Sunday, January 2, 2011

boboi or girl??

suami saya, family saya, dan kengkawan sekeliling doakan sy dpt anak perempuan. sy tak scan lagi baby dlm perut ni. smlm nk gi klinik tp tutup lak. so kitaorang tgk rumah je pastu gi mkn pastu gi giant beli brg dapur pastu balik tgk tv sepanjang malam.

anak perempuan mmg comel. manja, dan kita boleh peluk diorang sampai diorg dh kawen. kalau anak laki, start masuk form 1, nk kiss pun dh malu. tetapi tun rasa x layak je nk jadi ibu kepada anak perempuan. takut kalau perangai dia sebijik mcm aku. pemalas, tak reti masak, x reti kemas rumah , panas baran dan yg paling tun risau dia derhaka pada mak ayah. tu semua sifat sifat negatif tun. mcm mana nk didik anak kalau diri sendiri pun tak betul.

bab masak memang sah sah la.. tun gagal. mcm mana ni?? nanti nasib dia mcm tun, bila nk ke dapur rumah mertua dah pasti gelabah. tun kalau kat dapur mertua nk potong sayur pun seram sejuk. dah la tak reti masak, lembab lak tu. nak goreng cucur semangkuk pun hampir sejam. pernah gak la mak mertua ckp tun lambat wat kerja. huhuhu.. x dapat di nafikan lagi. sy wanita yg serba kekurangan. itu pasal kalau nk balik rumah mertua jer..aku jadi tak tentu arah.

salah mak bapak aku ke aku jd cemni? adik aku ok jer? terror masak. bistu salah saper? salah diri sendiri ke?. awal awal kawen dulu..siap tgk resepi kat internet. dh lama lama makin malas. nasib baik suami tak cerewet bab mkn. beliau makan je apa yg ada tanpa byk songeh.

anak dlm perut ibu ni boboy ke gigirl??? kalau girl, please jgn ikut perangai ibu ye syg. umur 12tahun ibu antar gi kelas masak. pastu leh masak untuk ibu dan ayah. best best!!!..ibu goyang kaki je. mikhail pulak kemas rumah.. perghh.. bestnya. cepatla besar wahai anak anak ku.

4 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

heheh boboy ke gegurl dua2 ok tun. syoknya ada anak kan..ween tah bilenya. huhuhu

tun teja said...

isk ween ni. tak lama lagi turn wee la plak. skrg ni..sila belajar memasak yer. jgn jadi mcm tun.

tun x pergi scan lagi ween. rasa mcm taknak tau je. biarla surprise.. hahhaha

ryann said...

happy new year tun. lambat lak ucap. template baru nampak. comelnya anak tun. rasa nak cubit2 pipi. tapi kan nanti mama dia marah.

harap termakbullah impian nak baby girl ek.

bestnye rumah baru dah siap. kat area mana tun?

tun teja said...

rumah kecik je kak yan. kat shah alam- taman alam indah. nanti jemput la dtg.

kakyan nk gigit mikhail pun boleh. takde hal. jom set date.. jumpa nak. lama betul x jumpa kak yan. last jumpa masa tun anak dara.