Sunday, November 9, 2008

bajet ku lari namun ku masih hepi

apabila bercerita tentang uwang ringgit, tekanan oksigen di otak semakin lama semakin berkurangan menyebabkan sekumpulam gas karbon dioksida terus memenuhi ruangan kosong di sel sel otak. Ini sungguh memberi tekanan dalaman yg sukar untuk dihadapi oleh anak dara ini.

Ini semua gara gara kereta tenggelam dek banjir kilat, namun beban ku berkurangan apabila encik tunang menawarkan diri untuk membiayai separuh. Terima kasih encik tunang. Tanpa beliau, dimanala hendak ku cari rm4600. Nak ku gadai body.. uiks.. demok demok ni pasti nilai nye kurang, maka simpan je la niat buruk ku itu. Sejak bergelar tunang orang nih, terasa lebih manja pulak. Nak itu, Nak ini, semua pakai jari telunjuk je. Takyah nk bersusah payah seperti dahulu lagi. Di kala gemok gemok sebegini, byk perubahan yg berlaku.

1st, mood untuk bershopping seperti dulu sudah tidak meriah lagi. ALmaklumla.. sejak bersaiz L. Apa yg di kenakan pada badan sudah tak cantik lagi. Byk lemak lemak tepu yg tak dpt disembunyikan . oleh demikian tun lebih gemar berbaju kurung ala ala perempuan melayu 2nd last.

2nd. Bila anda gemok pasti keyakinan diri anda semakin menipis. Begitu juga dgn saya. Saya begitu takut apabila tunang saya keluar mencari nafkah dan keluar bersosial dgn kaum sejenis beliau. Yela.. takut beliau terjumpa dgn gadis yg lebih kurus dan cantik dari saya. OHH tidakk.. jauhkan semua itu. Bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan dan kekurangan keyakinan diri, saya telah meminta encik tunang untuk menghadiah kan saya alat senaman yg di panggil "air walker". adeii.. dah berbulan bulan dah mintak nih. sampai kini tak dpt. bile la gamaknya!!.

sepanjang minggu nih, tunang byk bersabar dgn tun, tun pokpek pok pek pun beliau tabah je. Diri ini tahu beliau makan dalam namun wat mcm tak paham je. Maaf kan tun yek.. mulut tun mcm longkang tapi hati tun baik. wakakakkaka.

Semalam tun terasa hati dgn encik tunang.
tunang : Syg, kalau di beri pilihan. kasih syg dgn duit i. mana u nak?
tunteja : duit u la..
(masa ni dah terasa lain macam je, encik tunang ni mcm dah bg signal nk cakap aku dh byk kikis beliau ke?. Beliau nk cari pempuan len ke? atau.. aku ni memang pisau cukur. tetiba rasa bersalah lak. macam macam dalam kepala. tetiba sebak pulak. air mata tun mengalir bak sungai rejang.)
tunteja : syg, i byk menhabis duit u kan.. sorry pas nih tak mintak apa apa dah. i tak nak semua tu. I nk u je. sorry syg.. ** nangis ala ala primadona dalam drama sandiwara**
tunang : eh syg.. naper nih? ehh.. jgnla nangis. i main je. takde niat pun. dah dah.. u tak abiskan duit i pun. I sanggup wat apa saja untuk u asalkan u bahagia.

perghhh..di saat itu mata tun tetiba bercahaya.. huhuhuhu.. terbayangkan sport rim keta baru. hahah.. acah je la. isk isk..padahal tun dah cuak gak la . terasa insaf gak la seketika. Oleh itu..buat masa ni, kita lupakan dulu "air walker" ye. nanti dah kawen.. baru kita mintak. gagaggagagag. duit gaji ko mana tun?? tu laa soalan yg sukar untuk tun jawab. Bagaikan misteri nusantara, duit gaji tun, belum hujung bulan dah kering kontang. Mari kita sama sama fikirkan jalan bagi mengatasi masalah tun teja dalam menguruskan kewangan beliau. Perlukah tun sediakan tabung di rumah bagi mengamalkan sikap menabung?? atau letakkan kad atm/kredit di dalam peti berkunci, dan kunci itu di campak ke dalam lombong berdekataan?. sila jawabbbb!!!..



9 comments:

pedum said...

tiba2 sebak baca post ni....

:: Wiween :: said...

yuhuu jelesnye dikau dpt tunang yg baik cam incik pedum. heheheh nanti tun da dpt air walker tu ari2 ween pi umah tun menumpang guna! agaggaga ;p

cemut said...

bes kan ade tunang hihi

tun teja said...

pedum- syhhhhhhhh..

cikgu weween- bila ntah nk dpt. dh nk berjanggut tun tunggu alat tersebut. hahah ween.. kita jogging kat taman tasik cukup la.

cemut- hehehehe.. best ke?

en_me said...

teringat handphone 3G.. salammmz

tun teja said...

henpon 3g.. hukhukhuk

Anonymous said...

KAKAK!!!
chika ingat kak tun tanak blog dah :(
rupanya dah lama dia update balik :(

(eh eh. touching plak si chika ni)

hahaha :P

Mem Aluya said...

You seem under a lot of stress nowadays.

Firstly, I totally feel you about being 'demok'. I once was blotted, like really really blotted and memang lost self esteem. Try exercising, find something that you love to do. I love dancing. So I dance. And I took up swimming to slowly boost my self-confidence. Toon, please do something before it gets worse... making you feel worse and insecure.

Next, on financial... try reduce on using credit cards.

That's all.

Just my 2 dirhams. Take good care dear.

Anonymous said...

Kesian kasut ayah kena curi kat masjid ek..
Biasalah saya pun penah kena...
Kadang2 selipar buruk pun dikebas..