Wednesday, May 28, 2008

hepi hepi lagi

yuhuuu chakkk.. cuba teka tun kat ner?? teka laaa.. tun kat bawah ketiak mak. hahah. arini terasa seperti hari berkasih sayang. mak asik mengambil kesempatan je pada tun. asik nak peluk je anak dara dia nih. tapi takper mak..tun suka je. semalaman tun memasak untuk ibu bapa. pagi tadi pukul 8am tun naik bas ke epot bagi menjemput ibu bapa tercinta. tapi flight delayed lak. maka tun pun menunggu dgn penuh pasrah. tapi didalam hati rasa mcm bengang je kat drebar kapal terbang tu. lembap nk mampus. namun bila dah lihat wajah org tercinta, terus tun maafkan pilot tersebut. janji mak ayah selamat sampai. itu yg penting.

pastu kami naik taxi gi apartment yg tun sewa sempena ibu bapa disini. tidak kusangka, sungguh cantik hiasan dalaman . esok tun letak picture ye rakan rakan sekalian. hari ini tun rasa seperti kemalasan nk transfer gambar. tengahari tadi mak ayah kepenatan sangat. sian pulak tgk ayah tido berdengkur mengalah kan bunyi kapal api. pastu lebih kurang kul 2.30pm kami gi shopping. macam tak percaya lak melihat ayah shopping lebih byk dari mak. mcm mcm ayah beli untuk keperluan beliau. sampai 3 seluar serta baju baju pelbagai warna. eh eh ayah.. amboiiiii....dulu kutuk mak. skrg dia lak yg lebih. tapi tun tak salah kan beliau. siapa tak sawan tgk sale 70% off??

Sunday, May 25, 2008

suka suka hati

hari ini tun secara suka suka telah menghabis uwang ringgit yg tak adala banyak mana pun. almaklumla tun ni kan anak dara serba kekurangan. walaupun poket ku dalam keadaan kering kontang namun diri ini seperti kegersangan apabila melihat closing sale. perghhh.. bak kata kengkawan tun. "buduss la ko kalau tak beli". serius murah. semua 70% off. mahu tun tak sawan melihat sale yg sebegitu rupa. oleh demikian, tun pun mula la memborong dgn sesuka hati tanpa menghiraukan bajet pada masa hadapan. semasa nak membayar di kaunter tadi. tetiba kredit kad terjatuh dari purse tun. eh ini bukan aku punya, ini si dia punya. tun hampir terlupa si-dia ada bagi kredit kad beliau kepada tun. nasib baik la tun bukan spesis pisau cukur, mahu pun mesin rumput. walaupun kekadang ringan je tangan nk swipe kedit kad tu tapi naluri ku berkata " jgn tun, jgnn..". biarla susah senang aku yg menanggung seorang diri. tun tidak memerlukan belas ehsan sugar daddy mahupun sesiapa saja. makan biskut tesco seminggu pun takper janji tak ambik kesempatan pada org lain. i tak suka laa.

gambar dibawah merupakan barang favourite tun yg di beli tadi. sebenarnya byk lagi, tapi yg lain tu takde la cantik pun. tun beli sbb tersangat murah je. selepas membeli belah, tun pun terbayangkan apakah juadah yg bakal ku telan pada hari mendatang?. roti tesco kah? ataupun biskut kering? owhhh tidakkk... eh semua itu hanya akan berlaku selama 3ari sahaja. eh kenapa? oh , ini kerna ibu bapa akan sampai pada pagi rabu. maka sudah pastilah, tun akan mentekedarah dgn suka hati. kemudian tun membayangkan nasik lemak, pajeri nenas, nasi ayam dan pelbagal makanan exotic melayu. yahoooo.. sungguh suka hati.






Friday, May 23, 2008

drama je lebih

hari ini tun menitis kan dua tiga titik air mata lepas menonton 9 september kat youtube. cite nya takde la best mana.. tapi part mamat tu mati boleh la wat tun jadi sensitip. aiyarkkkk. tetiba tun teringat drama swasta yg pernah berlaku pada diri tun suatu ketika dulu.

tun teja : syg, kalau la wife u tetiba kena penyakit kronik yg menunggu masa je nak mati. u sanggup ke nk jaga?. or u nak cari lain?

dia : apa u cakap ni. jgn nak merepek. taknak jadi cemtu.

tun teja : isk..jawab jer la. i tanya je. bukan mintak jadi betul pun. saja nk tahu.

dia : i jaga laa u. i syg u. takkan i nk tinggal sbb benda-benda mcm tu. i nk hidup semati dgn u. dah dah..jgn cakap bukan bukan.

tun teja : eleh..u cakap je boleh la. lelaki semua sama, kalau bab bagi ayat power memang terer. sementara belum dapat semua boleh. gunung tinggi sanggup di daki. dah dapat ti, suruh basuh pinggan pun nk ugut cari lain. ini laa laki.. bla bla bla. ( tun terus membebel)

tetiba si dia menyampuk.
dia : yang, kalau i mandul u nak tak?

tun teja : messssssttttii llaaaaaaa taknak. giler apa u. isk.. taknak la i. takmo. takmo.

inila perbezaan perempuan ngn lelaki. perempuan lebih jujur dari lelaki sbb kaum hawa ni kalau bercakap pakai hati. diorg jarang sket pakai kepala otak. itu pasal kalau apa yg keluar dari mulut mereka kekadang leh menyakitkan. tapi percaya laa.. pempuan kalau ckp syg..memang betul syg.

berbeza dgn kaum lelaki. diorang ni kalau bab mengayat memang terer. semua leh wat. macam lagu ukays tu. petik bintang la, lawan seribu musuh la..jap tun nk paste lirik tu.

Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
KU mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu
Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
Satu nyawa, satu cinta

tapi yg peliknya..bila di ayat oleh kaum lelaki. perempuan leh la cair. apsal yerk?

Thursday, May 22, 2008

yei yei lagi semingu je ibu bapak nk datang. tun sudah membayangkan juadah yg bakal dihidang. huwaaaa.. enak nye. walaupun bro kuchalana cakap tun tembam...arghhh..merana nye jiwa. sia sia 2bulan lebih tun tak mkn nasik tau. namun tun x pedulik kali ni. tun nak gak mentekedarah minggu depan.

sepanjang minggu ni aura kemalasan masih di tahap biasa. tun takde story la nk di storykan. maka tun stop kat sini la yek.

Wednesday, May 21, 2008

jalan jalan cari jodoh.. huhuk













setelah 3hari berkelubung dalam selimut di bilik barula tun rasa bertenaga balik. tidak ku sangka lepas holiday tun rasa begitu penat sehingga tak boleh nk buat aktiviti lain. dok atas katil je sepanjang masa. alangkah indahnya dunia ku jika ada bibik leh tolong tun memasak, membasuh dan mengemas rumah. ecececec, mcmla selama ni ko buat semua tu tun. ko mmg dasar pemalas. huwaaaaaaa.. baju kotor bertimbun tak basuh. sape nk jadi sukarelawan lehla email tun. penat siutttt. holiday hari tu, kaki ku ini tak sempat nk beristirehat. mehla dengar kisah tun sepanjang bercuti cuti.

pada plan awal, hanya tun dgn hyunmin je yg nk pegi tetiba tercetus idea nk ajak lagi sorang. ini kerana kami berdua tersangat suka beraksi dihadapan kamera. maka hyunmin pun ajakla satu mamat nih. dia ni korean gak. secara tidak langsung, sepanjang holiday tu beliau telah menjadi cameraman kitaorg. sgt seronok beraksi. tepat kul 7 pagi kami bertolak dari dublin ke galway. dalam 3jam sampai di destinasi, kami pun mengejar bas tour ke cliff of moher. mcm yg dilihat dlm gambar. cliff ni seperti banjaran yg panjang. memang cantik bagaikan lukisan. ramaila para pelancong yg dtg. sempat gakla kami berkenalan dgn satu minah italy. anak dah 2 orang , tapi selamber rock je dia tinggal laki dan anak anak dia di rumah semata mata nk travel ireland. budaya mat salleh memang sempoi.

dah abis pusing area cliff, kiteorang gi cari bilik lak. merata rata kiteorg pusing. semua penuh. almaklumla sekarang ni kan musim summer. time cenggini mmg musim bercuti-cuti. cuaca pun cantik. setelah agak kepenatan mencari bilik, kami pun stop la kat taman area galway city. apa lagi belasah la bekal makanan kiteorg. tun buat cucur jagung. hyunmin lak beli sandwich tuk kiteorg. makanan mmg byk giler. selepas membuncitkan perut kami pun memulakan expedisi mencari bilik dan sejam kemudian jumpa la. 2tahun lepas tun menginap tempat yg sama gak. tak sangka leh terjumpa balik bed and breakfast ni lagi. malam tu dalam pukul 9mlm, kiteorang jenjalan kat galway city. perghhh ramai gile manusia di bar dan pub. patutla org ckp irish kuat minum. kiteorang lalu jer la, tak masuk pun. nasib baik hyunmin ngn mamat ni bukan kaki minum. pastu kiteorang singgah mcdonald. beli eskem.. kan tun dh ckp.. eskem merupakan makanan rutin tun. gi holiday pun kena makan eskem.

keesokkan hari, selepas bekpes, memang enjoy la makanan tu. jem buatan sendiri tuuuu. sedap sgt. pas belasah smua makanan atas meja kami pun ckp bye bye kat minah yg jaga bed n bekpes. pastu kiteorang kejar bas tour ke connamara. sepanjang perjalanan kiteorang tidor je. sbb penat sgt. semalaman berborak sampai x cukup tido. dekat connamara ni xderla best sgt. just ada castle ngn tasik dan bukit bukau. ntah laa tun x minat sgt. jemu kot tengok castle. kat dublin pun berlambak ngn castle. so tun leh cakap..2nd day tour..mmg x best. cuma bergambar je la. lepas tu bas tour kiteorang singgah jap lunch kat pub. sorry la kengkawan..kt area kylemore ni. ada pub je. maka tun order kopi ngn eskem yg dijual di kedai runcit. pastu makan cucur semalam yg tak habis. memang agak kebasian sket cucur tu..tapi nk wat camana, kat situ takde makanan halal. maka ku sumbat la jugak cucur tu. janji kenyang.

sampai di galway city dalam kul 5.30ptg. pastu kejar lagi bas balik ke dublin. huwaaaa..penatt. total hour kiteorang menghabiskan masa dlm bas lebih kurang 20jam untuk 2ari. huhuhu keras semua otot otot. sampai je di bilik..rasa nk merangkak je naik atas katil sbb kaki dah penat sgt.
apa pun kiteorang memang enjoy, kalau la kami ni byk duit memang dah beli tiket train, takdela penat cemnih. tapi memandangkan kami bertiga ini serba kekurangan , maka terpaksa la beli tiket bas. murah dan merosakkan otot bontot. lenkali kalau nk bercuti pastikan ongkos anda mencukupi supaya tidak memudaratkan kesihatan.

p/s: tun rasa hyunmin syok kat mamat nih. tapi bila tun tanya dia ckp "NO". tapi tun tahu dia minat.. sbb masuk ari kedua dia mcm malu malu. tu pasal byk gambar tun ngn mamat nih. sbb hyunmin suka amik gambar. taktik nk pic mamat tu laa tu. elellelel..

Monday, May 19, 2008

holiday slideshow

yuhuuu chakkk.
tun baru je balik dari holiday. sangat gumbiira rasa tak mahu balik. nak stay sana je,
oklaa tgklaa gambar kat bawah nih. tun tak larat nk taip dah. nak tido je.
esok tun cite lagi yek.





Friday, May 16, 2008

size 8

sejak melaksanakan diet extreme, seluar agak longgar maka terpaksa la tun mengeluarkan sedikit uwang untk membeli jeans baru. jeans lama dh layak dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar pulang ke tanah air. tahun lepas tun penah pakai size 12, masa tu memang gemok tak hingat nye. muka bulat bak bebelon yg tunggu masa untuk meletop, namun yg pelik si-dia tak kisah pun. selama kiteorang berkawan mesra, dia tak pernah kisah pun dgn bentuk fizikal tun. bagi dia tun tetap comey. biarla org kata tun bulat ke, tak lawa ke, byk lemak ke. tapi si dia memang berbeza. tu pasal tun syg dia. cewaaahh.. ni yg wat rindu tak tertahan nih. tak sabar nk balik mesia. semalam mcm tak percaya bila try jeans size8. muat pulak.. perghh.. kembang idung tun ketika itu. tak sabar nk beriak serta takbur kepada si-dia. sbb dia je yg rajin melayan tun bab diet. kalau org lain mmg bolayan je tun nih. dia pernah tanya tun "kalau i gemok u nak tak?" tun dgn selamber menjawab. "taknak u gemok, u boroi pun i taknak. u kena mcm nih sampai bila bila." huhu.. kejam kan.

si dia yg tun sayang ni memang berbeza dari yg lain. dia seorang yg pendiam, tak byk songeh, penyabar dan yg paling penting dia ensem. huhuhu tak ensem boleh blah jejauh.. i tak layan!. giler kejam ko ni tun. tapi bila tun marah kan dia, macam macam ayat longkang leh kuar. so tgh syg ni, korang bolehla sediakan baldi untuk persediaan awal. manala tahu kot kot ada yg nk termuntah ke.

weekend ni tun takde, si dia kena gi training dan ween pun takde. maka.. takde la berat ati sgt tun nk meninggalkan dunia internet nih. teman bersosial pun bz ngn aktiviti lain.
oklaa jumpa laa lagi 3ari. tak sabar nak gi holiday.. nak bergumbira sepuas puas ati.

Wednesday, May 14, 2008

i was demok part 2

di atas permintaan ramai tun dgn sesuka hatinya untuk menyambung cerita yg tergendala. berkisahkan mengapa tun begitu obses mendietkan diri. panjang cite nye.. tapi dah ramai yg meminta sambungan, terpaksala tun akur dgn kehendak mereka. cewaahh mcm la ramai. padahal sorang dua je. cam baguss je ko ni tun.

kisahnya begini..jeng jeng jeng
sejak kecil tun memang berbadan bulat. dan nafsu makan tun memang tinggi sejak azali. percaya atau tidak, zaman sekolah tun memang seorang budak yg kuat makan. walaupun cuba di control oleh ibu bapa, namun usaha mereka gagal. anak dara mereka memang mencintai makanan sepenuh hatinya. oleh demikian, sebarang acara suka seperti lumba lari, lompat jauh ataupun lari dalam guni bukanla menjadi pilihan tun. diri ini lebih suka menjadi penonton sahaja. namun.. tun tidak dpt mengelak apabila guru guru memilih tun menjadi pelontar peluru, lembing dan cakera. dari zaman skolah rendah sampai la ke sekolah tinggi. takde acara lain cikgu nk bagi. balik balik melontar objek berat. tenseen tauu. namun yg peliknya tun juga merupakan juara peringkat daerah dizaman itu (tutup muka kemalu-maluan). wey tun..aku dh tahu dh cite nih. cite la pasal mamat yg kutuk ko tu. kan ko ckp ko nk balas dendam. oo.. ok ok.. kite shortcut je la yek. (sila rujuk entry i was demok)

lepas adengan mamat tu kutuk tun, barulah diri ini sedar betapa debabnya daku ketika itu. tun pun berusaha mendietkan diri. selama 3bulan tak sentuh nasik. lepas PMR, tun masuk skolah asrama, maka tun tak jumpa la mamat tu selama 2tahun. lepas masuk kolej tun semakin aktif menurunkan berat badan. bayangkan time bulan puasa pun tun leh jogging pagi dan petang. dan di zaman itu bykla adengan dalam drama melayu berlaku kat tun. terasa sonok je bila adengan seperti
- org bagi bunga dalam lift (itula kali pertama dan terakhir tun jumpa mamat tu, ntah ntah antu).
- stranger mintak no fon
- gi kedai makan ada org bayarkan .
- hari valentine dapat bunga (siap lawan ngn member sape dpt bunga paling byk).
- kena ngorat oleh para senior.
- org tu kem salam, org ni kem salam..

berbeza sangat dizaman kegemukkan tun, org tak pandang pun. mcm la tun ni makhluk halimunan. sehinggala suatu hari, tun terjumpa balik mamat yg kutuk tun tu. mari tun kenalkan nama beliau *****ZAN. org panggil jan. dia tidakla sehensem mana, dia mempunyai gigi yg mancung kehadapan ataupun dikenali sebagai gigi jongang. tun gelar dia jj singkatan kepada jan-jongang. jj agak terkezut apabila melihat pen-kecutan fizikal tun. dia pun mintak no fon. memandangkan dendam lama belum berbalas, tun pun bagi je la. sejak itu, dia pun rajinla menepon, dan bersms. setiap kali cuti dia ajak jumpa. sebenarnya tun mmg takde selera nk melayan mamat tu. dia ni jenis suka memaksa dan perasan bagus. dia memang tak berubah langsung, perangai dari kecik sampai besar suka sgt kutuk org. disebabkan dia la tun fobia tgk nasik sehingga hari ini. tun tahu dia dh tangkap syiok sama tun sehinggakan dia pernah wat satu lagu ngn gitarnya khas buat diriku . tun tunggu masa je nk balas dendam kesumat tu. sehingga la satu hari yg ditunggu tunggu. jj meluahkan perasaan nya secara jiwang. yesss.. berjaya juga akhirnya. dengan tanpa rasa bersalah tun telah merejek beliau. jj terus mengambil gitar kapok beliau dan terus menghentak kepala tun bertalu talu. huhu..acah je. dia cakap "saya ingat awk suka kan saya". pastu tun pun meluahkanla apa yg terpendam selama nih. tun cakapla niat tun nk membalas dendam je.

muka jj merah padam waktu tu. marah sgt kott pastu dia leh cakap "awk ingat awk kurus, awk lawa sgt ke?". sejak itu tun tersedar la.. ye laa. aku ni kurus je.. muka takde la lawa mana. tapi tun jawab dlm ati "buruk buruk aku pun ko nak gak". pastu itula jugak kali terakhir tun berkomunikasi dgn beliau. selepas kejadian itu dia cuba membalas dendam kepada tun dgn memberi nombor fon tun kepada kengkawan nya. hampir setiap malam, tidur ku diganggu oleh bermacam macam jenis jantan kabaret. ada yg bagi sms 18PL, 18SX, 18 SG. tapi tun wat bodoh je.

(kepada jj atau pun rakan beliau yg membaca blog ini. tun mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas kesalahan yg lalu. alaaa..kira kosong kosong la. lenkali cakap jgn pakai lepas je. ingat org gemok takde perasaan ke?)

Tuesday, May 13, 2008

sorry

sorry la..kerna tun tak dapat nk menyambung story i was demok. bukan per. malas lak nk mengimbau kembali zaman nakal. cewaah. biarla berhenti disitu sahaja.

ermm sebenarnya tun ada satu masalah cinta yg ingin diselesaikan. ni berkenaan dgn sahabat baik tun. walaupun ia tidak ada bersangkut paut dgn kehidupan tun , namun rasa mcm nk bz body lak. rasa seperti ingin membantu si bedah ini. bedah (bukan nama sebenar) berusia 25tahun, seorang anak dara yg sudah menjalinkan hubungan dgn kekasih jarak jauhnya sejak 8tahun dahulu. kini tibala masanya bagi mereka untuk menghalalkan hubungan itu. yg menjadi tanda tanya kepada bedah ialah, si mamat tu asyik menangguhkan tarikh kenduri kawen mereka. dari tahun lepas hinggala ke tahun ini. mamat tu dok bagi alasan bermacam-macam. dan semalam bila bedah tanya, si mamat tu menunda lagi tarikh ke tahun hadapan pula. isk isk isk.. fening paler tun dibuatnya. nak tuduh si boipren bedah curang, rasa berdosa lak. lagipun boipren bedah ni baik je. nak tuduh mamat tu ada masalah dalaman., eh tun masalah apa tu? alaa. yg gitu gitu tu. tapi bedah menolak sekeras kerasnya. kata bedah, boipren nya lelaki tulen. abistu apa problem mamat tu?.

sejak semalam mood seperti tidak begitu baik. rasa berserabut je kepala hotak ku ini. hati pulak seperti kesakitan sedikit. tak byk..sikit je. tapi kenapa tun? entahla. ini pasti masalah cinta lagi kan tun. owhh tidak. manada..apa? ko ingat idup dlm dunia ni hanya ada satu masalah je ke? bab cinta je ke? owhh tidak.. yeke ni tun? arghh.. x caya sudah.

Sunday, May 11, 2008

-xde tajuk-

chakkk! tun baru je balik keje. rasa nk sepak bos bertalu talu. sebab bengang yg teramat. tun dah plan nk bershopping sakan. tetapi segalanya hancussss. salah siapa? salah boss la. hampesss. takpela boss..lagi 5minit tun maafkan dikau.

ok berkisahkan diet kembali. percaya atau tidak? sepanjang minggu ini tun melantak eskrem setiap hari. tanpa rasa bersalah pun. tun makan eskrem dgn jayanya. sgt enak dan lazat. dan yg lebih menggumbirakan hati beta, i lost 2kg maaa. see, i dh ckp..i takleh mkn nasik je. kalau mkn nasik mesti demok. so benda len..i leh belasah. tun boleh menjalankan kehidupan normal sekiranya tak makan nasik selama 2bulan, tapi tanpa eskrem sehari..owhhh tidakk.. tidak. jgn dipisahkan tun dgn eskrem. nanti merajukla hati.

kenapa ko ni beriya iya sgt nk diet tun? naperrr? isk..panjang citenye bedahh oi. malas aku nk cite. tapi kisahnya begini. seperti entry aku yg sebelum nih, dizaman kegemukkan aku. pelbagai kata cacian yg aku terima (ni ayat overdose mintak simpati). sebenarnya takdela plak org nk caci tun..cuma org selalu la mempersendakan bentuk fizikal tun yg bulat, dagu pun takde. yelaa dah bercantum ngn leher. yg lebih menambahkan kesedihan ati bila makhluk yg kita minat leh kutuk kita. cesss.. di ketika dan saat itu aku bersumpaaahhh.. akan ku balas dendam pada mamat tu. perghh tunnn.. mcm dasyat la cite ko. pastu apa jd tun? betul ke ko nak tahu ni? ok cite dia begini. jeng jeng jeng (to be continued)

hepi dlm tensen

-sungguh busannn apabila terpaksa mencari nafkah zahir di hari minggu. aktiviti yg dah di plan kelmarin tergendala sama sekali. arghh. diri ini sudah kemaruk shopping. megasale beb..megasale beb.. pempuan mana tak sawan kalau megasale. gilerrr. malas tul nk gi keje.

-rindula si dia, rindu sgt..tak sabar nk balik mesia.. ehem ehem.. saper si-dia tu? ooo..si dia tu yg gitu gitu tu. yg comey comey tu yg suka merengek rengek.. yg membahagiakan diri ku. terasa seperti mahu di cium saja si-dia.

-kehidupan yg melampaui batas, semalam tun bersosial diatas katil sepanjang hari . sambil berasmara dgn laptop dan beramas mesra dgn bantal. sungguh mengasyikkan. rasa seperti sungguh bahagia. mahu saja tun meneruskan kehidupan ini tanpa henti. namun kusangka kan panas hingga ke petang rupanya tsunami di tengahari, boss tepon suh keje. hampesss. tak boleh tgk aku senang lenang sesuka ati. sebelum tun gi keje nih- tun dah wat pesanan penaja, agar sidia tidak menggatal. terasa diri ini seperti queen control. argh..pedulikan. control ertinya sayang. cewaaah. lebiu bucuk.. lebiuu. eee.. geli laaa aku ngn ko ni tun. naik loye tekak aku. sejak bila ko jiwang karat nih? huhuhu.. tun pun taktahu bila.

Thursday, May 8, 2008

antuu

tun nak buat pengakuan ikhlas, selain dari pemalas dan tidak reti memasak. tun ada lagi satu lagi kelemahan diri. tun sangat penakut orangnya. tun memang lemah semangat. tambahlak benda yg berkaitan dgn alam mistik? eh tun takut takut ni pernah jumpa ke? pernah sekali kot secara berhadapan. Gile bapaknya seram sampai pengsan gak la. eh cite laa tun. mcm best lak. cite la, citela. ok ok.. tun nk cite la nih.

pada suatu hari kira-kira 4tahun yg lepas. opah tun kena dudok di hospital sbb dia kena bedah kaki. selaku cucu yg baik , tun pun men-offerkan diri utk menemani opah di bilik wad. sebenarnya agak seronok juga menemani opah. orang ckp makanan hospital tak sedap kan, tapi dalam kisah tun nih, tun macam seronokla makan kat situ. dan bila orang dtg melawat, macam macam tun leh makan. memang best la. selain itu tun suka gak mengikis harta opah. apa saja tun nak, pasti opah hulurkan wang. yelaa..opah kesian gak tgk cucu dia yg baik ati ni. hari pertama tak takut pun tidur disitu, biarpun hanya tun berdua je ngn opah. sikit pun tak seram. pada hari ke-4, tun rasa macam bosan lak. malam tu tun berjalan jalan di sekitar hospital. yela..busan giler.. maka tun pun pergila merayap rayap. dari wad 1st class sampai la ke 3rd class. manala tahu kot-kot terjumpa balakss ensem time tu. tapi semua muka sakit je. so bertambahlah bosan. tun pun meneruskan aktiviti merayap akhirnya sampai la tun terjumpa satu signboard "bilik bedah". tun pun usya usya la kot kot ada doktor bedah yg ensem, tapi hampa. agaknya waktu mlm doktor bedah tak keje kot. tiba tiba "eh dik, wat apa kat sini?. kawasan ni bahaya" satu nurse tegur . tun pun mcm tak berapa paham. tapi dah kena sound, tun pun blah la.

malam tu tun rasa mcm mengantuk, macam biasa. lepas urut badan opah tun pun tidor la. sungguh nyenyak. tiba-tiba tun terjaga. penglihatan tun kabur, nampak mcm bayangan org dihujung katil tun dan tun menggesel mata supaya nampak lebih jelas. bila dah nampak jelas..rasa nk menjerit sekuat hati. makhluk itu berpakaian hijau pesakit dan berkelubung kepala. tun hanya boleh lihat dagunya yg luar biasa panjang. dia pandang ke arah tun, mengucap panjang. cuba baca ayat, tapi rasa sesak nafas. dada macam di tindih. tun cuba bergerak ke kanan. nak mendapatkan opah. tapi makhluk tu mengubah pandangan mengikut tun. seriussss seraaaaam. lepas tu tun tak sedar apa dah.

pagi esok nya, tun pun ceritala benda ni kat nurse, kat opah kat family, kat sedara mara, kat kengkawan, dan satu kampung kecoh kisah tun jumpa antu. kemudian satu nurse ni bertanya, tun ada gi bilik bedah ke? eh eh..mcm mana nurse ni tahu? tun pun mengaku la. nurse tu cakap, bilik bedah tu, lepas magrib jgn sesiapa pegi situ. ooooooo..itukah maksud bahaya yg dikatakan. dan itulah kali terakhir tun menemani opah. walaupun opah cuba menghasut tun dgn wang ringgit beliau. tetapi tun memohon ampun dgn opah sbb x dpt teman dia. tun taknak berjumpa mahupun bersahabat dgn makhluk berdagu pjg itu lagi.

kat dublin, tahap pengecut tun mmg tidak la berada pada paras tinggi. tapi di malaysia. tun memang seorang yg lemah semangat. di waktu malam kalau berseorangan jgn harapla tun boleh tutup lampu. selalunya dirumah, mak atau adikla mesti tidur sekatil dgn tun. sampai adik tun pernah bagi dialog keji kat tun " along ni kalau menjanda cepat je nak kawen lain. awk ni mana boleh tido sorang". semua org gelak dan diri ini terasa di perkecil kecilkan. ampess betul.

tapi di dublin..tun takdela pengecut sgt. kenapa yek? tun pernah bincang topik ni dgn kawan tun. pastu kwn tun ckp. " sbb antu omputeh ensem tun. antu melayu hodoh. cuba u tgk vampire, kemain ensem..i pun rela. tapi kalau antu melayu tambah lak toyol. dahla ijau pastu buncit lak tu. ngn pendek lagi. huduh kan kan ". tun pun rasa mcm logik plak.

sorry la pjg lak entry kali ni.


Wednesday, May 7, 2008

tewas

Disuatu hari yg indah, kelihatan anak dara sedang termanggu dihadapan burger king. Dia kelihatan gelisah, seperti ada sesuatu yg membebankan. Tanpa menghiraukan org lalu lalang, anak dara itu terus mencapai epal di dalam "hand bag" dan mengunyah epal tersebut sehingga habis. namun.. epal tersebut masih tidak dpt membantu anak dara itu dari terus gelisah. Kemudian, anak dara itu pun terus mencari sesuatu di dalam handbag nya. Buah pisang pula di keluarkan dan dia terus memakan buah pisang itu sehingga tidak meninggalkan isi. kalau diikutkan hati anak dara itu, kulit pisang itu juga mahu di telan tapi mengenangkan dia berada di hadapan khalayak ramai, maka anak dara itu pun membatalkan niatnya. Kegelisahan nya semakin menjadi jadi... akhirnya anak dara itu tidak dapat menahan nafsu yg bergelora dan terus melangkah masuk ke burger king.

" one chocolate brownies ice cream, please".

huwaaaaaaaaaaaaaa.. tewasss. daku tewass lagi. dah 3 ari tun belasah buah je. pagi petang mlm.. buah buah..celik mata je mkn buah. minggu ni tun berikrar nk makan buah je dan tidak akan memakan sebarang manisan. agak kelaparrrrran. tun berjanji nk diet extreme seminggu je. tapi rini daku tewass dgn eskem. serius payah..tun boleh hidup tanpa nasik..tapi takde eskem..susah la nk meneruskan kehidupan.

tun dah diet sejak sedekad yg lalu, pernah satu minah ni bagi motivasi diri kat tun. "ko nk diet wat apa? buat apa ko seksa diri ko. kurus pun kalau tak hepi takde maknanya".

tun tak suka nk bertelagah, tun angguk je la. malas nk lawan ngn dia. tapi tun nk tanya..gemok tu hepi ke?

Tuesday, May 6, 2008

boipren saya

pada hari ini saya nak bercerita tentang boipren saya. dalam dunia ni ada laki dan pempuan. dimana ada awekss disitula ada balaks. tapi saya dan boipren saya tinggal berjauhan. namun demikian saya tetap aweks kepada balaks saya. boipren saya seorang lelaki tulen. boipren saya suka minum air tembikai dan suka makan kek coklat. boipren saya sgt baik ati, dia tak suka marah marah. kalau dia marah dia suka duduk diam je pastu dia tido. bila dia tido saya pulak yg marah. apa?? dia ingat semua leh settle pas dia bgn tido. pastu saya pun majuk.. dan dia pun pujuk. aksi pujuk memujuk hanya mengambil masa selama 10minit saja sbb boipren saya mulut manis sehingga saya hampir terkena kencing manis. tapi takper.. saya tetap syg dia. boipren saya selalu gi surau time magrib dan isyak. dulu saya ingat dia gi menggatal. tapi dia cakap "sumpah yg, i gi surau tadi. i tak menggatal pun. i baru nk pegi mkn ni. lapar tau". pastu tun berpikir..kalau dia menggatal mesti dia gi makan-makan. aweks suka kalau balakss belanja makan. pastu saya pun rasa bersalah kerna suka tuduh-tuduh dia. tapi takpe saya tahu boipren sy tak kisah pun. itu saja pasal boipren saya.

Sunday, May 4, 2008

ibu mertua

hari ini..memasak sup ayam dan mihun goreng lagi. sgtla sedap..meleleh air mata chef wan apabila merasa masakan anak dara di dublin ini. serius sedap. oleh kerna terlalu enak, maka tun pun dgn mulianya bersedekah mihun tersebut kepada rakan rakan taulan. termasuk abg chef yg kawen ngn minah perancis itu. huhuhu..masa bagi kat diorg tu. dup dap dup dap jantung. (huhu..sup tu adalah air rebusan ayam semata mata). owh.. tidakkkkk!. aku telah mengaibkan diri secara sengaja. semoga bakal ibu mertua tun tak jumpa blog ini. gilerr... kalau jumpa memang musnahla reputasi ku.

bila menyebut tentang ibu mertua, rasa berdebar debar lak. macam mana ye nk berdepan dgn situasi ibu mertua yg cerewet. orang kata, kalau yg terer masak tu lagi cerewet. owh...ini sgt merbahaya kan jiwa. bayangkan tgh memasak di dapur tetibe ibu mertua dok mengomel . apa kita buat serba tak kena. lauk terlalu masin la. kari tak cukup pekat la. dan paling menyakitkan hati kalau ibu mertua tu ckp "eh mak kamu tak ajar memasak ke?". amboii, amboi amboi... nk melibatkan mak kita lak. apa perasaan menantu? pasti makan hati. kalau si menantu tu baik, pasti dia hanya mendiam kan diri je. tapi kalau dpt yg mulut berapi. huhu..boleh terbakar dapur.

bagaimana mengatasi masalah dgn ibu mertua?. tun rasa tidak semua ibu mertua kejam macam drama kassim selamat. cuma kalau la nasib tak menyebelahi diri kita dapat yg cerewet. boleh menyebabkan tekanan dalaman. tambahlak kalau menantu itu mempunyai sifat-sifat mazmumah(keji) seperti tun. sudahla tak reti masak, pemalas lak tu. tidak kah boleh mendatangkan ketensenan pada mertua? dan keserasian diantara menantu dan ibu mertua pasti tidak akan tercapai sama sekali. keharmonian rumah tangga turut terjejas . cewaaah.. u nk kawen ke tun? dok cite pasal ibu mertua nih? - no komen.

dengan itu tun telah berjumpa beberapa langkah langkah keselamatan yg boleh diambil bagi menangani masalah tersebut.

a. apabila berhadapan dgn ibu mertua, korang pun berhipokrit 24jam. senyum je la. apa dia cakap.. korang senyum je. pastu cakap dia betul. nak mengumpat, dlm ati je.

b. ibu mertua dtg ke rumah- korang pun cakap "abg cakap, mak pandai masak kari. teringin nk makan kari mak." ayat ini akan membuatkan ibu mertua kembang semangkuk dan dgn senang hati memasak untuk anda. kan bagus tu..biar dia je yg masak dan korang leh bersenang lenang sambil2 tu jengukla dapur dan tolong tengok!.

c. setiap kali anda menjamu ibu mertua masakan anda. pakai la dialog keselamatan ini "kenapa ye, kari saya masak ni tak sedap macam mak punya?. ". ibu mertua pasti tersenyum sipu apabila masakanya dipuji.

itu sahajalah tips-tips yg dpt tun berikan kepada anak anak dara yg bakal menamatkan riwayat dara mereka secara halal. walaupun penulis belum lagi mempunyai ibu mertua dan tidak mempunyai sebarang pengalaman namun penulis yakin bahawa sedikit sebanyak tips diatas dpt membantu mereka yg memerlukan..

akhir kata dari tun, selamat mencuba.
sekian, terima kasih

Saturday, May 3, 2008

merepek.

segalanya hancuss..apa yg hancus?? diet tun la. kenapa? apa sudah jadi? tun telah belasah bukan satu, bukan dua tapi 4 mangkuk mihun goreng. perghh.. perut stokeng ke ko ni tun?. ntahla.. setiap kali daku berikrar, makin kerap lak tun memungkiri janji setia untuk terus berdiet. ini laa tun. hangat hangat najis ayam. tun tak mkn nasik je tapi yg len semua tun bedal. inikah dinamakan diet?

masih lagi kerinduan. rindu yg tak berbalas. apalah ertinya diri ini menanggung siksa pada yg tak sudi. wey makcik..kau ok ke tak nih? ok je..saja je nk berdrama seketika. sudah lama tak melakonkan watak air mata. asik asik suruh tun jadi pak pacak..apa ingat tun tidak berkaki-lebar ke? well, see the leg laa. bebas daripada bulu bulu roma. qualified jadi model gillete. arghh..sungguh mengarut. mengapa tun? mengapa? adakah dikau kerunsingan? eh tidak la..cuma kesunyian. dia yg tun tunggu sudah lama tidak menimbulkan diri. tenggelam di lautan pasifik gamaknya. siapa yg kau tunggu? huhu..beliau adalah..jeng jeng jeng. (to be continued).

Friday, May 2, 2008

makcik kuih

apa itu rindu? rindu adalah sesuatu perasaan. mainan emosi. kekadang rindu ni bukan pada insan yg kita syg je. kekadang yg kita x kenal pun kita leh rindu. semalam tun rindukan makcik jual kuih kat area umah tun. nama dan asal usul beliau tidak dapat dikenalpasti. cuma yg tun tahu.. kuih serimuka dan karipap yg dijual oleh makcik itu sangat sedap. dikala kurang sihat..ingin ku seru. "superman, bawala daku terbang ke pangkuan makcik itu. agar dapat ku melepaskan kerinduan dan menikmati kuih-muih beraneka jenis"..apa aku ngarut nih?

alhamdulillah, diri ini sudah semakin pulih. byk sgt dosa.. sakit leh kasi ringan sket.

Wednesday, April 30, 2008

tun kureng sihat




ampunn..ya ampun teman teman. diri ini kureng sihat sehingga tidak berkemampuan utk men-apdet. mungkin kerna perubahan cuaca yg kerap berlaku di dublin. kejap panas kejap sejuk kejap berangin kejap ujan.cuaca kat sini mengong sket. dalam satu ari.. mcm mcm rasa ada. sgtla tidak bagus untuk kesihatan rohani dan jasmani.

semalam.. sebelum kehadiran selsema dan batuk, tun ligat melakukan aktiviti sosial bersama teman. kami pergi bershopping brg brg murah jer. nak beli yg mahal tidak punyai bajet yg cukup. maka mata hanya menjamu selera sambil menyakitkan hati yg gersang melihat jualan megasale. mmgla megasale murah tapi bagi anak dara yg serba kekurangan ini..semua nya masih belum mampu utk dimiliki. dimanakah paklah? kj? para tan sri sekalian. dimanakah kamu semua berada? tahukah kamu anak dara ni dah kehabisan night cream. mahu beli yg baru.. waduh.. bajet lari maaa. estee lauder ada bagi free gift (set make up ngn beg yg takdela cantik sgt) kalau beli 2 produk mereka. tapi kulit tun lebih selesa dgn clarins. tapi clarins tak wat sale lak. mencik..

berkisah shopping punya hal lagi. tun yg serba kekurangan ini pun terus melangkahkan kaki ke PENNEYS. sebut betul betul ok. salah sebut leh jadi mende yg agak kebiruan. tahukah apa itu penneys? ooooo.. itu adalah ala ala gedung pakaian ala ala fajar. barangan nya murah dan tidak berkualiti. tp kalau setakat nk beli stokeng.. tun beli kat situ je. murah..leh pakai buang je. tak terasa sgt. 3euro leh dpt 5helai. murah kan. ok.. tiba tun terpandang sesuatu yg cantik. setelah dilihat harga...hek eleh..baru 4euro. aku makan kebab pun bayar 2kali ganda ni. so tun pun amikla belt tu. sungguh hepi.. dok bygkan..nk match kan dgn baju apa. kasut apa, dan terus berangan nk cite kat blog..betapa cantiknye belt ini.

sampai dirumah tun pun men-try laa belt tersebut dgn hati yg girang, namun...kegumbiraan ku hanya sementara, setelah diteliti hasil buatannya. ALAMAKK.. KULIT BABI. ciss..babi nye babi. kenapa mesti ditempek kat tali pinggang yg aku suka nih. begitu jijik tali pinggang itu. arghh.. sepanjang hari diri ini tertekan sehingga memudaratkan kesihatan..wahaha..drama je. tun sakit..selalunya tun inginkan cheezel. dan hari ini hyunmin buatkan kimchi sup dan belikan cheezel korea buat tun. huwaaa.. terasa diri ini disayangi.

Sunday, April 27, 2008

malas lagi

angin kus kus masih terus bertiup malah makin bertambah kencang sehingga tun dilanda kemalasan ditahap paling maksima. tiada makhluk di alam semesta ini yg boleh melawan tahap kemalasan anak dara ini. seperti weekend yg lepas, tun terus melakukan aktiviti seperti biasa. makan-makan dan bersenang lenang diatas katil. eh tun tak diet ke?? huwaaa..jgn ditanya soal diet lagi. diriku pasrah.. bahawa 50kg adalah amat sukar untuk dicapai. mengapa tun? mengapa? tell me why .. why tun..why? kerna.. nafsu serakah ku terus bergelora. daku tewas lagi dgn godaan makanan. namunnnnnn... jeng jeng jeng. takkan kubiarkan semua ini berlarutan. esok.. tun akan memulakan diet extreme lagi. tun malas nk update blog sbb tun gumbira menghitung hari kedatangan ibu bapa.disebalik keseronokkan menanti ketibaan ibu bapa, terselit rasa bimbang. tahukah anda bahawa bapak tun merupakan chef yg hebat?. chef wan pun leh angkat bendera puteh. wa cakap lu... maka..bagaimana nk meneruskan aktiviti diet ni? sudah pasti tun akan mentekedarah sepanjang beliau disini. huwaaa..

berkenaan dgn hyunmin, roomate tun yg berminat dgn islam. kini dia sudah tidak makan babi lagi. kenapa? sbb last week tetiba dia tanya tun, apsal org islam takleh mkn babi.. tun pun bla bla bla..cite pasal babi dijadikan untuk makan tahi. dia pun ngaku..kat korea babi mmg makan najis. pastu tun tunjuk videoclip kat youtube..daging babi berulat lepas 2jam dibiar dlm air coke. tun mmg geli geleman tgk ulat. tun suruh dia tgk sensorg. pastu dia ckp.. oo mcm tu ye. tun cakap... org islam pegang pun xleh inikan nak makan. itu menunjukkan babi sgt la kotor. dia x komen apa apa. tapi lately tun tgk dia makan sayur jer. sungguh comel seperti arnab yg manja.

kehidupan tun kini tidak ada sebarang tekanan. sungguh bahagia tanpa gangguan durjana kabaret. alangkah indahnya hidup ini jika semua durjana dapat dihapuskan tanpa meninggalkan sebarang kesan di alam ini. adakah tun bahagia? ya..sungguh bahagia.


Wednesday, April 23, 2008

malas

maafkan aku bell, jari jemari aku okey je tetapi angin kus kus telah meniup diri ini sehingga kemalasan tun berada melebihi paras normal. Serius shit..tun malas gile nk update. selalu nya tun update blog tun ni bila tun terlebih hepi, tersangat sedih ataupun tersangat boring. jika kehidupan tun di hanya ditahap normal..maka tun malas nk update. baru-baru ni ada makhluk komen ckp..blog tun xde ilmiah. ayoyoy..brother... b4 ko nk komen ..leh tak tgk kt atas tu. tun dh warning dh. blog ni tempat tun release tensen je. nak bahan ilmiah gi lepak library la. huhuhk..

tun masih lagi anak dara tak cukup sifat, malas serba serbi. takde sebarang peningkatan. azam tahun baru nk jadi pempuan melayu terakhir. tak tercapai kot tahun ini. takperla.. ramai je laki yg tak kisah bini diorg tak pandai masak. tul tak?? eh eh..lupa lak..tun terer masak kimbap. ok la tu kan. takdela teruk sgt. boleh usaha lebih lagi.

pasal hyunmin lak, beliau dah berminat nk kenali islam. pjg lak kalau tun nk cite. so lenkali la tun cite kenapa tetiba dia ckp nk tahu byk pasal islam.

Sunday, April 20, 2008

weekend bersama anak dara







weekend ni tun dan roomate dok mkn je sepanjang hari. pepagik kitaorg bangun dan memasak. tun teringin sgt nk makan kimbap atau lebih dikenali dgn nama sushi. sungguh enak. pas makan makan kami pun membeli eskem. satu tub sorg tu. korang boleh imagine tak betapa besornye perut kitaorg. huhuh. diet 2bulan tak mkn nasik. skali mkn mcm tuk simpanan setahun. weekend kali ini la yg paling best skali. membesarkan badan dan enjoy katak . makan tido, makan tido..perghh..kehidupan yg sungguh nikmat.

gambar bilik diatas ialah gambar tahun lepas kini bilik tersebut sudah berubah bentuk fizikalnya. bersepah sepah bilik kami bagaikan baru dilanda tsunami. tapi kami tetap bahagia. mkn dlm bilik mmg sungguh best. pas makan boleh buat kuak lentang ataupun aktiviti bebas diatas katil. inilah dinamakan bilikku syurga ku.
.

Wednesday, April 16, 2008

women who love too much


women who love too much( the no1 international bestseller). penah baca tak buku nih? ditulis oleh robin norwood. sungguh best. tun beli kelmarin dan dlm masa satu hari tun leh abiskan. cite ni byk kisah pempuan yg ter-overdose kasih syg dlm diri mereka. dan kebanyakkan dari mereka jatuh cinta dgn jantan kabaret. akibat nye meranala bertahun tahun. kaum wanita jenis ini berpendapat, lelaki kabaret seperti alcoholic, kaki pukul, atau apa saja problem pada jantan itu dapat diubah dgn kasih syg. kaum wanita ini ingin mencurahkan seluruh jiwa raga mereka untuk membantu spesis kabaret. tapi mcm biasala.. kalau dh jantan kabaret..kabaret gak. mana reti nk hargai anak bini. tul tak??? pastu kaum wanita yg lemah ini mula lah menyalahkan diri mereka sendiri.

kaum wanita itu mula la berfikiran negatif. menyalahkan diri sendiri. rasa diri tak cukup cantik la, diri terlalu gemuk la, ataupun cara dia menegur suami tu salah. itu pasal laki diorg melarikan diri. mengong jerr. pastu mula la timbul sindrom stress, diet extreme..huhu..tetiba tun terkenang kisah lama. yess.. tun diet pun sbb jantan. cess.. kena balik kat batang idung. (sila baca entry i was demok).

tapi semur idup tun, tak pernah lak tun nk salahkan diri tun kalau hubungan tak berpanjangan. malah tun akan terus menyalahkan pihak yg bodoh itu dan akan terus mencari yg baharu. huwahahahhahak.. kepada kaum wanita yg rasa diri mereka tak dihargai oleh pasangan mereka boleh la beli buku ini. dia ada kasi tips mcm mana nk handle situasi.

akhir kata- selamat membaca.

Monday, April 14, 2008

lelabah

semalam tidur tn diganggu satu jeritan comei "aaaa...aaa". apabila tun membuka mata kelihatan roommate tun sedang berdiri dalam ketakutan. Lampu terbuka terang benderang. Tun pun pelik. Ikutkan hati malas nk layan. tapi diri ini mempunyai sekeping hati yg mulia
"hey yunmin..what's wrong?". tapi minah tu ckp.."err..nothing". Apa kes minah ni cakap takde pape tapi dok melompat lompat mcm org kegelian je. Sib baik bukan adik tun. Kalau tak, dah dpt dh dialog "giler haper melompat lompat tgh malam" . tun pun bgn tgk kat katil dia. seekor lelabah comei sebesar ibu jari. ooo itukah monster yg beliau takutkan sgt. Tun pun bertindak sebagai heroin mencapai plastic bag dan membuang sang labah ke dlm bakul sampah berdekatan.
Hyunmin pun melafazkan ikrar beliau " I swear..i will clean this room tomorrow."

memang wajar pun bilik ini dikemas, kerna dikhuatiri tenuk pun boleh mengawan dlm bilik tun ni. sungguh merbahaya.

** untuk pengetahuan umum. Tun dan roommate memang dr spesis yg sama. Kami sgt pemalas. Dalam bilik ni bersepah dgn kertas asignment dia, yogurt dan sayuran. Ini kerna hyunmin mengamalkan diet extreme. pepagi bila dia bgn, 1st thing dia buat ialah minum 1liter air, mkn yogurt dan kunyah sayur. Hidup dgn hyunmin samalah seperti hidup dgn seekor arnab yg comey. tun bahgia je idup ngn beliau.***

(tadi minah perancis tu dtg dgn husband dia. diorg antar lasagna. huhu.. bestnya kehidupan tun. dpt mkn free. hubby dia seorang chef . ehehhe.. best best. mungkin ini satu petunjuk suh tun belajar memasak gamaknya.)

Saturday, April 12, 2008

kena tag

selalunya tun malas nk buat tag. tun mmg tak suka buat tag sbb tak dapat menulis mengikut kesedapan hati. yela..bila kena tag..kena ikut rules dia. tun sungguh malas.
tapi tag kali ini sgt menarik. encik hafiif yg tag tun.

5 perkara pertama dalam hidup tun.

Sebelum itu, syarat-syarat tag ini adalah :

1. Cerita benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu menge’tag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !

** 5 perkara pertama dalam hidup tun-

1. ALLAH,. pada DIA la tempat tun mengadu. walaupun tun bertimbun timbun dgn dosa. tapi tanpa segan silu tun masih lagi meminta byk mende kat dia. Bila diuji tun kekadang sawan..sedih marah. Tapi tun tahu..setiap kejadian ada hikmah. Pada DIA lah tempat tun berserah.

2. family tercinta. takde lain dah yg lagi penting dalam idup tun didunia ni. baru tun sedar. bf boleh ditukar ganti(hakhak) tapi kalau hilang family takde gantinya dah.

3. suami tun..hakhak..tun lum kawen lagi la. tapi kalau tun kawenla. tun bercita cita nk jadi isteri mithali. hahhahah.. berangan je lebih.

4. kawan-kawan. takde kawan takleh idupp woooo. leh kebusanan idup ini tanpa rakan rakan sekepala. betul tak ?

5. tun takleh idup senang tanpa henpon.. tun rasa henpon sgt penting. tido pun kena ada henpon kat sebelah telinga. henpon ni bukan saja bertindak sebagai alat telekomunikasi tapi dia turut tolong gerak tun solat subuh setiap pagi. jadi jam loceng tun la. jadi kalendar tun. serba guna la henpon nih.


5 mangsa tag kali ini iala

a. ween

b. sis ryann

c. kafnun

d. eimma

e. irfandalili (kak aida)



Friday, April 11, 2008

minah perancis kecek melayu

tadi balik dari kerja, tun nak naik lift. tetiba ada satu minah salleh tegur .
minah salleh : excuse me, are u malaysian?

tunteja : yes.. (tun terbangang seminit, apa minah ni nak )
minah salleh : oh.. my husband malaysian. (tu pun nk bitahu tun. tah pape je.)
tunteja : oh really. ermm where do u come from? ( dia macm bukan irish. )
minah salleh : saya dari france, baru sampai dublin minggu sudah
tunteja : Oh My god.. u speak malay.. how long have u been married ? (sungguh teruja)
minahsalleh : sudah 6tahun. sikit sikit boleh la. saya cakap melayu dgn suami saya.
tunteja : amazing, so when was the last time u went to malaysia?. (tun masih lagi berpoyo-an . ckp english ngn dia. sebab..tun mcm tak percaya minah ni ckp melayu. dia sungguh fasih)
minahsalleh : tahun lepas, kami singgah kl 2minggu. suami saya dari terengganu
tunteja : oh.. erm..macam tak percaya boleh cakap melayu. u sangat fasih. (tergagap gagap tun ckp melayu).

rasa macam tak percaya lak tun jumpa minah perancis ckp melayu ngn tun. sampai tun punya bahasa melayu pun tak betul sbb terlalu kagum dgn minah itu. dia punya slang mcm bunyi melayu tulen. takde bunyi omputeh sket pun. adeiii.. kagumnya. pastu tun tukar nombor fon ngn dia. nama dia jasmin. tapi tun masih tak percaya dia kawen ngn melayu. tun tanya dia..husband dia tu malay ke? manala tau kot kot dia kawen ngn cina ke, india ke or baba nyonya ke. dia ckp..melayu terengganu. hhahaha.. tun masih tak boleh terima kenyataan kot. rasa teruja sgt. orang melayu yg dok sini..kawen sesama melayu pun tak ajar anak ckp melayu. hari ini tun jumpa minah perancis cakap melayu di kota dublin. huwaaahahak. bawah umah tun lak tu. tun kagum betul dgn suami dia. semoga dia ajar isteri dia cara hidup islam.

Thursday, April 10, 2008

anti ker?

ada org komen tun. beliau ckp tun benci lelaki.. yuhhuuuu brother. salahh tu. i tak bencila kaum adam . tun benci golongan kabaret je. siapa golongan kabaret? owh.. tepuk dada tanya la usus.
emosi ganas tun sudah kembali.. tiada lagi mood jiwang. mengapa sedemikian rupa? owh.. saja. kerana..purata durjana semakin meningkat.

tun tak benci lelaki la, bapak tun lelaki, , ketua kg tun pun lelaki.. dan ramai kwn tun lelaki. manade benci..huwaaa.. itu smua gussip liar. tun cuma anti jantan kabaret je. tun baru je bercita cita nk tubuhkan kelab anti kabaret dgn ween. kepada sesiapa yg nak jadi ahli bolehla bg nama kat tun. hakhak.. aktiviti kita hari hari ialah.. mengumpat jantan kabaret sambil meneliti teknik teknik penipuan mereka. sebarang kes anak dara ditipu kabaret boleh lah wat aduan kat kelab ini. kami akan menampal muka durjana itu di-blog sebagai tatapan umum. supaya kes ditipu kabaret dapat dikurangkan dr semasa ke semasa. amacam?

aiyaarkk.. apa ko ngarut ni tun? xde per la..saja je. busannn la. hati dah ok ke? sudah ok..suhu hati di paras normal.

** pernah dgr serigala jadian tak? harimau jadian? mesti pernahkan. apa? x pernah? mereka adalah manusia yg bertukar rupa dikala bulan mengambang. kirenya manusia dua alam la.
b**i jadian pernah dgr? hahahahahahah.. tun tak pernah dgr. tapi lazimnya kalau korang marah terhadap seseorang...beliau pasti mendapat nama timangan B**I. kasihan manusia itukan. padahal.. binatang tu pun tak berdosa. manusia yg bersalah B**I pulak yg dpt nama. adeii.. tah paper jer. mulai saat ini..jgnla kita guna perkataa B**I. kesian binatang itu. lagipun kurang baikla. apa kata kalau manusia itu bersalah.,,kita pakai nama dia.

contoh ayat bila kita marah.:
hey safawi bin dot dot ..ko memang durjana. (nama bapak jgn sebut..sbb bapak dia tak berdosa).

morale of the story: jgnla maki org dah.. tak baik . hakhakhakhak.

tun pun dh nk insaf dh nih

(entry kali ini dikala tun sedang kebusanan tahap maksima-harap maklum)

Tuesday, April 8, 2008

maafkan daku

***kehadapan kakju, tun memohon beribu ribu ampun. hepi befday to youuu. huwaa.. tun tak taktahu camana nk men-kontek kakju memandangkan smartG dah pupus. dia nye website xleh masuk. sorry kakju.. sorry.. hadiah nanti tun kasi kat mesia. semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga ke akhir hayat.***

tadi jumpa member lama, dia tanya tun "wey, apsal kurus nih? amik pill lagi ker?"waduhhh.. mengapa kisah lama harus diungkit?. tun dh tak mkn dah pill kurus mahu pun pill chi-kit-te-on. tun dh insaf laaa. sumpah tak amik dah. tun beriya iya menafikan serkap jarang kwn tun itu. dia masih lagi tidak percaya. pastu tun ckp
."aku diet la. mcm ko tak kenal aku. dari zaman jajahan british lg aku berdiet". dia pun tanya tips tips diet . malas nk menjawab. tapi dah dia tanya byk kali.

tun teja: senang je beb, ko jgn mkn nasik. after 2bulan kompem ko kurus keding. try la.
kawan : abis tu ko mkn apa jer tun?
tunteja : ko mkn hati 3 kali sehari, mkn la byk mana ko nak. lagi byk ko mkn lagi cepat ko kurus.
kawan : wey len mcm je ko nih, ada problem ke? meh cite ngn aku. ( sungguh bz body minah ini)
tunteja : alahai..lenkali la borak, aku nk blah dh nih..

tun pun berlalu meninggalkan minah kepoh itu. tun agak kebusanan nk melayan beliau. hari ini tun tidak bersedih pun. hati tun pun masih lagi di paras normal. sape yg nk tukar hati ngn tun?. kita tukar len hari la yerk.

Sunday, April 6, 2008

x puas ati

sabar la hati..sabar la selagi boleh. sampai bila? sampai hati bosan . aritu janji nak buang hati..tp masih lagi simpan. bila hati dah takde mungkin hidup ni lagi senang. takde marah, takde sedih, takde syg. takde syg..saper ckp syg tu best? argh..cuba gaduh.. sakit kan. tp kalau xde hati..mesti tak rasa sakit.

sabarlaa hati. sabarr yek. tahu..skrg ni sakit lagi. takper lelama ti okla. naper ni tun?. takde paper. sesaja je nk wat drama bangsawan. gaduh ngn si-dia ke? eh takdela. manade gaduh. alala.. ckp je la tun nape gaduh? arghhhhhh..pegilaa blah. sibuk je nk tahu .

kau nk ruang kan, ok.. tun kasi ruang. apa lagi nak? ckp la.. akan hamba turutkan. nak darah nyamuk? nk jambatan emas? nak penampor? meh sini tun bagi. arghhhh.sabar tun sabar...huhuh. sawan dh menyerang ko nih.

sebenarnye tun bukan sakit hati, tawar ati atau pun takde hati. tun sebenarnya tak puas ati. serius tak puasss. tak puas ati tul.. uiks naper ni tun. tun tak puas ati nape tun tak boleh buang hati. tulung laa..amik hati nih. tun taknak dah hati nih.. amik la.. amek laa. tun taknak simpan.
ween jom exchange hati. hahah.. hati dikau dh tawar kan. takde rasa kan. okla tu.. meh exchange jom.

Thursday, April 3, 2008

dunia baru

tidak ada yg menarik. semenjak durjana tu delete blog, bosan lak kehidupan tun. selalunya blog beliau la tempat tun dan rakan rakan melayan drama seorang durjana kabaret yg takde kehidupan. Apsal laa ko delete cepat sgt. tak puas lagi kami nk berhibur membaca drama. takperla.. pasni wat lagi blog yer, ermm tun cadangkan beliau memilih profesion seorang guru tadika. amacam ? ti dah siap blog tu.. sila la bemesra ngn tun yek. kali ini letakla pic yg logik sket. gambar beruk pun ok gak. tun rasa ramai yg nk tahu link blog durjana kabaret tu kan. maaflaa.. beliau dh delete la. so takyah la cek setiap link kengkawan tun. lagipun Tun x penah link beliau pun.

- tadi tun baru je bis menonton dunia baru the movie. adeii.. sungguh comei movie itu. kelakar la. bercite pasal dunia baru, tak sabar nk buat new life.

hyunmin roomate tun, takde 4hari beliau gi scotland. busan la kehidupan tun dok bilik sensorang. nak ikut tapi tun tgh saving sbb summer sale dh dekat. oleh itu, dok umah jelah.

tadi tun masuk web site mencari kucing. Tun balik mesia nanti, takleh laa takde kucing kat rumah. Since lessy mati, mak ayah taknak jaga kucing dah. Diorang taknak sedih bila kucing mati. memang sedihhh woo..sedih macam mati anak kandung. kalau anak tiri takdela sedih sgt . Tun nk cari anak kucing parsi kaler itam or oren. sesape nk jual boleh laa hubungi tun. harga boleh dirunding. Berdarah campur melayu pun takpe janji bulu dia cantik dan berumur 2bulan kebawah. Yg nk bagi percuma amat di alu alukan.

Tuesday, April 1, 2008

lagi lagi kabaret

awin mihad (01/04/2008 12:23:52): tunnnnnn
awin mihad (01/04/2008 12:23:55): panass panasss
awin mihad (01/04/2008 12:24:07): Blog has been removed Sorry, the blog at p-j-arjuna.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
awin mihad (01/04/2008 12:24:09): perghhhhhhhhhhh

bukak je ym tadi terus dpt offline msg dr wiween. tun dah senyum je. ayoyo brother, apa pasal delete blog? u punya drama, sumua my pren manyakkk suka baca lor. aritu kwn mintak link blog durjana kabaret ni. puas dh durjana tu jd bahan. pastu kiteorg dok kaji kesilapan teknikal beliau. nota:- anda perlu berlatih bersungguh sungguh lagi untuk menjadi player alam maya yg berjaya.

kawan tun:"tun! kasi balik link budak ensem tu, smlm lupa nk save".

bukan mamat ni je peminat blog durjana tu. ada lagi beberapa org. best wooo drama dia. mula mula mmg x perasan dia ni penipu, tp lama kelamaan rasa semacam je jalan cite beliau. tapi yg buat lagi sahih dan yakin tun rasa dia tu penipu..ialah gambar gambar ensem tu mmg bukan milik beliau.. pastu beliau dok cite pasal diri sendiri. mcm hebat je. nk gi sana sini sinun. almaklumla pramugara. tp yg best tahap cipan..gi europe dlm masa 3 ari dh sampai mesia. hello brother, dok dlm flight je dh 12jam, x masuk waktu menunggu lagi. pegi balik dah 30jam. . takkan ko dok atas langit je. pastu gi sana sini sinun..mcm cite superman je. bila tun tegur..ilang berminggu minggu. untuk menyakinkan lagi bahawa dia seorang pramugara, dia penah tulis satu entry tentang umah beliau takde air so dia terpaksa mandi di toilet KLIA. siap describe lagi betapa besarnya toilet itu.yuhuu..ingat we all ni 5thn ke?. yg best bila dia wujudkan lagi satu karekter. kwn dia seorang designer.. tp yg wat tun dgn wiween tak tahan sgt tu, mamat designer pegi out station x bawa laptop. hahaha. dan yg paling best nye dia punya ayat manis nk mengayat anak dara pergh.. sungguh la taak tahann.

mesti ramai x paham kan entry nih. apa pun..tun cuma nasihat anak-anak dara mahupun janda di akhir zaman ni tolongla berhati2. jgn jd mcm kwn tun. dia kenal satu mamat kat website, belum jumpa dh bg mamat tu pinjam 400. pastu lesap begitu je. tun rasa mamat yg pinjam duit tu bace blog nih. so malaun..hentikan la perbuatan kotor ko nih.

blog tun ni mmg x sesuai utk bacaan kaum lelaki. sbb tun sgt suka berprasangka tidak baik kepada mereka. kenapa??? pengalaman beb.. tun cukup anti penipu. so penipu..nyah ko . tp aku tahu lagi aku halau..lg ko suka dtg blog aku kan. hahahhah. meh la. selamat dtg..dan have fun.

datang la lagik. entry ni pun khas buat dirimu. kerana dirimu sungguh tidak berharga.

Monday, March 31, 2008

april fool

1st april, esok. bday mak tun yg ke52, Walaupun mak dah separuh abad but she looks much younger than her age and what i hate most, org selalu ckp tun ni adik dia. Ada 2 kemungkinan disini.
a. mak nampak muda
b. tun nampak tua (sila pilih jawapan a).
Ini mungkin disebabkan mak berjiwa muda kot. Ya.. dia sungguh keanak anak-kan dan sungguh sporting. Baru baru ni tun tanya adik apsal dia tak berpantang lepas bersalin. Adik jawab " takkan awk tak kenal mak kita, mak kan rock. Dia kasi je adik mkn smua mende".
Takleh bygla hidup tanpa emak, dialah tempat anak anak meluahkan perasaan. semua boleh cita kat dia takyah nk tapis tapis.

(cite 2. ) tadi window shopping, tun terpandang satu pasangan suami isteri arab. dalam linkungan 60an kot. diorang solat duduk kat bench dikhalayak ramai tapi orang lain x perasan pun. syahdu lak jiwa ini bila tgk adengan tu. Semoga bakal suami tun pun leh bimbing tun.

cite 3)- Kisah durjana blog lak. Masih giat nampaknya beliau mempermainkan anak anak dara. Gambar-gambar ensem dlm blog tu dh sahih bukan muka hak milik beliau. Jalan citer memang sgtla berbelit belit. beliau bertugas di over-c naik flight pegi europe 3 hari dh balik mesia. yuhuuuuuuuuu.. ko nek jet ke nek kapal terbang?. tun dan ween mls nk layan drama durjana tu. Tun berharap anak dara yg comei tu cepat sedar. Anak dara yg dia usik tu pun bukan calang calang orgnya, lambat laun sedar gak. (kisah ini khas buat si durjana kabaret, -maafla kalau ada yg kompius)

Friday, March 28, 2008

saya idup lagik!!

tun masih lagi bernafas.. hidup lagi anak dara nih. tak berblog tak ber erti tun sudah pupus didunia ini. kemalasan tun melebihi paras normal dan jiwa juga agak tenang setiap kali menghitung hari ibu bapak nk dtg sini. nak makan sedap sedap. tetapi..jeng jeng jeng.

abissslaa tun kalau bapak ku tgk bilik yg mcm baru lepas dilanda tsunami. byk mangsa lemas yg boleh dijumpai kalau bapak ku mengemas bilik ini.
tun rasa anak dara akhir zaman, byk yg mcm tun. Tak reti masak dan pemalas serba serbi. Bagaimana menangani masalah ini? mari kita pikirkan bersama sama.

bila bercerita bab ibu bapak nk dtg umah, tun teringat satu kisah di rumah kawan kepada kawan tun. kelam kabut minah ni ketuk bilik roomates dia sbb nk pinjam kain sejadah. si ibu nk solat, tapi si anak dan kengkawan beliau pun se-spesis gak. spesis tak solat..pastu diorg bagi alasan "kain sejadah basuh..antar dobi". lawak je. nasib baikla si ibu ni tak lupa bawa kain sembhyg.

oklaa.. ni je la kot. tahun depan la plak tun menulis. hakhak..

Tuesday, March 25, 2008

impian vs berangan

setiap org mempunyai impian. apa beza impian dgn angan-angan?. selain daripada ejaan dan bunyi sebutan yg berbeza, cara otak menerimanya juga berbeza. Impian adalah satu keinginan yg otak kata "ye, kalau ko usaha pasti boleh". Impian selalunya sesuatu perkara logik dan boleh diterima akal.

Cita cita juga termasuk dalam kategori impian. bercerita pasal cita cita, zaman sekolah, cikgu pernah tanya "dah besar nk jadi apa?". Ada yg jawab cikgu, nurse, doktor, polis dan kwn tun selang 3 meja menjawab "saya nk jadi surirumah tangga". Besar sungguh impian dia. tun membayangkan skrg ni dia dah ada anak seramai satu team bola dan 2 pemain simpanan. Rutin harian beliau memasak, mengemas umah, melayan suami, menjaga anak-anak , dan berhipokrit depan ibu mertua dgn jayanya.

Angan angan lak camana?. Angan angan lak berlandaskan nafsu. Kalau kita berangan, kepala hotak kita akan mentafsir dan kemudian memberi respon "beranganla ko selagi boleh".". orang yg gila bayang tu, disebabkan terlebih berangan la kot gamaknya. Tun suka berangan nk jadi sleeping beauty. Hidup dalam istana mcm kisah fairy tale. Nak ada doraemon yg boleh tolong tun menguruskan diri. Tun juga nk satu lampu aladdin. Setiap kali tun nk makan tun just ckp " wahai lampu sakti, aku nk nasik lemak kg baru" 2 saat kemudian. "tinggggg!" dah leh makan tanpa perlu tun mengerah tenaga zahir utk memasak. best kan berangan?


Ko ni byk berangan la tun. ko takde impian ke? Eh, mestila ada. Impian tun nk travel keliling dunia. Tun nk tubuhkan charity untuk membantu fakir miskin dan nk tolong mangsa perang. Tun juga nk bagi subsidi minyak kat rakyat mesia. Murninya impian ko tun!. Apakah langkah langkah yg boleh diambil bagi memakbulkan impian tun?.
Errmmm.. tun nk kawen ngn raja arab saudi. Pehtu tun nk minta dia supply kan minyak ke mesia secara percuma. Pasti isu kenaikkan harga minyak tak akan timbul lagi.

Ko memang kuat berangan la tun. Malas aku layan ko!

Saturday, March 22, 2008

pernah tak?

anda pernah tak?

a). tengah lepak ngn kengkawan kat kedai mamak, sambil bersosial dgn teman sejagat. tetibe datang satu mamat yg perasan ensem dgn selamber badaknya tarik kerusi sebelah pastu lepak kat meja anda. pastu dia dengan mesranya tanya no fon.

mamat : saya nak no fon awk boleh?
anda : saya takde henpon, smlm jatuh lubang jamban. (alasan semata mata)...

tetibe, secara un-sangka-rable , bunyi tepon anda melalak dari poket kiri. mamat tadi memberi senyuman yg sungguh meluat untuk tontonan umum. (pernah)

b.) sebijik jerawat tumbuh di hidung, sgtla jijik melihat si jerawat itu sehingga anda malu untuk keluar rumah. anda merasakan andalah makhluk paling huduh di muka bumi ini tapi tanpa diduga ada juga mamat kacak yg tidak alergik pada jerawat dan meminta no fon. ( tak pernah)

c). anda terjumpa dgn seseorang yg sgt anda kenali, dgn mesra alamnya anda menegur dia.
anda : hi buna, lamanya tak jumpa.. waa.. dah makin kurus la. kat mana sekarang nih? tak sangka leh jumpa kat sini.
orang itu : eh, nama saya bukan buna. awak salah org nih.
(dgn muka merah bak tomato, anda ckp sorry dah terus blah. pastu barulah anda terpikir.. patutlaa dia nampak kurus. )- ( pernah.)

d.) pernah tak, rasa nk lempang org yg anda tidak kenali, tp raut wajahnya men-ingatkan kepada seseorang yg anda rasa layak di lempang. mcm muka bush ke? mona fendy ke? muka komunis ke? or sesape je yg anda rasa penah nk lempang -(pernah)

e.) penah tak rasa nk baling je pinggan kat tukang masak sbb makanan yg dia bagi tu sgtla tidak layak dimakan oleh manusia mahupun tenuk. baik mkn megi di rumah.
(penah, minggu lepas.. tun mkn kebab x masak dan tidak sedap. akibatnya- tun keracunan makanan)

Thursday, March 20, 2008

dia dtg.jeng jeng

sempena menyambut kepulangan nafsu serakah yg baru pulang dari holiday, tun telah menjamu beliau dgn coklat yg sungguh byk dan sekotak eskem coklat. gilerrr.. skali nafsu dtg. hampir satu tesco nak di telan nya.
yei yei yei..ibu bapak nk dtg sini. leh makan sedap sedap. dah tak larat dah asik telan megi, telur ngn sardin. selalu sgt telan mende yg sama je sepanjang tahun sampai nafsu makan pun merajuk bawa diri.. huhu..(pengajaran untuk anak anak dara. berlajarla memasak. kalau taktahu memasak, korang akan menerima nasib yg sama seperti tun teja.)
tun mempunyai selera kampung yg sgt tinggi, dok sini mana nk cari gulai lemak cili api, sambal ikan bilis, gulai kurma daging, pajeri nenas dan gulai tempoyak.. huwaaaaaaaaaaaaaa..... syahdunya hati ini bila mengenangkan juadah kampung.

Monday, March 17, 2008

zz

tun takde cite menarik. nak kata buring pun, takde la sgt. ku tempuhi hidup seperti hari hari yg biasa. takde sebarang keganjilan yg berlaku. eh.. ada ada.. tun sudah tidak mempunyai nafsu lagi terhadap nasi, eskem, coklat dan segala jenis makanan. kenapa?? tun pun pelik. mana pegi nafsu serakah tun? adakah tun sudah tidak bernafsu ataupun tahap keimanan tun sudah melonjak naik sedikit dari paras normal sehingga mampu menahan nafsu? sekarang ni, bila tengok makanan yg berjuta juta kalori tun sudah hilang keinginan.

bagaikan mati pucuk. tun tidak bernafsu lagi dgn makanan. apa?? tak caya?? betul laaa wey. tak tipu. wa ckp manyak butul woo. sejak keracunan makanan pada minggu lepas, apabila mengenangkan kebab tak cukup masak. tekak ku menjadi loya. yeeww.. gara-gara taknak membazir tun habiskan juga. akibat dari perbuatan baik itu, perut ku sakit menderita selama 3hari. setiap kejadian ada hikmah nya. sekarang tun sudah tidak ada selera makanan. Kalau dulu, tun suka komplen pasal diet tak menjadi kerana tiap kali nk control mkn, mesti tun tewas dgn godaan nafsu.

semalam tun masak megi sebungkus, setengah pun tidak mampu ku habiskan. pergh.. sgt teruja dgn perubahan ku kini. adakah aku telah diserangi anaroksi? owh.. mungkin tidak!. tun masih lagi normal.

nafsu oo nafsu..ko gi holiday ke uganda ke? baguslaa tu. pegi lama sket yee. save sket bajet aku bulan nih.

Thursday, March 13, 2008

sembahyang?

Siapa kat sini liat sgt nk mendirikan solat? Sila angkat ibu jari kaki anda. Masa kecik kecik kalau x solat kena marah tak? Di zaman kanak kanak ribena, tun suka menonton doraemon setiap ari sabtu jam 7.30waktu magrib di TV1. Apabila ayah membebel, tun dan adik wat relax je. Selagi doraemon tak abis, kami tak berganjak dari depan tv. Setelah ayah tertekan dgn perilaku kami, ayah telah menyusun satu strategi dgn menyediakan rotan. Lepas tu lintang pukang kami lari kebilik air. Takut siot.. namun lum penah rotan tu hinggap kat badan kitaorg.

Tun agak tensen sbb tak dapat tgk doraemon sampai abis. Tiba tiba syaitan telah membantu tun menyusun strategi pula. Setiap kali iklan pertama kami akan kelam kabut mengambil wudhuk pastu sambung balik dok depan tv. di waktu iklan kedua kami akan solat magrib mengalahkan bas express malah mungkin sama kelajuan dgn kereta lumba F1. Bila bapak bertanya "dah solat blum?". Dgn muka puas ati tun menjawab "dah ayah, tak caya tanya adik" Ayah tak cakap banyak dah tapi di wajah beliau jelas terpancar kekeliruan. sungguh busuk tabiat ku dizaman itu. Nak salahkan sape? doraemon atau syaitan durjana?

Fenomena solat secara ekspress ni bukan berlaku di waktu rancangan doraemon je, ia turut berlaku pada waktu cerita gaban, power rangers, tomatoman dan beberapa rancangan animasi yg len

Apabila meningkat remaja timbul sedikit kesedaran. Tun tidak lagi mengamalkan solat ekspress. Tapi satu fahaman baru pula yg muncul "better late than never" sape ntah yg menyalurkan ajaran sesat ni pada tun. Menyebabkan tun selalu melengah lengah kan solat. (lambat takpe asalkan solat). Perangai sedemikian terbawa bawa sehingga umur tun mencecah 18thn kali ke7.

Beberapa bulan yg lepas barula tun tahu, perbuatan melengah-lengahkan solat adalah sgt berdosa. Alahai tun .. dulu ustazah ada cite pasal azab org tinggal dan lengahkan solat tapi ko lupa. almaklumla tun ni golongan "melayu mudah lupa". Zaman skolah blaja agama sbb nk dpt A tuk spm. Itu pasal ayat hafazan PAFA tun lupa semua. (aksi ini tidak boleh di contohi sama skali).

Tun ada jumpa satu blog yg menyatakan satu neraka telah dikhaskan untuk golongan yg suka lengahkan solat. ketika itu tun mula membayangkan namaku tersenarai dalam "waiting list". Nauzubillah.. .. taknak. taknak.. huwaaaa.. berdosanya diriku ini selama ini.

kepada mereka yg belum cukup umur atau pun telah lanjut usia tun nasihatkan jgnla lengah lengahkan solat. tun rasa ramai kot yg tahu pasal azab azab untuk golongan mcm nih. so tun tak letak kat sini. kalau nk tahu detail korang leh search google.

selain itu,
tun ada 2 blog yg tun rasa sgt sesuai untuk bacaan semua. byk ilmu boleh didapati kat situ
a. http://keretamayat.blogspot.com ( tun jumpa link ni masa gi blog bro kunchalana)
b. http://demipena.blogspot.com

p/s: salam takziah buat weween diatas pemergian atok dia petang semalam. semoga rohnya dicucuri rahmat. -al fatihah



Tuesday, March 11, 2008

politik

Ada rakan taulan yg bertanya " wey tun, apa kes BN kalah teruk?". dengan penuh keyakinan tun menjawab "sebab aku bukan bini paklah". Kemudian dia pun mendiamkan diri seribu bahasa menandakan (malas layan ko, tun).

Haiyark.. korang ni, Apa kena mengena kekalahan BN dgn Tun Teja?. Tun tidak tahu menahu pun sebarang aktiviti yg melibatkan politik mesia melainkan nama gelemer PM mesia ialah PAKLAH.
Dan tun penah berangan angan nak berkahwen dgn beliau dan ingin memohon 8 org gaji yg boleh membantu tun menguruskan diri. Agak agak kalau tun jd bini dia, nak mintak 8 org gaji kena mintak kelulusan KJ tak?. takpela.. biarla ia menjadi misteri nusantara.

Tun tak retila nk cakap bab politik politik mesia nih. Nak komen banyak pun tak boleh memandangkan tun tidak pegi mengundi. Eh tun, nape tak mengundi? tun muda lagi la.. baru 18thn kali ke-7. lupa ke?

Friday, March 7, 2008

hati

sakit hatiku,
tun sekarang sedang menjalani rawatan pemulihan hati. maka, jika tun tertulis mengikut kesedapan hati, ampunkan tun yek. sb hati tun sedang menderita nih.

simpton simpton org berpenyakit hati adalah seperti berikut
1. sakit hati
2. tak sedap ati
3. tawar hati
4. makan hati
5. busuk hati
6. takde hati

mengikut hasil kajian dari tun teja, penyakit hati seringkali dikaitkan dgn sejenis parasit yg lebih dikenali dgn nama "buah hati". Parasit ini memberi kesenangan hati pada peringkat awal, namun apabila mencapai disatu tahap ia mula memberi sedikit tekanan kepada pesakit dari semasa ke semasa. Penyakit ini sukar dikesan kerana parasit "buah hati" ini tidak memberikan sebarang kesan negatif malah penghidap penyakit ini lebih bersemangat dan kelihatan bahagia. Namun ia boleh menyakitkan hati ikut suka ati dia je. Parasit "Buah hati" akan menyerang sistem pernafasan dan darah pesakit dan menyebabkan tercetusnya darah tinggi dan sesak nafas. Malah lebih dasyat lagi apabila sistem ketahanan badan pesakit lemah, sindrom sawan juga turut boleh menyerang sistem otak. Ini adalah penyakit hati ditahap paling berbahaya. Apabila sudah sampai ditahap sawan pesakit akan di hantar ke rawatan pakar sakit jiwa.

menurut doktor "hati" , penyakit ini boleh dikawal oleh pesakit dgn dua cara. Cara yg pertama ialah dgn melakukan pembedahan membuang "buah hati". Ini lazimnya dilakukan oleh pesakit peringkat awal. Ia agak mudah dilakukan dan lebih selamat.

cara kedua ialah, buang hati anda kedalam longkang berdekatan. Ini boleh dilakukan oleh pesakit sendiri . Apabila pesakit tidak mempunyai hati, maka masalah penyakit ini tidak akan timbul lagi sampai bila bila. Dan pesakit akan menerima "buah hati" tanpa sebarang masalah.
Soal sakit ati, mkn ati atau tawar ati tidak akan timbul lagi.

oleh itu pilihla yg mana satu bersesuaian dgn kepala hotak anda. kerana kedua dua nya memberi kesan yg berbeza.

kepada mereka yg belum punya " buah hati", tun nasihatkan sayangila hati anda. jagala kesihatan. Jgn biarkan parasit ini membuat anda menderita.

sekian, terima kasih

Tuesday, March 4, 2008

cakap tak serupa bikin

setelah tun bermuhasabah diri, tun telah mengenal pasti sebyk 8juta kekurangan diri tun. Sesungguhnya diri ini serba kekurangan. Tapi kalau bab makan dgn tido selalunya terlebih. Antara kekurangan diri ini ialah cakap tak serupa bikin. sape ada problem cam tun? Serius, tabiat ni dah lama tun cuba buang ke dalam tong sampah namun ternyata amat sukar sekali.

Dibawah adalah situasi situasi yg sering berlakunya "ckp tak serupa bikin"

situasi A.
Tun selalu berjanji nak diet tapi sering tewas dengn nafsu serakah apabila melihat makanan.
KENAPA tun berdiet? OWH.. tun mempunyai 3sebab.
-sebab pertama, nak mengurangkan jumlah kalori dan lemak lemak tepu yg terkumpul didalam badan.

-sebab ke2, apabila bajet dah lari , poket pun kering maka semangat utk berdiet sgt tinggi.

-sebab ke3, malas memasak. ini boleh dikatakan sebb utama tun berdiet. Apabila kemalasan menyerang sistem tulang tun. Tulang tun menjadi begitu berat utk melakukan aktiviti dan tun lebih rela memasang niat untuk berdiet dari memasak. Lagipun tun agak alergik sket ngn dapur . Itu pasal tun selalu berangan nk kawen ngn paklah. Manala tau kot kot dia leh sediakan 8 org gaji untuk tun. Tapi itu dulu la.. skrg nih tun dlm proses memajukan diri.

Namun diet tun sering tergendala di separuh jalan apabila nafsu selalu berbisik "TOMORROW never dies" maka aktiviti diet tun akan dipospon ke hari hari yg lain. Pastu tun akan menurut kata nafsu untuk mkn coklat, kek, eskem dan segala jenis mak nenek yg mengandungi 8juta kalori. pastu mula laa.. menyesal.ini laa.. padah ckp tak serupa bikin.
_____________________________________________________________________________________
situasi B.
jikalau rakan taulan ajak pegi party atau sebarang aktiviti sosial yg melibatkan lebih dari 4org. tun akan ckp " ok set, jumpa korang disana". Berjanggutla mereka menunggu anak dara sorg nih. Ini kerana tun mempunyai penyakit anti sosial yg agak kronik sekali. Sgt la tidak baik perangai ku ini.. tun bukan taknak ckp "takboleh" tapi kalau ckp ti mesti kena bebel..pastu dipujuk rayu. Senang cite.. ckp je OK. senyap terus diorg.
______________________________________________________________________________________
situasi C
Dahulu kala Bapak tun selalu tanya bila tun nk jadi anak dara yg cukup sifat. Dgn lajunya tun akan menjawab "esok , ayah". Kini dah hampir 12 thn tun bergelar anak dara, masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan yg boleh menggembirakan bapak ku. Tun masih lagi anak dara yg malas serba serbi dan ganas. Cuma dah menunjukkan peningkatan sebanyak 15%.. tun dah mandi pagi setiap hari. ini satu petanda baik kan kan.

banyak lagi contoh "cakap tak serupa bikin". tapi biarla 3 je. Malas nak buka aib diri byk sgt, nanti tak laku lak anak dara nih. kenapa fenomena begini leh berlaku? tolongla tun .. mcm ne nk berubah jadi anak dara yg sopan santun, berhemah tinggi dan berwawasan nih?.

akhir kata dari tun.. selamat mengundi.. dan ingat undi adalah rahsia.. kepada mereka yg tidak mengundi.. bolehla berhijrah ke negara-negara jiran.
sekian terima kasih

Monday, March 3, 2008

mimpi

kekadang tun selalu bertanya kenapa hidup tak seindah mimpi?. Dalam mimpi takde yg mustahil. Mcm macam benda leh berlaku. Bila bermimpi indah rasa nk tido seribu tahun.

dalam mimpi indah tun pernah:-

a- jadi superwoman yg boleh terbang.

b- mawi penah tangkap syiok kat tun. tu yg taktahan tu. padahal tun bukan minat dia tp naper dia syok kat tun??

c-dating ngn johnny depp.. ini yg paling best.

d-jadi miss world..(kalau korang nak muntah, sila sediakan baldi masing2 ini kerna tun tak bertanggungjawab diatas pencemaran alam sekitar)

dan mcm mcm lagi la mimpi indah yg tun penah alami. Bila terjaga dari mimpi indah rasa nk sambung tido semula wat part 2 lak.

namun diri ini juga sering bersyukur kerna hidup x seburuk mimpi. Lebih dasyat lagi kalau bermimpi ngeri. Antara mimpi mimpi buruk tun:-

a- dikejar hantu huduh. dok lari pun dia dok kejar gak. nak bace ayat pun jd tak betul sbb ketakutan tahap maksima. sungguh lemah keimanan ku.

b. penah bunuh org

c. dunia nk kiamat.. yg ni seram gak laa..

d. lemas di lautan

setiap kali bgn dari mimpi ngeri nak pejam mata balik pun pikir 2 kali. apsal cite pasal mimpi nih? ... sbb smlm tun mimpi jd jutawan segera siap ada bodyguard lagik. giler bapaknya best.
ini la tun teja.. hidup nya sentiasa dibuai mimpi.

Friday, February 29, 2008

x diet dh

YUHUUUU.. WAT PE TU? takde wat pe pun. YEKE?. yela. ELELELE..NAK COVER LAK, TU KAT DALAM MULUT TU APER?. manade pape. ALAH.. TUN TAKYAH NK TIPU LA. WALAUPUN ORG LEN TAKTAHU TAPI AKU TAU... BAIK KO CAKAP APA DALAM MULUT TU? err..err... makananla. AKU TAHULA MAKANAN TAPI APA DIA? ciskek! WAHH TUN , DASYAT LA KO SKRG NIH. PAGI TADI MKN NASI NGN AYAM 4KETUL, LUNCH MAKAN SUSHI SEPINGGAN, PTG KO MAKAN BISKUT NGN KEREPEK UBI, MALAM KO MKN CISKEK. KO PREGNANT YEK? heii, mulut ko jaga sket ye, sukati aku la nk makan apa. yang ko sibuk sgt tu nape? AMBOII.. MARAH YEK. RELAX LAA BEB, AKU BEPRASANGKA BAIK JE. paler hotak ko! aku anak dara lagi la, nak pregnant mende. UIKSS KO NI AKU GURAU SKET PUN DAH NAIK HANGIN. KO MONOPOS YE? arghhhhhhh.. ko boleh tolong blah tak? kang ada yg mkn garpu kang.

** macam ne nak tahan nafsu mkn nih? tulunnnnn tun.. tulunnnnnnnnnnn**