Sunday, May 4, 2008

ibu mertua

hari ini..memasak sup ayam dan mihun goreng lagi. sgtla sedap..meleleh air mata chef wan apabila merasa masakan anak dara di dublin ini. serius sedap. oleh kerna terlalu enak, maka tun pun dgn mulianya bersedekah mihun tersebut kepada rakan rakan taulan. termasuk abg chef yg kawen ngn minah perancis itu. huhuhu..masa bagi kat diorg tu. dup dap dup dap jantung. (huhu..sup tu adalah air rebusan ayam semata mata). owh.. tidakkkkk!. aku telah mengaibkan diri secara sengaja. semoga bakal ibu mertua tun tak jumpa blog ini. gilerr... kalau jumpa memang musnahla reputasi ku.

bila menyebut tentang ibu mertua, rasa berdebar debar lak. macam mana ye nk berdepan dgn situasi ibu mertua yg cerewet. orang kata, kalau yg terer masak tu lagi cerewet. owh...ini sgt merbahaya kan jiwa. bayangkan tgh memasak di dapur tetibe ibu mertua dok mengomel . apa kita buat serba tak kena. lauk terlalu masin la. kari tak cukup pekat la. dan paling menyakitkan hati kalau ibu mertua tu ckp "eh mak kamu tak ajar memasak ke?". amboii, amboi amboi... nk melibatkan mak kita lak. apa perasaan menantu? pasti makan hati. kalau si menantu tu baik, pasti dia hanya mendiam kan diri je. tapi kalau dpt yg mulut berapi. huhu..boleh terbakar dapur.

bagaimana mengatasi masalah dgn ibu mertua?. tun rasa tidak semua ibu mertua kejam macam drama kassim selamat. cuma kalau la nasib tak menyebelahi diri kita dapat yg cerewet. boleh menyebabkan tekanan dalaman. tambahlak kalau menantu itu mempunyai sifat-sifat mazmumah(keji) seperti tun. sudahla tak reti masak, pemalas lak tu. tidak kah boleh mendatangkan ketensenan pada mertua? dan keserasian diantara menantu dan ibu mertua pasti tidak akan tercapai sama sekali. keharmonian rumah tangga turut terjejas . cewaaah.. u nk kawen ke tun? dok cite pasal ibu mertua nih? - no komen.

dengan itu tun telah berjumpa beberapa langkah langkah keselamatan yg boleh diambil bagi menangani masalah tersebut.

a. apabila berhadapan dgn ibu mertua, korang pun berhipokrit 24jam. senyum je la. apa dia cakap.. korang senyum je. pastu cakap dia betul. nak mengumpat, dlm ati je.

b. ibu mertua dtg ke rumah- korang pun cakap "abg cakap, mak pandai masak kari. teringin nk makan kari mak." ayat ini akan membuatkan ibu mertua kembang semangkuk dan dgn senang hati memasak untuk anda. kan bagus tu..biar dia je yg masak dan korang leh bersenang lenang sambil2 tu jengukla dapur dan tolong tengok!.

c. setiap kali anda menjamu ibu mertua masakan anda. pakai la dialog keselamatan ini "kenapa ye, kari saya masak ni tak sedap macam mak punya?. ". ibu mertua pasti tersenyum sipu apabila masakanya dipuji.

itu sahajalah tips-tips yg dpt tun berikan kepada anak anak dara yg bakal menamatkan riwayat dara mereka secara halal. walaupun penulis belum lagi mempunyai ibu mertua dan tidak mempunyai sebarang pengalaman namun penulis yakin bahawa sedikit sebanyak tips diatas dpt membantu mereka yg memerlukan..

akhir kata dari tun, selamat mencuba.
sekian, terima kasih

34 comments:

ryann said...

eeii..huhaha..minta tips tu. yang c tu best rasanya. tak salah rendah diri(walau memang tak tau masak). tapi kena gak tahu asas sikit2. kena hadapi malu dulu sebab tak biasa lagi dgn ibu mertua(sama gak dia dengan kita). lama2 nanti persepsi ibu mertua akan berubah. harap dapat ibu mertua yang memahami & pernah alami pengalaman sama macam tun

tun teja said...

hahah.. akak tun pun taktahu nape tun bagi tips nih.
huwaa.. kakyan perli tun baik punya.
mak mertua pun x penah jumpa. hahahahah. *malu malu..adeii malu*

ryann said...

ala...kak pun sama ler.huhaha.untuk diri sendiri gak..macam terrer jer.act riak jer.hehehe

tun teja said...

kakyan riak takbur sifat terkutuk.
oleh itu marilah kite insaf secara berjemaah kakl.

huhu..kakyan. nk roti jala. nak nak..

pedum said...

sugguh bernas idea tu tun.tapi si ibu mertua tidak akan tertipu ngn taktik anak menantu nye...dah dapat baca dah ..

tun teja said...

pedum- shemakin hari dikau shemakin keji dan kejamm..

ryann said...

kan dah disedarkan se das! tak tau menu pagi ni aper. sakit tekak..takde selera nak makan. sup ayam ok kot pagi-pagi nih.

tun teja said...

kakyan sakit tekak ?
melalak ke kak? nyanyi lagu awie?
heheh.. bistu rini kakyan x mkn roti jala la ye.

sup ayam tun ada lagi. nak?

ryann said...

karaoke lagu rock kapak ler ni, suara hampir hilang..hehe.makan kt kantin jer.nak cari sup fish ball panas. kasi menggelegak jiwa

tun teja said...

huhu.. lagu fantasia bulan madu ke?
sup fishball? isk isk..sedap ker?

roti jala xde ke rini?

ryann said...

masih mengharapkan roti jala? tu menu hari minggu je. pekena mihun sup fishball...malatupp. sedap peh! flu kurang sikit. kalau tak asyik sreett sreeett jer.

eimma's said...

huhu...aku amik la tips ko nih..mana tau leh guna bila aku kawen nnt
ekekeke

13may said...

nak rasa masakan sikit bleh???

hehhe ;)

:: Wiween :: said...

kakakkaka aisey..tun ni ckp psl kari x cukup pekat tu..terasa i! :P ween penah ar skali masak kari terlalu pekat plak.kakakaka apakah bakal dikatakan oleh bakal ibu mertuaku nanti???

eh sup ayam tu musti besh punya psl daku da jampi dlm mimpi td.tp bihun goreng...isk isk..huwaaaaaaaaaaaa windu nak mkn-mkn!!

abeming said...

eh bagus la tips ni tun...thanks...leh bagi kat gelpren nih...hehe

Chika Chika said...

hahahah.
ah, mak mertua jangan nak banyak songeh dengan chika. nanti anak dia jadi taruhan. warning neh.

ahahahah.

cemut said...

ahahaha.kakak ni lawak tau..kakak nk kawen ek..cite sal mak mentua je.ala kakak pandai masak.mesti mak mentua syg.. ;p

kuchalana said...

tun.. hang nak kawin ngan mak mertua hang ka..? kekeke...

pada aku la tun.. elok hang jadi diri hang ja.. xpyh la nak jadi org lain kat depan mata bakal mak mertua hang nanti.. dia kene terima hang seadanya.. dan pastikan hang pon ada asas dalam ilmu berumahtangga. Xmo la mangun tinggi2 hari.. or potong kentang 4 segi. kekeke...

Hang kene ingat tun.. idup berkeluarga ni bukan sehari dua.. seumur hidup.. dan bukan hang nak idup ngan si dia ja.. hang kene gak idup ngan family2 dia.. wuih.. byk klu nak citer nih.. ekkekek

ole..

Honeylemon said...

bernas sungguh tips e2....

rasanya bakal mak mertua tun bisa jd cair kalu depan tun.... hebat.. hebat ilmu nie.... ahaksss...

tun teja said...

eimma- ye ko leh pakai tips diatas. pasti tidak menyesal. hakhakhak.

13may- maafla may, tun masak dikala bulan mengambang je.

ween- kari pekat xde problem. leh bubuh byk air. yuhuuw daku sedang berdiet.

abeming- hakhak. leh leh. xde hal.

chica- kaktun rasa, mak mertua kena cari tips nk menangani masalah menantu brutal cam chica.

cemut- akak mmg pandai masak. cuma x sedap je. huhuhu

tun teja said...

bro kuchalana- tun nak kawen sejak tahun malaya lagi bro. hahah.
kalau tun tunjuk diri tun yg sebenar.. adeii.. mak mertua boleh kena malaria.

honeylemon- mak mertua x jumpa tun lagi. kalau jumpa kejap kejap tu dia pinang tun. sbb tun ni hebat dlm berhipokritt

:: Wiween :: said...

yuhuuuuuuu buah apakah yg dimakan ini ari? :p

Anonymous said...

ala bertuahnya mak mertua dapat menantu pandai masak..
boleh jadi calon untuk mak saya ni.. mak saya tak kisah tak pandai masak pun...

he he he... gurau je...

Mem Aluya said...

Bagusszzz adikku. Lagi satu tips nya adalah, jangan dok kat rumah mertua. Tak pun depan rumah mertua. Bahaya!!

Chika Chika said...

ha tu la dia. skang kan kak tun carik tips utk menangani mak mertua. ha, la ni mak mertua chika (bakal) kena pecah kepala carik tips menangani menantu. cheaaaa.. haruslah menjaga hati chika. nanti anak jadi taruhan neh. warning kedua.


:p

en_me said...

alahai, ko masak lempengku hangus yer.. ekeke

:::jillian de jill::: said...

oit... kalau mak mertua xillix dtg... xillix suruh dia masak.. sbb dia masak sedap.. kalau xillix masak kompom yang lain lain tak makan.. he he... mak mertua pun kalau penat dia tak masak nnt dia suruh pak cik (suami mak mertua) masak.. pkacik pun pandai masak... kalau balik kuala.. jgn risau... pak cik mesti masak lauk sesedap punya... anak menantu dok relax je.... tapi mana elok gitu... tapi kan pakcik mmg tak suka kalau kitorang tolong dia... he he he... tapikan.. kalau kita tak tolong cemana nak tau cara masakan dia kan... he he.....tap tapi...tapi.. tapi...

fairy said...

wah kakakku dh pandai masak skrg..
bagus..
syabas betti..

Unknown said...

Canggih betul lah idea tun tu..tergelak akak sorang-sorang macam orang x betul..heheheh

Belun ade pengalaman dah pandai yea...

Akak lak bila balik rumah mertua,si dia suruh kita masak makanan kita...so camne tu haaa...

sw337un73j4 said...

wahahaaa..bijak sungguh hadikku hini..tips membina teww...

ermm..tp seb bayek mentua akak bayekkkk sangat orgnya..

ilebiu mak! :D

Unknown said...

Assalamualaikum,

Akak 10 tahun duduk ngan mak mentua sejak kahwin sbb husband anak bongsu.

Tangani masalah ini sekiranya terjadi pada anda. Caranya:

1. SABAR (nampak mcm senang..tapi praktikalnya susah dik.. amacam OK ke 10 tahun sabar..nanti klu dah 10 tahun kahwin call akak balik)

2. MUHASABAH DIRI (mmg rasa nak nangis kalau dah tak tertanggung kesabaran tapi...cuba ingat2kan diri mungkin sebelum ni kina pernah buat orang kecewa sampa nangis jadi itulah bonusnya..lepas tu ISTIFAR)

3. ORIGINAL (jadi diri sendiri..klu kita jenis lincah jangan jadi sopan santun@ slow motion... kalau slow motion jangan jadi lincah nanti lintang pukang)

Terpaksa + Sabar = Redha
K E J A Y A A N

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Skip Slow Downloads Using NZB Files You Can Instantly Find HD Movies, Console Games, MP3s, Software & Download Them @ Dashing Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]

Anonymous said...

It isn't hard at all to start making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat download[/URL], Don’t feel silly if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses not-so-popular or not-so-known avenues to generate an income online.

Anonymous said...

i sokong a. sebab i pun mmg hipokrit. tp lam hati kerja ngutuk aje. i mmg jahat. mertua i ni mudah termakan kata2 anak esp bab negatif tu yg buat geram. anak2 yg lain suka mengapi2kan dia tapi i nak buat macam maner?? hipokrit ajela jawabnye