Monday, December 29, 2008

seru dah sampai

pejam celik pejam celik.. dah 5bulan jadi tunang orang. pasnih masa untuk berkahwin lak. tak sabar rasanya.. wakakak.. gatal sungguh. ops.. aku nk kawen bukan sbb aku gatal. aku cuma mengikut sunnah nabi. org kata kawen tu syiokkkk.. agaknya, itu pasal byk jantan tambah bini. isk.. yg tu kawen atas dasar nafsu semata mata.. hak ptuihh. gi mampus kepada jantan jantan kabaret.

yei yei.. menghitung hari je ni nak kawen.. lagi sebulan je. Tak sabar lak rasanya. OIT tun.. apsal ko nih?. mcm tak sabar sabar je nk kawen nih. byk sebab musabab kenapa aku tak sabar nk kawen. tapi antara yg aku leh listkan kat sini.

1. segala hutang keta, duit umah serta bill utiliti akan ditanggung sebanyak 90% oleh si suami apabila kawen kelak. perghh.. bukankah itu suatu yg sgt menakjubkan???. skrg nih.. belum cukup bulan..duit dah negatif. tapi apabila masuk ke gerbang perkahwinan.. semua itu akan menjadi tanggungjawab si suami. (rasa nk kawen sok je)

2. Aku ni nampak je brutal.. tapi hakikatnye penakut. tapi bila dah kawen.. ada org temankan sentiasa.. best kan?????

3. Aku mempunyai jiran tetangga yg agak bz body, tiap kali tunang aku amik aku kat depan rumah, pasti tingkap tingkap jiran tetangga terbuka secara manual oleh penghuni yg tidak mempunyai kehidupan yg sempurna. Kekadang tindak tanduk mereka lebih extreme , pernah gak la menjeling kami mcm laa kami ni nk wat maksiat. setakat nih belum pernah lagi aku bawa tunang aku masuk rumah bila family aku takde. aku tahulaa hukum hakam. tapi skrg ni dh kurang sket adengan bz body mereka.. sbb boring kot, tgk kami ni takde aksi aksi luar tabii.

4. Pasni aku tak payah nk merajuk bile beliau tak tepon or tanak jumpa aku. bill tepon pun dpt dijimatkan. Sbb nanti aku akan berkepit dgn dia sepenuh masa biar sampai jiran tetangga naik meluat tgk kitaorang.

5. sbb ke-lima nih.. huhuhu.. sebenarnya sbb UTAMA kenapa aku nk kawen.. sbbb.. errr sbb.. sbbb.. sebabbbb.. SEBABBBBBBB..
aku syg kan dia. syg byk gile kat dia.

oklaaa. tulaa antara kenapa aku nk kawen!. gagagagga.
maaflaa sbb penggunaan bahasa yg agak kasar lak skrg nih. aku malas nk pakai nama sb aku nk tulis mcm aku berinteraksi dgn diri aku sendiri. lagi terasa feel bila ber blogging.

kepada kengkawan yg dikasihi.. sesapa nk kad jemputan kawen. lehla email kat tun teja. kad akan sampai ke peti surat anda dalam masa seminggu .

Sunday, December 21, 2008

wiken yg sheronokk

stimixxx suxxx!! mengong nye stimix.. dekat seminggu tun tak leh online sbb mende alah ni takleh nk connect. bile tepon org telekom.. barula mereka nk amik tindakkan yg sewajarnya. mongok tul!. mcm ne laa line pun leh takda. walaupun stimix ni encik tunang yg bayar, tapi tun still mahu bengang!! bayar gaji buta je kat mereka mereka itu. hakkk ptuihhh!.

tapi sabtu ritu dah cool!. sbb tun dapat berjumpa seorang awek yg cun melecun!. siapa ituuu? tadaaaa... beliau adala cik weween. perghh comey gile awek tu. beliau kata beliau seorang yg gemok. cess. tipuu semata mata rupanya. org nye kicik molek je. comel gitu. tp tun x bawa kamera. tak dapat nk letak pic kat sini. sorry. apa aapa pun.. tun nk cakap kat ween.. tun happy sgt dpt gi dating ngn ween. kami gi tgk cicak man. yuhuuuu.. cite tu best la gak. lawak ringan. kagum pun ada. pendek kata tun nak kasi 4 bintang kat cite tu. ween.. bila kita nk tgk movie lagi yek???

isnin lepas, dpt msg dari encik tunang. beliau wish anniversary kita org yg ke 8thn. huhuhuhu.. 8 tahun ker? x sangka kan. pasni.. nk jadi bini kepada beliau lak. huiyoooo.. dah nak kawen dah anak dara brutal nih. tetapiii...
persiapan kahweenn tak siappp lagik. huwaaaaaaaaaaaaa...


p/s: encik tunang !.. i miss u, lebiu sooo much.


Wednesday, December 3, 2008

takde pape..

ada yg tertanya tanya pasal posting yg lepas. tun teringat pasal pesanan mak tun je. Tu je la ayat yg selalu di repeat oleh ibu tersayang. Dulu ingat cam takleh pakai.. rupanya memang benar. Byk gila durjana kat dunia nih. Bebaru ni adik tun terserempak dgn durjana mughalazah dgn bini beliau. Menurut adik Tun.. Durjana itu kelihatan sungguh selebet sekali. Huhuhu.. tak pakai baju BMW lagi ke bang?. or baju tu dah koyak rabak? kesiannn!!

Pasal tunang tun plak, sejak tun tarik muka 14inci...Dia terperasan lak aritu. Malam tu beriya iya nk jumpa tun. Tun yg cuba menjual mahal pun menolak la. Tapi.. rindu beb.. rindu. So tun pun ckp OK. Pulang je tun dari kerja..sampai kat area umah, encik tunang dah tunggu dlm keta. Pastu encik tunang buat magic!. Dia keluarkan sejambak bunga ros dari jaket beliau. WOW.. cair gilerrr hatiku. Dia mintak maaf. HUHUHU... bahgia nya daku. Hopefully , lepas kawen pun.. leh dpt bunga sebulan sekali. hukhuk... sbb lelaki nih.. b4 kawen romantik bagaikan nk rak. Tp bila dh dpt.. kita ni mcm tak berharga lak. Tun takut if perangai dia mcm durjana mugholazah yg pernah tun jumpa. sudah berbini dan beranak 2 pun masih merenyam nk menggatal cari anak dara. Ya ALLAH.. jauhkan la daku dari spesis begini. Sesapa tersentuh dgn spesis durjana ini hendak la membilas kulit mereka dgn air tanah. hakk ptuihhh!!

Last weekend, tun pergi kursus kawen dgn encik tunang. Tun pergi kat Zura akademik. Sesapa yg pergi kesana minggu lepas pasti kita ada terserempak cuma tak kenal je. BEST GILERRRRRRR.. Rasa nk pergi lagi dan lagi dan lagi lagi lagi. WAHAHHAHAAHK. Para ustaz dan ustazah kat situ telah memberi satu gambaran yg best apabila sudah berkahwin kelak. Ini membuatkan diri ku tak sabar nak naik pelamin. wahahahhahaah. Ustaz kat situ lawak giler. Cuma boring bila bab mengisi borang kawen.. tu yg tak best. Susah gak nk kawen nih!. Byk sgt prosedur. Tun kena buat ujian HIV, kena mintak borang pengakuan anak dara ( bunyi cam kelakar je kann). Padahal borang tu untuk mengesahkan bahawa tun belum pernah berkahwin. Bagus kan undang undang malaysia. Dgn adanya pengisian borang pengakuan bujang, susah la lelaki nk tipu perempuan kalau nk tambah bini.

Kelmarin tun ada gaduh skit ngn encik tunang.. rasa cam nk bagi balik cincin. Geram yg teramat sgt. Tapi bila di pujuk.. lembut lak. Actually benda tu kecik je. Cuma tun je suka cari gaduh. Sbb bila si tunang pujuk.. hati ini rasa bahgia sgt. Lagipun before kawen la pun , kaum wanita boleh mengada ngada. Dah kawen nanti, lum tentu si suami nk layan kita mcm permaisuri. BETUL TAK???????

Monday, December 1, 2008

trust

men cannot be trusted!!!!!. Ini ayat yg mak selalu selalu pesan. Sebaik baik lelaki di luar sana.. tlg la jgn percaya!!!!!!.

pesanan ini ditaja khas oleh tun teja sdn bhd.