kalau dulu keluar pintu rumah tak pakai maskara, tak pakai lipstik, tak pakai bedak and tak pakai perfume..ibarat tak pakai apa apa. terasa seperti memalukan diri di khalayak ramai. pendek kata..kalau tak tgk cermin sejam sebelum keluar rumah..tun mmg tak ada konfiden . perangai suka melaram ni hanya berlarutan sampai mikhail 11 bulan.
sekarang ni..pegi opis pun dgn tudung senget benget. muka berminyak tak berbedak pun leh selamberr jer. dulu tgk cermin..kalau cermin boleh berkata kata mesti dia dah menjerit tahap histeria sbb pempuan ni suka sgt cermin. zaman muda remaja, ayah tun sgt tensen menunggu anak anak dara dia bersiap. dia pernah keluar statemen "tgk cermin lama lama pun kalau keluar muka mcm siti nurhaliza takperla gak.. ni muka tun jugak". paham tak maksud ayahku disitu??? tak paham takpe.
bukan tak perasan..diri sendiri tak terurus.. tun selalu salahkan kerja diopis yg menimbun buat tun stress sampai malas nk berhias. skrg ni..tun selalu tanya suami.. "syg, kalau i pakai seluar ni leh ke? " sambil menunjuk seluar tracksuit, seumur hidup tun belum pernah tun pegi shopping centre pakai seluar sukan. ibarat pantang tuk nenek aku .tetapi suami kata OK so kita langgar je pantang larang tok nenek itu. kekadang pakai seluar tak gosok pun tanya dia "yg, nampak sgt ke seluar ni kedut kedut?? " suami akan jawab "tak". so..apa ajer yg aku nk pakai..semua nye boleh. maka..tun amik kesempatan..sarung aje la apa yg depan mata. lipstik pun kekadang pakai kekadang tak. rasa muka mcm zombie kampung pisang tp dek kerana suami tak bersuara..tun kata.. ok apa..natural beauty. namun hakikatnya tun tahu.. jadi perempuan tak boleh mcm ni. kelmarin.. opismate tun kata "patutla akak tgk tun ni mcm messy je, pregnant baby girl rupanya. kalau dulu akak tgk bergaya." oooo.. jadi tun selebet begini bukan lah dek kerana stress kerja mahupun suami yg tak amik berat. tetapiiii baby dlm perut ni ye. anak ibu laa yer punya angkara.. isk isk isk. takper takper sib baik ibu syg awak. ibu maafkan awak. nanti bila anak ibu dh keluar kita gi spa ye. kita jogging n diet sama sama. awak perempuan.. kena diet dari kecik.supaya x gemok mcm ibu.
ni nama anak still menjadi tanda tanya.. amanda or zehra??
1 comment:
Seriously Amands or Zehra?
Both chantek...Combine takleh? Eheheheheh
Post a Comment