tun sgt stress apabila melihat suami menonton tv mahupun melayan twitter di henpon. rasa mahu je ku campak henpon itu ke lubang jamban. kan ku sudah bilang.. suami saya hanya romantik dikala bininya pregnant jer. bila anak dah kuar beliau pun lepas tangan.. stressssss. dia balik keje bawa anak naik moto pusing pusing 15 minit pastu gi surau pastu balik dia layan CSI kat tv pastu anak nk manja manja dia wat bodo. tu baru anak nk bermanja manja..belum lagi bini. sakettt hati ku. haritu laki ku pegi team building 4 hari. bodoh giler kompeni tu antar staff pegi sampai 4 hari. tak pikir ker..staff tu ada bini yg baru pas bersalin yg memerlukan sokongan suami. stupiddddest sungguh. 4 hari jaga anak siang malam secara solo memang menimbulkan tekanan tahap maksima. bila laki balik dari team building tun dah warning " kalau bonus you tahun ni dapat sikit..memang i nk hamuk jer kompeni u" .
menurut suami bonus dia bulan 7, si isteri sudah mula menghitung hari.. nk itu nak ini. tapi kalau dpt sikit.. mmg isterila lebih frust dr suami. huwahahahahak.
tapi bak kata org tua tua, setiap kejadian ada hikmahnya. disebabkan menjaga 2 anak di rumah..aku nk makan pun x sempat. penatttt giler babas , sorang nk susu, sorang lagi dh sepahkan dapur. baru kemas dapur, ruang tamu lak dah mcm titanic dilanda todak. anak teruna saya ni mmg suka buli ibunya di rumah. sedihhhh . hikmahnya..jeng jeng jeng.. saya sudah boleh pakai jeans sebelum pregnant. masa tgk jeans tu dlm hati dh bagi amaran, kalau tak muat takper, ada sebulan lagi. nanti muat la kot. tetapiiiii...muat jugak akhirnya. huwaaaaa.. itu merupakan satu kejayaan yg tidak disangka-sangka. mcm nk pasang microphone..nk hebahkan satu dunia aku dh boleh pakai jeans sebelum pregnant beb.
so target seterusnya .. nk pakai jeans zaman anak dara. masa berat ala ala tin susu pekat. walaupun sekarang berat mcm tin biskut timbang, namun akan kucubaaaa. kununnn nk perangi nasik. semalam dah bertekad xnak makan nasik, harini telan 3 pinggan. itula tun teja. cakap tak selupa bikin..oleh itu tun nk ckp..tun nk jaga anak sampai kurus.. huhu. yg tu x dpt dielakkan.