Wednesday, December 5, 2007

pasan cantik!!

cantik!!!
besar sgt maksud cantik nih. Ikut taste masing masing. kalau ikut taste tun, Tun suka awek yg mata sepet, kulit cerah, kurus, tinggi dan berlesung pipit. Tun sgt dengki dengan gadis mcm nih. cerita bab cantik nih, Tun borak ngn roomate korea, dia ckp.. gadis korea byk yg plastik especially tang mata ngn hidung. kat korea kalau berat over 50kg dah dilayak panggil gemok. pastu anak dara mesti bersopan santun. Kesimpulannya, gadis yg ganas dan berhidung kembang mcm tun nih mempunyai potensi untuk menjadi anak dara tua (andartu). Nasib baik tun dilahirkan kat tanah melayu.

PERASAN CANTIK!!.. hah! ini satu penyakit yg boleh menjadi kronik kalau tak dicegah diperingkat awal. Kalau duduk dekat ngn org pasan lawa nih, memang boleh sakit kepala tahap migrain. Namun sib baik tun mempunyai antibody yg mampu menahan Tun dari menyepak muka mereka satu persatu.

Masa nk cari perfume, terserempak ngn satu makhluk nih. kenal gitu gitu je. Tapi kenapa la rini tun leh lak terlayan dia. Antara dialog dialog yg membuat tun hampir termuntah satu baldi.

1."ramai kata i makin cantik"
2. " bf i jeles sgt kalau i pakai cantik-cantik. risau laki len ngorat i"

BUUUWWWEEEEEKKKKKKK.. rasa nak bawa dia pegi mental terapi. Memangla lawa minah nih, tapi byk lagi lawa dan takla kecoh mcm dia. Sabar jela.

Selain minah nih, tun penah gak jumpa awek pasan cantik. lama dah tak jumpa dia. last time jumpa awek pasan cantik nih... masa zaman form5. classmate tun ni berkapel ngn presiden skolah kitaorg. Minah ni sgt la riak kerana berjaya menawan hati presiden kita org yg agak bulat bentuk fizikalnya dan gelap warna kulitnya.
di suatu petang di dalam kelas.. sedang tun buat hal sendiri.. tetiba
"tun tun tun... masa skolah rendah aku kapel ngn ketua kelas, masa form3 kapel ngn ketua pengawas, sekrg aku ngn presiden skolah dah besar nanti kawen ngn perdana menteri.. hhihihi". Aku yg tak berdosa padanya terbangang seminit. ko panggil aku semata mata ko nk ckp mende tu?????? serius kronik budak tu. agaknya dia dh tak tahan sangat nk meluahkan perasaannya itu.

Kepada adik adik diluar sana jauhila penyakit ini kerana ia bisa mentensenkan mereka yg berada di sekeliling anda. bagi mencegah penyakit ini adik adik perlula bermuhasabah diri. sesungguhnya riak dan takbur satu sifat terkutuk dan org akan sentiasa mengutuk anda di belakang. oleh itu..insaff laa

sekian terima kasih.

17 comments:

Faceless said...

teja memang cun pun..

tun teja said...

manade cun
encik ijat pegi mcm tu je.. xde kabar berita..
cedihh

Anonymous said...

itu namanya self motivated...
tak salah berperasaan cmtu..
tp jgn la smpai bgtau kt org..

just kita ngan cermin dah laaa..
hehe..

mUaDZam ShaH said...

dulu masa skolah aku kapel ngan cikgu bhs melayu..!! :))

tun teja said...

haha. yela tu sedi..kalau diri ngn cermin takpe la gak. tp silap hb cermin tu pun retak.. sbb nyampah. x caya..tanya cermin tun!..

shah.. kapel ngn cikgu bahasa melayu.. huhu

Faceless said...

erk!
pemergianku di tangisi ke?
huwaaa maap ler teja..
tu la time org ada dia lak wat2 sibuk..
nak masak la nak tido la..time2 tu gak nak vacum kapet.

tun teja said...

yahhaha.. ini satu komen yg baik. ye cik teja suka mengemas bilik! serta memasak..

huhu.. xnak masuk ke?

Faceless said...

masuk?
masuk meminang ke?

tun teja said...

erk bukan la.. tak online ke skrg nih
silap pengunaan perkataan.

Faceless said...

ingatkan masuk meminang td.
kui kui kui..

arsaili said...

inner beauty lebih penting rasanya..uhuhu

tun teja said...

cet.. masuk minang tun x cukup syarat lagi. x reti masak..pemalas dn len len lagi

heheh.. ye arsaili
inner beauty la paling baik.. susah nk cari tu

Faceless said...

inner beauty teja ada..
sanggup tak tido mlm..

tun teja said...

kena perli.. adeiiii

alFaisal said...

wah ada hint2 masuk meminang rupanya kat comment ni hahaha.

Actually bagus la ada self esteem yang tinggi. Teringat kata seorang ustaz, orang yang ada harga diri yang tinggi adalah orang yang memandang dirinya tinggi, dan memandang tinggi orang lain. Cuma takdala sampai asyik cerita dia bagus. Tu ganjil da tu.

tun teja said...

adeii.. dik alfaisal ada kat sini ke? adeii segan nye.. blog kite jauh berbeza.mcm syurga ngn neraka.
masuk blog dia sejuk jee..

masuk blog akak.. huhu panas.

alFaisal said...

huhu apa jauh beza plak. Dua2 blog pun refleksi kepada kehidupan penulis. Dan kehidupan ni tak semudah kalau tak hitam maka ia putih, kalau tak putih maka ia hitam. Hidup ni kan warna-warni. Mungkin ada warna yang blog saya tak cover tp blog kak tun ada;)

Dan saya pula orang yang suka hayati warna-warna kehidupan :D