nama pempuan nih, tun teja. blog ini tempat dia release tensen. kepada pengunjung setia tun ucapkan ribuan terima kasih. kepada yg menyampah ngn cerita cerita kat sini.. tun nak cakap tun pedulik haper... (what others see in me isnt as important as what i see in myself) *wink* ( lessycat@gmail.com )
Monday, June 28, 2010
cuti cuti (selesa beach resort-pd)
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4425351708153247382
sabtu lepas merupakan first vacation buat mikhail. bertolak dari rumah pukul 12.30 and sampai pd around 2pm. Mikhail sgt baikk.. dia x meragam pun. cuma mengada je terlebih. Asyik nak mainnnn. bila tak layan mula laa nk merengek. satu bab yg ibu kurang senang dgn mikhail. awak pantang duduk kat kedai makan. nak berdukung je. terpaksala ibu ngn ayah take turn makan. hilang keromantika kami. memandangkan mikhail alergik dgn tempat makan, maka kami pun beli bungkus dan makan di bilik hotel.
ibu suka vacation di pd sbb dekat dan cantik. tapi next month.. ayah kata nak bawa kita ke A-famosa resort, Melaka. kalau dia tak bawa, kita babap ayah!!!
Sunday, June 13, 2010
hepi bday atok
mikhail, entry ni khas untuk awak. ibu nk awak kenal atok awak sbb atok sgt syg mikhail dan cucu cucu lain. kelmarin kita celebrate bday atok. atok stay kat sini seminggu. sbb dia nk spend time dgn anak menantu dan cucu cucu dia.
atok seorang ayah yg sgt baik. dia tak mcm bapak bapak orang lain. atok sgt berdikari. dia tak suka susahkan anak anak dia. setiap kali ibu bagi duit.. dia mesti tolak. malah dia bagi kita duit lagi.. mcm la ibu ni tak keje. kalau kita pegi makan luar satu family... dia tak macam setengah bapa yg mahu anak anak belanja. atok mikhail mmg baik. dia yg belanja. kalau anak belanja semua tak sedapppp. tapi kalau dia yg belanja semua nya OK. pastu selalu ugut, kalau tak pakai duit dia, dia taknak makan. atok bukan orang kaya, dia sederhana je. duit dia takdela bertimbun cuma dia mmg tak suka susahkan anak-anak. sampai sekarang.. kalau balik kg, minyak kereta anak menantu dia yg isi.. so kalau ayah mikhail taknak balik kg ibu mmg kejam la. semua di sponsor oleh atok. apa lagi nak????. atok bukan oraang kaya ye mikhail. dia jenis yg tak berkira. kalau dia ada 10 hinggit. 8 hingget dia bagi kita, 2 hinggit untuk dia. itula atok mikhail. oleh itu.. sayangilah atok. dari kecil sampaila besar, atok susah nak cakap tak boleh pada anak anak. apa anak mintak pasti dapat. kalau dia tak berduit pun dia akan usaha sampai dapat. itu pasal ibu dan adik ibu manja terlebih. dan sebab inila ibu suka balik kg ibu. mikhail cepatla besar.. nanti mikhail paham kenapa kami syg atok. lupa nk cakap.. atok ngn opah sygkan menantu-menantu diaorang. setiap kali bday ayah mikhail.. atok akan beli kek. last year atok siap tempah kek special untuk ayah mikhail. tapi untuk bday ibu mikhail yakni anak kandung atok, dia beli kek secret recepy je. nampak tak di situ??? ayah sygkan menantu menantu dia. tak macam setengah orang.. lebihkan anak dari menantu. so kalau ayah tak syg atok.. kita babab ayah!!!!
kelmarin masa kita beli kek bday atok. tetiba kaki atok mcm lumpuh takleh jalan. kami terpaksa pakai wheelchair jusco usung ayah ke kereta. masa tu sedihnya tak terkata. baru ibu sedar atok dh tua. kesian atok. sekarang ni ibu tgh tahan menangis. ayah kat belakang ni. kang dia ingat ibu emosional terlebih. padahal.. mmg sedih pun. mikhail dah besar nanti mikhail kena syg atok dgn opah. balas jasa diorang. dan ibu janji. ibu akan syg mikhail sepertimana atok ngn opah syg dan manjakan ibu.
Saturday, June 5, 2010
bandung best ke??
dh lama dah gi bandung.. cuma arini baru terasa nk menulis pasal bandung. sbb kalau mikhail tanya ibu dh g bandung ke belum.. tun nk suruh dia baca blog je. blog ni khas untuk mikhail. kalau dah besar nanti dia leh baca sampai muntah sbb tak tahan dgn keromantikkan ibu dan ayah dia. hakhakhakhak. sorry ye mikhail sbb ibu terpaksa tinggal kan mikhail kat matok ngn wan. kami pegi 2nd honeymoon kat bandung. actually plan kami nk bercuti di guilin-china. tetapi masa keje kat tempat lama ada satu makhluk ALLAH ni asyik cite pasal bandung sampai kami rakan sekerja ni sampai mual mendengar cite cite beliau. setiap hari ada je cite pasal bandung. tun dan suami tak pernah terlintas pun nk bercuti ke indon. sbb dulu tun dah sampai medan.. mmgla cantik tapi takdela best sgt.
Dek kerana makhluk ALLAH tu, tun asyik mengadu kat suami.. taktahan dgn cite cite dia. bosan sebenarnya. Aku yg dh pergi merata Europe pun tak penah kecoh kecoh satu opis. ko setakat bandung dah kecoh kecoh. korang leh bayang tak..kalau setiap hari selama 8bulan korang akan dengar cerita bandung yg di ulang ulang. TAK TAHAN kan???. begitula juga saya. maka setiap harila tun akan menambah dosa dgn mengumpat beliau dekat si suami. suami pun dh naik boring dgn cite saya..maka dia pun memberi cadangan "syg, kita cancel pegi china, kita pegi bandung la ye." dengan plan yg sgtla tak teratur. kami belasah je. hotel pun tempah lagi 2 ari nk pegi. pak supir pun kami tempah sehari sebelum. (cerita pasal makhluk ALLAH ni ada dah tun tulis. cuma tun tukar lokasi jadi pulau phuket dalam entry lagak. )
Sampai di bandung.. excited gile nk mulakan langkah. so sampai di sukajadi hotel kami terus order makan sbb dah kebulur tahap maksima.. ops cite bab hotel nih.. makhluk ALLAH tu duduk kat motel je.. itu pun nk kecoh. hahhah... saper yg bace entry ni pun akan menanggung dosa bersama si penulis. better stop disini sebelum laptop anda akan terasa bahang api neraka.
saya akan terus menulis bagi menghangatkan lagi suasana. huhuh. petang tu kami berjalan kaki ke shopping mall yg di panggil paris van java. pastu gi makan. giler bapak teruja dgn harga yg 5kali murah dari mesia. patutlaaa makhluk tu shopping kat sini. murah bebenar rupanya. ke esokkan harinya pak supir bawa kami dari pagi hingga ke petang, .bershopping di butik butik barangan ciplak kelas A. ingatkan original..tapi bila tgk harga dan barangan..ermmm.. CIPLAK je rupanya. dek sebabkan harganya murah.. suami shopping sakan. tun???? tun takde mood nk shopping..kalau setakat nk beli barang ciplak.. tak payah la tun nk beli kat sini.. baik tun beli kat padang besar perlis je. handbag pun ciplak.. tun teringat makhluk tu berlagak dgn handbag yg dia beli kat sana. tun tak beli ke?? ops kalau setakat handbag ciplak.. biar takde pun takpe. wahahahaha. tun dah terasa panas dh nih. mungkin api neraka sedang meniup kencang.
sambung kembali cite bandung, tun beli baju mikhail ngn anak anak buah. mintak maaf ye. korang kecil lagi. pakai ciplak pun takperr. pastu beli sikit sikit untuk keluarga. pastu beli borong telekung ngn kain kain baju kurung. kalau makcik makcik pasti sukakan tempat ini. tun??? sesak.. i dun like it. so kami pun mintak pak supir hantar ke shopping mall sbb kami tak selesa dgn pasar baru itu. sampai shopping mall.. takda orang. kalau kat mesia.. mesti dh dipenuhi dgn manusia. di sana.. nk masuk pun kena scan dulu takut bawa bom.
malas la nk cite pjg. tapi di bandung terasa mcm orang kaya sb leh masuk restoren 5 bintang. kalau kat mesia maybe tak leh masuk kot sbb tak mampu. overall kalau tanya tun best ke tak? tun akan cakap... biasa je.
tun cite kat mak, " mak, takdela best mana bandung tu. kalau dgr cite makhluk tu.. mcm syurga je bandung nih. " mak tun menjawab " biarlah dia. kesian la kat dia. dia hanya pegi situ je. tak penah pergi tempat lain. sebab tu dia rasa situ je best". betul gak cakap mak. tun patut kesiannkan dia.
kenapa mcm bengang je nih? tun tak tahan sgt dgn lagak dia. dia pernah keluarkan statement
"anak buah i kan, kalau balik rumah i mesti hilang, maklumla rumah besar". perghhhhhh. tak pernah lagi tun dgr puteri raja dlm istana boleh ilang. ini setakat dok rumah teres dua tingkat kalau mak ko besarkan rumah pun.. besar mana la sgt. lu pikir la sendiri.
ni cite bandung ke nk menggumpat? lu pikir la lagi sekali.
p/s: mikhail jadi orang yg merendah diri ye. jangan sombong ngn berlagak..ibu rotaan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)