bila dah kawen nih tun rasa macam takde apa apa yg menarik lak. kehidupan tun sungguh normal tidak paranormal langsung. takde apa yg menarik pun. berkongsi hidup yg normal dgn seorang suami yg sempurna untuk tun memang tak membosan kan. Walaupun kehidupan tun macam org lain. hidup secara normal.. tapi Tun tak bosan pun. Macam biasa.. rutin harian tun, masak untuk suami, kemas rumah, tgk tv, mengemop lantai, sidai baju, check email suami..if ada skandal skandal ke. ALHAMDULILLAH.. takder!!!, memang sah beliau bukan di dalam golongan Durjana. muaah. syg suami tun.
hari hari hujung minggu pula, kitaorang akan cari aktiviti sihat untuk dilaksanakan. Contohnya.. pergi berjogging ditaman tasik shah alam. Mula mula sampai je, semangat nak menguruskan badan sungguh berkobar kobar. Tun dgn takburnya berkata kepada suami "sayang, kita jogging dua pusingan kay.. pastu kita balik ". Suami yg penyayang itu pun menjawab " Ok sayang, u larat ke nih? sbb besar tempat ni". tapi tun tetap dgn pendirian tun. Suami pun ikut jer la..namun.. jeng jeng jeng.. baru sampai separuh.. tun dah mengeluh. "syg, jauh lagi ker? penat la.. kasut jogging i buat kaki sakit la. " husband dah senyum sinis pastu menjawab " baru separuh dah tak larat ke?" pastu tun wat muka seposen tunjuk kasut jogging. Walaupun hakikatnya tun kekurangan stamina.. tapi demi menjaga maruah diri sendiri depan suami tun salahkan kasut jogging yg baru pertama kali dipakai. Suami tun seperti termakan dgn muslihat tun beliau pun seperti menyalahkan kasut jogging tun "takperla sayang, esok kita beli kasut yg baru kay." suami memujuk isterinya yg mengada ngada tu. Nak pusing satu taman tu.. mengambil masa selama satu jam. penat gilerrrrr!!. maka niat nak buat dua pusingan terpaksa dibatalkan sama sekali. Sampai je ke kereta tun suruh suami yg baik hati tu cepat gerak ke pasar malam. takut tak sempat lak nk beli belah.
sampai je di pasar malam, tun dah macam orang sasau. tgk itu nak. tgk ini nak.. kalau boleh nak bawa semua sekali balik rumah. bila badan penat campur lapar.. tgk pula mcm mcm ada .. apa lagi. tun dan suami memborong makanan macam nk mati keesokkan harinya. . malam tu..kitaorang mkn sambil tgk akademi fantasia.. owh.. sejak bila anda peminat af nih??. owh.. sejak jadi bini orang, mentaliti pun dah berubah.
itulaa rutin harian tun.. takde yg menarik. namun tun tetap bahagia bersama suami yg paling tun sayang. layanan dia masih belum berubah lagi. masih seperti dulu. pintu kereta, beliau yg bukakan untuk tun. dia masih lagi seorang yg penyabar walaupun kekadang perangai tun mcm budak tak cukup umur. dia tetap bersabar.
YA ALLAH.. ko panjangkan lah jodoh kami sehingga akhir hayat. jgn ada org ke tiga dlm hubungan kami. aminnnnnnnnnnn.
i'm, so in love!
11 comments:
kuh kuh kuh... 18hb gi tak umah iena?...
akak insya-Allah... sbb tarikh tu ada test kat sekolah assunta PJ... harap harap dpat lah masuk test tu...
back to topik:
akak aminkan utk tun dan suami...
ececece..romantiknya pedum bukak pintu kete tuk tun., ehehehe haik?? pasar malam? beli apakah di situ :p ween skang da malas jogging tun! huwaaaaaaaaaaaaaaaa
ceywah, g joging same2. romantik siut. maken best la ko pas kawen kan kak. slmat berbahagia. dapat baby cepat2. gagagagagagaga
bestnya tengok tun bahagia
semoga kebahagiaan kak tun berpanjangan hingga ke akhir hayat...
xillix- heheh.. terima kasih kak
cikgu ween- tun mkn byk sgt ween. pas jogging je belasah nasik, huwaaa
ika- ko ni dok tukar blog apsal. isk isk. siap wat private.
kak yan- tun tunggu turn akak lak. erm.
aiza- terima kasih dik. semoga adik pun berbahgia sentiasa
Lama tak singgah sini.. Semoga berbahagia selalu..
akak dah tgk gambar tun kat friendster... comel...
saja datang nak bgtau...dah april dah nih :D
dulu bila baca entri ni rasa menyampah pun ada hahaha.
tapi sekarang, well...i could see how happy you are.and I'm happy for you guys.moga nanti sy pun bahagia camni gak :)
Hi Tun, this is very inspiring post! Kudo for you, and congratulations. I also forward this post too ;-)
Post a Comment