Wednesday, January 14, 2009

lagi satu minggu saja nk bergelar bini orang. tak tau nk pikir apa dah. semakin hari semakin gementar plak. apsal yerk? rasa mcm takut sgt...takut macam macam, paling tun risau.. hati si dia akan berubah. mcm mana kalau si tunang tak sayang tun mcm sekarang nih? iskk.. seram seram. jgn la beliau jadi jantan gatal mcm kebanyakkan jantan jantan kabaret di luar sana.

arini tun tepon bespren nk ajak keluar la wiken nih tetapi tun direjek sewenang wenang oleh beliau. oooo mentang mentang la tittle 'anak dara akan expired tak lama lagi. sesuka hati je dia nk menjauhkan diri. sedihhh wooo. tun baru je nk menghabis kan sisa sisa anak dara dgn aktiviti bersosial tapi apakan daya. org tak sudi lagi nk kawan tun. huwaaaaaaaaa.. sensitipnya daku. namun bak kata pepatah. berkawan biar seribu, berlaki biar satu.. nasib baik ada ween. ahad ni.. aktiviti selanjutnya ialah bersosial dgn cikgu weween yg comel tu.

makin meningkat umur makin sikit impian tun. dulu masa muda remaja.. mcm mcm impian tun ada. tapi bila dah umur 18thn untuk kali ke berapa pun tun dah lupa. if org tanya impian tun. mcm taktau nk jawab apa. mcm bosan nk jawab.. nak ada family yg bahagia. kerjaya yg mantap. semua org nk macam tu kan. tun cuba nk pikirkan impian yg hebat. pikir punya pikir.. mcm takde je. kalau dulu bila org tanya "apa ko nak dalam dunia nih?'. seribu jawapan tun boleh bagi.
tun nk kawen ngn anak raja. tun nk melancong seluruh dunia dan tun nk itu, tun nak ini. tun nk semua. tun nk segala galanya.

tapi sekarang ni bila menyebut tentang kehidupan. tun sedang membayangkan kehidupan wanita berumah tangga, balik dari opis tun akan memasak, mengemas rumah dan mungkin tahun depan tun akan sibuk menjaga anak. owhhhh.. itukah kehidupan ku ???. bukan tun nk mengeluh cuma tun pelik mana perginya impian tun yg lain selama ni. ada tersorok dalam peti ais ker???

tapi mak tun pernah pesan.. dalam dunia ni paling bahagia bagi seorang wanita ialah menghabiskan kehidupan mereka dgn suami yg baik, dan yg paling penting si suami itu mencintai kita sepenuh hati.

buat kengkawan..doakan tun berbahagia sepanjang hayat ye.

12 comments:

ryann said...

betul kata mak tun tu. boleh dijadikan impian terbaru tun. dah nak kahwin tak dapat2 jumpa tun

:: Wiween :: said...

yuhuuu x sabo mau bersosial. hehe.tensen laa awl2 tahun nih tun. kojo banyak. huhuk

ala jgn gisau. insyaAllah tun bahagia sampai ke akhir hayat, incik tng itu kan baik. kalo x kita kasik hentak sama beliau. ehehehhe

Suraya Jafar said...

kak tun..sue doakan kak tun bahagia dunia akhirat..sentiasa disayangi suami sampai akhir hayat..mendapat anak yang soleh dan solehah!!..InsyaAllah.. Amin..

Honeylemon said...

semoga tun dan suami bahagia hingga ke akhir hayat.......

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

u inspired me kak tun... ermm.. like ur writing.. hope after married u will keep ur writing aite.. thanx..

tun teja said...

kak ryann- tun nk kasi kad jemputan kat kakyan. ahad ni free tak? leh jumpa tak? kejap pun jadi la. nk kasi kad je.

ween- kalau encik tunang berkelakuan tidak baik.. kita hentak sama beliau. huhuhu.

suraya- thanks adik. semoga su pun berbahagia sepanjang hayat.

honey- terima kasih honey. semoga kita berbahagia sesama

shshroll- heheheh.. thanks u. jemput la dtg kenduri.

Unknown said...

lagi seminggu??
mcm tak caya je...siap sedia dah tun??
semoga kehidupan baru bergelar isteri akan menjadi sgt bermakna buat tun
semoga trus kekal bahagia
dan si dia kekal sma mcm arini

ryann said...

eeii..bestnya kalau dapat jumpa tun. tun ada di mana ye ahad ni. kak kerja double trouble. kalo dekat bole lari sebentar

tun teja said...

dayu- tun pun mcm tak percaya tapi terpaksa kena terima hakikat gak.


kak yan- tun leh cari kakyan nanti. nanti tun tepon kakyan kay

Unknown said...

lama tak singgah siniii

tup2 dengar tun nak kawinn??

huwaaaa

nak nangis lak hehe

tapi hepi giler lah sengar berita nii

isk beshnya kawin. nak gak

Unknown said...

sengar? giler teruja sangat lah tu

dengar kot haha

tun teja said...

waaaa... lindossh. adapun budak nih. eh jgnlaaa sedihh
doakan tun bahagia yek.