tempoyak merupakan makanan exotic kegemaran tun. tun leh hirup kuah dia mcm hirup tomyam..slurrrrrp. sehingga menjilat jari. sedapp bebenor.
asyik ingat makan jerrr. badan pun dah kembang sekawah. bukan takat semangkuk je. tgk penimbang berat dah rasa seram sejuk je. bila tgk cermin, tun hanya fokus tang muka je. tang body wat wat tak nampak je. seriusss.. tak dpt control kalori dh sekarang nih. suami lak semalam dah hampir terlepas ckp.
tun :syg, i dah semakin gemok kan? (soalan menguji suami. salah jawab memang nahas!!)
suami : alaaaa...dah pregnant memang laaa gggeee....(suami stop ayat beliau disitu)
tun :ooooo.. u cakap i gemok yek. sedihnyee.. sampai ati u cakap i gemok. (marah!!!)
suami :i tak abis cakap lagi syg.. i nak ckp..geeeeebbbbuuuuuuuuu. (sambil gelak cover)
tun :ahhh!. pandailaa u cover. oo skrg ni i dah gemok. i dh tak cantik yerk. takpe takpe
( tun terus merajuk marah. serius marah.. marah sambil menolak suami)
babak seterusnya tak dpt di ceritakan disini. huwahahhahahak. mengong!.
tun tak kisah kalau seribu orang ckp tun gemok.. tp suami tun takleh ckp isteri dia gemok. tun sensitif. bukan tak sedar diri dah gemok.. tp kalau perkataan gemok tu dari mulut suami. boleh 3hari tun tak mkn nasik. yerr.. contohnya harini.. tun tak menjamah nasik pun. takutt woo.. kalau suami rasa isteri dia dh tak menarik lagi, kang ada plak alasan mereka nk tambah branch. owhh tidakk. tun taknakkk.... tp esok tun rasa mcm nk makan beriani la. camana nih. nafsu makan masih lagi bergelora. owhhh.. suamiku. sabar laa syg. 9 bulan je i nak makan bebanyak. lepas abis pantang i janji.. i diet giler giler sampai semua lemak lemak degil ini akan terhakis sama sekali. lagi pun.. i makan ni pun untuk anak u jugak.
wek wekkkkk.. nak muntahhhh. muntah geli..bukan morning sickness yek. blog ni kalau anak tun baca mesti tertekan sampai muntah sebaldi. oklaa syg . ibu nak tidorr dulu, sok kita makan nasi beriani gam suruh abah cari sampai dpt. kalau tak dpt..kita karate beliau. ada ke patut dia kata ibu ni gemokkkk. esok kita suruh abah insaff.. biar dia sedarr.. lemak lemak dlm badan ni bagus untuk tumbesaran anak dia dlm perut. wahahahahahk.
Subscribe to:
Posts (Atom)