Thursday, December 31, 2009

mikhail dah 2 bulan dan ibu semakin bulat



anak ibu dah 2 bulan. cepat nyer mikhail tembammmmm. lagi seminggu ibu kena balik opis. mikhail tinggal ngn opah ye. ibu balik keje. kita main sesama. apsal mikhail nangis setiap mlm. sian kat ayah ngn ibu. penat gler. ibu nk bangun malam pun pening. adeiii.. mcm ni agaknya opah jaga ibu.

last week kita balik kg ibu. amboiiiii.. mengada tul mikhail. dgn opah kemain lagi nk berdukung je. letak pun xleh. atok pun kena dukung dia sampai tok nk makan pun xleh. ni bukan manja tapi mengada.

tapi balik kg ayah, tahu pulak jaga diri. tak nangis pun. letak dalam buai.. tidooo je. takyah nk berdukung. apsal???

walaupun mulanya ibu berat sgt hati nk balik kg ayah. tapi disebabkan ayah dpt bonus, joli katak ibu kat sana. kalau xder duit takleh balik kg ayah. nanti leh terluka jiwa.

tp mikhail kena sayang maktok kedah gak. dia jaga mikhail baik sgt. tp nape mikhail x mengada ngn dia?? takut kat wan ker? cubalaa teriak sekuat hati macam mana mikhail nangis mintak susu kat ibu tiap2 mlm. biar maktok tahu..cucu dia mcm mana. nangis mcm nk kuar anak tekak.
cepat laa membesar. nanti teman ibu gi jogging. semalam ibu mintak kebenaran ayah nk beli treadmill supaya takyah kuar umah nk berjogging. tapi ayah mcm tak bagi jer. cedihhhhhhhhh!!!!
dulu sebelum kahwin mintak bintang dan bulan semua boleh. skrg nih mintak menatang tu pun tak leh. padahal ibu beli pun nk kurus. kurus pun untuk ayah gak. sekarang berat ibu 65kg. naik 10 kg. kat mana ibu nk sedekahkan lemak lemak nih?? saper yg nk lemak. tu pasal ibu nk treadmill supaya ibu leh bakar segala tok nenek lemak2 dalam badan ibu.

bila semakin gemok.. emosi pun x stabil. rasa nk mengamuk je. nk marah diri sendiri takleh.. pastu rasa nk marah ayah je. padahal masa pregnant..ayahla org paling ibu syg. tensen kat opis.. ibu tak sabar nk balik jumpa ayah. tp skrg nih..ayah la tempat ibu lepas geram. mikhail nangis..ibu marah ayah. ibu mkn byk ayah yg kena marah sbb tak halang ibu mkn byk.

ayah!!!!.. ibu nk treadmill tu. ibu nakkk kurusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!

Saturday, November 14, 2009

mikhail anak ibu


arini anak ibu dah berusia 2 minggu. bilaa la anak ibu ni nk membesar?. ibu tak sabar nk bawa mikhail jenjalan kat taman. nanti mikhail teman ibu jogging kay.

Saturday, October 31, 2009

Alhamdulillah.. mikhail selamat di lahirkan

selamat dtg anak ibu. anak ibu tak sabar nk jumpa ibu yerk. taknak dok lelama kat dalam yer. doktor dh kasi injet suh bertahan pun anak ibu still nak kuar. takpelaaaa.. ibu pun hepi sgt mikhail selamat dilahirkan. adeiii sakit nyer tadi masa mikhail nak kuar. macam ini laa opah lahirkan ibu kan kan. ibu ingat nk epidural tapi dah buka 5cm doktor kata bahaya nanti mikhail lemas.

tapi ibu nak kasi kredit kat nurse nurse dan doktor salam specialist. diorang memang best. masa ibu nk kuarkan mikhail.. diaorang wat kite dua ni macam pasukan bola. bersorak suruh ibu pussshhh pussshh..
bila ibu teringat balik rasa lawak giler. ayah mikhail kat sebelah ibu tadi muka dah cuak giler. dia tak henti henti baca ayat kursi kat telinga ibu. mikhail kena sayang kita orang bykkk tau.
orang cakap baby 8 bulan genius. hopefully anak ibu ni genius plus soleh... aminnnnnnn.

oklaa.. mikhail kena stay kat spital lagi seminggu, tapi ibu leh balik esok. jgn risau.. ibu dtg lawat anak ibu kay setiap hari. muuuuuuuuaaaaaaaaaah.. jaga diri elok elok yer syg.

Friday, October 23, 2009

adeiiii

arini time makan tun tepon suami ckp kat dia yg tun rasa nak hentak kan kepala kat dinding sbb tak tahan nk melayan karenah minah belagak tu. suami tun gelak2 jer sambil suh bersabar. dia cakap senang laaa... cuba dia dok kat tempat tun.

seriusss aku tak tahan laaa ngn karenah dan berlagak dia. padahal kalau dikirakan mak bapak aku lagi berkemampuan dari mak bapak dia. malas nk membabitkan mak bapak dia dalam hal nih. sbb mereka tak berdosa kat aku. cuma aku rasa tenseeeeeeeeeeeen tahap giler babeng. dia ckp nk beli kereta ***** yg aku rasa mcm x logik akal. sbb aku tau dia tak berkemampuan. tapi aku layan kan je la. pastu tetiba dia cite kat aku jumlah wang simpanan dia kat bank. perghhh.. aku rasa xde la byk mana. tapi byk laa gak dari aku. sbb aku mmg takde simpanan pun. tapi apa motif ko cite semua tu kat aku???? kompiusss giler. tak termasuk bab pulau phuket yg aku rasa dh patut basi dan tak perlulaa ko nk teruskan bercerita. aku rasa kesiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan sgt. rasa nk bagi derma ikhlas kat ko suh ko gi uganda ker, bangladesh ker atau pun pulau jawa ke supaya ko leh cite pasal tempat len lak. ari ari dgr percutian ko kat phuket aku rs mcm nk pecah kepala .

ya ALLAH, ko bagilaa aku kekuatan dalam menghadapi hari hari yg mendatang. ampunkan laa dosa dosa aku mengumpat dia nih sbb aku memang manusia yg tersangat lemahhhhh. jgnlaa mikhail ikut perangai buruk tun. aminnnnnn

Thursday, October 22, 2009

suami sy dah pulang

yeyeiiiiiiii.. dia dah balik. hepi hepi.. tadi dia dtg opis tun semata mata nk keluar mkn bersama. walaupun penat tak abis lagi. thanks syg sbb layan bini u yg mengada nih.

Wednesday, October 21, 2009

lagak

mencik betul bila kenal dgn spesis yg suka sgt berlagak. suka sgt bercerita pasal diri dia sampai kita yg dok dekat ngn dia mengutuk dlm hati. bila dia buka mulut jer kita dah rasa nk blah je dari situ. lagi aku merendah diri lagi meninggi dia angkat diri dia sendiri. aku secara jujur je ckp aku tgh bajet sbb baby nk kuar dan byk nk spend kat mikhail. dia dgn bangga nya bercerita dia byk duit. ok.. aku paham la ko byk duit tapi x payah la ko pandang aku rendah sampai paras lutut. padahal aku ngn kengkawan len tahu je ko takdela hebat mana. engkau setakat beli handbag kat jusco ko dh rasa ko spent byk gila bile bershopping. sorry la beb. aku nk berlagak pun leh. tapi apa aku dpt??? perlukah aku tunjuk mascara aku, lipstik aku, skin care set aku, supaya ko tak berlagak dgn barang maybeline ngn body shop ko????? tapi aku pun bila sembang ngn ko, aku berlagak dlm hati je. kat mulut aku senyum jer ngn . kengkawan lain dh buat muka boring bila ko asyik cite pasal pulau phuket. adeiii.. setakat gi thailand tu pun nk berlagak. aku dah gi paris, amsterdam, manchester, frankfurt tak penah kuar lagi sebutir ayat pasal tempat tempat tu. sbb org tak tanya nape aku nk cite. ko lak.. kitaorang ubah topik len.. ko tak abis abis lagi ngn pulau phuket ko. waduhhhh!!!!

tadi dah sampai tahap kemuncak. memang takleh tahan la ngn perangai belagak ko. dlm ati aku dah berbakul-bakul aku kutuk ko. dah puas kutuk baru aku sedar mikhail dlm perut. terpaksa aku bertaubat dan beristighfar dalam hati sambil mendengar cerita cerita kehebatan ko. pastu aku memujuk diri aku supaya tak tension. dan akhirnya aku jatuh kesian lak kat ko. yelaa.. ko baru nk merasa kot semua tu. ko mkn pizza, mkn seafood pun ko kena bercerita baper byk ko spent. yg lagi kelakar ko makan baskin robin pun ko nk bagi tau harga. adeiiiiiiiiii!!!!!!!!!!. mcm la ko sorg je yg mkn semua tu. adeiiiiiii.. mula-mula aku sangkakan ko cuma suka bercerita. tapi bila siap sebut harga, dan cite itu akan berpanjangan selama seminggu. barula aku sedarrrrr.. ko dah kerja baru nak merasa semua ni. mak bapak ko tak mampu nk beli kan kat ko. kesiiiiiiaaaaaaaaaaaannnnnn.

dulu, setiap hari aku akan mengadu kat suami tercinta. tapi bila suami dah sound cakap berdosa kutuk kawan sendiri. takde tempat nk meluahkan ketensenan hati ni. seriusss shit!!! perangai mcm ni pun ada ker? kesian jadi ko, sbb life ko baru nak bermula dan life aku hampir complete.

semoga spesis begini dapat hidayah dan insaf serta merta sebelum orang sekeliling menyampah tahap maksima. actually.. memang dah menyampah tahap maksima pun. tunggu masa yg sesuai je nk blah dari idup ko. kang ko takde kawan lagi kesiannnnn

Tuesday, October 20, 2009

windu

dah kul 2.30 tp still takleh tido. windu nyer kat suami ku. semalam gi check up. baby alhamdulillah sihat. tapi aktif sungguh la dia dalam perut. dok pusing pusing. muka pun dah nampak dah. tapi apa yg tun nampak..hidung dia memang mcm bapak dia. hahahah. memang sah dia anak bapak. kalau dia nakal..leh salah kan bapak dia. kalau dia baik.. tu mesti ikut tun.

suami tercinta balik hari kamis nih. lambat nyer lagik!. mencikkkkkkkkkkkk.
cepatlaaa balik!!

Sunday, October 18, 2009

gonna be alone and lonely!!!


arghhhh. suami tercinta akan pergi ke pd atas urusan kerja maka si isteri akan keseorangan selama 3 hari. kenapa???? kenapa??? tak gi takleh ker? tak sian ke kat tun? tun kan sensitip. kang malam takleh tido camana?? huhuhu.. ngada . rasa nk sepak jer. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tun tak pahamla perasaan orang yg boleh hidup berjauhan dgn suami. tun yg ditinggalkan sehari rasa macam derita setahun. kat opis pun leh rindukan suami. dah balik rumah..barula terasa hepi. ini simptom biasa ker??? atau tun je yg mengada terlebih??? takpela.. sukatila org nk kata apa.

weekend ni best. lepas pegi rumah terbuka iena kat hulu langat. kita orang beli belah barang baby. sambar 3 set baju kat mothercare. adeii.. barang baby ni mmg mahal-mahal belaka. terpaksa la beli sikit sikit. kalau beli sekali gus boleh kena tekanan darah tinggi. takperla mikhail. anak ibu jgn nakal-nakal kay. ibu susah sket takper, yg penting mikhail jadi anak soleh. tapi dah keje nanti..mesti belikan ibu handbag gucci kay. gagagaggaga

selasa hingga kamis.. tun akan melayari kehidupan seorang diri. tun harap semua nya ok. dan pesanan khas buat suami. tolong jaga diri baik2
.

Wednesday, October 14, 2009

cemburu

ibu bapa tercinta bersama cucu kedua
ayah bersama anak, menantu dan cucu-cucu

hari raya yg penuh bermakna- i love u syg!

gambar ni sekadar hiasan je. takde kena mengena dgn entry nih.

cuma nk bercerita...pasal simptom simpton wanita ketika mengandung. seperti sedai maklum. apabila mengandung, berat naik harusla dinaikkan bagi membantu tumbesaran bayi dalam perut. so..bukan salah ibu mengandung kalau mereka ini gemok!!! paham??

ok sekarang dh paham kan.. bila dah gemok..simptom lain lak timbul. CEMBURU!. ini salah satu penyakit hati yg sgt menyakitkan. tgk pempuan lawa dah jeles. tengok anak anak dara yg tak berdosa lalu lalang dekat shopping complex pun rasa nk tampar muka mereka. lagi rasa mendidih hati ini bila si suami pandang mereka secara sengaja mahupun x sengaja. seperti nk ikat mata suami supaya dia x nampak apa apa pun. arghhhh cemburu nye haku.

balik dari kejer.. 1st thing tun wat, check henpon suami. alhamdulillah setakat ni takde lagi yg menimbulkan syak wasangka. pastu.. bila tgk cermin. rasa rendah diri sampai ke lantai. muka bulat. badan bulat, bawah mata ada lingkaran gelap yg sungguh jijik. sejak mengandung..memang sukar sgt nk tido malam. mikhail pulak semakin aktif. asyik tendang perut ibu jer.

selain cemburu.. tun ada penyakit panas baran yg sungguh extreme. pantang ada je yg tak kena. siap la!!!!. memang cari nahas la nampaknya. BOS pun tun dah tak takut. Bos nk buli?? huh!. sorry sket.. dulu boleh la. skrg ni.. sorry sket. kalau memandu.. saper berselisih dgn plate kereta BKK 400. tolong jgn cari pasal jika yg memandu itu sigemok bertudung. kerana anda mungkin akan mengalami tekanan jiwa dgn bunyi hon tanpa henti. so jgn kata tun tak warning.

berbalik kepada kisah cemburu. setiap hari bila tgk awek cun, selain rasa jeles sampai nk tampar muka mereka satu persatu. tun juga bernekad untuk menurunkan berat badan selepas bersalin nanti. setiap hari tun akan bg ayat ini kat suami "syg, u jgn menggatal ye yang. i janji ngn u, pas mikhail keluar ti..i nk kuruskan badan balik. u sabar tau yg. jgn pandang pempuan len" dan selalunya jawapan suami memang sgt manis. hari hari dgr ayat beliau memang leh kena diabetis.
suami akan menjawab "i syg u dgn mikhail je. i xde niat nk cari len pun".

tetapi..bila tun didatangi mimpi ada pempuan len yg cuba memporak peranda kebahgiaan kami. sebaik je sedar dari mimpi.. dalam keadaan marah panas membara tun dgn nada yg keras bagi amaran pada suami. "syg, u gatal..SIAP U. ". si suami yg tak berdosa ni terpinga pinga tak mengerti apa sebenarnya sedang berlaku. maafkan la bini u ni. bukan dipinta jadi sebegini.. tapi inilah yg tun rasa. tun sedar tun gemok.. tapi apakan daya. tun seperti org hilang kawalan.

inikah perasaan wanita yg sedang mengandung? atau tun saja yg terlalu melayan emosi??

Monday, September 14, 2009

selamat hari raya lalalalalal..

selamat hari raya..hahahaha... gumbira rasa hati. raya dah dekat.. puasa setakat ni penuh lagi. alhamdulillah. harap harap penuh laa tahun nih. insyaALLAH. mls betul tun nk mengganti puasa. baju raya baper pasang tun?? sehelai je tahun nih. nk beli baju raya pun takde mood. body dah mcm telur. pakai baju apa pun takde selera nk pandang cermin. beli satu pun sekadar wat syarat. tahun nih..husband lak yg membeli belah sakan.. mcm pompuan!!. hukhuk.. sorry syg. i jeles sebenarnya. u mkn tak kunyah pun leh menten kurus. nyampah betul. tapi perut dah boroi sket walaupun lum tahap kronik gagagaggagaga. i tak masak pun u dh boroi sket.. kalau i masak mcm mana la gamaknye kan. pergh.. bertambah lagi alasan tun tak masak untuk suami.

hari rabu tun start cuti sampai raya ke3. pehtuu keje. huwaaaaa.. bila la suami saya nk bergelar jutawan nih? tak payah la tun membanting tulang kat opis. alangkah nikmat kalau dpt duduk di rumah sambil menonton tv atau pun pergi bershopping sakan setiap hari. berangan je lebih. semua pempuan nk cemtu. isk isk isk.. syukur la apa yg ada. taubat tun.. taubaattt!!

raya dah dekat.. biskut raya semua dah ready. tak sabar nk balik kg jumpa mak ngn ayah tersayang. nak pasang lagu raya kuat kuat sampai pecah umah. pastu nk pasang pelita kat laman rumah. masa awal awal puasa..suami kemain lagi janji nk beli bunga api kat tun. tapi tak de pun!. tipuuu jer. sedih tau.. dah lebih 10 tahun tun tak main bunga api. esok tun nak majuk ngn husband. selagi dia tak beli bunga api..selagi tu tun taknak masak!! hhuhuhu.. alasan lagi untuk tidak ke dapur di bulan ramadhan. bijak ko tun.. bijak bijak!!



life..

masih teringat lagi.. mak tun pernah cakap. hidup tun ni cepat sgt berubah. lepas balik dari dublin.. sebulan je terus keje. sebulan pastu bertunang. 6 bulan lepas tu kahwin. pastu.. tup tup perut dah mengembang dengan jayanya. alhamdulillahhh.. syukur. semoga sihat la mikhail nanti dan menjadi anak kebanggaan tun. insyaALLAH.

semalam tun dan husband meronda ronda mencari umah sewa. pening gak la kepala hotak nk mengira bajet. nak umah besar..tp sewa nya mahal. nak dok umah kecik..rasa tak selesa lak. kejiranan pun mcm tak begitu best jer. akhirnya tun ngn suami decide nk amik umah besar..pastu kita org bertekad untuk tidak kuar umah di hujung minggu bagi mengawal bajet rumah tangga. baby lagi nk kuar. nk kena anta nursery. situ pun dah melayang 3 ratus.. lum masuk pampers, susu, dan pelbagai lagi. tapi takperr... pasni mikhail dh besar..mikhail jaga ibu ngn ayah pulak kay.

tgh sibuk mencari rumah.. tetiba dpt sms dari intan si bespren tun. dia tanya tun "bilaa la aku nk jumpa jodoh". bukan kali pertama dia tanya.. tp dh beratus ratus kali. jawapan tun tetap sama "ko sabar la intan. doa byk byk. insyaALLAH ada laa nanti ". pastu mesti dia tak reply dah. busan kot ngn jawapan tun. bistu??.. nak tun jawap apa? suh diet.. kasi kuruskan badan, bila nasihat cemtu..dia majuk siap nangis nangis lagi. pastu dia kata "sepupu aku yg gemok dari aku pun dah kawen". bistu... tun takde idea la. tapi tun yakin... jodoh tu kat tgn ALLAH. mungkin belum rezeki dia lagi. nanti ada la tu. lepas dapat sms dari intan.. terus tun cakap terima kasih kat husband sbb kawen ngn tun. walaupun dia tahu tun ni penuh dgn sifat negatif seperti panas baran, sensitip, tak suka masak, dan pemalas serba serbi.

mikhail jgn ikut perangai ibu ye!!!!!

Saturday, September 12, 2009

mikhail!

2 bulan je lagi baby nak kuar. insyaALLAH. rasa mcm excited sgt. semoga sihat laa anak ibu ni nanti. nanti bila dah kuar jadi anak ibu yg baik yerk. jgn nakal nakal. hopefully mikhail bijak and baik mcm ayah dia. tapi perangai buruk ayah tak yah la ikut yerk. especially perangai blur dia tu. kekadang nampak mcm innocent jer tapi.. huhuhu.. nanti anak ibu dah kuar.. tau la mcm mana perangai ayah. macam mana pun.. dia tetap yg paling best dlm idup ibu. so.. pasni kena sayang kitaorang byk byk yek. nak bawak mikhail dalam perut ni takderla susah sgt. cuma kekadang tertekan gak ibu, takleh tido malam sbb sakit-sakit badan, asik gi toilet setiap 15minit. nasib baik ayah tolong urutkan ibu, basuhkan baju dan yg paling best, ibu takyah masak lagik. memang nikmat jadi wanita mengandung nih. lagi satu ibu nak pesan.. perangai panas baran ibu tak payah la nk ikut. kang merana lak kita berdua sbb asik berperang je. tolong laa contohi sifat sabar ayah yek. senang sikit ibu nk bela. huhuhuhu. kalau ibu marah- marah tu. redha je laa yek. orang kata..marah tanda sayang.

mikhail asik dok menendang perut ibu ni kenapa yek?. tak sabar nk kuar ker? relax laaa.. byk benda tak settle lagi. byk mende tak beli lagi. nanti bila semua dah prepared.. mikhail leh kuar. pastu leh tgk muka ibu yg gemok tapi comel. mikhail mkn byk sgt sampai ibu gemok cemnih. tapi takperr pasnih.. kita wat aktiviti sesama supaya lemak lemak tepu dalam badan ibu ni leh terbakar. kita main polis sentri nak?? or.. mikhail nak main badminton????. jgn cakap nk main ps2. ibu bababbb japgik.

ibu mcm mengantuk lak.. nantila kita sembang lagik. japgik ibu nk gi shopping raya. mikhail punya baju tunggu tahun depan yek. okla anak ibu.. ibu nak tido jap. muuuaaah. syg anak ibu.

Saturday, August 8, 2009

boy!

takleh tido, sakit badan, lenguh kaki.. huwaaaaaaaaaaaaaaa. derita nya. td dah scan dahh.. huhuhu.. anak saya bakal menjadi hero. suami saya sgt hepi.. tun pun hepi tapi mak ayah tak berapa hepi. sbb diorg dah ada cucu laki 2 org. sbb adik tun dah mengeluarkan dua hero.. yg sulung tu pun dah cukup memeningkan sbb terlebih aktif. ini nak tambah lagi. huhu.. almaklumlaa anak laki.. kalau tak aktif memang bukan laki namanya. tapi saya hepi jer!!!!. lepas ni leh pecahla umah tok ngn opah kat kg.

lately kan.. suami tun sgt penyayang. sudah 2 minggu tun tak pegang sudip ngn kuali. tapi suami saya masih lagi cool. lemak lemak pun bertambah la dengan jayanya. tapi gemok gemok pun.. suami saya tetap sayang... hakhakhak.. tgh pregnant berani la nk menggemokkan diri, pasni kalau tak gak turun berat badan.. memang abis laaa tun. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Tuesday, July 28, 2009

manja

sejak bergelar ibu mengandung nih. terasa diri ini extra manja lak. bukan dgn suami jer tapi dgn kengkawan opis pun mcm di belai je. hakhakhak. bertuah nya saya dpt kengkawan opis yg sungguh best. pantang tun sebut je nak makan itu ini. mesti dpt nyer. malah bg tun, kengkawan opis akan menunaikan permintaan ibu mengandung ini lebih cepat dari suami sendiri. cuma 3 bulan awal je suami manja kan tun. dulu sanggup cari mempelam merata rata hanya kerna tun teringin nk makan. tapi kini..lagi besar perut nih. lagi manja lak tun dgn kengkawan. aritu tun teringin nk mkn budu, terus je dpt sebotol budu. pastu tun mengadu kaki sakit, bespren tun kat opis belikan slipar urut. semalam tun cakap nk mkn ciskek secret recepy, terus je kawan sorg ni belanja. padahal bukan tun kenai sgt pun dia nih. tapi memang terasa sgt laa diri ini dimanjakan. terima kasih la buat emi, rathna, zafar and kak zura yg dulu pun byk tolong tun. sampai malu dah tun. bila tun nak bayar sampai sudah diorg taknak amik duit tu. adeii malunya. lepas ni nak jaga mulut. kalau rasa nk apa apa ..takmao dah cakap. segan laaa bila dimanjakan lebih lebih nih.

kisah suami lak....
awal awal mengandung.. sebut sakit jer.. kemain lagi husband pujuk, dia urut la dan di belai la. Tapi sekarang ni mungkin beliau dh boring kot.. asik asik kita mengadu sakit jer. dia pun macam malas nk layan. asik asik sakit badan , sakit kaki. tapi silap tun gak. tak sakit sgt pun nk mengadu. tapi bila sakit giler, suami leh wat bodossss jerrr. kecik gak hati nih. bila kita ckp sakit dia tukar topik len. rasa nk belasah je suami ketika itu.
sampai la kelmarin tun meluahkan perasaan yg terpendam
tun cakap "syg, kadang-kadangkan i nk je mintak ALLAH bagi u rasa apa i rasa. I nak je u rasa macam mana nye sakit orang mengandung. Biar u takleh tido malam sbb asik gi toilet. biar u rasa mcm mana sakit belakang, kaki kejang, perut pun kekadang kejang dan i tak mintak lama. u dapat rasa 2 hari cukup la. agaknya lepas tu baru u nak layan i elok elok"

suami mcm terkejut lak tun cakap mcm tu. pastu dia mintak maaf. pastu kan semalam dia cuti. tun lak keje. balik dari keje dia offer kan diri nk urut badan. Tun macam pelik la. selalunya kalau tak mintak jgn harap la. kalau suh urut pun.. mcm tak ikhlas je. tapi semalam mcm baikk semacammm je.

pastu tun tanya dia "syg, apsal u baik sgt ni??? ada wat salah ker?" tanya tun dgn penuh curiga.
sbb semalam suami memang mithali abis la. rumah kemas gilerrrr. isk isk..laki saper la nih. bertuah badan. hahahahahahah

suami gelak je. tapi memang mcm ini la pempuan.. bila laki wat perangai kita marah. laki baik pun kita tak puas ati. isk isk isk.. insaf tun.. insaf laaa dikauuuuuu.

Wednesday, July 15, 2009

ngerrriiiiii..

malam sebelum kejadian-12mlm (sabtu)..
seorang isteri yg mengada ngada bertanya kepada si suami.
isteri :u syg i byk tak yg ??? u nak cari lain tak?
suami : isk u ni .. mestila syg. I syg u dgn anak kita jer. tak hingin la nk cari lain.
si isteri hanya senyum kepuasan mendengar jawapan si suami. Dia dah agak dah..jawapan suami tu. bukan kali pertama tanya tapi dh beribu ribu lemon dah dia tanya sampai suami pun dah hafal skrip tu.

kejadian ngeri
si isteri pulang dari kerja..menunggu suami nya ambik. tapi batang idung pun tak nampak. si isteri dah bengang gilerrrr. tetiba dtg kawan si suami.
"Eh tun! taktau ke? suami ko dah kawen lain. bini dia ada dok rumah kat taman depan tu."
mcm tak percaya.. si isteri pun berlari la gi ke rumah minah durjana tu. pergila jumpa pempuan yg bajet lawa tu. sekali pempuan tu pun explain dia dah kawen ngn laki tun dekat setahun.
tun yg giler bapaknya sedih..menangis nangis tetiba dgn bunyi... nenenenenenenennonono..

bila buka mata.. tun ada atas katil dan si suami kemain sedap lagi berdengkur. apa lagi terus gerak suami ckp "yg... jgn kawen lain.. sian kat i"
suami tun yg blur mcm pelik tgk tun yg mcm nak nangis..pastu..dot dot dot..(takleh citer). hahahahah. takdelaa.. beliau pujuk la ckp tun suka pikir bukan bukan. agaknya simpton org mengandung kot.

tahukah korang??? sejak mengandung ni.. mimpi kena kejar ngn hantu pocong pun tak se-ngeri bermimpi suami kita kawen lain. ohhhhh.. tidakkkk. jgnnnnn. YA ALLAH jauhkanla semua tu dari tun. tak pegang payung emas kat syurga pun takpe. bahgiakanla tun dgn suami hingga akhir hayat.. jauhla kami dari org ke tiga. AMinnnnnnn

Tuesday, June 16, 2009

penantian

jam dah kul 3pagi. tapi tun masih lagi berjaga. bukan tak mengantuk tapi tak boleh tido. mata dah berat tapi tapi mata masih takleh tutup rapat. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. rindu nye kat dia. isk.. baru 4 ari ditinggalkan dah cengginih.

benarla kata orang veteran. penantian itu satu penyeksaan. cewaaaahhh. ngader lak. tapi memang terseksa pun. sehari tak tgk muka blur dia, lawak spastik dia dan tgk dia makan tanpa mengunyah. perangai tak mengunyah makanan memang dh berapa kali tun tegur. kita baru 2 sudu dia dah habiskan sepinggan. dasyatt kan suami saya nih. tapi sistem penghadaman beliau memang amat baik sekali. makan banyak mana pun tak gemok gemok pun. menyampah!!!!

apa nak wat nih.... takleh tidooooooo. !! arghh mencik betul!

Sunday, June 14, 2009

rindu lagi dan lagi

seawal 8 pagi tadi seorang wanita menghantar si suami tersayang pegi opis suaminya. suami dia nk gi johor meninggal kan isteri yg gemok bersama anak yg dikandung dalam perut atas urusan kerja. wanita itu try beberapa kali supaya suami dia membatalkan niat nya ke johor. namun usahanya gagal. taktik batuk batuk kering dan mengeluh kesakitan perut sedikit pun tidak di endah si suami. lelaki itu seperti mengerti helah keji yg sedang dilakonkan oleh si isteri. akhirnya tun selaku watak wanita itu pasrah.. ya, saya paham, suami kena tinggalkan isteri untuk mencari nafkah zahir. kalau harapkan batin jer. nak bagi anak-anak makan apa. betul tak????

bencii betull.. kenapa kena pergi hari ahad. naper tak pegi ari lain. hari sabtu dan ahad adalah hari untuk pasangan suami isteri bermadu kasih. tengok!!!.. sekarang aapa sudah jadi dgn tun? jam dah pukul 1.26 pagi pun, masih belum terlena. dari pagik sampai la skrg.. asyik teringat ingat kan suami. kekadang pelik gak. apsal sayang tun pada si suami semakin menjadi jadi. entah entah suami dah mandreeem tun kot. isk..isk isk. berdosa berprasangka buruk terhadap suami.

cepat la balik.. i nak ajak gi giant nih. cili kering, sos tomato dah abis.. tak sempurna pegi giant tanpa u.

Wednesday, June 3, 2009

bila rinduuuuuu...huhuhuh


bila rindu ku sebut nama mu.. cewaaaah. ngader jerk. lama tak berblog. rindu lak. aku tak rindu kat blog pun. aku rindu pada seseorang. walaupun tido sekatil, hidup sebumbung, makan semeja, minum berkongsi cawan dan berkongsi macam macam lagi la. entah kenapa masih lagi rindu. adakah ini simptom simptom biasa bagi ibu mengandung. arghh mengade je!. tapi memang tun rindu kan beliau. rasa nk pergi tgk wayang, tgk tv berdua-duaan, pergi jogging di taman tasik shah alam, rasa nak pergi bercuti cuti sambil bercanda di tepi laut seperti zaman dolu dolu kala. owhhhh.. semuanya hanyala tinggal kenangan. mengapa semua ini berlaku???? semua nya berlaku bukan atas kehendak kami tapi takdir yg menentukan.. ececece.. macam tragis je kisah rumah tangga tun. takderlaaa. lately, suami tun memang byk berubah.. semakin caring, semakin romantik dan semakin cerah..terima kasih nouvellex. gagaga (lawak ni adik tun je yg paham).

kami berdua tak dpt nak meluangkan masa berdua duaan seperti dulu lagi kerna.. jeng jeng jeng. kerana anak dalam perut ni membatas segala aktiviti hujung minggu kami. bila tun ckp nak tgk wayang, ada org pesan.. time pregnant ni baik dok atas tikar sembahyang baca surah lukman dgn yusuf supaya anak yg dilahirkan akan menjadi anak yg soleh dan hensem. bila tun nak ajak gi jogging, perut dan lemak lemak tepu di badan seperti menghalang dari tun bgn untuk beriadah. tun lebih selesa bersantai di depan tv sambil mengunyah biskut, nasik, pisang goreng, eskrem dan sebagainye asalkan ia halal untuk dikunyah. Bila ajak pergi bercanda-canda di tepi pantai ataupun berkelah di sungai... ada je halangan yg tak dpt dielakkan. huwaa. sedihhh.

minggu ni tun balik kampung beliau. berat nye hatiku... tp bila mengenangkan.. hujung bulan nk balik kg tun pulak. terpaksala kita turutkan sahaja kehendak suami tercinta supaya dia tak balas dendam wat pasal lak. takmo balik perak. leh manangis irama dangdut laa kalau suami taknak balik. ohhh ibuuu mertua ku, tun nak balik nih. harap harap dptla bawa balik tempoyak sebalang. tun dah hampir hampir tahap mengidam dah nih. gulai tempoyak merupakan makanan exotic kegemaran tun. tun leh hirup kuah dia mcm hirup tomyam..slurrrrrp. sehingga menjilat jari. sedapp bebenor.

asyik ingat makan jerrr. badan pun dah kembang sekawah. bukan takat semangkuk je. tgk penimbang berat dah rasa seram sejuk je. bila tgk cermin, tun hanya fokus tang muka je. tang body wat wat tak nampak je. seriusss.. tak dpt control kalori dh sekarang nih. suami lak semalam dah hampir terlepas ckp.

tun :syg, i dah semakin gemok kan? (soalan menguji suami. salah jawab memang nahas!!)
suami : alaaaa...dah pregnant memang laaa gggeee....(suami stop ayat beliau disitu)
tun :ooooo.. u cakap i gemok yek. sedihnyee.. sampai ati u cakap i gemok. (marah!!!)
suami :i tak abis cakap lagi syg.. i nak ckp..geeeeebbbbuuuuuuuuu. (sambil gelak cover)
tun :ahhh!. pandailaa u cover. oo skrg ni i dah gemok. i dh tak cantik yerk. takpe takpe
( tun terus merajuk marah. serius marah.. marah sambil menolak suami)

babak seterusnya tak dpt di ceritakan disini. huwahahhahahak. mengong!.

tun tak kisah kalau seribu orang ckp tun gemok.. tp suami tun takleh ckp isteri dia gemok. tun sensitif. bukan tak sedar diri dah gemok.. tp kalau perkataan gemok tu dari mulut suami. boleh 3hari tun tak mkn nasik. yerr.. contohnya harini.. tun tak menjamah nasik pun. takutt woo.. kalau suami rasa isteri dia dh tak menarik lagi, kang ada plak alasan mereka nk tambah branch. owhh tidakk. tun taknakkk.... tp esok tun rasa mcm nk makan beriani la. camana nih. nafsu makan masih lagi bergelora. owhhh.. suamiku. sabar laa syg. 9 bulan je i nak makan bebanyak. lepas abis pantang i janji.. i diet giler giler sampai semua lemak lemak degil ini akan terhakis sama sekali. lagi pun.. i makan ni pun untuk anak u jugak.

wek wekkkkk.. nak muntahhhh. muntah geli..bukan morning sickness yek. blog ni kalau anak tun baca mesti tertekan sampai muntah sebaldi. oklaa syg . ibu nak tidorr dulu, sok kita makan nasi beriani gam suruh abah cari sampai dpt. kalau tak dpt..kita karate beliau. ada ke patut dia kata ibu ni gemokkkk. esok kita suruh abah insaff.. biar dia sedarr.. lemak lemak dlm badan ni bagus untuk tumbesaran anak dia dlm perut. wahahahahahk.

Thursday, April 23, 2009

sebaik baik mak mertua, best lagi mak sendiri.

apa kess.. ngn tittle entry ni. tahla.. tadi bangun bangun tido terus teringat mak. tetiba rindukan kasih syg mak. walaupun tun dgn mak memang brutal. kalau org tak kenal kami berdua memang org akan pelik melihat kami berdua. kejap kang berpeluk peluk.. kejap kang melawan mak. tun mmg dasar anak derhaka. suka wat mak marah. bukan taktau berdosa tapi.. memang dh jadi tabiaat. isk isk.. anak ibu dlm perut ni jgn lawan ibu yek. jgn jadi mcm ibu. isk.. tun kena insaf secepat mungkin nih. kang perangai ni terbawa ke anak.

walaupun mak mertua kita baik, tapi dia takkan se best mak sendiri. mak kita takkan kisah kalau kita tak bangun awal pagi. nak bangun sampai mentari terik meninggi pun takpe. memang la dia bising.. tapi kita memang takkan amik peduli.

mak mertua mungkin tak pernah suruh kita ke dapur, tapi kalau dgn mak sendiri kita akan suruh beliau yg ke dapur. nak makan itu, nak makan ini.. main order je. wat mak kita ni mcm bibik lak.

bila kita kegawatan ekonomi, maksud tun sementara nk tunggu gaji.. memang lumrah la kita akan kesempitan uwang kan kan. dah susah cemni selalu nya mak mertua tak perasan yg menantu dia dah lama tak beli kasut, dah lama tak gi jenjalan, tapi mak sendiri tau. walaupun dia tak hulur, tapi at least dia tanya. pastu dia report kat ayah.. pastu ayah pun beri derma ikhlas RM300 dia suh beli kasut baru. wahahaha.. syg ayah. muah. ayah sendiri pun best gak.

bila mak mertua dtg rumah, kita pun masak la, mak mertua tak makan masakan kita mesti kita sedih kan. yelaaa. kita kunun nk tunjuk baik. tapi selera kita tak sama ngn mak mertua. kita suka makan pedas nak mampus. mak mertua pulak alergik dgn cili. tulaaa lenkali tanya dulu si suami. mak mertua makan pedas ke tak. tapi kalau mak sendiri dtg rumah kita, dia la yg pegang kuali, dia lah basuh baju kita. dia la yg tgk barang dapur apa yg tak cukup pastu suruh ayah top up kan. cet.. mcm ni ke ko layan mak ko. memang aku sepak ko ke neraka. baru ko tau. huwaaaaaa. tun anak yg berdosa. ampun kan tun mak.. ya ammmmmmpunnn

bila mak mertua tegur sikitt kita dah kecik hati. tapi kalau mak kita kata kita pemalas, cakap kita ni tak reti masak, cakap kita ni suka membazir buang duit beli itu ini, dan macam kata kata yg kejam lagi dari mak sendiri. sikit pun tak lekat kat hati. wat dek jeeeerrr, sikit pun taknak berubah. kenapa? kenapa?? lu pikir la sendiri.

waduhh.. mengapa tetiba tun rindukan mak sgt nih. agaknya simpton simpton wanita mengandung memang cenggini kot. suka pikir yg bukan bukan.


(Entry ini khas buat suami tun tersayang, harap harap dia paham la yg bini dia nk BALIK KAMPUNGGGGG!!!!!)

Monday, April 20, 2009

heheh.. hepi

plan sabtu lepas nk gi kenduri kawan. kunun kunun nk bertolak awal pagi sbb nk sampai on time. tapi lepas wat pregnancy test . mood nak kuar rasa macam tak ada lak. tun dan suami macam hepi sgt sampai tak boleh pegi mana mana dah. lepas buat test tu.. husband terus peluk dgn penuh kasih sayang. hepi sgt la tu. dan huband tun terus bertukar menjadi suami yg begitu bertanggungjawab.hahahhaahk. sampaikan katil beliau kemaskan dan yg lebih pelik bin ajaib. pepagik lagi beliau dah sapu sampah siap mengemop lagi. wow.. mcm ni ke nasib wanita pregnant???. owhh.. sungguh membahgiakan. husband siap pesan. "syg, u tak payah buat keje berat berat. jaga elok elok ye". adeiii.. tetiba tulang tun menjadi berat.

adik tun penah cakap, "along..saat pregnant la paling best sbb awak boleh makan apa saja tanpa menghiraukan kalori." memegang kata kata adik. tun telah membelasah 3pinggan nasi setiap hari. semalam tun siap beli ikan tenggiri masin. goreng dgn bawang dan cili api. perghhh.. bertambah tambah tun makan nasik. suami tun pun kelihatan cool je. kalau tak pregnant pasti beliau dh tegur. jadi benarla kata adik.. bila pregnant ni takde sape kisah kita nk makan byk mana pun. waaaaaaaahh.

dulu tun penah rasa..sejak kawen tun mcm kehilangan part of my life. kehidupan anak dara yg serba boleh. sebelum kawen tun bangga jd anak dara yg tak pernah bergantung dgn sesiapa. tapi setelah bergelar isteri dan akan jadi ibu. tun rasakan tun tak hilang apa apa pun. malah kehidupan tun makin bertambah bahgia. ALHAMDULILLAH, tun dapat suami yg melengkapi hidup tun.

sejak kawen ni, tun selalu gak melepas marah kat husband. sket sket ada je nk cari pasal ngn beliau. kalau sehari tak gaduh macam tak sempurna lak kehidupan. tapi si husband ni jenis tak reti melawan. dia lebih bersikap redha je setiap kali tun marah.. paling romantis bila tun marah dia akan kiss tun. alaaa.. pempuan mana leh tahan?? cairrrrrr.

semoga baby tun ni akan ikut perangai ayah dia, jgn la panas baran macam tun. aminnnnnnn

Saturday, April 18, 2009

yahooooooooooooooooooooooooooooooooo.......

yesss!! yesss!!! saya kompem pregnant.. yeshhhhh.. syiok syiokkkk. waaaaaaaaaa.. best nye. doktor pesan suruh wat test kedua di awal pagi or next week. tun dan suami memang tak tahan nk tahu result. so awal pagi kitaorg wat test. rasa mcm tak percaya.. ada 2 garisan merah. mmg saya pregnant!. bahgia sgt. sebaik je husband tgk result tu.. beliau terus berubah. beliau siap pesan , tun tak boleh wat keje berat. wahahahahak. best nye. semoga baby ni sihat dan selamat. aminnnnn.

nampaknya tun tak payah nk mengemop lantai, sidai baju dan masak. opssss..masak tu rasanya perlu. org tua pesan, nak rumah tangga bahgia perut suami kena jaga. 

okla.. nk gi kuar mkn bekpes. baby dlm perut dh lapar.

Thursday, April 16, 2009

pregnant ker?????

sepanjang masa tun selalu berdoa semoga tun pregnant cepat sket.. last month bila dtg bulan kuciwa sungguh hati ini. nasib baik husband pandai pujuk., kalau tak memang banjir laa mesia ni. mak ngn adik tun kata, tun mengada. baru kawen 2 bulan dah desperate nk anak. kengkawan lak suruh tun enjoy dulu life berkahwin. tak payah nk dpt ank cepat. tapi!.. tun mcm tak sabar. isk isk. bulan ni tun lewat 5hari. last week belum masanya lagi, tun gatal gi wat pregnancy test. Negatif.. waduh... sakit nye jiwa raga tun. mungkin sebab terlalu mengharap kot. pastu.. 3hari lepas, tun dpt rasakan perubahan yg ketara. tun makan byk giler. tun makan buah mempelam 4 bijik sehari dan yg paling mengerikan lagik, lepas makan nasik tun akan tido kekenyangan tanpa rasa bersalah. owhh.. diet ku hancurrrrrr. kelmarin dan semalam kepala tun pening-pening. lepas makan tun muntah. sebenarnya terdetik gak dalam hati ni.. kot kot mengandung. tapi tun cuba taknak pikir. takutla kalau terlalu mengharap kang kuciwa plak. semalam lepas husband amik kat opis, kitaorg gi klinik penawar kat sri serdang. lepas tu wat pregnancy test.. tgk kat garisan kedua tu, mcm ada tapi pudar. lepas tun doktor suruh check lagi next week. tapi doktor ckp mungkin pregnant. so sekarang ni tun masih lagi mengharap. tak sabar nk jadi ibu!!!!.

Friday, March 27, 2009

kehidupan yg sungguh NORMAL.

bila dah kawen nih tun rasa macam takde apa apa yg menarik lak. kehidupan tun sungguh normal tidak paranormal langsung. takde apa yg menarik pun. berkongsi hidup yg normal dgn seorang suami yg sempurna untuk tun memang tak membosan kan. Walaupun kehidupan tun macam org lain. hidup secara normal.. tapi Tun tak bosan pun. Macam biasa.. rutin harian tun, masak untuk suami, kemas rumah, tgk tv, mengemop lantai, sidai baju, check email suami..if ada skandal skandal ke. ALHAMDULILLAH.. takder!!!, memang sah beliau bukan di dalam golongan Durjana. muaah. syg suami tun.

hari hari hujung minggu pula, kitaorang akan cari aktiviti sihat untuk dilaksanakan. Contohnya.. pergi berjogging ditaman tasik shah alam. Mula mula sampai je, semangat nak menguruskan badan sungguh berkobar kobar. Tun dgn takburnya berkata kepada suami "sayang, kita jogging dua pusingan kay.. pastu kita balik ". Suami yg penyayang itu pun menjawab " Ok sayang, u larat ke nih? sbb besar tempat ni". tapi tun tetap dgn pendirian tun. Suami pun ikut jer la..namun.. jeng jeng jeng.. baru sampai separuh.. tun dah mengeluh. "syg, jauh lagi ker? penat la.. kasut jogging i buat kaki sakit la. " husband dah senyum sinis pastu menjawab " baru separuh dah tak larat ke?" pastu tun wat muka seposen tunjuk kasut jogging. Walaupun hakikatnya tun kekurangan stamina.. tapi demi menjaga maruah diri sendiri depan suami tun salahkan kasut jogging yg baru pertama kali dipakai. Suami tun seperti termakan dgn muslihat tun beliau pun seperti menyalahkan kasut jogging tun "takperla sayang, esok kita beli kasut yg baru kay." suami memujuk isterinya yg mengada ngada tu. Nak pusing satu taman tu.. mengambil masa selama satu jam. penat gilerrrrr!!. maka niat nak buat dua pusingan terpaksa dibatalkan sama sekali. Sampai je ke kereta tun suruh suami yg baik hati tu cepat gerak ke pasar malam. takut tak sempat lak nk beli belah.

sampai je di pasar malam, tun dah macam orang sasau. tgk itu nak. tgk ini nak.. kalau boleh nak bawa semua sekali balik rumah. bila badan penat campur lapar.. tgk pula mcm mcm ada .. apa lagi. tun dan suami memborong makanan macam nk mati keesokkan harinya. . malam tu..kitaorang mkn sambil tgk akademi fantasia.. owh.. sejak bila anda peminat af nih??. owh.. sejak jadi bini orang, mentaliti pun dah berubah.

itulaa rutin harian tun.. takde yg menarik. namun tun tetap bahagia bersama suami yg paling tun sayang. layanan dia masih belum berubah lagi. masih seperti dulu. pintu kereta, beliau yg bukakan untuk tun. dia masih lagi seorang yg penyabar walaupun kekadang perangai tun mcm budak tak cukup umur. dia tetap bersabar.

YA ALLAH.. ko panjangkan lah jodoh kami sehingga akhir hayat. jgn ada org ke tiga dlm hubungan kami. aminnnnnnnnnnn.

i'm, so in love!

Tuesday, February 24, 2009

sedangkan lidah lagi tergigit...


huwaaaaaaaaaaaaaahakhakhak.. tun ketawa dalam tangisannn. cewaaaahhh!. mcm rasa kelakar lak bila mengenangkan bday tun tahun nih. ini merupakan kali ke8 tun meraikan harijadi ke 18. terasa seperti semakin comel!!.. lemak-lemak makin bertambah.. emm memang comey. semalam bday tun.. a day before, husband tepon kat opis ckp dia tak prepare hadiah sbb dia balik lambat. tun pun ckp.. tak kisah la walaupun dalam hati mcm terguris la gak. bday dia tun prepared sebulan awal. tetiba bday kita .. dia bg alasan tak sempat.. cett.. tapi bila difikir balikk.. bulan lepas kami mmg bz dgn preparation untuk kenduri. so tun tak jadilaa nk berkecik hati.

bila tun balik keje, husband sambut dgn 2 slices kek secret recepy.. cedapp. pagi bday tun.. tun pujukla si husband minta dia pegi opis lewat sket. yelaa.. nk la bermanja manja dgn beliau di hari special. ingatkan nk gi bfast sesama. tetapi si husband ni ckp dia kena dtg awal sbb keje byk. pukul 1 tun tepon beliau.. nk borak borak.. tetapi husband tun ckp takleh sembang lama sbb nk wat keje. betapa keciknye hati tun.. mcm tak dihargai. so tun pun letak fon tanpa cakap I LOVE U. hahah. pastu tun matikan henpon tanda protess. Pukul 1.50 tun lepak kat surau opiss. dalam pukul 2.30 tun on balik henpon ada 12miskol dari suami tun. tun teponla balik,, dia pun ckplaa.. td dia dtg opis cari tun.. tapi dia taktahu department mana tun keje.. dia bagi nama je. dan yg paling kelakar, receptionist tu call salah orang. husband tun ni pun berborakla dgn minah yg sama nama dgn tun. kununnn nk pujukla. tapi pujuk salah orang. nasib baik..minah tu tak turun lobby..kalau tak.. memang malu. pastu barulaa husband sedar dia dh salah orang. beliau pun pegila balik ke opis dgn perasaan hampa. bila tun tepon dia.. dia on the way nk balik opis.. tun lak gi marah dia balik.. sbb cakap ngn dia..hal rumah tangga tak payah bawa ke opis. Dia ckp sorry.. dia kata dia risau tun marah. cess laki memang cemtu.

tun pun ckp kat dia naper dia wat mende bodoh, pastu dia sms tun balik "lelaki akan buat benda bodoh semata mata nk cakap sayang dekat orang yg paling dia sayang". perghh masa baca msg tu rasa nk luruh jantung tun. terharu lak. tapi orang laki mmg cemnih.. bila dah marah baru laa nk tunjuk syg..masa kita nk bermanja manja wat tak layan.. cesttt! sepanjang kat opis rasa mcm nk gelak la bila kenangkan peristiwa yg tah papa nih. tapi barulaa tun sedarr.. betapa sygnya dia pada tun. pasni takmauu marah marah dh.

tadi tun balik dari opiss.. husband tun tgh nyenyak tido atas sofa.. pastu terpandang ada sejambak bunga. rasa mcm bahgia lak. tun memang lemah dgn bunga. kesian lak kat husband.. tadi masa tun marah.. tun tinggikan suara. tp skrg ni rasa berdosa lak.

suami tun memang sengal.. tp tun tetap syg dia. betul la kata P.Ramlee,. lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Wednesday, February 18, 2009

dating-dating

dah 3minggu tun bergelar bini orang. dan sekarang ni tun tak sabar nk jadi mak budak pulak. huhakhakhak. cett.. baru 3minggu kawen dah berangan lebih lebih plak. sungguh tidak rasional. sepanjang 3minggu jadi surirumah part time. terasa sungguh hebat. almaklumla.. wanita berkerja masih lagi mampu untuk memasak untuk si suami tersayang. Dulu masa hidup membujang.. pegang kuali pun setahun boleh dikira dgn jari jemari. Tapi skrg nih... memasak tu dah jadi satu rutin kehidupan plak. Dekat opis, dok memikirkan lauk apa yg tun nk masak untuk insan tercinta. mesti ramai tak percaya kan, anak dara yg dulu yg ganaz serta brutal kini sudah bertukar menjadi seorang bini yg sungguh mithali... wahahak kot sedap ati aku je nk melabelkan diri sebagai mithali. Padahal masak sejenis lauk setiap ari. itu pun ko dah rasa diri hebat. perasannnn..

last weekend, tun dah plan dgn suami tercinta nak gi dating dating mengimbau kenangan zaman bujang. pastu beliau pun book la tiket ONG BAK 2. mcm sonok lak nk kuar dating nih. almaklumlaa.. sepanjang minggu lepas kawen.. kami berdua memang bz mengalahkan ahli korprat. masa nk beli pop corn tu.. ada sepasang suami isteri yg layak di gelar pakcik dan makcik. mereka keluar menonton wayang bersama anak anak mereka yg hampir separuh dozen. pastu.. tun yg masa tu extra manja.. dok peluk peluk laa laki tun. diorang dok tgk tun ni mcm laa kami ni sepasang kekasih yg sedang melakukan dosa dosa. cettttt!!!!.. tak baik oo mereka berprasangka buruk . lepas ni tun nk tampal sijil nikah kat dahi.. baru senang sket kot.

tun harap februari ni takkan berakhir.. sbb bulan nih.. bulan paling bahagia buat diri tun.

Saturday, February 14, 2009

pic kawennnnn lagikk.


berdebar debar nye.
suami ku yg sengal. but i still love him . muaah
acara silat dari kanak kanak comel. beshhhh!
Acara pembatal air sembahyang. masa ni dah rs best giler. sbb dah sah!!
ni anak buah tun , Amrun zafran
kek ni kitaorg beli last minit. sbb terlupa tempah. so amik kek org len yg di tempah untuk the nex day. sib baik tokeh kek tu baik ati .



ini gambar gambar anak anak ayah masa lepas nikah. huhu. hepi sgt!
sayang ayahhhh!!. lebiuu
ini masa dgr tok kadi bagi khutbah. tun dan adik sgt kusyuk. hukhukhuk

Tuesday, February 3, 2009

hepi .. alhamdulillah.


dah cukup seminggu tun sah jadi isteri kepada si dia. Mula mula rasa berdebar nk mulakan hidup baru. Tetapi setakat ni tun boleh cakap, tun bahagia. mungkin ada yg ckp.. terlalu awal lagi nk komen. Orang yg berumah tangga 10 tahun pun boleh bercerai berai. itu tak masuk kes bermadu. Tapi apa yg boleh tun buat sekarang ni, Tun sentiasa berdoa agar si suami tercinta ni takkan berubah walaupun secebis. Bila menyebut bab bermadu. ataupun lelaki miang. Tun jadi takut sket. sbb dah banyak pengalaman tun jumpa jantan spesis kabaret yg tak berperikemanusian. Anggap wanita ni seperti barang mainan. Entah kenapa tetiba.. nilai keyakinan tun turun. Tun dah rasa kurang menarik, rasa seperti ramai lagi wanita yg cantik kat luar sana. Bila terpandang perempuan cantik.. cemburu tu ada. Takut kalau si suami memuji perempuan lain di dalam hati. Almaklumlaa bila dah gemuk ni. Simpton simpton cemburu semakin menjadi jadi. SO bila dah sedar diri dah mengembang.. tun pun mengambil keputusan untuk men-dietkan diri secara yg mendadak . sabtu baru ni, tun makan bihun je waktu sarapan. Dan tun tak makan apa apa pun sehari suntuk. Ke-esokkan hari pulak.. tun makan sesudu nasi dan lauk serta kerang. Tun cuba mengawal makan sedaya upaya. Hari isnin.. bangun dari tido, perut tun sakit sgt dan tun mengalami backpain giler babeng nye sakit. Tapi tun gagah kan diri pergi opis.. bila sebut backpain. Kengkawan opis yg berotak kuning kebiruann,,leh wat lawak 18sx plak. CISSSSSkek ! aku sakit bebetul.. diorang pikir menda len plak. Tak guna betul la.. isk isk isk.

Tun bertahan la sampai laa balik rumah. Tapi sakit semakin menjadi jadi.. sampai menangis gak la. Tun suruh si suami tercinta urut belakang.. tapi tak menjadi pun. sakit lagi ada la. Pastu.. tun tgk muka dia dah berubah. Gelabah giler-giler. Kami pun pergila ke klinik terdekat. Tapi klinik tutup ler plak.. nyampah. Pastu tun balik umah. si suami genggam tgn tun. Tak henti henti tanya ok tak. Tun ckp sakit sgt siap mintak ampun kat dia kalau ada dosa dgn dia. Dia tertido sambil genggam tgn tun. Rasa syukur sgt sbb dpt suami yg caring macam beliau. Alhamdulillah.

Pagi tadi si suami pergi keje, rasa sihat sket.. tapi belum pukul 8pagi tetiba sakit perut sampai muntah. Tun tepon adik mintak antar pegi klinik. Rupanya tun ada gastrik.. selama ni tak pernah lak penyakit tu singgah kat badan tun, Kacau daun betul la. Baru nk menurunkan berat badan. dah kena gastrik. warghhhhhhhhhhhhhhhhh. geraaaaamm nye. adakah ini menunjukkan tun sudah semakin tua.. owhhh tidak. tun tetap 18 seperti dahulu.

Namun tun rasa bersyukur sbb si suami tak pernah berubah. Malah sejak berkahwin ni tun dapat rasakan..diri dimanja lebih. Tun nak apa apa pun diturutkan. Kemas rumah pun dah menjadi tugas beliau.. huhuhuhu.

antara agreement tun dgn dia sebelum berkahwin.
1. si suami kena buka pintu kereta untuk tun sampai tun beranak pinak.
2. Si suami kena telefon tun 3 kali sehari di opis.
3. semua bil utiliti/kereta menjadi tanggungjawab beliau. so gaji tun.. takleh sentuh. huhuh.. kejam tak daku?
4. Kena kiss dahi tun b4 pergi keje.
5. Sembahyang berjemaah bila kitaorang ada kat rumah.
6. Bila keluar berjalan-jalan kena berpegangan tangan.. walaupun dah beranak sedozen. (ingat kilang ke?)

actually ada 10 perjanjian rasmi kitaorang.. tp yg lain lain tu takleh la cite byk. Takut korang kata tun bersikap kejam plak. huhuhuh

** nota buat suami tercinta** I love u so much!!!. thanks for everything. Tun janji tun akan jadi isteri yg sabar. Takmau marah marah dah. Nak jaga syg elok elok.

( sesiapa yg rasa nk muntah dgn entry kali nih, sila la ke toilet. Jgn muntah merata rata. Tak elok di pandang masyarakat)

saya dah kawennnnn... !!!!!!!

ini picture masa malam nikah. dimekap oleh adik tersayang.


siapa bijak? cuba teka si baju kebaya kuning itu siapa?
jeng jeng jeng jeng jeng jeng!!!!!!!!


di apit oleh emak dan ayah tercinta. muuuaaaaaaaaah




ni gambar kawen yg ditangkap oleh kameraman yg tak profesional a.k.a adik tun. kalau nk yg profesional kena tunggu lagi 3minggu. sbb kameraman tgh sibuk men-edit pic pic kawen tun hopefully dia dpt mengempis kan body tun. huwahahak.. huhuh.. tun sungguh kecewa dgn body tun di hari persandingan tun.tersangat gumuk huduh betul. masa pilih baju bersanding tu.. macam lawa je. bila dah disarung ke badan.. macam balut nangka je. huwaaa. nilaa yg terjadi apabila makan tak sedar diri. bila orang tanya tun, naper badan naik mendadak. dgn laju nye tun menjawab "bahgiaaaaaaaa....". memang hakikatnya tun bahagia. tun letak skit dulu picture kat sini. sbb nanti nak letak lagi.. tun harap semua dpt mendoakan semoga tun berbahagia dgn suami hingga ke akhir hayat.

Sunday, January 18, 2009

cik puan

yuhuuuu.. lagi 4 ari tun akan bergelar cik puan. huwaaaahahahaha. seram siot dgn tittle tu. mula mula org panggil kita adik, pastu akak, pastu cik, pastu cik puan.. pasnih makcik plak. perghhhh. dah tua ke aku nih??. ngerrriiiiii.. ko ni semua nk takut. itu takut, ini takut.. tah paper jer. takde semangat yg kental langsung. kemana pegi semangat anak dara ni? suatu ketika dahulu anak dara macho inilah yg berjaya meredah benua eropah seorang diri . tetiba tun teringat, ada orang penah cakap dgn tun, bila keseorangan kita akan lebih berani daripada bila kita berteman. Tun sekarang ni dah extra manja gamaknya. apa tun nak semua tunang turutkan. bayangkan laa tadi tun pegi jusco klang sebb nak jumpa eimma, tapi si tunang pegi parking jauh dari entrance. Tun yg berlemak krim ni, merajuk sakan sbb taknak jalan jauh. terus muncungkan mulut 14inchi lepas tu merengek macam budak 2tahun. Si tunang nampaak kecewa sgt dgn sikap tun yg mengada ngada ni. nampak gak muka beliau yg menahan bengang tapi dia pujuk cakap.. nk pegi bayar tiket parking tu sorang nanti dia dtg balik. tetiba akal berpikir secara rasional. terus rasa bersalah. Perempuan memang cemni kot. Lagi di beri muka, di manja melebih lebih.. kandungan lemak pun meningkat dari paras normal.

Esok tun akan pulang ke kampung halaman. cuti kawen start selasa dan akan kembali isnin depan. Semua nya akan berubah. namun jiwa tun tetap seperti tun teja yg dahulu.

Saturday, January 17, 2009

sabtu yg best

hari ini terasa sgt hepi sgt. walaupun tun agak penat namun hati tun sgt gumbira. dari pukul 3 tun pergi ke jalan TAR. memborong tudung ekin, huhuhu..pasti ada yg sedang tersenyum sinis. dulu kemain lagi tun kutuk ekin mawi. tetiba tudung dia pulak jadi kegilaan anak dara yg bakal expired nih. adik dan ayah tun cakap.. ekin mawi tu lawa. tapi tun dgn mak cakap tak lawa. lepas tu adik kata tun jeles kat ekin. cesss!. kalau esok dia tgk tun pakai tudung ekin, mesti kena kutuk gila babas nye. huhuhukk.. redha je la kan. tulaa orang veteran selalu berpesan jgn terlalu membenci kang terjatuh suka plak, Tudung dia best la. sbb tak payah gosok , tak payah brooch, dan tak payah nk tengok cermin setiap jam, sbb tudung tu akan terlekat kat kepala secara stastik. so 5bintang tun nk kasi kat "tudung EKIN". selain aktiviti membeli belah di jalan TAR.

tun dan tunang pergi ke midveli. mencari gelang untuk upacara batal air sembahyang masa kahwin nanti. dasyat kan kitaorang.. byk lagi tak ready. huhuhuhu. takper.. biar lambat asal selamat. hakhakhak. padahal dalam hati ni dah cuak dah. macam macam dalam kepala otak. serabut giler.

lepas gi midveli, kitaorang cari masjid area RTM. Niat utama pergi ke situ sbb nk mencari bionic/powerful woman. Gile dasyat life awek sorang tu. Ingatkan PM je bz memanjang. Rupanya beliau pun tidak kurang hebat nye. Kak Yan jemput tun dan tunang dari gate luar. Buat pertama kali tgk awek tu..memang luar jangkaan tun. COMEL giler.. kicik je orang nye. bila duduk sebelah dia, terasa mcm anak badak dgn ayam serama. adeiii.. kenapa laa kakyan kecik comel sgt.

Lepas adengan suai kenal selama 2minit, kakyan ajak masuk ke dalam tgk tempat beliau berkejaya. HUHUHU.. mcm dalam mimpi je tun dan tunang masuk ke situ, seronokkk sgt. tgk studio untuk berita RTM. Terima kasih kakyan.. pengalaman tadi tun akan ingat sampai mati.. itu pun kalau tun tak diserang penyakit nyanyuk. tapi tun tetap nak cakap byk kali yg tun sgt hepi.. memang best sgt tadi. thank you so muchhhhhhhhhhhhh. terima kasih!!.

p/s:okla kakyan.. kad jemputan dah diantar. jgn tak datangg....

Thursday, January 15, 2009

seminggu je lagik

huwaaaaarghhhhhhhhhhhhh.. seminggu je lagi. rasa macam nak menangis sambil ketawa. emosi apa kah ini? susah nk terangkan pada mereka yg tak memahami. tetapi inilah tekanan perasaan yg dialami oleh tun. eh tekanan perasaan ke? tak jugak! sbb tun hepi. hepi bercampur gundah gulana. huwahahahak. sejak tun pulang dari ireland. Tun sungguh hepi dgn kehidupan tun sekarang. Rasa bahagia sgt disamping family tercinta dan tunang tersayang. macam taknak apa apa pun yg berubah. namun hakikatnya..kehidupan harus diteruskannnnn...

Tun start cuti selasa sampai isnin depan. Semua kengkawan tanya kenapa tak amik 2minggu cuti? waaahhh.. ko ingat HSBC tu bapak tun yg punya ker? kalau bapak tun yg punya..tun taknak keje dah. Semakin dekat dgn tarikh kawen .. mcm mcm lawak jenaka tun dapat. Sampaikan boss tun boleh buat lawak nk supply kacip fatimah untuk sebulan kat tun. isk isk isk isk.. boss boss. kekadang sengal gak dikau yek. adeii.. pas balik bercuti ni tun memang nak beli ear-plug supaya tun tak dengar lawak lawak spastik kengkawan opiss. Belum kawen pun dah kena bertubi tubi..after cuti kawen.. memang habiss la tun. takleh bygkan laaa bagaimana tun nk menghadapi hari tersebut. owhhh tidak. bagila aku kekuatan dan semangat.

Sekarang ni tun jadi bahan . adeiiiiiiii... buat pekak jela. takpe takpe.. bila turn korang. Tahulah nanti apa tun nk buat. sekarang ni tun kena... lagi beberapa bulan boss pulak kena. sbb beliau pun akan berumah tangga tak lama lagi. SIAPLAAA BOSS time tu. nasihat tun kat boss dan mana mana lelaki yg akan berumah tangga. CINTAILA bini anda sepenuh hati. Jgn buat bini anda mcm stoking.. kot sedap hati je nk menambah.

Wednesday, January 14, 2009

lagi satu minggu saja nk bergelar bini orang. tak tau nk pikir apa dah. semakin hari semakin gementar plak. apsal yerk? rasa mcm takut sgt...takut macam macam, paling tun risau.. hati si dia akan berubah. mcm mana kalau si tunang tak sayang tun mcm sekarang nih? iskk.. seram seram. jgn la beliau jadi jantan gatal mcm kebanyakkan jantan jantan kabaret di luar sana.

arini tun tepon bespren nk ajak keluar la wiken nih tetapi tun direjek sewenang wenang oleh beliau. oooo mentang mentang la tittle 'anak dara akan expired tak lama lagi. sesuka hati je dia nk menjauhkan diri. sedihhh wooo. tun baru je nk menghabis kan sisa sisa anak dara dgn aktiviti bersosial tapi apakan daya. org tak sudi lagi nk kawan tun. huwaaaaaaaaa.. sensitipnya daku. namun bak kata pepatah. berkawan biar seribu, berlaki biar satu.. nasib baik ada ween. ahad ni.. aktiviti selanjutnya ialah bersosial dgn cikgu weween yg comel tu.

makin meningkat umur makin sikit impian tun. dulu masa muda remaja.. mcm mcm impian tun ada. tapi bila dah umur 18thn untuk kali ke berapa pun tun dah lupa. if org tanya impian tun. mcm taktau nk jawab apa. mcm bosan nk jawab.. nak ada family yg bahagia. kerjaya yg mantap. semua org nk macam tu kan. tun cuba nk pikirkan impian yg hebat. pikir punya pikir.. mcm takde je. kalau dulu bila org tanya "apa ko nak dalam dunia nih?'. seribu jawapan tun boleh bagi.
tun nk kawen ngn anak raja. tun nk melancong seluruh dunia dan tun nk itu, tun nak ini. tun nk semua. tun nk segala galanya.

tapi sekarang ni bila menyebut tentang kehidupan. tun sedang membayangkan kehidupan wanita berumah tangga, balik dari opis tun akan memasak, mengemas rumah dan mungkin tahun depan tun akan sibuk menjaga anak. owhhhh.. itukah kehidupan ku ???. bukan tun nk mengeluh cuma tun pelik mana perginya impian tun yg lain selama ni. ada tersorok dalam peti ais ker???

tapi mak tun pernah pesan.. dalam dunia ni paling bahagia bagi seorang wanita ialah menghabiskan kehidupan mereka dgn suami yg baik, dan yg paling penting si suami itu mencintai kita sepenuh hati.

buat kengkawan..doakan tun berbahagia sepanjang hayat ye.

Monday, January 12, 2009

aku dan dia

lebih kurang 2minggu je lagi tittle anak dara akan expired. bulan ni tiap tiap hujung minggu tun terpaksa balik kg sbb byk lagi tak siap. baju kahwin pun baru je tempah ahad nih, amacam? relax tak tun? mcm taknak kawen je kan. hahah.. org len dok sibuk sibuk dgn persiapan.. tun lak masih lagi tenang menghadapi hari yg mendatang. tapi nasib baik kesedaran dah mula timbul. skrg ni tun dah mula kelam kabut. rasa macam nk jumpa albert einstein nak suruh dia pusing balik jam supaya tun mempunyai masa yg cukup untuk bersiap sedia. warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

tun nk kawennn tapi kekadang stress la dgn persiapan perkahwinan. itu baru kisah kenduri tak termasuk hal nk jumpa tok kadi, ketua kg, imam masjid.. nasib baik dlm prosedur tak suruh jumpa mawi dan ekin. kalau tak.. parah la gak.

sejak akhir akhir ni mak asyik ckp " awak kawen nanti, tak da la nk tido dgn mak dah.'. mcm sedih plak dgr mak ckp cemtu. tahu tak? tun si penakut ini memang setiap kali waktu tido di kampung wajib ditemani mak . sb tun seorang yg berimaginasi tinggi. bila tido dlm kegelapan macam macam bayangan yg muncul di minda. itula sebab emak menjadi teman setia tun setiap malam di kampung.

kengkawan kat opis dan mula sindir sindir almaklumla tarikh nikah dah dekat. lawak diorang memang lawak spastik. dalam tun control cun, boleh gelak besar jugak la. rasa nk pecah perut dgn perangai tak cukup umur mereka.

p/s: pesanan buat bakal suami tun. tolong la jgn berubah. sayangila diri ini sampai kekubur. andaikata tun kekubur dahulu.. jgn gatal nk nikah lagi satu.

Thursday, January 8, 2009

lagi 2minggu lebih je

huhuhu..menghitung hari yg mendatang. rasa cam berdebar pun ada. rasa tak sabar pun ada. dah macam 3 rasa je. sape sangka anak dara brutal ini bakal menamat zaman bujang beliau. jeng jeng jeng.. tittle 'anak dara ' bakal expired tak lama lagi. pasni.. akan dapat tittle cik puan lak. syiokkk lak rasa.

makin dekat dgn tarikh kawen, makin sayang lak pada encik tunang. seperti tak sabar lak. hukhukhuk. layanan yg tun dpt dari encik tunang pun sgt la memuaskan. Apa saja kehendak tun semua diturutkan. semoga layanan yg tun dpt ni akan berpanjangan sehingga akhir hayat. sayangggggggg sgt kat dia. syg gilerrrrrrrrrrrrrr. pedulikan sesape yg rs nk muntah. tun tetap nk ckp tun syg dia.

p/s: eimma, bell and ween.. next saturday tun kasi kad yek. this weekend kena balik kg.