Saturday, October 31, 2009

Alhamdulillah.. mikhail selamat di lahirkan

selamat dtg anak ibu. anak ibu tak sabar nk jumpa ibu yerk. taknak dok lelama kat dalam yer. doktor dh kasi injet suh bertahan pun anak ibu still nak kuar. takpelaaaa.. ibu pun hepi sgt mikhail selamat dilahirkan. adeiii sakit nyer tadi masa mikhail nak kuar. macam ini laa opah lahirkan ibu kan kan. ibu ingat nk epidural tapi dah buka 5cm doktor kata bahaya nanti mikhail lemas.

tapi ibu nak kasi kredit kat nurse nurse dan doktor salam specialist. diorang memang best. masa ibu nk kuarkan mikhail.. diaorang wat kite dua ni macam pasukan bola. bersorak suruh ibu pussshhh pussshh..
bila ibu teringat balik rasa lawak giler. ayah mikhail kat sebelah ibu tadi muka dah cuak giler. dia tak henti henti baca ayat kursi kat telinga ibu. mikhail kena sayang kita orang bykkk tau.
orang cakap baby 8 bulan genius. hopefully anak ibu ni genius plus soleh... aminnnnnnn.

oklaa.. mikhail kena stay kat spital lagi seminggu, tapi ibu leh balik esok. jgn risau.. ibu dtg lawat anak ibu kay setiap hari. muuuuuuuuaaaaaaaaaah.. jaga diri elok elok yer syg.

Friday, October 23, 2009

adeiiii

arini time makan tun tepon suami ckp kat dia yg tun rasa nak hentak kan kepala kat dinding sbb tak tahan nk melayan karenah minah belagak tu. suami tun gelak2 jer sambil suh bersabar. dia cakap senang laaa... cuba dia dok kat tempat tun.

seriusss aku tak tahan laaa ngn karenah dan berlagak dia. padahal kalau dikirakan mak bapak aku lagi berkemampuan dari mak bapak dia. malas nk membabitkan mak bapak dia dalam hal nih. sbb mereka tak berdosa kat aku. cuma aku rasa tenseeeeeeeeeeeen tahap giler babeng. dia ckp nk beli kereta ***** yg aku rasa mcm x logik akal. sbb aku tau dia tak berkemampuan. tapi aku layan kan je la. pastu tetiba dia cite kat aku jumlah wang simpanan dia kat bank. perghhh.. aku rasa xde la byk mana. tapi byk laa gak dari aku. sbb aku mmg takde simpanan pun. tapi apa motif ko cite semua tu kat aku???? kompiusss giler. tak termasuk bab pulau phuket yg aku rasa dh patut basi dan tak perlulaa ko nk teruskan bercerita. aku rasa kesiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan sgt. rasa nk bagi derma ikhlas kat ko suh ko gi uganda ker, bangladesh ker atau pun pulau jawa ke supaya ko leh cite pasal tempat len lak. ari ari dgr percutian ko kat phuket aku rs mcm nk pecah kepala .

ya ALLAH, ko bagilaa aku kekuatan dalam menghadapi hari hari yg mendatang. ampunkan laa dosa dosa aku mengumpat dia nih sbb aku memang manusia yg tersangat lemahhhhh. jgnlaa mikhail ikut perangai buruk tun. aminnnnnn

Thursday, October 22, 2009

suami sy dah pulang

yeyeiiiiiiii.. dia dah balik. hepi hepi.. tadi dia dtg opis tun semata mata nk keluar mkn bersama. walaupun penat tak abis lagi. thanks syg sbb layan bini u yg mengada nih.

Wednesday, October 21, 2009

lagak

mencik betul bila kenal dgn spesis yg suka sgt berlagak. suka sgt bercerita pasal diri dia sampai kita yg dok dekat ngn dia mengutuk dlm hati. bila dia buka mulut jer kita dah rasa nk blah je dari situ. lagi aku merendah diri lagi meninggi dia angkat diri dia sendiri. aku secara jujur je ckp aku tgh bajet sbb baby nk kuar dan byk nk spend kat mikhail. dia dgn bangga nya bercerita dia byk duit. ok.. aku paham la ko byk duit tapi x payah la ko pandang aku rendah sampai paras lutut. padahal aku ngn kengkawan len tahu je ko takdela hebat mana. engkau setakat beli handbag kat jusco ko dh rasa ko spent byk gila bile bershopping. sorry la beb. aku nk berlagak pun leh. tapi apa aku dpt??? perlukah aku tunjuk mascara aku, lipstik aku, skin care set aku, supaya ko tak berlagak dgn barang maybeline ngn body shop ko????? tapi aku pun bila sembang ngn ko, aku berlagak dlm hati je. kat mulut aku senyum jer ngn . kengkawan lain dh buat muka boring bila ko asyik cite pasal pulau phuket. adeiii.. setakat gi thailand tu pun nk berlagak. aku dah gi paris, amsterdam, manchester, frankfurt tak penah kuar lagi sebutir ayat pasal tempat tempat tu. sbb org tak tanya nape aku nk cite. ko lak.. kitaorang ubah topik len.. ko tak abis abis lagi ngn pulau phuket ko. waduhhhh!!!!

tadi dah sampai tahap kemuncak. memang takleh tahan la ngn perangai belagak ko. dlm ati aku dah berbakul-bakul aku kutuk ko. dah puas kutuk baru aku sedar mikhail dlm perut. terpaksa aku bertaubat dan beristighfar dalam hati sambil mendengar cerita cerita kehebatan ko. pastu aku memujuk diri aku supaya tak tension. dan akhirnya aku jatuh kesian lak kat ko. yelaa.. ko baru nk merasa kot semua tu. ko mkn pizza, mkn seafood pun ko kena bercerita baper byk ko spent. yg lagi kelakar ko makan baskin robin pun ko nk bagi tau harga. adeiiiiiiiiii!!!!!!!!!!. mcm la ko sorg je yg mkn semua tu. adeiiiiiii.. mula-mula aku sangkakan ko cuma suka bercerita. tapi bila siap sebut harga, dan cite itu akan berpanjangan selama seminggu. barula aku sedarrrrr.. ko dah kerja baru nak merasa semua ni. mak bapak ko tak mampu nk beli kan kat ko. kesiiiiiiaaaaaaaaaaaannnnnn.

dulu, setiap hari aku akan mengadu kat suami tercinta. tapi bila suami dah sound cakap berdosa kutuk kawan sendiri. takde tempat nk meluahkan ketensenan hati ni. seriusss shit!!! perangai mcm ni pun ada ker? kesian jadi ko, sbb life ko baru nak bermula dan life aku hampir complete.

semoga spesis begini dapat hidayah dan insaf serta merta sebelum orang sekeliling menyampah tahap maksima. actually.. memang dah menyampah tahap maksima pun. tunggu masa yg sesuai je nk blah dari idup ko. kang ko takde kawan lagi kesiannnnn

Tuesday, October 20, 2009

windu

dah kul 2.30 tp still takleh tido. windu nyer kat suami ku. semalam gi check up. baby alhamdulillah sihat. tapi aktif sungguh la dia dalam perut. dok pusing pusing. muka pun dah nampak dah. tapi apa yg tun nampak..hidung dia memang mcm bapak dia. hahahah. memang sah dia anak bapak. kalau dia nakal..leh salah kan bapak dia. kalau dia baik.. tu mesti ikut tun.

suami tercinta balik hari kamis nih. lambat nyer lagik!. mencikkkkkkkkkkkk.
cepatlaaa balik!!

Sunday, October 18, 2009

gonna be alone and lonely!!!


arghhhh. suami tercinta akan pergi ke pd atas urusan kerja maka si isteri akan keseorangan selama 3 hari. kenapa???? kenapa??? tak gi takleh ker? tak sian ke kat tun? tun kan sensitip. kang malam takleh tido camana?? huhuhu.. ngada . rasa nk sepak jer. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tun tak pahamla perasaan orang yg boleh hidup berjauhan dgn suami. tun yg ditinggalkan sehari rasa macam derita setahun. kat opis pun leh rindukan suami. dah balik rumah..barula terasa hepi. ini simptom biasa ker??? atau tun je yg mengada terlebih??? takpela.. sukatila org nk kata apa.

weekend ni best. lepas pegi rumah terbuka iena kat hulu langat. kita orang beli belah barang baby. sambar 3 set baju kat mothercare. adeii.. barang baby ni mmg mahal-mahal belaka. terpaksa la beli sikit sikit. kalau beli sekali gus boleh kena tekanan darah tinggi. takperla mikhail. anak ibu jgn nakal-nakal kay. ibu susah sket takper, yg penting mikhail jadi anak soleh. tapi dah keje nanti..mesti belikan ibu handbag gucci kay. gagagaggaga

selasa hingga kamis.. tun akan melayari kehidupan seorang diri. tun harap semua nya ok. dan pesanan khas buat suami. tolong jaga diri baik2
.

Wednesday, October 14, 2009

cemburu

ibu bapa tercinta bersama cucu kedua
ayah bersama anak, menantu dan cucu-cucu

hari raya yg penuh bermakna- i love u syg!

gambar ni sekadar hiasan je. takde kena mengena dgn entry nih.

cuma nk bercerita...pasal simptom simpton wanita ketika mengandung. seperti sedai maklum. apabila mengandung, berat naik harusla dinaikkan bagi membantu tumbesaran bayi dalam perut. so..bukan salah ibu mengandung kalau mereka ini gemok!!! paham??

ok sekarang dh paham kan.. bila dah gemok..simptom lain lak timbul. CEMBURU!. ini salah satu penyakit hati yg sgt menyakitkan. tgk pempuan lawa dah jeles. tengok anak anak dara yg tak berdosa lalu lalang dekat shopping complex pun rasa nk tampar muka mereka. lagi rasa mendidih hati ini bila si suami pandang mereka secara sengaja mahupun x sengaja. seperti nk ikat mata suami supaya dia x nampak apa apa pun. arghhhh cemburu nye haku.

balik dari kejer.. 1st thing tun wat, check henpon suami. alhamdulillah setakat ni takde lagi yg menimbulkan syak wasangka. pastu.. bila tgk cermin. rasa rendah diri sampai ke lantai. muka bulat. badan bulat, bawah mata ada lingkaran gelap yg sungguh jijik. sejak mengandung..memang sukar sgt nk tido malam. mikhail pulak semakin aktif. asyik tendang perut ibu jer.

selain cemburu.. tun ada penyakit panas baran yg sungguh extreme. pantang ada je yg tak kena. siap la!!!!. memang cari nahas la nampaknya. BOS pun tun dah tak takut. Bos nk buli?? huh!. sorry sket.. dulu boleh la. skrg ni.. sorry sket. kalau memandu.. saper berselisih dgn plate kereta BKK 400. tolong jgn cari pasal jika yg memandu itu sigemok bertudung. kerana anda mungkin akan mengalami tekanan jiwa dgn bunyi hon tanpa henti. so jgn kata tun tak warning.

berbalik kepada kisah cemburu. setiap hari bila tgk awek cun, selain rasa jeles sampai nk tampar muka mereka satu persatu. tun juga bernekad untuk menurunkan berat badan selepas bersalin nanti. setiap hari tun akan bg ayat ini kat suami "syg, u jgn menggatal ye yang. i janji ngn u, pas mikhail keluar ti..i nk kuruskan badan balik. u sabar tau yg. jgn pandang pempuan len" dan selalunya jawapan suami memang sgt manis. hari hari dgr ayat beliau memang leh kena diabetis.
suami akan menjawab "i syg u dgn mikhail je. i xde niat nk cari len pun".

tetapi..bila tun didatangi mimpi ada pempuan len yg cuba memporak peranda kebahgiaan kami. sebaik je sedar dari mimpi.. dalam keadaan marah panas membara tun dgn nada yg keras bagi amaran pada suami. "syg, u gatal..SIAP U. ". si suami yg tak berdosa ni terpinga pinga tak mengerti apa sebenarnya sedang berlaku. maafkan la bini u ni. bukan dipinta jadi sebegini.. tapi inilah yg tun rasa. tun sedar tun gemok.. tapi apakan daya. tun seperti org hilang kawalan.

inikah perasaan wanita yg sedang mengandung? atau tun saja yg terlalu melayan emosi??