Sunday, June 13, 2010

hepi bday atok





mikhail, entry ni khas untuk awak. ibu nk awak kenal atok awak sbb atok sgt syg mikhail dan cucu cucu lain. kelmarin kita celebrate bday atok. atok stay kat sini seminggu. sbb dia nk spend time dgn anak menantu dan cucu cucu dia.

atok seorang ayah yg sgt baik. dia tak mcm bapak bapak orang lain. atok sgt berdikari. dia tak suka susahkan anak anak dia. setiap kali ibu bagi duit.. dia mesti tolak. malah dia bagi kita duit lagi.. mcm la ibu ni tak keje. kalau kita pegi makan luar satu family... dia tak macam setengah bapa yg mahu anak anak belanja. atok mikhail mmg baik. dia yg belanja. kalau anak belanja semua tak sedapppp. tapi kalau dia yg belanja semua nya OK. pastu selalu ugut, kalau tak pakai duit dia, dia taknak makan. atok bukan orang kaya, dia sederhana je. duit dia takdela bertimbun cuma dia mmg tak suka susahkan anak-anak. sampai sekarang.. kalau balik kg, minyak kereta anak menantu dia yg isi.. so kalau ayah mikhail taknak balik kg ibu mmg kejam la. semua di sponsor oleh atok. apa lagi nak????. atok bukan oraang kaya ye mikhail. dia jenis yg tak berkira. kalau dia ada 10 hinggit. 8 hingget dia bagi kita, 2 hinggit untuk dia. itula atok mikhail. oleh itu.. sayangilah atok. dari kecil sampaila besar, atok susah nak cakap tak boleh pada anak anak. apa anak mintak pasti dapat. kalau dia tak berduit pun dia akan usaha sampai dapat. itu pasal ibu dan adik ibu manja terlebih. dan sebab inila ibu suka balik kg ibu. mikhail cepatla besar.. nanti mikhail paham kenapa kami syg atok. lupa nk cakap.. atok ngn opah sygkan menantu-menantu diaorang. setiap kali bday ayah mikhail.. atok akan beli kek. last year atok siap tempah kek special untuk ayah mikhail. tapi untuk bday ibu mikhail yakni anak kandung atok, dia beli kek secret recepy je. nampak tak di situ??? ayah sygkan menantu menantu dia. tak macam setengah orang.. lebihkan anak dari menantu. so kalau ayah tak syg atok.. kita babab ayah!!!!

kelmarin masa kita beli kek bday atok. tetiba kaki atok mcm lumpuh takleh jalan. kami terpaksa pakai wheelchair jusco usung ayah ke kereta. masa tu sedihnya tak terkata. baru ibu sedar atok dh tua. kesian atok. sekarang ni ibu tgh tahan menangis. ayah kat belakang ni. kang dia ingat ibu emosional terlebih. padahal.. mmg sedih pun. mikhail dah besar nanti mikhail kena syg atok dgn opah. balas jasa diorang. dan ibu janji. ibu akan syg mikhail sepertimana atok ngn opah syg dan manjakan ibu.

3 comments:

mama fara n iman said...

baiknya atok...
agak2 atok cayang x mama fara, cousin mikael nie...
heheheheh....

hepi belated bde atok...

:: Wiween :: said...

happy bday buat ayah tun. moga pjg umur murah rezeki dan bertambah cucunya hehehe

tun teja said...

kak jaja- heheh. atok dh tua. semoga sempatla atok tgk mikhail ngn fara membesar.

ween- lama x nampak ween. makin cun nampaknya