Tuesday, November 4, 2008

si gemok pergi bercuti




Pada hari sabtu yg lepas, seorang budak gemok telah menangis ter esak esak kerana plan bercuti ke pahang telah di-cancelkan oleh tunang beliau. Oleh demikian si gemok itu pun hampir terkena jangkitan histeria akibat dari perbuatan tunang nya itu. Dek kerana si tunang sgt tidak sanggup melihat wajah anak dara yg hampir bertukar menjadi heroin dlm filem animasi SHREK, si tunang pun menawarkan diri untuk membawa budak gemok itu bercuti-cuti. Maka berbunga bunga la hati anak dara . Destinasi pertama mereka ialah Port Dickson, niat dihati nak bertemu weween, namun tidak ada rezeki kerana henpon anak dara itu tidak bernyawa akibat kehabisan bateri.

Sampai di PD, anak dara itu tidak berpuas ati kerna, tidak apa yg menarik di situ. sekadar lautan terbentang luas . Anak dara itu pun menyambung merajuk beliau sehingga ke malam. Mereka pulang ke rumah dgn perasaan yg begitu tidak gumbira.

Pada malam hari, si anak dara terasa kesepian.. wahahak. apa tun merepek nih?. Okla.. Malam tu, tun terasa seperti mahu bercuti lagi. Almaaklumlah bila byk tekanan maka keinginan nk mententeramkan jiwa sgt meluak luak. Terasa nk bercuti di kota london tetapi dimanakah boleh ku gali uwang ringgit. memandangkan bajet yg ciput, tercetusla idea nk bercuti cuti di cameron highland. sampai di tanah rata pukul 6 pagi. Bercuti sakan la kami disana. Membeli buah stoberi, ceri tomato dan juga teh berperisa stoberi. Pendek kata.. rasa fresh gak minda bila bercuti. Seperti yg dpt di lihat oleh adik adik, kaktun sudah semakin tembam. Kaktun sudah busan dgn istilah diet. Arghh malas la cite bab diet.. hilang mood je.

9 comments:

Unknown said...

hye si gemok yang slim.

pi becuti hooo.. sronokkk hoo

pedum said...

destinasi seterusnya..pulau perhentian...

Cybernetics Mind said...

ish ish sish...saper kata gemokkk, tk gemok pownnn *siyesss ni bukan pure2

:: Wiween :: said...

whoaaaaaaaaa mana ade gemok. lempang kang. agagag :p

errk..pi cameron x ajak ween. hukhukhuk *hantuk pala kat dinding*

Keri AlHaj said...

saya pun tidak tahu bahagian manakah yg dikatakan sebagai gemuk itewww

ryann said...

warghhh....GEMOKKNYA !!! kenapa ditempek foto ini...
isshhh..jahat kak...gurau je. tun ok apa. gemuk konon

CAHAYA said...

takde pun gemuk! hish, makan dlm bagi orang gemuk macam Cahaya ni. hehe.

bestnyer bercuti², teringin stoberi celup coklat ala² datuk CT!

Mem Aluya said...

Len kali jika terasa kesepian... pi la Cherating puler. Bukannya jawuh sangat. Terus ke Kemaman mencari kopi, kelapa muda, satar dan juga keropok lekor.

Jangan lupa beli lebih dah emel kat Kakakmu yang jawuh di negeri pasir berdengung ni.

Unknown said...

kak tun tomey lur.....
mane de demok pown....
akak x tgk kite lagik....
erm....kiter sker tgk akak cuti2....
kiter ni bz memanjang..tiader dpt bercuti...