Friday, March 27, 2009

kehidupan yg sungguh NORMAL.

bila dah kawen nih tun rasa macam takde apa apa yg menarik lak. kehidupan tun sungguh normal tidak paranormal langsung. takde apa yg menarik pun. berkongsi hidup yg normal dgn seorang suami yg sempurna untuk tun memang tak membosan kan. Walaupun kehidupan tun macam org lain. hidup secara normal.. tapi Tun tak bosan pun. Macam biasa.. rutin harian tun, masak untuk suami, kemas rumah, tgk tv, mengemop lantai, sidai baju, check email suami..if ada skandal skandal ke. ALHAMDULILLAH.. takder!!!, memang sah beliau bukan di dalam golongan Durjana. muaah. syg suami tun.

hari hari hujung minggu pula, kitaorang akan cari aktiviti sihat untuk dilaksanakan. Contohnya.. pergi berjogging ditaman tasik shah alam. Mula mula sampai je, semangat nak menguruskan badan sungguh berkobar kobar. Tun dgn takburnya berkata kepada suami "sayang, kita jogging dua pusingan kay.. pastu kita balik ". Suami yg penyayang itu pun menjawab " Ok sayang, u larat ke nih? sbb besar tempat ni". tapi tun tetap dgn pendirian tun. Suami pun ikut jer la..namun.. jeng jeng jeng.. baru sampai separuh.. tun dah mengeluh. "syg, jauh lagi ker? penat la.. kasut jogging i buat kaki sakit la. " husband dah senyum sinis pastu menjawab " baru separuh dah tak larat ke?" pastu tun wat muka seposen tunjuk kasut jogging. Walaupun hakikatnya tun kekurangan stamina.. tapi demi menjaga maruah diri sendiri depan suami tun salahkan kasut jogging yg baru pertama kali dipakai. Suami tun seperti termakan dgn muslihat tun beliau pun seperti menyalahkan kasut jogging tun "takperla sayang, esok kita beli kasut yg baru kay." suami memujuk isterinya yg mengada ngada tu. Nak pusing satu taman tu.. mengambil masa selama satu jam. penat gilerrrrr!!. maka niat nak buat dua pusingan terpaksa dibatalkan sama sekali. Sampai je ke kereta tun suruh suami yg baik hati tu cepat gerak ke pasar malam. takut tak sempat lak nk beli belah.

sampai je di pasar malam, tun dah macam orang sasau. tgk itu nak. tgk ini nak.. kalau boleh nak bawa semua sekali balik rumah. bila badan penat campur lapar.. tgk pula mcm mcm ada .. apa lagi. tun dan suami memborong makanan macam nk mati keesokkan harinya. . malam tu..kitaorang mkn sambil tgk akademi fantasia.. owh.. sejak bila anda peminat af nih??. owh.. sejak jadi bini orang, mentaliti pun dah berubah.

itulaa rutin harian tun.. takde yg menarik. namun tun tetap bahagia bersama suami yg paling tun sayang. layanan dia masih belum berubah lagi. masih seperti dulu. pintu kereta, beliau yg bukakan untuk tun. dia masih lagi seorang yg penyabar walaupun kekadang perangai tun mcm budak tak cukup umur. dia tetap bersabar.

YA ALLAH.. ko panjangkan lah jodoh kami sehingga akhir hayat. jgn ada org ke tiga dlm hubungan kami. aminnnnnnnnnnn.

i'm, so in love!