Wednesday, October 14, 2009

cemburu

ibu bapa tercinta bersama cucu kedua
ayah bersama anak, menantu dan cucu-cucu

hari raya yg penuh bermakna- i love u syg!

gambar ni sekadar hiasan je. takde kena mengena dgn entry nih.

cuma nk bercerita...pasal simptom simpton wanita ketika mengandung. seperti sedai maklum. apabila mengandung, berat naik harusla dinaikkan bagi membantu tumbesaran bayi dalam perut. so..bukan salah ibu mengandung kalau mereka ini gemok!!! paham??

ok sekarang dh paham kan.. bila dah gemok..simptom lain lak timbul. CEMBURU!. ini salah satu penyakit hati yg sgt menyakitkan. tgk pempuan lawa dah jeles. tengok anak anak dara yg tak berdosa lalu lalang dekat shopping complex pun rasa nk tampar muka mereka. lagi rasa mendidih hati ini bila si suami pandang mereka secara sengaja mahupun x sengaja. seperti nk ikat mata suami supaya dia x nampak apa apa pun. arghhhh cemburu nye haku.

balik dari kejer.. 1st thing tun wat, check henpon suami. alhamdulillah setakat ni takde lagi yg menimbulkan syak wasangka. pastu.. bila tgk cermin. rasa rendah diri sampai ke lantai. muka bulat. badan bulat, bawah mata ada lingkaran gelap yg sungguh jijik. sejak mengandung..memang sukar sgt nk tido malam. mikhail pulak semakin aktif. asyik tendang perut ibu jer.

selain cemburu.. tun ada penyakit panas baran yg sungguh extreme. pantang ada je yg tak kena. siap la!!!!. memang cari nahas la nampaknya. BOS pun tun dah tak takut. Bos nk buli?? huh!. sorry sket.. dulu boleh la. skrg ni.. sorry sket. kalau memandu.. saper berselisih dgn plate kereta BKK 400. tolong jgn cari pasal jika yg memandu itu sigemok bertudung. kerana anda mungkin akan mengalami tekanan jiwa dgn bunyi hon tanpa henti. so jgn kata tun tak warning.

berbalik kepada kisah cemburu. setiap hari bila tgk awek cun, selain rasa jeles sampai nk tampar muka mereka satu persatu. tun juga bernekad untuk menurunkan berat badan selepas bersalin nanti. setiap hari tun akan bg ayat ini kat suami "syg, u jgn menggatal ye yang. i janji ngn u, pas mikhail keluar ti..i nk kuruskan badan balik. u sabar tau yg. jgn pandang pempuan len" dan selalunya jawapan suami memang sgt manis. hari hari dgr ayat beliau memang leh kena diabetis.
suami akan menjawab "i syg u dgn mikhail je. i xde niat nk cari len pun".

tetapi..bila tun didatangi mimpi ada pempuan len yg cuba memporak peranda kebahgiaan kami. sebaik je sedar dari mimpi.. dalam keadaan marah panas membara tun dgn nada yg keras bagi amaran pada suami. "syg, u gatal..SIAP U. ". si suami yg tak berdosa ni terpinga pinga tak mengerti apa sebenarnya sedang berlaku. maafkan la bini u ni. bukan dipinta jadi sebegini.. tapi inilah yg tun rasa. tun sedar tun gemok.. tapi apakan daya. tun seperti org hilang kawalan.

inikah perasaan wanita yg sedang mengandung? atau tun saja yg terlalu melayan emosi??

5 comments:

en_me said...

salam aidilfitri akan toon ittewww..

:: Wiween :: said...

ehehehe mcm2 tun nih. :p besa laa tuh tun. sindrom ibu ngandung. nanti mikhail lahir, msti besh. huwaaaa jelesssss.

tun teja said...

en me- salam aidilfitri gak!!!.

ween- ayoyo... jgnla jelesss. tak lama lg turn ween lak. time tu kalau ween jeles tanpa henti tun paham. hahahahha., skrg ni tun sedang dlm keadaan tertekan

Nordin said...

@tun_teja, ;-) nice to see this new entry. From ur entry, I can say that ur husband mmg sporting habis.

Ckp pasal handphone, baru2 ni pun, masa my fiance and I drive pergi open house baru2 ni, I minta dia check kan sms yg I baru dapat, then tiba2 dia buat2 nak check handphone... gabra skjp... sbb banyak sms yg dulu2 yg bertahun2 tak delete2 lagi. Anyway, privacy masing2 kena jaga la, mcm handphone or email account, or user profile's stuff kat dalam PC tu.

Apa orang ckp, kalau kita takut sangat jadi benda yg kita taknak, dalam tak sedar, action kita yg fobia sgt lah tu yg buat kan benda tu terjadi... alah pernah dgr konsep "self-fulfilling prophecy".

Anyway, good to hear good things from this blog. Wish you and husband all the best on becoming new parents soon. Good luck.

tun teja said...

encik nordin
bagi tun la.. after kawen takpayah la ada privacy. semua kena share. cuba bygkan kalau si fiance tu simpan sms ex-bf dia or gambar ex bf dia. apa perasaan encik nordin??? kalau tak rasa pape.. memang encik nordin tak syg dia la tu. cemburu tu tanda syg. cemburu tu penting. tun tak kisah la kalau kaum lelaki len nk ada privacy. tp kalau ngn tun.. suami tun kena jujur. alhamdulillah setakat ni takde yg menimbul syak wasangka. semoga ALLAH bahgiakan kami sehingga akhir hayat. aminnnn