Friday, February 26, 2010

pejam celik

pejam celik pejam celik dah lebih setahun sebulan jadi bini orang and dah 4 bulan bergelar ibu. mikhail semakin bulat. kami berdua membesarkan badan. setiap pagik mikhail dah gerak ibu ajak jogging. ibu yg mengalami masalah menahan nafsu pula.. on the way balik dari berjogging singgah dulu gerai nasik lemak untuk membeli nasi lemak dan karipap. mana laaa berat tak bertambah tambah berat. dan setiap kali melihat penimbang kat tepi rak kasut akan berasa seram sejuk ketakutan. kerana jarum macam susah nk berhenti dan akan berhenti ke angka yg paling ditakuti wanita. owhhhhhhh!! dan bila tanya pada suami. syg tak bini dia? si suami dgn cool akan menjawab sayang. bila tanya gemuk ke tak, dia akan menjawab tak. walaupun hakikatnye tun tahu beliau bohong.. tp sejuk gak la hati nurani dgn jawapan tu. tun rasa maybe suami tun takut nk bercakap benar sbb takut pelempang size XL akan hinggap di pipi beliau. huwaaaaaaaaaaa. tun gemokkkkkk!

alhamdulillah setakat ni tun bersyukur sgt dikurniakan sebuah keluarga yg sgt sempurna dan bahagia. mak dan ayah pun masih lagi melayan karenah kami mcm kami ni anak kecik diorg. and the best part.. ayah still bagi tun dan adik duit belanja. sayang ayah to the max.

mikhail.. dah nk masuk 4 bulan. muka nya makin bulat. dan byk cakap. tautau apa yg dia bebelkan. tun masih ingat lagi masa dia umur sebulan. tun dgn suami terkejut sgt bila mikhail sebut acuuu. masa tu dia tgh nangis sbb nk susu.. tp tun agak lambat terus dia jerit sebut acu. boleh imagine takkk bayi berumur sebulan dah leh sebut perkataan???? kitaorang dua tergamam, and that was the last time kami dgr dia sebut acu. pasttu dia dah jadi bayi normal kembali. mikhail ada tanda lahir 5 titik kecik yg berbentuk bunga di belakang kepala dia. macam kena cop . mmg pelik!.

suami lak.. sejak bergelar ayah nih, kasih syg dia pun dah dibahagi dua. kalau dulu balik keje , buka je pintu umah cari bini. sekarang ni buka pintu cari anak dulu. kalau sms pun dah tak tanya khabar bini tapi tanya mikhail sihat ke tak?? jelesss giler. ada orang ckp kes tun agak terbalik. sbb selalunya suami yg akan komplen sbb bini tak layan diorang kerana anak. tapi tun pulak.. mcm kekurangan kasih syg suami. mikhail dah amik separuhhhhhh..