Tuesday, February 24, 2009

sedangkan lidah lagi tergigit...


huwaaaaaaaaaaaaaahakhakhak.. tun ketawa dalam tangisannn. cewaaaahhh!. mcm rasa kelakar lak bila mengenangkan bday tun tahun nih. ini merupakan kali ke8 tun meraikan harijadi ke 18. terasa seperti semakin comel!!.. lemak-lemak makin bertambah.. emm memang comey. semalam bday tun.. a day before, husband tepon kat opis ckp dia tak prepare hadiah sbb dia balik lambat. tun pun ckp.. tak kisah la walaupun dalam hati mcm terguris la gak. bday dia tun prepared sebulan awal. tetiba bday kita .. dia bg alasan tak sempat.. cett.. tapi bila difikir balikk.. bulan lepas kami mmg bz dgn preparation untuk kenduri. so tun tak jadilaa nk berkecik hati.

bila tun balik keje, husband sambut dgn 2 slices kek secret recepy.. cedapp. pagi bday tun.. tun pujukla si husband minta dia pegi opis lewat sket. yelaa.. nk la bermanja manja dgn beliau di hari special. ingatkan nk gi bfast sesama. tetapi si husband ni ckp dia kena dtg awal sbb keje byk. pukul 1 tun tepon beliau.. nk borak borak.. tetapi husband tun ckp takleh sembang lama sbb nk wat keje. betapa keciknye hati tun.. mcm tak dihargai. so tun pun letak fon tanpa cakap I LOVE U. hahah. pastu tun matikan henpon tanda protess. Pukul 1.50 tun lepak kat surau opiss. dalam pukul 2.30 tun on balik henpon ada 12miskol dari suami tun. tun teponla balik,, dia pun ckplaa.. td dia dtg opis cari tun.. tapi dia taktahu department mana tun keje.. dia bagi nama je. dan yg paling kelakar, receptionist tu call salah orang. husband tun ni pun berborakla dgn minah yg sama nama dgn tun. kununnn nk pujukla. tapi pujuk salah orang. nasib baik..minah tu tak turun lobby..kalau tak.. memang malu. pastu barulaa husband sedar dia dh salah orang. beliau pun pegila balik ke opis dgn perasaan hampa. bila tun tepon dia.. dia on the way nk balik opis.. tun lak gi marah dia balik.. sbb cakap ngn dia..hal rumah tangga tak payah bawa ke opis. Dia ckp sorry.. dia kata dia risau tun marah. cess laki memang cemtu.

tun pun ckp kat dia naper dia wat mende bodoh, pastu dia sms tun balik "lelaki akan buat benda bodoh semata mata nk cakap sayang dekat orang yg paling dia sayang". perghh masa baca msg tu rasa nk luruh jantung tun. terharu lak. tapi orang laki mmg cemnih.. bila dah marah baru laa nk tunjuk syg..masa kita nk bermanja manja wat tak layan.. cesttt! sepanjang kat opis rasa mcm nk gelak la bila kenangkan peristiwa yg tah papa nih. tapi barulaa tun sedarr.. betapa sygnya dia pada tun. pasni takmauu marah marah dh.

tadi tun balik dari opiss.. husband tun tgh nyenyak tido atas sofa.. pastu terpandang ada sejambak bunga. rasa mcm bahgia lak. tun memang lemah dgn bunga. kesian lak kat husband.. tadi masa tun marah.. tun tinggikan suara. tp skrg ni rasa berdosa lak.

suami tun memang sengal.. tp tun tetap syg dia. betul la kata P.Ramlee,. lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Wednesday, February 18, 2009

dating-dating

dah 3minggu tun bergelar bini orang. dan sekarang ni tun tak sabar nk jadi mak budak pulak. huhakhakhak. cett.. baru 3minggu kawen dah berangan lebih lebih plak. sungguh tidak rasional. sepanjang 3minggu jadi surirumah part time. terasa sungguh hebat. almaklumla.. wanita berkerja masih lagi mampu untuk memasak untuk si suami tersayang. Dulu masa hidup membujang.. pegang kuali pun setahun boleh dikira dgn jari jemari. Tapi skrg nih... memasak tu dah jadi satu rutin kehidupan plak. Dekat opis, dok memikirkan lauk apa yg tun nk masak untuk insan tercinta. mesti ramai tak percaya kan, anak dara yg dulu yg ganaz serta brutal kini sudah bertukar menjadi seorang bini yg sungguh mithali... wahahak kot sedap ati aku je nk melabelkan diri sebagai mithali. Padahal masak sejenis lauk setiap ari. itu pun ko dah rasa diri hebat. perasannnn..

last weekend, tun dah plan dgn suami tercinta nak gi dating dating mengimbau kenangan zaman bujang. pastu beliau pun book la tiket ONG BAK 2. mcm sonok lak nk kuar dating nih. almaklumlaa.. sepanjang minggu lepas kawen.. kami berdua memang bz mengalahkan ahli korprat. masa nk beli pop corn tu.. ada sepasang suami isteri yg layak di gelar pakcik dan makcik. mereka keluar menonton wayang bersama anak anak mereka yg hampir separuh dozen. pastu.. tun yg masa tu extra manja.. dok peluk peluk laa laki tun. diorang dok tgk tun ni mcm laa kami ni sepasang kekasih yg sedang melakukan dosa dosa. cettttt!!!!.. tak baik oo mereka berprasangka buruk . lepas ni tun nk tampal sijil nikah kat dahi.. baru senang sket kot.

tun harap februari ni takkan berakhir.. sbb bulan nih.. bulan paling bahagia buat diri tun.

Saturday, February 14, 2009

pic kawennnnn lagikk.


berdebar debar nye.
suami ku yg sengal. but i still love him . muaah
acara silat dari kanak kanak comel. beshhhh!
Acara pembatal air sembahyang. masa ni dah rs best giler. sbb dah sah!!
ni anak buah tun , Amrun zafran
kek ni kitaorg beli last minit. sbb terlupa tempah. so amik kek org len yg di tempah untuk the nex day. sib baik tokeh kek tu baik ati .



ini gambar gambar anak anak ayah masa lepas nikah. huhu. hepi sgt!
sayang ayahhhh!!. lebiuu
ini masa dgr tok kadi bagi khutbah. tun dan adik sgt kusyuk. hukhukhuk

Tuesday, February 3, 2009

hepi .. alhamdulillah.


dah cukup seminggu tun sah jadi isteri kepada si dia. Mula mula rasa berdebar nk mulakan hidup baru. Tetapi setakat ni tun boleh cakap, tun bahagia. mungkin ada yg ckp.. terlalu awal lagi nk komen. Orang yg berumah tangga 10 tahun pun boleh bercerai berai. itu tak masuk kes bermadu. Tapi apa yg boleh tun buat sekarang ni, Tun sentiasa berdoa agar si suami tercinta ni takkan berubah walaupun secebis. Bila menyebut bab bermadu. ataupun lelaki miang. Tun jadi takut sket. sbb dah banyak pengalaman tun jumpa jantan spesis kabaret yg tak berperikemanusian. Anggap wanita ni seperti barang mainan. Entah kenapa tetiba.. nilai keyakinan tun turun. Tun dah rasa kurang menarik, rasa seperti ramai lagi wanita yg cantik kat luar sana. Bila terpandang perempuan cantik.. cemburu tu ada. Takut kalau si suami memuji perempuan lain di dalam hati. Almaklumlaa bila dah gemuk ni. Simpton simpton cemburu semakin menjadi jadi. SO bila dah sedar diri dah mengembang.. tun pun mengambil keputusan untuk men-dietkan diri secara yg mendadak . sabtu baru ni, tun makan bihun je waktu sarapan. Dan tun tak makan apa apa pun sehari suntuk. Ke-esokkan hari pulak.. tun makan sesudu nasi dan lauk serta kerang. Tun cuba mengawal makan sedaya upaya. Hari isnin.. bangun dari tido, perut tun sakit sgt dan tun mengalami backpain giler babeng nye sakit. Tapi tun gagah kan diri pergi opis.. bila sebut backpain. Kengkawan opis yg berotak kuning kebiruann,,leh wat lawak 18sx plak. CISSSSSkek ! aku sakit bebetul.. diorang pikir menda len plak. Tak guna betul la.. isk isk isk.

Tun bertahan la sampai laa balik rumah. Tapi sakit semakin menjadi jadi.. sampai menangis gak la. Tun suruh si suami tercinta urut belakang.. tapi tak menjadi pun. sakit lagi ada la. Pastu.. tun tgk muka dia dah berubah. Gelabah giler-giler. Kami pun pergila ke klinik terdekat. Tapi klinik tutup ler plak.. nyampah. Pastu tun balik umah. si suami genggam tgn tun. Tak henti henti tanya ok tak. Tun ckp sakit sgt siap mintak ampun kat dia kalau ada dosa dgn dia. Dia tertido sambil genggam tgn tun. Rasa syukur sgt sbb dpt suami yg caring macam beliau. Alhamdulillah.

Pagi tadi si suami pergi keje, rasa sihat sket.. tapi belum pukul 8pagi tetiba sakit perut sampai muntah. Tun tepon adik mintak antar pegi klinik. Rupanya tun ada gastrik.. selama ni tak pernah lak penyakit tu singgah kat badan tun, Kacau daun betul la. Baru nk menurunkan berat badan. dah kena gastrik. warghhhhhhhhhhhhhhhhh. geraaaaamm nye. adakah ini menunjukkan tun sudah semakin tua.. owhhh tidak. tun tetap 18 seperti dahulu.

Namun tun rasa bersyukur sbb si suami tak pernah berubah. Malah sejak berkahwin ni tun dapat rasakan..diri dimanja lebih. Tun nak apa apa pun diturutkan. Kemas rumah pun dah menjadi tugas beliau.. huhuhuhu.

antara agreement tun dgn dia sebelum berkahwin.
1. si suami kena buka pintu kereta untuk tun sampai tun beranak pinak.
2. Si suami kena telefon tun 3 kali sehari di opis.
3. semua bil utiliti/kereta menjadi tanggungjawab beliau. so gaji tun.. takleh sentuh. huhuh.. kejam tak daku?
4. Kena kiss dahi tun b4 pergi keje.
5. Sembahyang berjemaah bila kitaorang ada kat rumah.
6. Bila keluar berjalan-jalan kena berpegangan tangan.. walaupun dah beranak sedozen. (ingat kilang ke?)

actually ada 10 perjanjian rasmi kitaorang.. tp yg lain lain tu takleh la cite byk. Takut korang kata tun bersikap kejam plak. huhuhuh

** nota buat suami tercinta** I love u so much!!!. thanks for everything. Tun janji tun akan jadi isteri yg sabar. Takmau marah marah dah. Nak jaga syg elok elok.

( sesiapa yg rasa nk muntah dgn entry kali nih, sila la ke toilet. Jgn muntah merata rata. Tak elok di pandang masyarakat)

saya dah kawennnnn... !!!!!!!

ini picture masa malam nikah. dimekap oleh adik tersayang.


siapa bijak? cuba teka si baju kebaya kuning itu siapa?
jeng jeng jeng jeng jeng jeng!!!!!!!!


di apit oleh emak dan ayah tercinta. muuuaaaaaaaaah




ni gambar kawen yg ditangkap oleh kameraman yg tak profesional a.k.a adik tun. kalau nk yg profesional kena tunggu lagi 3minggu. sbb kameraman tgh sibuk men-edit pic pic kawen tun hopefully dia dpt mengempis kan body tun. huwahahak.. huhuh.. tun sungguh kecewa dgn body tun di hari persandingan tun.tersangat gumuk huduh betul. masa pilih baju bersanding tu.. macam lawa je. bila dah disarung ke badan.. macam balut nangka je. huwaaa. nilaa yg terjadi apabila makan tak sedar diri. bila orang tanya tun, naper badan naik mendadak. dgn laju nye tun menjawab "bahgiaaaaaaaa....". memang hakikatnya tun bahagia. tun letak skit dulu picture kat sini. sbb nanti nak letak lagi.. tun harap semua dpt mendoakan semoga tun berbahagia dgn suami hingga ke akhir hayat.