Wednesday, May 14, 2008

i was demok part 2

di atas permintaan ramai tun dgn sesuka hatinya untuk menyambung cerita yg tergendala. berkisahkan mengapa tun begitu obses mendietkan diri. panjang cite nye.. tapi dah ramai yg meminta sambungan, terpaksala tun akur dgn kehendak mereka. cewaahh mcm la ramai. padahal sorang dua je. cam baguss je ko ni tun.

kisahnya begini..jeng jeng jeng
sejak kecil tun memang berbadan bulat. dan nafsu makan tun memang tinggi sejak azali. percaya atau tidak, zaman sekolah tun memang seorang budak yg kuat makan. walaupun cuba di control oleh ibu bapa, namun usaha mereka gagal. anak dara mereka memang mencintai makanan sepenuh hatinya. oleh demikian, sebarang acara suka seperti lumba lari, lompat jauh ataupun lari dalam guni bukanla menjadi pilihan tun. diri ini lebih suka menjadi penonton sahaja. namun.. tun tidak dpt mengelak apabila guru guru memilih tun menjadi pelontar peluru, lembing dan cakera. dari zaman skolah rendah sampai la ke sekolah tinggi. takde acara lain cikgu nk bagi. balik balik melontar objek berat. tenseen tauu. namun yg peliknya tun juga merupakan juara peringkat daerah dizaman itu (tutup muka kemalu-maluan). wey tun..aku dh tahu dh cite nih. cite la pasal mamat yg kutuk ko tu. kan ko ckp ko nk balas dendam. oo.. ok ok.. kite shortcut je la yek. (sila rujuk entry i was demok)

lepas adengan mamat tu kutuk tun, barulah diri ini sedar betapa debabnya daku ketika itu. tun pun berusaha mendietkan diri. selama 3bulan tak sentuh nasik. lepas PMR, tun masuk skolah asrama, maka tun tak jumpa la mamat tu selama 2tahun. lepas masuk kolej tun semakin aktif menurunkan berat badan. bayangkan time bulan puasa pun tun leh jogging pagi dan petang. dan di zaman itu bykla adengan dalam drama melayu berlaku kat tun. terasa sonok je bila adengan seperti
- org bagi bunga dalam lift (itula kali pertama dan terakhir tun jumpa mamat tu, ntah ntah antu).
- stranger mintak no fon
- gi kedai makan ada org bayarkan .
- hari valentine dapat bunga (siap lawan ngn member sape dpt bunga paling byk).
- kena ngorat oleh para senior.
- org tu kem salam, org ni kem salam..

berbeza sangat dizaman kegemukkan tun, org tak pandang pun. mcm la tun ni makhluk halimunan. sehinggala suatu hari, tun terjumpa balik mamat yg kutuk tun tu. mari tun kenalkan nama beliau *****ZAN. org panggil jan. dia tidakla sehensem mana, dia mempunyai gigi yg mancung kehadapan ataupun dikenali sebagai gigi jongang. tun gelar dia jj singkatan kepada jan-jongang. jj agak terkezut apabila melihat pen-kecutan fizikal tun. dia pun mintak no fon. memandangkan dendam lama belum berbalas, tun pun bagi je la. sejak itu, dia pun rajinla menepon, dan bersms. setiap kali cuti dia ajak jumpa. sebenarnya tun mmg takde selera nk melayan mamat tu. dia ni jenis suka memaksa dan perasan bagus. dia memang tak berubah langsung, perangai dari kecik sampai besar suka sgt kutuk org. disebabkan dia la tun fobia tgk nasik sehingga hari ini. tun tahu dia dh tangkap syiok sama tun sehinggakan dia pernah wat satu lagu ngn gitarnya khas buat diriku . tun tunggu masa je nk balas dendam kesumat tu. sehingga la satu hari yg ditunggu tunggu. jj meluahkan perasaan nya secara jiwang. yesss.. berjaya juga akhirnya. dengan tanpa rasa bersalah tun telah merejek beliau. jj terus mengambil gitar kapok beliau dan terus menghentak kepala tun bertalu talu. huhu..acah je. dia cakap "saya ingat awk suka kan saya". pastu tun pun meluahkanla apa yg terpendam selama nih. tun cakapla niat tun nk membalas dendam je.

muka jj merah padam waktu tu. marah sgt kott pastu dia leh cakap "awk ingat awk kurus, awk lawa sgt ke?". sejak itu tun tersedar la.. ye laa. aku ni kurus je.. muka takde la lawa mana. tapi tun jawab dlm ati "buruk buruk aku pun ko nak gak". pastu itula jugak kali terakhir tun berkomunikasi dgn beliau. selepas kejadian itu dia cuba membalas dendam kepada tun dgn memberi nombor fon tun kepada kengkawan nya. hampir setiap malam, tidur ku diganggu oleh bermacam macam jenis jantan kabaret. ada yg bagi sms 18PL, 18SX, 18 SG. tapi tun wat bodoh je.

(kepada jj atau pun rakan beliau yg membaca blog ini. tun mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas kesalahan yg lalu. alaaa..kira kosong kosong la. lenkali cakap jgn pakai lepas je. ingat org gemok takde perasaan ke?)

21 comments:

Anonymous said...

tragis sungguh cite ko kak.
syabas la dapat kurus.
aku ni je tak kurus2 ag. tension la.

tun teja said...

ko kena makan clorox bleach kot.
try la 3 sudu sehari. selepas makan mlm. trylaa..

Anonymous said...

wakakakakakaka.
tambah vanish skit.
lagi mujarab

tun teja said...

vanish tu patut ko makan time bekfes je. time lunch jgn amik yek. sbb kang ko kurus sgt. tak lawa. ingat tu dik.. 3sudu selepas mkn. ikut cara yg betul

Latika.Dot.Dot. said...

AKAK, 3 SUDU TU NAK KENE SELANG bape minit. seminit sekali ke,

tun teja said...

3minit sesudu..kasi dia dh sebati dgn
pankreas baru adik minum sudu yg kedua. paham tak nih?

eimma's said...

aku pn bulat gak dlu..tp aku kurus sbb keja kat kedai fast food..hhuh

tun teja said...

ko keje kedai fastfood leh kurus????
uiks.. kalau aku, leh bankrup kedai tu. sbb aku yg dok mkn

Honeylemon said...

bila da abis bca... sy dok pikir jap... sbenarnya tun kena btrima kasih yg mggunung pd mamat tue... sbb mamat tue yg wat tun kurus... hik3x...

Anonymous said...

olah sikit lagi ..boleh masuk dlm slot samarinda...huhu....pendendam ye...

tun teja said...

honey- yeke? tapi mulut mamat tu mmg ampagass. merana jiwa tau. hahaha

nash- ni masuk samarinda tak bape nk laku. cite ni leh masuk dlm kisah benar. org mcm sian la kot kat heroin tu. sbb masuk rini dh dekat 2bulan lebih x mkn nasik.

kuchalana said...

wah2.. JJ tu kira berjasa gak la.. klu dak.. mau XXX ko skang.. kekkekeke.. tapi aku suka tgk pompuan berisi.. nampak sedap2 dipegang.. kekekekek.. kurus sgt xbest.. kalu kurus.. nak naik moto dah kene ikat kaki ngan tangan dia kat moto.. klu dak melayang xtentu arah.. kakaka..

Ala tun.. kurus ke gemok ke.. yg penting hati tun.. klu hati baik.. dia akan menerima kita seadanya..

ole..

:: Wiween :: said...

tun,
huhuhu terasa diriku..hehhe ween pun demok gak ni..ngah diet lagik ni..tp xmau la kurus sgt nanti ilang kecomelanku <--- pasan kejap jek.hahahahha

JJ tu mmg hampeh.kemain ek..time gumuk engko xnak ek jj.time da kurus baru engko terhegeh2.laki kayak gitu mmg mau kena flying kick! cet podaaahhhh hahahe emok plak daku! :p

fairy said...

ee x sesuai tol laki jo-ngang itu..time gemuk kutuk2 dh kurus terhengeh2 nak..dh kena rejek kutuk balik.tak sedar yg diri ada gak kurang lg mau kutuk org.eh kurang ke..bukan terlebih kedepan..patut suka kutuk org..dia ingat dia ada "gg terlebih ke dpn tu hebat sgt la tu"

wahhh sajak je aku kutuk org..

tun teja said...

bro kucha- ha ah..kalau kurus mmg x baper sgt. tp tun bukan kategori kurus dh pun skrg nih.

ween- diet harus diteruskannnn

dik fairy- amboi semangat betul dikau yek. jj. huhu.. mcm sesuai nama dia kan. huhuhu

Anonymous said...

Baguslah tu..
Kurus pun kena ada hadnya gak ek..

:: Wiween :: said...

tun,
ya betoiiiiiii! hehe dikau ape bikin tu?

Unknown said...

hehe.. lelaki camtu mmg hmppfff

tun teja said...

zool- yelaa btul tu.

ween- tun ada je kat sini.

lindosh- byk je laki cemnih

en_me said...

ammvoiii, akak tun yg jeliter itteww..

Mem Aluya said...

Besa lah jejants nih... dah kena rejek, dan-dan tu buruk!

Syabas meri beti!!