Thursday, February 24, 2011

semakin tua semakin dot dot dot..

semakin tua semakin pelupa. tak ingat apa apa pun. today befday aku tapi kalau husband tak wish mmg x ingat langsung. selalunya lagi sebulan besday dah minta macam macam dari encik husband. pastu baru teringat.. patutla ayah beriya iya nk dtg hujung minggu ni. memang tabiat ayah tun, atok kepada mikhail.. kalau befday anak menantu mesti celebrate. itu pasal tun ckp..ayah tun ayah the best in the world. tun tak nak minta hadiah tahun ni.. sbb nya sabtu ni akhirnya dapat duduk rumah sendiri. aku nk tebuk dinding sana sini pun takde sape nk pedulik kan kan kan. nk pindah rumah mesti byk pakai ongkos..sian encik husband. tima kasih gak pada ayah yg byk sponsor utk rumah baru. mikhail,,,, kalau ibu takde..awak kena jaga atok n opah yer. balas jasa diorang.

lagi satu simptom dh tua tua ni. makin sensitif lak. sikit sikit nk sensitip.. emosi pun mcm tuttttt. bila husband tak layan je bila kita sembang..mula la beprasangka buruk. kekadang tu rasa mcm dia dh tak sayang. mula la rasa diri ni gemok, tak cantik, dia syok pempuan lainnnn..padahalnya.. bukan tak sedar suami balik rumah on time, bila balik mesti belasah nasi 2 pinggan.. adik tun ckp kan, kalau tgk laki mkn byk rasa lega jerr..sbb kalau dia balik dating mesti dia kenyang. syaitan ni byk sgt la. suka sgt menghasut hamba yg lemah ni. isk isk isk isk..

wish untuk this year.. semoga tun kekal bahagia dgn family sampai ke akhirattttttt. aminnnn

Saturday, February 12, 2011

hot chick vs ibu selebet

kalau dulu keluar pintu rumah tak pakai maskara, tak pakai lipstik, tak pakai bedak and tak pakai perfume..ibarat tak pakai apa apa. terasa seperti memalukan diri di khalayak ramai. pendek kata..kalau tak tgk cermin sejam sebelum keluar rumah..tun mmg tak ada konfiden . perangai suka melaram ni hanya berlarutan sampai mikhail 11 bulan.

sekarang ni..pegi opis pun dgn tudung senget benget. muka berminyak tak berbedak pun leh selamberr jer. dulu tgk cermin..kalau cermin boleh berkata kata mesti dia dah menjerit tahap histeria sbb pempuan ni suka sgt cermin. zaman muda remaja, ayah tun sgt tensen menunggu anak anak dara dia bersiap. dia pernah keluar statemen "tgk cermin lama lama pun kalau keluar muka mcm siti nurhaliza takperla gak.. ni muka tun jugak". paham tak maksud ayahku disitu??? tak paham takpe.

bukan tak perasan..diri sendiri tak terurus.. tun selalu salahkan kerja diopis yg menimbun buat tun stress sampai malas nk berhias. skrg ni..tun selalu tanya suami.. "syg, kalau i pakai seluar ni leh ke? " sambil menunjuk seluar tracksuit, seumur hidup tun belum pernah tun pegi shopping centre pakai seluar sukan. ibarat pantang tuk nenek aku .tetapi suami kata OK so kita langgar je pantang larang tok nenek itu. kekadang pakai seluar tak gosok pun tanya dia "yg, nampak sgt ke seluar ni kedut kedut?? " suami akan jawab "tak". so..apa ajer yg aku nk pakai..semua nye boleh. maka..tun amik kesempatan..sarung aje la apa yg depan mata. lipstik pun kekadang pakai kekadang tak. rasa muka mcm zombie kampung pisang tp dek kerana suami tak bersuara..tun kata.. ok apa..natural beauty. namun hakikatnya tun tahu.. jadi perempuan tak boleh mcm ni. kelmarin.. opismate tun kata "patutla akak tgk tun ni mcm messy je, pregnant baby girl rupanya. kalau dulu akak tgk bergaya." oooo.. jadi tun selebet begini bukan lah dek kerana stress kerja mahupun suami yg tak amik berat. tetapiiii baby dlm perut ni ye. anak ibu laa yer punya angkara.. isk isk isk. takper takper sib baik ibu syg awak. ibu maafkan awak. nanti bila anak ibu dh keluar kita gi spa ye. kita jogging n diet sama sama. awak perempuan.. kena diet dari kecik.supaya x gemok mcm ibu.

ni nama anak still menjadi tanda tanya.. amanda or zehra??

Saturday, February 5, 2011

baby girl insyaALLAH

kelmarin scan.. x nampak apa apa..so doc kata kemungkinan besar baby girl. suami dh tersenyum hepi.. tun pun hepi gak. tapi leh bayangkan muka mak yg hepi gile tu. almaklumlaa.. cucu semua hero. tetiba heroin nk keluar..pasti menggumbirakan hatinya. cuma doc tu kata, dia x jamin sbb baby tu kecik lagi dia tak nampak apa apa. meaning kena scan lagi laa. tun??? aku tak kisah mana mana pun aku suka. cuma kalau nama anak perempuan mmg xde nama lagi. nk letak yasmin. ayah lak tak suka. nak letak amanda, suami kata takde maksud. isk isk isk.. takper ibu akan cari nama anak ibu .

rabu aritu dapat berita gembira dari salah seorang kwn baik. alhamdulillahhhh dia akan masuk club tun. dulu jeless sgt dgn kwn kwn bujang yg masih lagi menikmati hidup.pegi tgk wayang , kuar makan makan dgn kwn kwn, travel sana sini.. best!. tapi kawen pun best gak cuma bila penat wat keje rumah, perasaan jeles tu dtg. tapi bila gk muka mikhail..jeles tu ilang. alhamdulillah..kwn tun dah kembali bertudung. syukurrr. tun pernah nasihatkan dia, kalau nk jodoh.. jgn suruh bf berjanji setia tapi kena minta pada ALLAH supaya ditemukan dgn jodoh yg membahgiakan. and kalau nk doa dimakbulkan kenala taat pada perintah ALLAH yg wajib.

doa tun, semoga dia bahgia sehingga akhir hayat.

cite bab pregnant lagi. tun dulu kemain bongkak lagi ckp nk beranak setahun sekali. huhuhu. tun tarik balikkkkkk kata kata tu. sbb pregnant kali ni mmg penattttttttttttttttttt. setiap malam kena kejut husband sebab kaki mengalami kekejangan. terpaksala suami yg mithali ni urut kaki bini dia walaupun mengantuk.anak pun dia jaga sepenuhnya sbb tun tak larattttttt. dalam hati mmg kesiannn..tp sorry yer syg.. lagi beberapa bulan je. pasni u boleh rehat biar i pula take over. skrg ni..memang penat sgt. semua tak boleh buat.

tadi tgk movie..mikhail dh ikut atok n opah dia balik kg. sedih mmg sedih tapi baby sitter baru ni jaga mikhail mcm hampeh. badan mikhail merah merah. bontot dia pun mcm naik kudis. sampai ati baby sitter tu wat mcm tu. sementara nk cari baby sitter baru, tun bagi mak ayah jaga kejap. nangis gak tgk mikhail pegi. tp suami ajak tgk wayang, kurang sket sedihhh. gi klcc suami kata green hornett best. mmg besttttt..

-end-