Sunday, December 5, 2010

after kawen & universal studi




























































Kawen ni kekadang best kekadang feninggggg. kalau dulu kalau marahkan laki leh la nk merajuk 2-3 hari. sekarang ni..kalau merajuk kena control sketttt... kang laki fed up lak. almaklumla.. beliau pun byk keje nk buat selain melayan bini. anak dh la dia jaga 70% memandangkan sayer pregnant. Oleh itu, susu anak beliau buat setiap malam. lagi pun kalau merajuk dikala kegemukkan ni salah timing la. badan dah sebesar tempayan, kalau merajuk memang tak secomel anak dara. so pikir pikirkan lah dahulu sebelum nk buat perangai. sekarang ni kalau nk merajuk pun.. merajuk dalam hati ataupun wat tak layan jer. kalau encik suami nk bermanja manja...sorry!.. no entry. isk korang ni.. jgn pikir yg biru biru OK!. tun wat donno paling lama pun separuh hari la. tapi kalau terasa diri sendiri punya angkara, tak sampai spoloh minit tun dh peluk dia pastu sedaya upaya wat muka comei sambil mintak ampun. dan seperti biasa suami saya yg mmg mithali ni akan lembut hati akan terus lupakan semua. TETAPIIIII...kalau dia yg mulakan ANGKARA..memang SIAPPPLAAA. tiada ampun bagi mu. akan ku kenang sampai mati. siapa kata melayu mudah lupa??? tun nk buat puisi bertitlle "perempuan tidak mudah lupa". memangla tun ampunkan tetapi..lupakan..owh never never never!!!. betul tak wahai perempuan sekaliannn????? saper ckp tak betul tu..mmg takutkan laki la tu. wahahahak.

okla.. cite pasal UNIVERSAL STUDIO. tersangat best sbb bercuti dgn semua ahli keluarga tersyg. thank u ayah sbb sponsor tiket and terima kasih juga kat adik ku kerana byk sponsor kakak nya yg sering kekeringan uwang ringgit kebelakangan ini. bukan sebb apa... rumah sendiri x siap lagi. sementara nk tunggu siap kena bayar 2 bijik rumah. adeii..bila la nk siap ni? x larat dh nk membayor nyer.

itu pasal saya sayang family saya. mereka tak suka menyusahkan dan memandang rendah kepada yg kekurangan. dan diulangi lagi sekali.. mak bapak saya tak ada guna istilah menantu dalam kamus hidup mereka. semua dilayan seperti anak. baru baru ni suami saya dpt hadiah..walaupun kali ni tak ada kek sbb diorg dtg lambat.. tetapi never forget anak menantu punya bday!. semoga ayah n mak pjg umur. aminnnn. ok..kita stop topik memuji ahli keluarga. kita bercite pasal universal studio.

ermmm malas la nk citer. apa kata anda semua pergi dan merasa sendiri keseronokkan disana. memang berbaloi. !!

Monday, November 22, 2010

singapore-universal studio

tak sabarrrrr nak pergi singapuraaaa. universal studio....plan last minit.. hopefully menjadi la. tun dgr adik ckp best. dia baru balik semalam. terus tun call ayah. "Ayah!! jom gi singapore." ayah reply "anytime" yahooo. i lurve u ayahhh. kan tun dah bilang. mak bapak ku memang terbaik!. tun sponsor husband la kali ni. hadiah birthday dia. hopefully nxt yr dia bawak tun gi europe lak. wakaakkaka.. berangan tak hingat. sabtu ni..semoga plan berjalan lancar. amin.. syg semua orang.

Sunday, September 5, 2010

lagi lagi mikhail..




lagi lagi mikhail.. lagi lagi mikhail. ibu terlalu obses dgn mikhail ke??
ohwww anak... ibu syg awak byk sgttttttt.. jadi anak yg soleh ye.

Sunday, August 22, 2010

i need bibikkk..

rumah tun hanya dikemas pada hujung minggu je. weekdays mmg rumah ku terbiar. penaaaaaat. balik rumah dah mlm. pepagik dah kuar cari rezeki. cuba bagitauu mana nk dpt tenaga extra untuk mengemas rumah?. hujung minggu lak.. bila anak tido baru laaa boleh mengemas. tun sgt tidak berdaya. nak ke dapur masak air pun malasss to the max. kemas rumah x payah cite la. baju dijemur 3 hari baru angkat. sgt terukkan!!! fizikal dan mental saya sgt tak berdaya.

bila mintak kat en.suami nk seorang bibik. beliau kata tunggu bulan 12 ni. betul ke?? atau harapan palsu. tolonglaa.. dapatkan saya seorang bibik.. kerana rumah saya sgt bersepah sepah.

Sunday, August 15, 2010

gym vs nasik

sudah seminggu saya berjinak jinak dgn gym. start isnin.. every lunch hour jer.. tun pegi membakar lemak di gym. tapi.. diulangi TETAPI... tapii.. tapiiii.. berbuka time, makaan nasi 2 pinggan!!. lemak yg masuk pun berganda ganda menggantikan lemak yg terbakar tadi. waduh.. dulu masa masih berdara (zaman anak dara) tak makan nasi 3bulan pun relaxxx jer. la nih.. dah jadi mak kepada teruna saya ( MIkhail), kalau tak makan nasik samala mcm tak mandi. hidup tak sempurnaa tanpa nasik. byk kali pesan pada en.suami.. jgn bagi bini dia mkn nasik. tapi en suami mcm takut plak nk tegur bini, sbb bila bini dia tgk nasi..muka binii dia mcm singa kelaparan menunggu masa je nk baham mangsa. so... encik suami mengambil langkah keselamatan dgn tidak menegur si bini. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mcm mana nk mengelak nasik nih? tolonggggg!!!.

puasa kali nih.. sgt bermakna. rasa mcm hidup dah complete. ada laki ngn anak kat sisi. tetiba rs nk tambah sorang lagi. elehh.. time anak tido boleh la ko ckp nk lagi. tapi bila time mikhail menangis.. rasa nk masuk je beliau ke dalaam perut. anak ibu makin besar makin byk ragam. kekadang rasa nk jual je dia tu. sekilo 5hingget..sape nak beli???. cepat la membesarr.. tolong ibu buat keja rumah. ibu suruh ayah potong rumput kat depan umah... daah berbulan bulan terbiar/ lagi 3 bulan rumah kita dah boleh jadi taman lalang simpanan. ayah tunggu mikhail besar kot baru nk potong. dia nk buat aktiviti bapa dan anak kottttt.

Tuesday, July 13, 2010

dilema



kalaulah ibu ada pilihan.. kalaulah ibu terjumpa harta karun. kalaulah ibu ada kuasa magik yg boleh mengubah segalanya menjadi mudah. astargfirullah.. berdosa tau sebut kalau bebanyak kali nih. macam mengeluh dgn takdir. tapi ibu manusia biasa yg tak sentiasa terikut ikut hasutan syaitan. jgn ikut perangai ibu ye mikhail. ibu sedihhh.. ibu tak suka kerja ibu sekarang nih. ibu takda pilihan.. kalau ibu benti saper nk bagi duit shopping mikhail?. nak cari kerja lain.. tapi gaji kat sini kira OKla gak. tapi kerja.. beban nya mcm bawa batu atas kepala. masuk je opis kepala dah berattt. macam di penyek penyek. gambar mikhail la jadi penguat semangat ibu. setiap kali rasa nk nangis je, ibu akan pergi toilet ..pastu tgk gambar mikhail kat henpon. adakah ibu terlalu obses dgn anak atau mmg semua ibu pe-el dia mcm nih?.

sekarang ni mikhail mengada ngada kenapa yer? nak tido kena didodoi. mentang mentang anak sorang. tunggu laa pasni yasmin kuar.. awk kena jadi abang. hahah. yasmin? lagi setahun..ibu nk produce lagi. tungggguuuuuuuuu

Monday, June 28, 2010

cuti cuti (selesa beach resort-pd)






http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4425351708153247382
sabtu lepas merupakan first vacation buat mikhail. bertolak dari rumah pukul 12.30 and sampai pd around 2pm. Mikhail sgt baikk.. dia x meragam pun. cuma mengada je terlebih. Asyik nak mainnnn. bila tak layan mula laa nk merengek. satu bab yg ibu kurang senang dgn mikhail. awak pantang duduk kat kedai makan. nak berdukung je. terpaksala ibu ngn ayah take turn makan. hilang keromantika kami. memandangkan mikhail alergik dgn tempat makan, maka kami pun beli bungkus dan makan di bilik hotel.

ibu suka vacation di pd sbb dekat dan cantik. tapi next month.. ayah kata nak bawa kita ke A-famosa resort, Melaka. kalau dia tak bawa, kita babap ayah!!!

Sunday, June 13, 2010

hepi bday atok





mikhail, entry ni khas untuk awak. ibu nk awak kenal atok awak sbb atok sgt syg mikhail dan cucu cucu lain. kelmarin kita celebrate bday atok. atok stay kat sini seminggu. sbb dia nk spend time dgn anak menantu dan cucu cucu dia.

atok seorang ayah yg sgt baik. dia tak mcm bapak bapak orang lain. atok sgt berdikari. dia tak suka susahkan anak anak dia. setiap kali ibu bagi duit.. dia mesti tolak. malah dia bagi kita duit lagi.. mcm la ibu ni tak keje. kalau kita pegi makan luar satu family... dia tak macam setengah bapa yg mahu anak anak belanja. atok mikhail mmg baik. dia yg belanja. kalau anak belanja semua tak sedapppp. tapi kalau dia yg belanja semua nya OK. pastu selalu ugut, kalau tak pakai duit dia, dia taknak makan. atok bukan orang kaya, dia sederhana je. duit dia takdela bertimbun cuma dia mmg tak suka susahkan anak-anak. sampai sekarang.. kalau balik kg, minyak kereta anak menantu dia yg isi.. so kalau ayah mikhail taknak balik kg ibu mmg kejam la. semua di sponsor oleh atok. apa lagi nak????. atok bukan oraang kaya ye mikhail. dia jenis yg tak berkira. kalau dia ada 10 hinggit. 8 hingget dia bagi kita, 2 hinggit untuk dia. itula atok mikhail. oleh itu.. sayangilah atok. dari kecil sampaila besar, atok susah nak cakap tak boleh pada anak anak. apa anak mintak pasti dapat. kalau dia tak berduit pun dia akan usaha sampai dapat. itu pasal ibu dan adik ibu manja terlebih. dan sebab inila ibu suka balik kg ibu. mikhail cepatla besar.. nanti mikhail paham kenapa kami syg atok. lupa nk cakap.. atok ngn opah sygkan menantu-menantu diaorang. setiap kali bday ayah mikhail.. atok akan beli kek. last year atok siap tempah kek special untuk ayah mikhail. tapi untuk bday ibu mikhail yakni anak kandung atok, dia beli kek secret recepy je. nampak tak di situ??? ayah sygkan menantu menantu dia. tak macam setengah orang.. lebihkan anak dari menantu. so kalau ayah tak syg atok.. kita babab ayah!!!!

kelmarin masa kita beli kek bday atok. tetiba kaki atok mcm lumpuh takleh jalan. kami terpaksa pakai wheelchair jusco usung ayah ke kereta. masa tu sedihnya tak terkata. baru ibu sedar atok dh tua. kesian atok. sekarang ni ibu tgh tahan menangis. ayah kat belakang ni. kang dia ingat ibu emosional terlebih. padahal.. mmg sedih pun. mikhail dah besar nanti mikhail kena syg atok dgn opah. balas jasa diorang. dan ibu janji. ibu akan syg mikhail sepertimana atok ngn opah syg dan manjakan ibu.

Saturday, June 5, 2010

bandung best ke??









dh lama dah gi bandung.. cuma arini baru terasa nk menulis pasal bandung. sbb kalau mikhail tanya ibu dh g bandung ke belum.. tun nk suruh dia baca blog je. blog ni khas untuk mikhail. kalau dah besar nanti dia leh baca sampai muntah sbb tak tahan dgn keromantikkan ibu dan ayah dia. hakhakhakhak. sorry ye mikhail sbb ibu terpaksa tinggal kan mikhail kat matok ngn wan. kami pegi 2nd honeymoon kat bandung. actually plan kami nk bercuti di guilin-china. tetapi masa keje kat tempat lama ada satu makhluk ALLAH ni asyik cite pasal bandung sampai kami rakan sekerja ni sampai mual mendengar cite cite beliau. setiap hari ada je cite pasal bandung. tun dan suami tak pernah terlintas pun nk bercuti ke indon. sbb dulu tun dah sampai medan.. mmgla cantik tapi takdela best sgt.

Dek kerana makhluk ALLAH tu, tun asyik mengadu kat suami.. taktahan dgn cite cite dia. bosan sebenarnya. Aku yg dh pergi merata Europe pun tak penah kecoh kecoh satu opis. ko setakat bandung dah kecoh kecoh. korang leh bayang tak..kalau setiap hari selama 8bulan korang akan dengar cerita bandung yg di ulang ulang. TAK TAHAN kan???. begitula juga saya. maka setiap harila tun akan menambah dosa dgn mengumpat beliau dekat si suami. suami pun dh naik boring dgn cite saya..maka dia pun memberi cadangan "syg, kita cancel pegi china, kita pegi bandung la ye." dengan plan yg sgtla tak teratur. kami belasah je. hotel pun tempah lagi 2 ari nk pegi. pak supir pun kami tempah sehari sebelum. (cerita pasal makhluk ALLAH ni ada dah tun tulis. cuma tun tukar lokasi jadi pulau phuket dalam entry lagak. )

Sampai di bandung.. excited gile nk mulakan langkah. so sampai di sukajadi hotel kami terus order makan sbb dah kebulur tahap maksima.. ops cite bab hotel nih.. makhluk ALLAH tu duduk kat motel je.. itu pun nk kecoh. hahhah... saper yg bace entry ni pun akan menanggung dosa bersama si penulis. better stop disini sebelum laptop anda akan terasa bahang api neraka.

saya akan terus menulis bagi menghangatkan lagi suasana. huhuh. petang tu kami berjalan kaki ke shopping mall yg di panggil paris van java. pastu gi makan. giler bapak teruja dgn harga yg 5kali murah dari mesia. patutlaaa makhluk tu shopping kat sini. murah bebenar rupanya. ke esokkan harinya pak supir bawa kami dari pagi hingga ke petang, .bershopping di butik butik barangan ciplak kelas A. ingatkan original..tapi bila tgk harga dan barangan..ermmm.. CIPLAK je rupanya. dek sebabkan harganya murah.. suami shopping sakan. tun???? tun takde mood nk shopping..kalau setakat nk beli barang ciplak.. tak payah la tun nk beli kat sini.. baik tun beli kat padang besar perlis je. handbag pun ciplak.. tun teringat makhluk tu berlagak dgn handbag yg dia beli kat sana. tun tak beli ke?? ops kalau setakat handbag ciplak.. biar takde pun takpe. wahahahaha. tun dah terasa panas dh nih. mungkin api neraka sedang meniup kencang.

sambung kembali cite bandung, tun beli baju mikhail ngn anak anak buah. mintak maaf ye. korang kecil lagi. pakai ciplak pun takperr. pastu beli sikit sikit untuk keluarga. pastu beli borong telekung ngn kain kain baju kurung. kalau makcik makcik pasti sukakan tempat ini. tun??? sesak.. i dun like it. so kami pun mintak pak supir hantar ke shopping mall sbb kami tak selesa dgn pasar baru itu. sampai shopping mall.. takda orang. kalau kat mesia.. mesti dh dipenuhi dgn manusia. di sana.. nk masuk pun kena scan dulu takut bawa bom.

malas la nk cite pjg. tapi di bandung terasa mcm orang kaya sb leh masuk restoren 5 bintang. kalau kat mesia maybe tak leh masuk kot sbb tak mampu. overall kalau tanya tun best ke tak? tun akan cakap... biasa je.

tun cite kat mak, " mak, takdela best mana bandung tu. kalau dgr cite makhluk tu.. mcm syurga je bandung nih. " mak tun menjawab " biarlah dia. kesian la kat dia. dia hanya pegi situ je. tak penah pergi tempat lain. sebab tu dia rasa situ je best". betul gak cakap mak. tun patut kesiannkan dia.

kenapa mcm bengang je nih? tun tak tahan sgt dgn lagak dia. dia pernah keluarkan statement
"anak buah i kan, kalau balik rumah i mesti hilang, maklumla rumah besar". perghhhhhh. tak pernah lagi tun dgr puteri raja dlm istana boleh ilang. ini setakat dok rumah teres dua tingkat kalau mak ko besarkan rumah pun.. besar mana la sgt. lu pikir la sendiri.

ni cite bandung ke nk menggumpat? lu pikir la lagi sekali.

p/s: mikhail jadi orang yg merendah diri ye. jangan sombong ngn berlagak..ibu rotaan nanti.

Saturday, May 29, 2010

cyg mikhail




ibu syg mikhail byk sgtttttttttttt.. tak terkira tau. mikhail baik. mikhail tak nangis nangis. mikhail suka main sorang-sorang. cuma bila mikhail boring barula mikhail merengek ajak ibu main sama. ibu tak sabar nk mikhail membesar. bila mikhail sakit..ibu takut. ibu taknak mikhail sakit. biar ibu yg tanggung sakit mikhail. ibu mintak maaf sbb skrg ni ibu dah semakin bz. mikhail terpaksa duduk dgn aunty claire 12jam setiap hari. ibu dgn ayah sibuk cari duit. untuk mikhail jugak kan. hopefully mikhail faham la. walaupun setiap kali ibu amik mikhail dari rumah aunty claire..mikhail mcm kompius mana satu ibu mikhail. tapi dah besar ti mikhail tau laaa kan. ibu ngn ayah keje kuat untuk mikhail. setiap kali weekend, ibu mcm taknak pegi mana mana. nak spend time dgn anak ibu jer. mikhail dah besar pun kena syg ibu. mikhail kena cari menantu untuk ibu yg baikkk tauu. ibu akan syg menantu ibu mcm anak ibu sendiri.

Friday, April 30, 2010

mikhail xder..


cedihhhhhhh sgt arini dok sorang sorang tak umah. mikhail takder.. dia gi mana? dia dok umah matok ngn wan dia kat kg. selasa tun drive balik kg tun bawa baby ngn adik ipar. the next day, mertua amik mikhail dan adik ipar balik gurun. kenapa? sbb tun nk gi bandung esok. tiket untuk mikhail takde so beliau kenalaa duduk ngn mertua ku. dan nampaknya minggu depan dgn rela hati saya dan suami akan ke gurun untuk menjemput mikhail pulang.

semalam sempat la merasa jadi anak ayah untuk sehari.sebab anak tun kat umah mertua, suami pulak tak balik kg. maka tun memanjakan diri dgn ayah dan mak. dapat gak la mengopak kan duit ayah. beliau bagi seribu ringgit mesia untuk tun bershopping.. huhuhu.. i owez love u ayah. ayah macam paham je kami tak bawa duit byk ke bandung. mcm derhaka lak kan.. asyik telan duit ayah je. tapi bak kata org veteran . rezeki jgn ditolak!!.

selasa malam b4 balik kg, tun dah bagi 24hrs kat boss. sorry bos.. i nk resign sbb i tak tahan dgn kompeni yg kedekut ini. nama je hsbc tapi bonus ciputttt..gaji pun ciiputtt. bos saya yg bernama mark PD itu jugak berakal pendek. tahap iq dia lebih rendah dari budak OKU. dan memandangkan anak saya semakin membesar dgn sihat. dia memerlukan 4 tin susu sebulan. yg menelan belanja lebih dari 2ratus sebulan.. maka boss sy kena cari keja lain. hopefully kompeni baru ni dpt bg 10 bulan bonus dgn ikhlas.. wakakakka.. angan angan minah jenin.

tak sabar nk pulang dari bandung sbb tun dh rindu anak tun. xdela excited sgt nk g bercuti. mikhail tunggu ibu ye........


Friday, February 26, 2010

pejam celik

pejam celik pejam celik dah lebih setahun sebulan jadi bini orang and dah 4 bulan bergelar ibu. mikhail semakin bulat. kami berdua membesarkan badan. setiap pagik mikhail dah gerak ibu ajak jogging. ibu yg mengalami masalah menahan nafsu pula.. on the way balik dari berjogging singgah dulu gerai nasik lemak untuk membeli nasi lemak dan karipap. mana laaa berat tak bertambah tambah berat. dan setiap kali melihat penimbang kat tepi rak kasut akan berasa seram sejuk ketakutan. kerana jarum macam susah nk berhenti dan akan berhenti ke angka yg paling ditakuti wanita. owhhhhhhh!! dan bila tanya pada suami. syg tak bini dia? si suami dgn cool akan menjawab sayang. bila tanya gemuk ke tak, dia akan menjawab tak. walaupun hakikatnye tun tahu beliau bohong.. tp sejuk gak la hati nurani dgn jawapan tu. tun rasa maybe suami tun takut nk bercakap benar sbb takut pelempang size XL akan hinggap di pipi beliau. huwaaaaaaaaaaa. tun gemokkkkkk!

alhamdulillah setakat ni tun bersyukur sgt dikurniakan sebuah keluarga yg sgt sempurna dan bahagia. mak dan ayah pun masih lagi melayan karenah kami mcm kami ni anak kecik diorg. and the best part.. ayah still bagi tun dan adik duit belanja. sayang ayah to the max.

mikhail.. dah nk masuk 4 bulan. muka nya makin bulat. dan byk cakap. tautau apa yg dia bebelkan. tun masih ingat lagi masa dia umur sebulan. tun dgn suami terkejut sgt bila mikhail sebut acuuu. masa tu dia tgh nangis sbb nk susu.. tp tun agak lambat terus dia jerit sebut acu. boleh imagine takkk bayi berumur sebulan dah leh sebut perkataan???? kitaorang dua tergamam, and that was the last time kami dgr dia sebut acu. pasttu dia dah jadi bayi normal kembali. mikhail ada tanda lahir 5 titik kecik yg berbentuk bunga di belakang kepala dia. macam kena cop . mmg pelik!.

suami lak.. sejak bergelar ayah nih, kasih syg dia pun dah dibahagi dua. kalau dulu balik keje , buka je pintu umah cari bini. sekarang ni buka pintu cari anak dulu. kalau sms pun dah tak tanya khabar bini tapi tanya mikhail sihat ke tak?? jelesss giler. ada orang ckp kes tun agak terbalik. sbb selalunya suami yg akan komplen sbb bini tak layan diorang kerana anak. tapi tun pulak.. mcm kekurangan kasih syg suami. mikhail dah amik separuhhhhhh..



Monday, January 25, 2010

setahun sudah

pejam celik pejam celik..dah setahun dah jadi bini orang, dan sekali gus telah menjadi ibu. walaupun terlalu express perjalanan hidup tun sedangkan org lain masih lagi menikmati dunia mereka namun tun bersyukur sebab life tun almost complete. sabtu lepas..suami offer nk belanja makan kat mana mana jer sempena menjadi bini beliau selama setahun. tun yg baik hati telah memberi idea nk makan zinger tower je kat kfc, tah naper nk mkn sgt zinger tower. sampai suami tanya "kfc jer???" dia pun pelik. tapi hasrat x tercapai sbb kfc alamanda terlalu ramai. disebab kan lapar yg maksimum tun ckp kat ciken rice shop pun okey gak. masa nk makan tu, mikahil baik je... wajah pun nampak soleh jer. tapi baru je 3 suap.. mikhail si anak tun sudah berubah rupa. beliau mengamuk sakan .. kasi susu taknak.. tepuk tepuk manja pun tak jalan gak. pastu.. terpaksalaa ibu yg baik lagi bulat ini mengendong beliau. barulaa senyap. ceeeesss. baru nk makan dgn aman.. anak ibu dh wat perangai. pastu ibu ngn ayah terpaksa take turn dukung mikhail. mula-mula ayah makan dulu sambil ibu mendodoi mikhail lepas tu baru laa ibu punya turn. mmg tak merasa la keromantikkan.

kawen baru setahun..anak dah masuk 3bulan. dan ada gak laa suara sumbang yg syak wasangka bukan bukan. untuk pengetahuan semua anak tun tak cukup bulan. mikhail kuar masa dia 8 bulan, tapi kalau ikut bulan pun..still cukup lagik. so jangan la wat spekulasi sendiri. tak baik tau.. ALLAH kasi tun rezeki awal. bila tun ckp cemtu.. husband ckp "syg, nasib baik tak bunting pelamin kan kan kan " perghhh kalau bunting pelamin tak tauuu laaa apa kami nk jawab kat orang orang yg buta matematik itu. "

tun bersyukur sebab di kurniakan keluarga yg bahgia dan alhamdulillah suami sentiasa disisi bila setiap kali tun tensen.

mikhail pun dah terlebih bijak... byk akal. pepagik dah ajak tun jogging. dia mesti merengek nk bangun dr katil. opss lupa nk ckp.. diet tun start hari nih... target 55kg by end of feb. insyaALLAH.

Thursday, December 31, 2009

mikhail dah 2 bulan dan ibu semakin bulat



anak ibu dah 2 bulan. cepat nyer mikhail tembammmmm. lagi seminggu ibu kena balik opis. mikhail tinggal ngn opah ye. ibu balik keje. kita main sesama. apsal mikhail nangis setiap mlm. sian kat ayah ngn ibu. penat gler. ibu nk bangun malam pun pening. adeiii.. mcm ni agaknya opah jaga ibu.

last week kita balik kg ibu. amboiiiii.. mengada tul mikhail. dgn opah kemain lagi nk berdukung je. letak pun xleh. atok pun kena dukung dia sampai tok nk makan pun xleh. ni bukan manja tapi mengada.

tapi balik kg ayah, tahu pulak jaga diri. tak nangis pun. letak dalam buai.. tidooo je. takyah nk berdukung. apsal???

walaupun mulanya ibu berat sgt hati nk balik kg ayah. tapi disebabkan ayah dpt bonus, joli katak ibu kat sana. kalau xder duit takleh balik kg ayah. nanti leh terluka jiwa.

tp mikhail kena sayang maktok kedah gak. dia jaga mikhail baik sgt. tp nape mikhail x mengada ngn dia?? takut kat wan ker? cubalaa teriak sekuat hati macam mana mikhail nangis mintak susu kat ibu tiap2 mlm. biar maktok tahu..cucu dia mcm mana. nangis mcm nk kuar anak tekak.
cepat laa membesar. nanti teman ibu gi jogging. semalam ibu mintak kebenaran ayah nk beli treadmill supaya takyah kuar umah nk berjogging. tapi ayah mcm tak bagi jer. cedihhhhhhhhh!!!!
dulu sebelum kahwin mintak bintang dan bulan semua boleh. skrg nih mintak menatang tu pun tak leh. padahal ibu beli pun nk kurus. kurus pun untuk ayah gak. sekarang berat ibu 65kg. naik 10 kg. kat mana ibu nk sedekahkan lemak lemak nih?? saper yg nk lemak. tu pasal ibu nk treadmill supaya ibu leh bakar segala tok nenek lemak2 dalam badan ibu.

bila semakin gemok.. emosi pun x stabil. rasa nk mengamuk je. nk marah diri sendiri takleh.. pastu rasa nk marah ayah je. padahal masa pregnant..ayahla org paling ibu syg. tensen kat opis.. ibu tak sabar nk balik jumpa ayah. tp skrg nih..ayah la tempat ibu lepas geram. mikhail nangis..ibu marah ayah. ibu mkn byk ayah yg kena marah sbb tak halang ibu mkn byk.

ayah!!!!.. ibu nk treadmill tu. ibu nakkk kurusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!

Saturday, November 14, 2009

mikhail anak ibu


arini anak ibu dah berusia 2 minggu. bilaa la anak ibu ni nk membesar?. ibu tak sabar nk bawa mikhail jenjalan kat taman. nanti mikhail teman ibu jogging kay.

Saturday, October 31, 2009

Alhamdulillah.. mikhail selamat di lahirkan

selamat dtg anak ibu. anak ibu tak sabar nk jumpa ibu yerk. taknak dok lelama kat dalam yer. doktor dh kasi injet suh bertahan pun anak ibu still nak kuar. takpelaaaa.. ibu pun hepi sgt mikhail selamat dilahirkan. adeiii sakit nyer tadi masa mikhail nak kuar. macam ini laa opah lahirkan ibu kan kan. ibu ingat nk epidural tapi dah buka 5cm doktor kata bahaya nanti mikhail lemas.

tapi ibu nak kasi kredit kat nurse nurse dan doktor salam specialist. diorang memang best. masa ibu nk kuarkan mikhail.. diaorang wat kite dua ni macam pasukan bola. bersorak suruh ibu pussshhh pussshh..
bila ibu teringat balik rasa lawak giler. ayah mikhail kat sebelah ibu tadi muka dah cuak giler. dia tak henti henti baca ayat kursi kat telinga ibu. mikhail kena sayang kita orang bykkk tau.
orang cakap baby 8 bulan genius. hopefully anak ibu ni genius plus soleh... aminnnnnnn.

oklaa.. mikhail kena stay kat spital lagi seminggu, tapi ibu leh balik esok. jgn risau.. ibu dtg lawat anak ibu kay setiap hari. muuuuuuuuaaaaaaaaaah.. jaga diri elok elok yer syg.

Friday, October 23, 2009

adeiiii

arini time makan tun tepon suami ckp kat dia yg tun rasa nak hentak kan kepala kat dinding sbb tak tahan nk melayan karenah minah belagak tu. suami tun gelak2 jer sambil suh bersabar. dia cakap senang laaa... cuba dia dok kat tempat tun.

seriusss aku tak tahan laaa ngn karenah dan berlagak dia. padahal kalau dikirakan mak bapak aku lagi berkemampuan dari mak bapak dia. malas nk membabitkan mak bapak dia dalam hal nih. sbb mereka tak berdosa kat aku. cuma aku rasa tenseeeeeeeeeeeen tahap giler babeng. dia ckp nk beli kereta ***** yg aku rasa mcm x logik akal. sbb aku tau dia tak berkemampuan. tapi aku layan kan je la. pastu tetiba dia cite kat aku jumlah wang simpanan dia kat bank. perghhh.. aku rasa xde la byk mana. tapi byk laa gak dari aku. sbb aku mmg takde simpanan pun. tapi apa motif ko cite semua tu kat aku???? kompiusss giler. tak termasuk bab pulau phuket yg aku rasa dh patut basi dan tak perlulaa ko nk teruskan bercerita. aku rasa kesiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan sgt. rasa nk bagi derma ikhlas kat ko suh ko gi uganda ker, bangladesh ker atau pun pulau jawa ke supaya ko leh cite pasal tempat len lak. ari ari dgr percutian ko kat phuket aku rs mcm nk pecah kepala .

ya ALLAH, ko bagilaa aku kekuatan dalam menghadapi hari hari yg mendatang. ampunkan laa dosa dosa aku mengumpat dia nih sbb aku memang manusia yg tersangat lemahhhhh. jgnlaa mikhail ikut perangai buruk tun. aminnnnnn

Thursday, October 22, 2009

suami sy dah pulang

yeyeiiiiiiii.. dia dah balik. hepi hepi.. tadi dia dtg opis tun semata mata nk keluar mkn bersama. walaupun penat tak abis lagi. thanks syg sbb layan bini u yg mengada nih.

Wednesday, October 21, 2009

lagak

mencik betul bila kenal dgn spesis yg suka sgt berlagak. suka sgt bercerita pasal diri dia sampai kita yg dok dekat ngn dia mengutuk dlm hati. bila dia buka mulut jer kita dah rasa nk blah je dari situ. lagi aku merendah diri lagi meninggi dia angkat diri dia sendiri. aku secara jujur je ckp aku tgh bajet sbb baby nk kuar dan byk nk spend kat mikhail. dia dgn bangga nya bercerita dia byk duit. ok.. aku paham la ko byk duit tapi x payah la ko pandang aku rendah sampai paras lutut. padahal aku ngn kengkawan len tahu je ko takdela hebat mana. engkau setakat beli handbag kat jusco ko dh rasa ko spent byk gila bile bershopping. sorry la beb. aku nk berlagak pun leh. tapi apa aku dpt??? perlukah aku tunjuk mascara aku, lipstik aku, skin care set aku, supaya ko tak berlagak dgn barang maybeline ngn body shop ko????? tapi aku pun bila sembang ngn ko, aku berlagak dlm hati je. kat mulut aku senyum jer ngn . kengkawan lain dh buat muka boring bila ko asyik cite pasal pulau phuket. adeiii.. setakat gi thailand tu pun nk berlagak. aku dah gi paris, amsterdam, manchester, frankfurt tak penah kuar lagi sebutir ayat pasal tempat tempat tu. sbb org tak tanya nape aku nk cite. ko lak.. kitaorang ubah topik len.. ko tak abis abis lagi ngn pulau phuket ko. waduhhhh!!!!

tadi dah sampai tahap kemuncak. memang takleh tahan la ngn perangai belagak ko. dlm ati aku dah berbakul-bakul aku kutuk ko. dah puas kutuk baru aku sedar mikhail dlm perut. terpaksa aku bertaubat dan beristighfar dalam hati sambil mendengar cerita cerita kehebatan ko. pastu aku memujuk diri aku supaya tak tension. dan akhirnya aku jatuh kesian lak kat ko. yelaa.. ko baru nk merasa kot semua tu. ko mkn pizza, mkn seafood pun ko kena bercerita baper byk ko spent. yg lagi kelakar ko makan baskin robin pun ko nk bagi tau harga. adeiiiiiiiiii!!!!!!!!!!. mcm la ko sorg je yg mkn semua tu. adeiiiiiii.. mula-mula aku sangkakan ko cuma suka bercerita. tapi bila siap sebut harga, dan cite itu akan berpanjangan selama seminggu. barula aku sedarrrrr.. ko dah kerja baru nak merasa semua ni. mak bapak ko tak mampu nk beli kan kat ko. kesiiiiiiaaaaaaaaaaaannnnnn.

dulu, setiap hari aku akan mengadu kat suami tercinta. tapi bila suami dah sound cakap berdosa kutuk kawan sendiri. takde tempat nk meluahkan ketensenan hati ni. seriusss shit!!! perangai mcm ni pun ada ker? kesian jadi ko, sbb life ko baru nak bermula dan life aku hampir complete.

semoga spesis begini dapat hidayah dan insaf serta merta sebelum orang sekeliling menyampah tahap maksima. actually.. memang dah menyampah tahap maksima pun. tunggu masa yg sesuai je nk blah dari idup ko. kang ko takde kawan lagi kesiannnnn

Tuesday, October 20, 2009

windu

dah kul 2.30 tp still takleh tido. windu nyer kat suami ku. semalam gi check up. baby alhamdulillah sihat. tapi aktif sungguh la dia dalam perut. dok pusing pusing. muka pun dah nampak dah. tapi apa yg tun nampak..hidung dia memang mcm bapak dia. hahahah. memang sah dia anak bapak. kalau dia nakal..leh salah kan bapak dia. kalau dia baik.. tu mesti ikut tun.

suami tercinta balik hari kamis nih. lambat nyer lagik!. mencikkkkkkkkkkkk.
cepatlaaa balik!!

Sunday, October 18, 2009

gonna be alone and lonely!!!


arghhhh. suami tercinta akan pergi ke pd atas urusan kerja maka si isteri akan keseorangan selama 3 hari. kenapa???? kenapa??? tak gi takleh ker? tak sian ke kat tun? tun kan sensitip. kang malam takleh tido camana?? huhuhu.. ngada . rasa nk sepak jer. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tun tak pahamla perasaan orang yg boleh hidup berjauhan dgn suami. tun yg ditinggalkan sehari rasa macam derita setahun. kat opis pun leh rindukan suami. dah balik rumah..barula terasa hepi. ini simptom biasa ker??? atau tun je yg mengada terlebih??? takpela.. sukatila org nk kata apa.

weekend ni best. lepas pegi rumah terbuka iena kat hulu langat. kita orang beli belah barang baby. sambar 3 set baju kat mothercare. adeii.. barang baby ni mmg mahal-mahal belaka. terpaksa la beli sikit sikit. kalau beli sekali gus boleh kena tekanan darah tinggi. takperla mikhail. anak ibu jgn nakal-nakal kay. ibu susah sket takper, yg penting mikhail jadi anak soleh. tapi dah keje nanti..mesti belikan ibu handbag gucci kay. gagagaggaga

selasa hingga kamis.. tun akan melayari kehidupan seorang diri. tun harap semua nya ok. dan pesanan khas buat suami. tolong jaga diri baik2
.

Wednesday, October 14, 2009

cemburu

ibu bapa tercinta bersama cucu kedua
ayah bersama anak, menantu dan cucu-cucu

hari raya yg penuh bermakna- i love u syg!

gambar ni sekadar hiasan je. takde kena mengena dgn entry nih.

cuma nk bercerita...pasal simptom simpton wanita ketika mengandung. seperti sedai maklum. apabila mengandung, berat naik harusla dinaikkan bagi membantu tumbesaran bayi dalam perut. so..bukan salah ibu mengandung kalau mereka ini gemok!!! paham??

ok sekarang dh paham kan.. bila dah gemok..simptom lain lak timbul. CEMBURU!. ini salah satu penyakit hati yg sgt menyakitkan. tgk pempuan lawa dah jeles. tengok anak anak dara yg tak berdosa lalu lalang dekat shopping complex pun rasa nk tampar muka mereka. lagi rasa mendidih hati ini bila si suami pandang mereka secara sengaja mahupun x sengaja. seperti nk ikat mata suami supaya dia x nampak apa apa pun. arghhhh cemburu nye haku.

balik dari kejer.. 1st thing tun wat, check henpon suami. alhamdulillah setakat ni takde lagi yg menimbulkan syak wasangka. pastu.. bila tgk cermin. rasa rendah diri sampai ke lantai. muka bulat. badan bulat, bawah mata ada lingkaran gelap yg sungguh jijik. sejak mengandung..memang sukar sgt nk tido malam. mikhail pulak semakin aktif. asyik tendang perut ibu jer.

selain cemburu.. tun ada penyakit panas baran yg sungguh extreme. pantang ada je yg tak kena. siap la!!!!. memang cari nahas la nampaknya. BOS pun tun dah tak takut. Bos nk buli?? huh!. sorry sket.. dulu boleh la. skrg ni.. sorry sket. kalau memandu.. saper berselisih dgn plate kereta BKK 400. tolong jgn cari pasal jika yg memandu itu sigemok bertudung. kerana anda mungkin akan mengalami tekanan jiwa dgn bunyi hon tanpa henti. so jgn kata tun tak warning.

berbalik kepada kisah cemburu. setiap hari bila tgk awek cun, selain rasa jeles sampai nk tampar muka mereka satu persatu. tun juga bernekad untuk menurunkan berat badan selepas bersalin nanti. setiap hari tun akan bg ayat ini kat suami "syg, u jgn menggatal ye yang. i janji ngn u, pas mikhail keluar ti..i nk kuruskan badan balik. u sabar tau yg. jgn pandang pempuan len" dan selalunya jawapan suami memang sgt manis. hari hari dgr ayat beliau memang leh kena diabetis.
suami akan menjawab "i syg u dgn mikhail je. i xde niat nk cari len pun".

tetapi..bila tun didatangi mimpi ada pempuan len yg cuba memporak peranda kebahgiaan kami. sebaik je sedar dari mimpi.. dalam keadaan marah panas membara tun dgn nada yg keras bagi amaran pada suami. "syg, u gatal..SIAP U. ". si suami yg tak berdosa ni terpinga pinga tak mengerti apa sebenarnya sedang berlaku. maafkan la bini u ni. bukan dipinta jadi sebegini.. tapi inilah yg tun rasa. tun sedar tun gemok.. tapi apakan daya. tun seperti org hilang kawalan.

inikah perasaan wanita yg sedang mengandung? atau tun saja yg terlalu melayan emosi??

Monday, September 14, 2009

selamat hari raya lalalalalal..

selamat hari raya..hahahaha... gumbira rasa hati. raya dah dekat.. puasa setakat ni penuh lagi. alhamdulillah. harap harap penuh laa tahun nih. insyaALLAH. mls betul tun nk mengganti puasa. baju raya baper pasang tun?? sehelai je tahun nih. nk beli baju raya pun takde mood. body dah mcm telur. pakai baju apa pun takde selera nk pandang cermin. beli satu pun sekadar wat syarat. tahun nih..husband lak yg membeli belah sakan.. mcm pompuan!!. hukhuk.. sorry syg. i jeles sebenarnya. u mkn tak kunyah pun leh menten kurus. nyampah betul. tapi perut dah boroi sket walaupun lum tahap kronik gagagaggagaga. i tak masak pun u dh boroi sket.. kalau i masak mcm mana la gamaknye kan. pergh.. bertambah lagi alasan tun tak masak untuk suami.

hari rabu tun start cuti sampai raya ke3. pehtuu keje. huwaaaaa.. bila la suami saya nk bergelar jutawan nih? tak payah la tun membanting tulang kat opis. alangkah nikmat kalau dpt duduk di rumah sambil menonton tv atau pun pergi bershopping sakan setiap hari. berangan je lebih. semua pempuan nk cemtu. isk isk isk.. syukur la apa yg ada. taubat tun.. taubaattt!!

raya dah dekat.. biskut raya semua dah ready. tak sabar nk balik kg jumpa mak ngn ayah tersayang. nak pasang lagu raya kuat kuat sampai pecah umah. pastu nk pasang pelita kat laman rumah. masa awal awal puasa..suami kemain lagi janji nk beli bunga api kat tun. tapi tak de pun!. tipuuu jer. sedih tau.. dah lebih 10 tahun tun tak main bunga api. esok tun nak majuk ngn husband. selagi dia tak beli bunga api..selagi tu tun taknak masak!! hhuhuhu.. alasan lagi untuk tidak ke dapur di bulan ramadhan. bijak ko tun.. bijak bijak!!



life..

masih teringat lagi.. mak tun pernah cakap. hidup tun ni cepat sgt berubah. lepas balik dari dublin.. sebulan je terus keje. sebulan pastu bertunang. 6 bulan lepas tu kahwin. pastu.. tup tup perut dah mengembang dengan jayanya. alhamdulillahhh.. syukur. semoga sihat la mikhail nanti dan menjadi anak kebanggaan tun. insyaALLAH.

semalam tun dan husband meronda ronda mencari umah sewa. pening gak la kepala hotak nk mengira bajet. nak umah besar..tp sewa nya mahal. nak dok umah kecik..rasa tak selesa lak. kejiranan pun mcm tak begitu best jer. akhirnya tun ngn suami decide nk amik umah besar..pastu kita org bertekad untuk tidak kuar umah di hujung minggu bagi mengawal bajet rumah tangga. baby lagi nk kuar. nk kena anta nursery. situ pun dah melayang 3 ratus.. lum masuk pampers, susu, dan pelbagai lagi. tapi takperr... pasni mikhail dh besar..mikhail jaga ibu ngn ayah pulak kay.

tgh sibuk mencari rumah.. tetiba dpt sms dari intan si bespren tun. dia tanya tun "bilaa la aku nk jumpa jodoh". bukan kali pertama dia tanya.. tp dh beratus ratus kali. jawapan tun tetap sama "ko sabar la intan. doa byk byk. insyaALLAH ada laa nanti ". pastu mesti dia tak reply dah. busan kot ngn jawapan tun. bistu??.. nak tun jawap apa? suh diet.. kasi kuruskan badan, bila nasihat cemtu..dia majuk siap nangis nangis lagi. pastu dia kata "sepupu aku yg gemok dari aku pun dah kawen". bistu... tun takde idea la. tapi tun yakin... jodoh tu kat tgn ALLAH. mungkin belum rezeki dia lagi. nanti ada la tu. lepas dapat sms dari intan.. terus tun cakap terima kasih kat husband sbb kawen ngn tun. walaupun dia tahu tun ni penuh dgn sifat negatif seperti panas baran, sensitip, tak suka masak, dan pemalas serba serbi.

mikhail jgn ikut perangai ibu ye!!!!!

Saturday, September 12, 2009

mikhail!

2 bulan je lagi baby nak kuar. insyaALLAH. rasa mcm excited sgt. semoga sihat laa anak ibu ni nanti. nanti bila dah kuar jadi anak ibu yg baik yerk. jgn nakal nakal. hopefully mikhail bijak and baik mcm ayah dia. tapi perangai buruk ayah tak yah la ikut yerk. especially perangai blur dia tu. kekadang nampak mcm innocent jer tapi.. huhuhu.. nanti anak ibu dah kuar.. tau la mcm mana perangai ayah. macam mana pun.. dia tetap yg paling best dlm idup ibu. so.. pasni kena sayang kitaorang byk byk yek. nak bawak mikhail dalam perut ni takderla susah sgt. cuma kekadang tertekan gak ibu, takleh tido malam sbb sakit-sakit badan, asik gi toilet setiap 15minit. nasib baik ayah tolong urutkan ibu, basuhkan baju dan yg paling best, ibu takyah masak lagik. memang nikmat jadi wanita mengandung nih. lagi satu ibu nak pesan.. perangai panas baran ibu tak payah la nk ikut. kang merana lak kita berdua sbb asik berperang je. tolong laa contohi sifat sabar ayah yek. senang sikit ibu nk bela. huhuhuhu. kalau ibu marah- marah tu. redha je laa yek. orang kata..marah tanda sayang.

mikhail asik dok menendang perut ibu ni kenapa yek?. tak sabar nk kuar ker? relax laaa.. byk benda tak settle lagi. byk mende tak beli lagi. nanti bila semua dah prepared.. mikhail leh kuar. pastu leh tgk muka ibu yg gemok tapi comel. mikhail mkn byk sgt sampai ibu gemok cemnih. tapi takperr pasnih.. kita wat aktiviti sesama supaya lemak lemak tepu dalam badan ibu ni leh terbakar. kita main polis sentri nak?? or.. mikhail nak main badminton????. jgn cakap nk main ps2. ibu bababbb japgik.

ibu mcm mengantuk lak.. nantila kita sembang lagik. japgik ibu nk gi shopping raya. mikhail punya baju tunggu tahun depan yek. okla anak ibu.. ibu nak tido jap. muuuaaah. syg anak ibu.