andai kata tun pergi dulu sebelum suami. tun nk pesan kalau dia kawen lain.. Mikhail kena bagi kat family tun. kasih mak tiri x sama ngn kasih syg atok and nenek. sejak akhir akhir ni asyik pikir mati je. badan pun lepas satu satu penyakit dtg. tun mintak suami tolong la bayar puasa nazar tun yg lagi 3 hari and tolong sedekah kat anak yatim RM150. nota ni untuk adik tun yg tun rasa dia akan baca. tolong ingat ye wasiat along ni. kalau tun pjg umur.. insyaALLAH akan ku settle ASAP.
dalam hidup tun ni tak ada satu pun penyesalan. malah bersyukur sbb ditakdirkan kawen dgn suami sesempurna dia. dah tun sgt bersyukur dikurniakan ayah dan mak yg penyayang. andai di beri peluang untuk idup 10 kali. tun masih lagi nk berada di tempat tun sekarang. semoga kasih suami pada tun sampai ke kubur.
tadi tun ckp ngn dia "andai kata i mati dulu, u jgn bagi bini baru u jaga mikhail. bagi kat mak i. "
dia reply plak "kalau i mati dulu, u janda kaya. insurance i semua atas nama u. tp i izinkan u kawen lain kalau duit semua abis". hahahha. bengong punya suami. mcm la susah sgt nk abis kan duit. bagi sejuta sehari pun leh abis.
tapi tun ckp ngn dia. "duit i semua atas nama mikhail. i x nak bg u sesen. i boleh idup susah senang dgn u. pempuan tu pun patut mcm tu jugak".
tapi tun doa semoga.. mikhail merasa kasih syg kami berdua sampai dia dewasa. tun nk tolong dia bila dia susah, tun nk senyum bila dia hepi. dannnnnnnn tun nk syg menantu tun. and tun selalu ckp ngn mikhail walaupun dia tak paham, tun kata " ibu akan syg menantu ibu mcm anak ibu sendiri. Mikhail jgn risau".
kekadang rasa taknak anak perempuan. tak tahu kenapa. rasa tak mampu nk jaga. mesti risau je pikir kan dia. kalau ada anak perempuan tun x nak bagi dia keluar rumah. suami pun nk gugurl. baby dalam perut ibu ni. esok baru ibu nk scan. ibu tak kisah yg mana mana pun ibu syg. ibu mintak maaf sbb x jaga sgt. ibu dh lama x baca quran, solat pun yg wajib jer. solat extra x buat dah. acid folic ibu tak makan, x minum susu.. pendek kata. kekadang ibu lupa ada anak dlm perut. byk sgt mende dalam kepala otak nih. terima kasih encik suami. kerana menjaga rumah, makan minum bini u ni dan yg paling tun hargai.. u jaga mikhail.
mintak ampun yer kalau ada yg mengguriskan hati .
No comments:
Post a Comment