
bila rindu ku sebut nama mu.. cewaaaah. ngader jerk. lama tak berblog. rindu lak. aku tak rindu kat blog pun. aku rindu pada seseorang. walaupun tido sekatil, hidup sebumbung, makan semeja, minum berkongsi cawan dan berkongsi macam macam lagi la. entah kenapa masih lagi rindu. adakah ini simptom simptom biasa bagi ibu mengandung. arghh mengade je!. tapi memang tun rindu kan beliau. rasa nk pergi tgk wayang, tgk tv berdua-duaan, pergi jogging di taman tasik shah alam, rasa nak pergi bercuti cuti sambil bercanda di tepi laut seperti zaman dolu dolu kala. owhhhh.. semuanya hanyala tinggal kenangan. mengapa semua ini berlaku???? semua nya berlaku bukan atas kehendak kami tapi takdir yg menentukan.. ececece.. macam tragis je kisah rumah tangga tun. takderlaaa. lately, suami tun memang byk berubah.. semakin caring, semakin romantik dan semakin cerah..terima kasih nouvellex. gagaga (lawak ni adik tun je yg paham).
kami berdua tak dpt nak meluangkan masa berdua duaan seperti dulu lagi kerna.. jeng jeng jeng. kerana anak dalam perut ni membatas segala aktiviti hujung minggu kami. bila tun ckp nak tgk wayang, ada org pesan.. time pregnant ni baik dok atas tikar sembahyang baca surah lukman dgn yusuf supaya anak yg dilahirkan akan menjadi anak yg soleh dan hensem. bila tun nak ajak gi jogging, perut dan lemak lemak tepu di badan seperti menghalang dari tun bgn untuk beriadah. tun lebih selesa bersantai di depan tv sambil mengunyah biskut, nasik, pisang goreng, eskrem dan sebagainye asalkan ia halal untuk dikunyah. Bila ajak pergi bercanda-canda di tepi pantai ataupun berkelah di sungai... ada je halangan yg tak dpt dielakkan. huwaa. sedihhh.
minggu ni tun balik kampung beliau. berat nye hatiku... tp bila mengenangkan.. hujung bulan nk balik kg tun pulak. terpaksala kita turutkan sahaja kehendak suami tercinta supaya dia tak balas dendam wat pasal lak. takmo balik perak. leh manangis irama dangdut laa kalau suami taknak balik. ohhh ibuuu mertua ku, tun nak balik nih. harap harap dptla bawa balik tempoyak sebalang. tun dah hampir hampir tahap mengidam dah nih. gulai tempoyak merupakan makanan exotic kegemaran tun. tun leh hirup kuah dia mcm hirup tomyam..slurrrrrp. sehingga menjilat jari. sedapp bebenor.
asyik ingat makan jerrr. badan pun dah kembang sekawah. bukan takat semangkuk je. tgk penimbang berat dah rasa seram sejuk je. bila tgk cermin, tun hanya fokus tang muka je. tang body wat wat tak nampak je. seriusss.. tak dpt control kalori dh sekarang nih. suami lak semalam dah hampir terlepas ckp.
tun :syg, i dah semakin gemok kan? (soalan menguji suami. salah jawab memang nahas!!)
suami : alaaaa...dah pregnant memang laaa gggeee....(suami stop ayat beliau disitu)
tun :ooooo.. u cakap i gemok yek. sedihnyee.. sampai ati u cakap i gemok. (marah!!!)
suami :i tak abis cakap lagi syg.. i nak ckp..geeeeebbbbuuuuuuuuu. (sambil gelak cover)
tun :ahhh!. pandailaa u cover. oo skrg ni i dah gemok. i dh tak cantik yerk. takpe takpe
( tun terus merajuk marah. serius marah.. marah sambil menolak suami)
babak seterusnya tak dpt di ceritakan disini. huwahahhahahak. mengong!.
tun tak kisah kalau seribu orang ckp tun gemok.. tp suami tun takleh ckp isteri dia gemok. tun sensitif. bukan tak sedar diri dah gemok.. tp kalau perkataan gemok tu dari mulut suami. boleh 3hari tun tak mkn nasik. yerr.. contohnya harini.. tun tak menjamah nasik pun. takutt woo.. kalau suami rasa isteri dia dh tak menarik lagi, kang ada plak alasan mereka nk tambah branch. owhh tidakk. tun taknakkk.... tp esok tun rasa mcm nk makan beriani la. camana nih. nafsu makan masih lagi bergelora. owhhh.. suamiku. sabar laa syg. 9 bulan je i nak makan bebanyak. lepas abis pantang i janji.. i diet giler giler sampai semua lemak lemak degil ini akan terhakis sama sekali. lagi pun.. i makan ni pun untuk anak u jugak.
wek wekkkkk.. nak muntahhhh. muntah geli..bukan morning sickness yek. blog ni kalau anak tun baca mesti tertekan sampai muntah sebaldi. oklaa syg . ibu nak tidorr dulu, sok kita makan nasi beriani gam suruh abah cari sampai dpt. kalau tak dpt..kita karate beliau. ada ke patut dia kata ibu ni gemokkkk. esok kita suruh abah insaff.. biar dia sedarr.. lemak lemak dlm badan ni bagus untuk tumbesaran anak dia dlm perut. wahahahahahk.





































