Thursday, January 31, 2008

bunga

kelmarin nordin tanya tun, apa perasaan perempuan bila dpt bunga. perasaan perempuan bila dpt bunga.. dia akan rasa berbunga bunga kot. lelaki tahu ke perasaan tu? perasaan berbunga bunga tu mcm syiok sendiri, perasan cun dan dia akan rasa dia lah paling bertuah dlm dunia nih biarpun dia tak suka org yg bg bunga tu. so kepada lelaki yg nk buat perempuan perasan.. leh la kasi bunga kat gadis idaman korang. nk kena kan gadis gadis pun leh gak. tapi berapa ramai lelaki yg sanggup menjatuhkan ego diorg untuk bawa bunga dikhalayak ramai semata mata nk bg kat si gadis?? cuba jawab sket. yg paling tun nyampah bila si lelaki tu kasi bunga secara senyap senyap contoh, letak atas meja si gadis di awal pagi sbb taknak org len nampak dia bawa bunga. takpun pakai delivery ke. apsal tak bg sendiri?? ego?? malu??

cite bab bunga, tun ngn member pernah gak kenakan member kiteorg yg agak perasan cun. so kiteorg yg terlebih rajin untuk kenakan org ni pegila beli sekuntum bunga ros dgn kad skali. tun letak kat meja minah tu. kat kad tu kiteorang tulis

(dear sarah (bukan nama sebenar)
boleh berkenalan?

yg ikhlas)
K.

seminggu sarah tak tido lena sbb dok teka nama kawan laki kiteorang yg mula dgn huruf K. hahah.. tun dgn member gelak dlm ati je tgk gelagat dia. pantang ada org tgk dia sket. dia mula rasa mamat tu yg bg bunga kat dia. pastu kalau nak kuar umah je , mula la mekap sejam. almaklumla dh ada peminat misteri. setiap 10minit si sarah ni akan bedek muka dia kat cermin. pastu asyik tanya kiteorang.. " ko rasa saper ye yg bg aku bunga tu?" tapi kitaorang wat muka tak berdosa ckp "ntah.. peminat misteri la kot"
si sarah mmg tak puas hati dan masih cuba mencari jejaka yg bernama mula dgn huruf K. nasib baik datok k tak popular time tu. kalau tak.. datok K turut menjadi suspek si sarah nih.

kami berdua mula rasa kasihan melihat keghairahan si sarah. dia terlalu teruja kerana pertama kali dpt bunga dlm hidupnya. disebabkan rasa kesian teramat tinggi, kami nak bagitahu kisah sebenar pada sarah tapi setelah di fikirkan 10kali, akhirnya kami hanya mendiamkan diri. kiteorang rasa... kalau mengaku yg bunga tu dr kami berdua sama lah seperti menempah kubur sendiri. si sarah pasti akan bertukar menjadi makhluk hijau lalu terus menelan kami berdua hidup hidup. lantas kami mengambil keputusan untuk menanggung dosa sepanjang hayat . tapi sejak si sarah dpt bunga.. dia kelihatan bertambah ceria je. so.. itu mungkin satu perkara positif. jadi takdela rasa bersalah sgt. siapa sangka dgn sekuntum bunga boleh mengubah hidup seseorang.

kisah sarah ini banyak mengajar tun dgn member erti kehidupan sebenar. kami berdua mula bersikap berhati hati dan tidak cepat perasan bila dpt barang dari pengirim misteri, kerana ia mungkin "prank" dari member member yg tidak berhati perut.

Wednesday, January 30, 2008

baby

mak tun dh pegi umah adik sbb lagi beberapa hari je tun akan dapat anak buah. yei yei yei... best nye. tak sabar nk tunggu dia kuar. adik tun bakal dpt baby boy. nama baby tu amrun zafran. amrun, tun yg pilih nama tu. sedap kan? semoga baby tu comey mcm tun.. hukhukhuk. alahai.. dengki nye ngn adik. kalau la baby ni dijual mcm anak kucing. tun pun nk beli la satu. kepada sesiapa yg nk jual baby.. lehla hubungi tun.

Tuesday, January 29, 2008

untuk cik kelat lagi

1. Name one person who made you laugh last night?
hyunmin.. dia suh tun jd chef. taktik nk suh masak cucur la tu.

2. What were you doing at 0800?
kat dapur. pepagik dh masak. lapor..mlm x mkn.

3. What were you doing 30 minutes ago?
tido.. sakit kepala

4. What happened to you in 2006?
adik bertunang, pegi zoo negara setelah 10thn , dan mcm mcm lagi la.

5. What was the last thing you said out loud?
are u ok? tun tanya kat hyunmin.. sbb dia mcm sedih je.

6. How many beverages did you have today?
minum air kosong 3teguk je kot

7. What color is your hairbrush?
kaler pink... tapi dh ilang. dah 2 ari tak sikat rambut. sape ada sikat lebih? pinjam leh

8.What was the last thing you paid for?
barang dapur.. shopping kat tesco. Euro7.36

9. Where were you last night?
atas katil azimat tun..

10. What color is your front door?
kaler puteh kekuningan

11. Where do you keep your change?
dlm tin kacang .. menambung amalan mulia

12. What's the weather like today?
winter.. sejuk la

13. What's the best ice-cream flavor?
coklat ngn stoberi..

14. What excites you?
duit, shopping, dan eskem...

15. Do you want to cut your hair?
kalau boleh nk botak kan kepala..

16. Are you over the age of 25?
lum lagi.. baru 18thn untuk kali ke7 ...tun masih remaja.

17. Do you talk a lot?
huhu... apa nya soalan ntah. byk le kot gamaknye

18. Do you watch the O.C.?
tun suka sgt cite ni.. tapi since melisa (heroin) dia mati.. tun x minat dh. cite ni pasal remaja kaya yg ada byk masalah. masalah tun pun dh byk.. nk tgk masalah org. buring la.

19. Do you know anyone named Steven?
kenal.. jiran tun nama steven. tp gay. sib baik x ensem

20. Do you make up your own words?
skempos (skema nak mampus)

21. Are you a jealous person?
sgt jeles.. tun kuat cemburu... betul.. x tipu

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
azila, azni, azam dan along

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'
kaffnun, kekiyok, kakju


24. Who's the first person on your received call list?
sifan my ex roomate


25. What does the last text message you received say?
aku buring la, pat la balik. -from intan

26. Do you chew on your straw?
suka sgt

27. Do you have curly hair?
takde rambut

28. Where's the next place you're going to?
dapur kot.. tun lapor giler nih

29. Who's the rudest person in your life?
nama terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik beliau

30. What was the last thing you ate?
roti bakar

31. Will you get married in the future?
nak nak nak.. soon.... hahah.. gatal

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
jail breaker-korean movie

33. Is there anyone you like right now?
yes.. syhhhhh..jgn bitahu dia.. kang dia pasan

34. When was the last time you did the dishes?
pagi tadi..

35. Are you currently depressed?
tak .. rasa biasa je. tak berperasaan pun

36. Did you cry today?
yup. tgk cite spaQ, si riezman tu mati mcm tu je. ending tah pape tp sedih gak

37. Why did you answer and post this?
saja melayan kelat.. kang tak wat majuk lak. hahahha.. xdela gurau je

38. Tag 6 people who would do this survey

1. faceless
2.iena
3. kekiyok
4. kak aida irfandalili
5.put3
6. kaffnun


Monday, January 28, 2008

love questions

1. Three Names You Go By:
tun, teja, tuntun

2. Three Things You Are Wearing Right
Now?
pink pyjamas

3. Do you still have feelings for
your ex?
rasa nk sepak je dia ke dalam lubang jamban..
huhu.. xdela. nama dia pun tun dah tak ingat

4. Have you ever been given roses?
ha ah penah.. best sgt dpt bunga

5. What is your all-time favorite
romance movie/s?
50 first date

6. How many times have you honestly
been in love?
huhu.. sekali je.

7. Do you believe that everyone has
a soul-mate?
setiap org ada jodoh masing2

8. What's your current problem?
tgh kumpul duit.. tp tak penah cukup.


9. Have you ever had your
heartbroken?
penah

10. Your thoughts of online or long
distance relationships?
jauh ke dekat ke.. kalau dh jodoh tak kemana

11. Have you ever seen a friend as
more than a friend?
nope.. tak penah lak. kwn tun semua mengong serta sengal. x sesuaiii..

12. Do you believe in the
statement, "Once a cheater always a
cheater"?
huhu.. tun penah je cheat org. tp skrg tun dh baik dah..insaf

13. How many kids do you want to
have in d future?
3 cukup..xnak byk byk.ingat kilang ke?

14. What is your favorite color(s)?
merah jambuuuuuuuuuuuuu...

15. Do you believe you truly love
only once?
ha ah.. caya gak. mcm lagu kekasih awal dan akhir.--jamal abdillah

16. Imagine you're 69 & your spouse
just died, would you get re-married?
kalau kerabat raja yg pinang.. apa salahnya.

17. At what age did you start getting
into relationships?
pas spm.. dah mula gatal.

18. What song do you want to hear at
your wedding?
selamat pengantin baru-saloma

19. Do you know someone who likes
you?
tahu .. tahu..heheheh..

20. Do you like anyone?
no komen

eskem coklat

aiyarkkkkkkkkkk... tulunnnnnnnnnnnnn.. tun nk makan eskem coklat ngn mkn ciskek. tulunnnnnnn.. hapuskan nafsu tun ini. eeee.. mencik tul la. lambat nye nak 50kg nih. arghhhhh. tensen. tun nk makan.. nk mkn dan mkn. buring tul menahan nafsu mkn nih.

tun nak eskem coklatttttttttt........

Sunday, January 27, 2008

gedik

Maafla Yek kalau ada yg rasa sakit telinga dgr lagu dlm blog tun nih. Ada lagu ramlah ram tu.. suka hati la kalau korang nk ckp tun gonjeng ke apa ke. tun tak kisah pun. walaupun lagu ini agak gedik dan gatal namun ia tidak melambangkan sikap sebenar tun teja. Tun masih seperti dulu. Anak dara yg malas serba serbi dan ganaz. Taktahu nape pas dgr heliza nyanyi lagu ni kat youtube tun jadi syiokk la. tapi version kak melah lagi best. betul tak encik ijat?

ermm dgr lagu ni ada apa apa ke?
takde la.. saja suka suka je.

yeke?
yela.. ingat ada apa apa ke?

selalunya anak dara yg suka dgr lagu cinta, tanda dia dh jatuh cinta. boleh tun komen sket tak?
komen yek... erm.. no komen la.

ooo jadi betul laa yek. siapakah gerangan jejaka malang itu?
eee.. apa ni kan tun dah cakap no komen. lagipun tun bukan je dah jatuh malah dah guling guling macam pilem hindustan. ngeh ngeh.. malu laaa.

alaahhh.. apa nk dimalukan malah tun patut berasa bangga sebab anak dara yg malas serba serbi mcm tun pun ada org nak. siapakah gamaknya jejaka malang itu??
amboi amboi.. sedap nye mulut ko yek. tun dalam proses membaiki diri la. tak lama lagi tercapaila impian tun nk menjadi perempuan melayu terakhir. tunggukan kemunculan tun teja di pawagam berhampiran .. okek.

Apakah tip tips mencari pasangan yg ingin tun berikan kepada anak anak dara yg malas dan sengal mcm tun?
oOooooooOO.. senang je. DON'T BE YOURSELF. anda semua kena hipokrit dihadapan pasangan anda. tun pasti tips ini dapat membantu mereka yg mengalami masalah jodoh.

Nampaknya tun teja semakin berseri seri dan ceria. apa rahsianya?
Eh berseri ke? eh takdela.. biasa je. jgnla puji tun. malu la.. yeke beseri?.. eh..xdala. manada. eh .. eh.. malu la..

HOI tun.. apa kena ngn ko nih?? perasan sensorang.. adeii.. tun tun .. tun

Saturday, January 26, 2008

takde idea la

xde idea nk tukar tittle blog ni. kalau biar je cemtu pun takpe kan. alaa.. tun janji dah. tun tanak marah marah orang dah. lagipun kan tun nk jadi perempuan melayu terakhir. sebagai langkah awal tul telah mandi 2 kali sehari. dan tun juga telah masak di awal pagi. erm.. ini satu permulaan yg baik. nampak nya sikap malas tun dh berkurangan sebanyak 3%.

Thursday, January 24, 2008

kisah seram tun

erm.. tun masih lagi mengekalkan diet. tak mkn mende manis manis dah. erm dah turun 1kg. alhamdulillah..

sejak tun ber-diet nih, tun susah nak tido. sbb bila lapar mmg susah sgt nak tdo. pastu kan tun mengalami ketensenan sedikit. tu yg tun lari ke uganda sekejap. nak release tensen la kununn..
mlm kelmarin tun mkn pil tido kawan tun (bedah). sbb dah takleh tido. pastu kan mlm tu.. taktahu nape.. tetibe tun rasa kepala tun di tekan, tun cuba melawan.. akhirnya berjaya gak. pastu tetiba rasa ada benda melompat kat dada tu dan dia tindih tun.. pastu tun baca ayat qursi dlm hati. benda tu terus lepas. tapi.. mlm tu tun takleh buka mata langsung., berat sgt mata. rasa mengantuk sgt. mungkin kesan dr pill tu. masa kejadian tu rasa seram sgt. tapi sekejap je la.. tun tertido terus. bila bgn pagi cerita kat hyunmin.. dia baru dgr separuh dia suh stop. sbb x mau nk dgr. penakut gak rupanya dia nih. yg rasa pelik.. mlm tu sblum tdo tun zikir gak sbb nk ilang marah. sbb mlm tu tun byk sgt marah. mak tun pesan kena zikir byk2.. supaya syaitan takleh kacau. dia ni suka bila kita marah marah. tapi dia kacau gak. durjana betul ko syaitannn.. so tun telah bernekad sesungguhnya tun taknak marah marah org dah. so nanti tun nk tukar la tittle blog nih. tgh mencari idea yg sesuai. xmo tensen dah la.

mamat tattoo dan mamat kabaret.. korang leh gi jauh jauh. pesanan dari tun teja.. jgn nyusahkan org yek. malu kan mak bapak korang je. mamat tattoo.. len kali kalau berhutang pepandaila bayar yek. kalau tak bayar pun.. pandai sket respek org. mak bapak mesti dah ajar dari kecik kan kan.

kepada mamat kabaret, tun harap ko jgn la gunakan alasan mak ko meninggal pas sejam lahirkan ko untuk menagih simpati orang ramai. takde mak tak be erti ko leh menipu. bapak ko mesti ajar kan. menipu tu berdosa. jangan lupa jaga anak bini yek.

pesanan utk tun teja lak, ko jangan lak dok kira salah orang je. cermin dulu muka ko. mulia sgt ke ko tu?? so ko lupa kan laa.. ampun kan jela diorang. nabi pun ampun kan umat. ko tu sape?? manusia biasa je.

p/s: lagi 3 ari tun tukar la tajuk blog nih

Wednesday, January 23, 2008

kenyang perut senang hati

huwa.. tun dah balik ke dublin. uganda tak best pun. huhu.. kunun nk lepaskan tensen tapi tak rasa apa pun. nasib baik tun tumpang superman. takdela membazir nk byr tiket flight. tadi tun masak sup sayur campur mushroom. yummiie.. cedap giler. pastu tun masak nasik. tun makan 2mangkuk nasik. pergh amik ko. sekali mkn sampai 2 mangkuk. bagus bagus .. buat la lagi. ala.. rini je.. itu pun nk kecoh. tah pape je. tok penghulu kg aku pun tak bising suh diet. yg ko nk kecoh kecoh apsal. rilex aaarrrrrrr..

nk balik

boring tul uganda nih
nak balik laaa...

lapar je dok sini.
pastu xde org lak tu
yg ada hanya monyet monyet tua..

Tuesday, January 22, 2008

uganda

huwaaa.. tak sangka uganda ni sejuk rupanya. siap ada bebola bebola salji yg menghijau. ni salji pelik nih.kat sini ada burung burung berteberbangan girang. tapi apa yg dikesalkan.. tiada sebarang makanan yg boleh dimakan. gile lapar. dahla sejuk.. rasa nk demam je, tak pe takpe. mungkin uganda tempat yg amat sesuai untuk tun melepaskan tensen dan menurun kan berat badan. huhu.. sket je lagi nk 50kg.

mana jejaka jejaka kacak nih? huiks.. boring la cemnih. takpe takpe. tun dokla uganda sampai bulan july ye. kasi slim itu badan. kasi ubah ko punye tata susila.. kompem naik saham ko ti.. wa cakap lu. pastu balik mesia leh jalan jalan cari jodoh bak kata "sedi de gamma".

Monday, January 21, 2008

tun takde

tun teja takde.. dia gi mana? dia gi uganda. ooo uganda. wat per tun gi sana? dia gi sana sbb nk release tensen. takkan tensen kena gi uganda. pegila tempat len, bangladesh ke takpun gi brazil. uganda ada apa?? ikut suka ati dia la dia nk gi mana. ok ok.. jgn marah. erm.. tun teja nk balik bile? ntah, dia kata tanak balik. dia nk kawen ngn org uganda kata nya. uiks.. bawa diri sbb nak kawen rupanya. gatal tul tun teja tu. tensen sbb nk kawen kot. oii.. ko kutuk tun apsal? dia ada hutang ko ke? xde laa.. orang tanya je. dia gi uganda bape lame? ntah.. dia nk gi mana, bape lama.. aku tak amik tahu la. dah dah.. ko gi mandi la. busuk je bau ko tu.. gi jauh jauh.

Sunday, January 20, 2008

hari hari yg biasa

mcm ne ye nk buang perasaan marah? tak reti la. asik nak marah je. 8juta kali taubat pun tun asik ulang perkara yg sama gak. asik nk marah marah. bila selalu marah nih.. mula la rasa byk dosa. bertimbun timbun dosa tun. tun rasa kena tukar la tittle blog tun nih.

ptg tadi bestfriend tun, si intan sms tun cakap "aku nampak ex ko dalam star".
tun pun terus tepon intan

tun :ex yg mana satu? huhu.. macam byk je ex aku.
intan : alaaaa yg dah kawen tu ngaku bujang. aku lupa nama dia
tun : ooo mamat kabaret tu ke.. isk.. bukan ex aku la. eee... geli geli. kenapa dia masuk star? kena belasah ke? sampai masuk star?
intan : star apa ko ckp nih? aku ckp pasal star lrt la. aku naik star tadi nk gi bukit jalil ngn mak aku
tun : oooo.. ingat kan newspaper. cess.. aku dah girang gumbira tadi. ingat kan dia dh kena tumbuk ke takpun kena tangkap polis. dia buat apa naik star? kereta dah kena tarik ke? hahhaha
intan: ntah mana aku tahu, bla bla bla

*** tun dan intan pun mula la membuat spekulasi masing masing tentang mamat tu. hahaha.. lawak je. disebabkan kami dah takde topik maka mamat tu jadi mangsa umpatan kami. **

kepada mamat tu.. kalau ko bace blog nih.. kami berdua mintak ampun yek.. alaahhh.. aku tahu la.. ko mmg bace pun blog nih. gagaggaag...

eeeyyaaaaaaaarkk

semalam dok meluah kan perasaan kat mak tun tentang adik mamat tattoo tu. mak ckp sabar je!.. nak sebut perkataan sabar mmg mudah tapi nk melaksanakan sungguh payah. sampai tun byk sgt pikir sampai termimpi mimpi ngeri lak mlm tu. seram gak la. setan kacau la tu bila dh marah-marah.

malam semalam tun dgn hyunmin, enjoy kan diri. sbb mls nk pikir problem sbb kalau pikir pun bukan leh settle pun. tun ajak dia pergi kedai cari kek, coklat dgn aiskrim. tapi disebabkan semalam hujan so tak beli aiskrim tapi ganti dgn biskut. byk giler makan benda manis. pastu tgk 3 cite korea. dalam dok berborak tu.. hyunmin mengadu kat tun.. dia tak percaya bibble, dia x percaya kristian dan dia tak percaya tuhan. ini bukan kali pertama dia cakap tak percaya. pastu tun tanya, kalau tak percaya nape pergi church setiap minggu?? hyunmin ckp sebab dia cuba nk percaya. pastu yg agak tersentuh dia cakap dia cuba nk mengenali islam. doa tun termakbul ke? tun selalu berdoa supaya hyunmin ni tergerak hati dia nk kenal islam. sebab bagi tun hyunmin nih manusia paling baik yg tun pernah jumpa dalam hidup kat sini. dia tahu hormat org lain. hati dia baik sgt. kalau dia jadi muslim dia leh jadi muslim contoh .tun pun tak sebaik dia. hyunmin tak suka marah marah mcm tun. hyunmin tak pernah cari keburukkan org lain mcm tun pendek kata dia tak suka mengumpat. dan dia akan mencari kebaikkan diri org tu. cuma kekadang bila dia kurang senang hati dgn org tu dia akan jauhkan diri. sbb dia tanak cari sebab untuk marah. mcm mana la tun nk tlg dia kenal islam sedangkan tun sendiri pun jauh dari ciri ciri muslim sejati.

Friday, January 18, 2008

buat baik berpada pada

wahai org kampunnnnngg tun teja nk menyeru kepada semua supaya berhati hati dalam berbuat baik. walaupun kite tidak boleh mengharap balasan namun kite juga tidak wajar di tindas sama skali. apa tah lagi kalau kite dah tlg org tu pastu org tu bersikap kurang ajar lak. sikap kurang ajar sebegini la yg boleh wat org tensen. apa perasaan korang kalau korang bagi anjing kurap makan pastu adik anjing kurap tu gigit korang. kemudian dia perli korang cakap.. buat baik berpada pada. huhu msg itu telah disampaikan oleh adik anjing itu dgn jelas skali. kisah ini ada kena mengena ngn kisah mamat tatoo yg penah tun tulis dlm blog blog sebelum ini. meh tun ringkas kan kisah mamat tattoo nih. mamat tattoo ini merupakan ujian yg diberi bagi menguji tahap kesabaran tun teja. namun ternyata tun teja bukan la seorang yg penyabar. dan tun yakin api neraka skrg ni sedang marak menyala nk menelan tun kerana dok maki org je dlm blog. dan syaitan jahanam sedang menepuk tgn kerana gumbira melihat tingkah laku tun yg macam org sawan asik marah je.

mamat tattoo itu adalah melayu yg telah menyusahkan tun teja sepanjang tun disini. dugaan sungguh. namun tun teja sentiasa tewas dengan ujian ujian yg diberikan. arghhh mencik tul laa.

kepada org kampung.. ingat laa pesanan tun teja. berbuat baik berpada pada. jgn sampai di pijak kepala. kerana kepala mempunyai otak.. kalau dah lenyek otak tu.. mana korang nk cari ganti. arghhhh tertekan nye jiwa ku nih. otak ku seperti dilenyek lenyek . sakit laaaaaa.... sakit

Thursday, January 17, 2008

takde tajuk

nak cite apa yek. erm kelmarin tun dapat berita sedih ckp bro eksiden. dia skrg ni dalam koma. sedih sgt. kwn dia sms tun bgtahu. mungkin ini ujian utk bro. tun harap bro akan pulih sepenuhnya. tapi tadi kawan dia ckp bro takleh berckp lagi. masih lemah. sedih sgt.

cite pasal roomate korean tun nih. dia semlm sedih sgt. ex bf dia kasi barang mkn dan vitamin dgn surat, dlm surat tu ckp.. mamat tu mintak maaf. isk.. dah lukakan hati kawan tun.. pastu sesenang hati je nk mintak maaf. KABARETTT.. tapi takpela.. atleast mamat tu tak menipu mcm durjana yg penah tun kenal. dah berbini pun merenyam lagi mengaku bujang. muka dah tua ganyut tp gatall serta miang.... eeeyyyyuuuuccckkkk. najis najis. isk isk .

Wednesday, January 16, 2008

ni tuk kelat..


ok la sbb di tag oleh kelat. tun berasa sgt berbesar hati . tapi tun still blur.. camana ngn permainan nih. mcm mana nk letak link org yg kite dh tag. namun.. biarla dulu. nanti pening lak kelat nk ajar tun. huhuhuh.. so gambo dekstop nih.. bg memenuhi syarat permainan tag kelat. heheheheh

Monday, January 14, 2008

kelesuan berpanjangan

aiyark.. lately taktahu nape tun lesu je, x bermaya dan sering keletihan. naper yek? padahal tun tidak mengalami sebarang masalah dalaman mahupun luaran. nak kata tensen takde la pun. erm.. adala tensen sket. tensen sbb mic tun takleh pakai. so takleh nk berborak vc kat Ym .. naper yek . mungkin virus menyerang sistem laptop tun atau pun tempat pencucuk ini dah ranap akibat aksi ganaz ketika ber ym?? byk kemusykilan disini. namun biarla diri ini di selubungi misteri nusantara. malas nk pikir sbb tun terlalu penat..

tun sekarang ni dah tak larat nk melakukan kerja kerja yg memerlukan tenaga fizikal seperti memasak dan membersih ruangan bilik.tun hanya mampu melihat saja semak samun dgn ekoran mata dan apabila mata tidak mampu melihat tun sekadar memejamkan mata dan terus dibuai mimpi. yg paling aneh walaupun tun tido 8juta jam namun masih tidak mencukupi. masih lagi kelesuan. mengapa yek? tun serius nih.. tun asik letih je skrg nih. mungkin fenomena ini berlaku disebabkan tun menahan lapar dan dahaga. dan tun tidak mengamalkan pemakanan seimbang dimana semenjak semalam tun telah menghad kan hanya 3keping roti sahaja sehari namunnn.. jeng jeng jeng.. tun telah makan satu bar coklat besar yg mempunyai 1500kalori.

diet pekajadah nye kalau dh sumbat coklat?? giler.. tak konsisten langsung diet. sia sia je perbuatan ko tun! jangan jangan ko ni dah diserang penyakit kencing manis. salah satu tanda tanda awal penyakit kencing manis ialah sering mengalami kelesuan. baik ko berjaga jaga sebelum terlambat. hentikan la makan benda benda manis tun. takde faedahnye..

yela yelaaaaaaaa... x mkn dah. rini je last. sok tulat x mkn dah.

Thursday, January 10, 2008

lapar la

huwaaaaaaa.. sgt lapar la. padahal dh lunch tadi. hyunmin masak pasta. pastu tun mkn lak biskut celup teh hijau. leh imagine tak?? huhuh.. mmg tak sedap pun. tapi mkn je la coz itu je yg ada. kat luar tadi, jalan ngn hyunju (kakak hyunmin) tun gi buger king beli eskem chocolate fudge. huhuhu.. makan dgn penuh nikmat gitu. dah habis makan tun rasa bersalah pulak.. sbb langgar syarat berdiet.

belum kul 8mlm.. perut dah bunyi.. bg signal suruh di isi. maafla perut.. kite isi esok pagi je la ye

bila pikir kan lapar nih.. mcm mana nasib org yg kat negara mcm somalia ngn negara yg dilanda tsunami mcm indon takpun negara yg sedang berperang. mesti ramai yg kelaparan. tun lak terlebih makan sampai terpaksa control. diorang lak tak ada makanan. bila tun lapar mcm ni.. rasa kesian lak kat org yg tak cukup mkn nih. syukur nya tun x ditimpa nasib mcm tu. so jgnla membazir. tun mmg kena beli brg dapur sok. sbb dlm peti ais ada yogurt je ngn telur ayam yg dah expired. esok tun nk beli barang berkhasiat tuk diet.

barang yg nk diborong esok.
1. sayur tauge
2. taufu
3. kicap
4. madu
5. telur
6. roti
7. epal

cukup kot untuk stok seminggu... bila laa tun nk keding mcm victoria beckham tu. takpun mcm paris hilton ke.. kalau badan camtu , mkn kilang eskem pun dh tak kisah dah..

Wednesday, January 9, 2008

kenangan terindah

erm.. rini dah beberapa ari dah tun ngn roomate tido dlm kelaparan. kiteorg telah bertekad taknak mkn malam. pastu.. dekat dapur.. dlm peti ais. memang xde makanan pun. yg ada telur ngn beras je. kiteorg kali ini memang berusaha keras nk menurunkan berat badan. hahah.. so everytime rasa lapar di tahap maksima, kawan tun ni ckp.. "i'm starving" pastu dia masuk selimut dan terus pejam mata. hahah.. dia ckp tdo je leh wat dia lupa bab mkn. esok pagi, dia bgn awal gile.. dlm kul 6am. sbb nk bekpes. haha. lapar sgt la tu.

sejuk gile dublin.. skrg ni nak mandi mmg malas betul.. walaupun selama ni pun tun mmg malas mandi. tapi perasaan malas mandi semakin menjadi jadi dimusim winter. so mandi sehari skali je. bila mengenangkan sikap tun yg malas mandi, tak reti masak dan pendek kata malas serba serbi. tetibe teringat kat ayah. setiap kali cuti, bila kat umah.. tun mmg mandi lambat. bgn pun lambat. pas subuh.. tido sampai kul 12.. pastu bgn terus mkn.. pastu tgk tv. tempat tido pun malas nk kemas. bila ayah balik keje.. dia dh taktahu camana nk wat dah. Anak dara dia memang pemalas serba serbi. Kalau dulu dia slalu tanya soalan cepu emas. "along dah mandi ??". Tp lelama dia pun naik boring dah. Maka ayah pun redha je laa.. ngn anak dara dia nih.

hingga la. ada satu hari tu.. mungkin ayah dah tak tahan sgt ngn tun.. sbb masa tu cuti sem, setiap hari tun wat perangai malas.. xde sedikit pun perubahan. dia bebel pun.. tun wat x dgr je.
sampai dia tanya..

ayah : along ni , sampai bila nk jadi mcm nih, bgn lambat.. mandi pun malas. masak takyah cite la. kalau kat rumah mak mertua buat perangai camnih.. ayah taktahu la. mana ayah nk letak muka. malu ayah!

tun: alaaa.. rilex la ayah.. dah nk kawen nanti, org belajar la masak. ni lambat lagi. enjoy la dulu.

ayah: itu kalau org nak.. tp kalau org tahu perangai mcm nih, sape yg nak?

tun: alaaaah ayah nih.. ada la. mesti ada nye.. jgn la ayah risau.

ayah : ayah ada idea! apakata ayah wat offer. sape nk kawen dgn anak saya nih. saya bagi dia 8ribu. amikla dia nih. jaga la anak dara saya nih. malas dh saya jaga dia.. dia tahu mkn je.

**pastu ayah gelak gelak.. pastu dia blah je. mungkin dia rasa puas ati kot sbb dpt kenakan tun**

tun wat bodo je ngn ayah. mcm x dgr je. tapi masa tu memang rasa tak puas hati. ada ke patut dia nk kasi 8ribu kat sape yg nk kawen ngn tun. patutnya.. pempuan la dpt duit hantaran, cesss. nampak sgt dia malas dh nk jaga tun time tu. sampai sanggup wat tawaran mcm tu skali. isk isk.. tun mkn xdela byk sgt.. byk sket je. tapi takkan la ayah sanggup nk wat camtu skali.
walaupun tun mls mandi.. tapi tun wangi je.. tak caya ker?? .. betul laa.. tun wangi laa.

Sunday, January 6, 2008

eskem biskut ngn nasik

giler bapak nye enjoy weekend ni. tun dok mkn eskem, biskut ngn nasik. pastu dari pagi sampai kul 6.30ptg dok makan je. tadi tun check tiket nk balik msia. mahal gile. naper yek? sbb petrol nek ke? isk isk pastu tun tgk yg paling murah nek emirates. so.. lusa tun book la tiket. x saba nk balik.
wsok taknak pikir eskem mahupun biskut tiger. tun nk mengamalkan cara hidup sihat. so.. lusa kena borong makanan berkhasiat. waduhhhhh.. korang penah tak pas mkn rasa bersalah kat diri sendiri? rini pas mkn tun rasa bersalah. sb kalori yg tun makan melampaui batas.

cite pasal hyunmin. semalam dia meluahkan perasaan. org baru pas kuciwa bercinta mmg suka meluahkan perasaan. dia cakap.. bf dia rupanya dok kapel ngn bestfriend dia kat korea. haiyark. durjana sungguh la mereka itu. si minah tu pun satu.. dh tak cukup jantan ke sampai nk berebut ngn bestfriend sendiri. sian kat hyunmin. tah pape je. ni nama nya kawan mkn kawan. perbuatan ini juga dikategorikan sebagai kabaret. dari kelmarin.. si hyunmin ni dok menanggis je. isk isk isk..nape org kalau kecewa kena nangis yerk. yg wat tun sedih tu.. dia leh ckp. dia harap ex-bf dgn kawan dia bahagia. aduihh mulia nya hati ko. kalau tun kat tempat dia dah kompem mamat tu dapat maki hamun dari tun. pastu harapkan durjana kabaret tu kena gelek dek lori. tun sungguh keji kan kan kan kan kan...

nampaknya azam tun nk jadi pempuan melayu terakhir terpaksa dipospon ke tahun 2020.

Thursday, January 3, 2008

cejukk

tadi on the way balik umah.. huhu ada snow flakes..
sejuk sgt... tapi best. skrg ni winter sale mmg murah gile
tapi dh tak mampu nk shopping. so.. tahan jela nafsu.
hyunmin roomate tun.. masih mencari cari jejaka idaman. semoga berjumpa la dgn
mr right dia nanti. takdela dia sedih sgt. yela org pas putus cinta.
lagipun jantan kabaret bukan nye berbaloi pun kalau kite nk sedih lelama sgt
tul tak??

azam tahun 2008.. ttaknak mkn pas kul 7.. ermmm.. nampak nye masih bertahan
cuma nk mengurangkan penggunaan bahasa ngeri masih agak sukar nk dilaksanakan.
kalau cenggini camana nk jadi pempuan melayu terakhir?
sukar sukar.. .. ternyata amat sukar buat tun.

cian dia

azam tahun baru tun, selain dari nk jadi pempuan melayu terakhir.. tun dh berazam taknak mkn malam pas kul 7. ermm hari ini.. 1st day tun start. agak sukarla gak. lapar gak la. tapi takpe.. tun dh nekad nk mkn nasik seminggu sekali je. tun pun dah kurangkan marah. malas nk marah marah. org ckp.. suka marah ni cepat tua. isk isk isk.. umur dah naik nih, jgn marah marah. supaya kelihatan muda sentiasa. tapi ari ini. adalak penyebab nk marah. huwaaa

roomate tun.. hyunmin baru pas putus cinta.. sian kan. dahla masa new year bf dia call ckp nk break up instead of ucap hepi new year. apa jenis jantan..ops.. apa jenis laki la. mamat tu bagi alasan sbb dia takleh terima long distance relationship. what the hell..ops.. aiyark.. susah nye nk jadi pempuan melayu terakhir nih. tak maki jantan kabaret bila marah.. tak lengkap kehidupan tun. isk isk.. tun.. sopan sket okek.. jgn ikut sgt perasaan. sabar sabar.

tun bukan per.. sian lak kat member tun sorg nih. mamat tu pun satu.. bukan lama pun nk tunggu. dulu masa mamat tu kat jepun..hyunmin leh je tunggu tapi bila turn awek dia. mamat ni takleh lak.. apa kejadah semua ini. takpela.. as usual.. bila org putus cinta.. tun ckp u deserve someone much much better. tapi.. tun tahu.. susah gak nk hepikan hati org yg dah retak. kalau tampal plaster pun lum tentu leh sembuh. ckp byk pun takde maknanya.. the only thing yg leh tun wat.. tun dgr je la. luahan perasaan wanita. walaupun tadi tun agak mengantuk. namun.. layan je la. bab paling boring tun nk dgr dlm idup ialah.. bila org putus cinta. pastu dok syg kan exbf tu lagi. aiyarkkkkk.. jantan bukan sekor. erk..silap silap.. kumbang bukan sekor. tun ckp kat hyunmin..nk get over ex bf dia.. kena cari pengganti. so hyunmin janji nk cari pengganti esok. hahahaha..

sekian dari kaunselor tak bertauliah.

terima kasih.