Thursday, February 7, 2008

jiwang.

hari ini entah kenapa tun makan banyak giler. nafsu makan tun sungguh tinggi. Lepas tun belasah nasik, tun makan potato wedges sepinggan lak. Dan sekarang ni tun tengah mengunyah coklat. Tun sudah cuba menahan diri namun tewas jua akhirnya. Nasib baik berat tun dah turun semalam sekilo. skrg ni 52kg. tinggal 2kilo je lagi pastu tun nk mentenn..

Since last night , tun rasa sebak sgt. Tun rindukan family dan si dia. Si dia pasti sedang nyenyak tido dan mimpikan tun. ececece.. pasan lak. Tiba tibu tun teringat pesanan adik.
"Along, kalau awk nk dia tergedik gedik nak kat awak, jgn bagi dia sentuh awk. Kalau awk nk dia setia jgn mintak kat dia tapi doa pada ALLAH supaya hati si dia hanya pada awk je" Bila difikirkan balik, betul gak kata adik tun. Mungkin ada hikmah tun dan si dia berjauhan sekarang ni.

Ops lupa nk bagitahu korang, pagi tadi tun mandi pukul 6 dan tun masak bekpes pukul 9. APA? TAK PERCAYA KE? betul laaaa.. Tun masak tau pagi tadi dan yg paling ajaib tun mandi pagi. secara tiba tiba hari ini, tun dpt hidayah untuk mandi pagi. Kalau bapak ku tahu, pasti mengalir air mata beliau kerana terharu melihat perubahan drastik anak daranya. Nampak nya tun sudah menunjuk kan sedikit kemajuan. Sikap malas tun sudah berkurang sebanyak 15%. pergh.. benarla kata org bijak pandai. usaha tangga kejayaan.

erk.. apsal tun rasa posting tun kali ini agak jiwang? jiwang siottt.. betulkah tun teja yg mencoret blog pada mlm ini? tun dapat merasakan jiwang tun sudah berada di tahap kritikal. kepada mereka yg ada ubat pencegah jiwang , tolongla kasi tun 3botol. adei.. kembalikan tun teja yg ganas.

26 comments:

pedum said...

walaupun tun mandi kul nam dah masak kul sembilan itu tak bermakna sikap tun turun 15%. ianya hanyalah 1% sahaja.so, diharap tun berusaha dengan lebih keras lagi.

tun teja said...

hey apa nih? tak puas ati apsal?
walaupun tun x mandi.. tun harum semerbak ok. betul laa.. tun dah majukan diri sebanyak 15%

pedum said...

1% shj...

ye ke harum?????

tun teja said...

15% okek.. jgn ngada ngada nk bertelagah kat sini. tun lari uganda japgik...

yela.. harum sgt tau. huhuhu

Tyazizul said...

siapakah SI DIA??pedum ni ek.hahha

abeming said...

"Along, kalau awk nk dia tergedik gedik nak kat awak, jgn bagi dia sentuh awk"

hmm...mmg betul tu...sbb kalo lum dpt sentuh mmg berusaha bersungguh2...kalau dah dapat sentuh2...dah xde dah bersungguh2 pastu...

fairy said...

psstt kak..si dia tau ke tak akak ni ada penyakit malas mandi ni??

coklat ubat batuk said...

camne tun dpt figure percentage? leh terangkan camne nak kira? cam tak valid jeks...

:: Wiween :: said...

aisey tun.hehehe.mandi pg erk? ween pun jiwang da semlm .mode jiwang kot.kehkeh.:p

tun teja said...
This comment has been removed by the author.
tun teja said...

tya- si dia terpaksa dirahsiakan identiti beliau.

abeming- betul tu.. laki kalau dpt brg free. diorg takkan bersunguh2 dah

coklat-ingat snang ke diet. setiap mlm tdo dlm kelaparan.

fairy- si dia tahu gak la. tp x tahu detail la tahap kemalasan akak. tahu sket sket je

wiween= tun berjangkit jiwang dr ween kot. isk isk isk..

pedum said...

tya ilyana said:

siapakah SI DIA??pedum ni ek.hahha


pedum said:

awek sy wangi.....dia mandi 3 kali sehari...

tapi tun?????

tun teja said...

pedum sungguh kejiiiiiiiiiiiiii...
seperti mana ku katakan sebelum ini

WALAUPUN TUN TAK MANDI NAMUN DIRI INI BERBAU HARUM SEMERBAK!!!.

pedum said...

sekeji-keji diriku ini...ada gak mahkluk Allah yang nak kat diriku ini...

tun...nak tahu orang tu wangi camne..

tun teja said...

wangi macam bau perfume DKNY-delicious. hah.. mcm bau epal. macam tu la bau tun.

:: Wiween :: said...

Aik pakai DKNY- delicious ke Tun.hehe ween suke Escada/ lancome/ elizabeth arden .:D marilah kita mewangikan diri.huhu

tun teja said...

ha ah.. tun dulu pakai lancome, tapi skrg dh suka dkny, elizabeth arden yg mana ween pakai? heheh.. jum jum mewangi kan diri. tun suka beli perfume.. almaklumla x suka mandi. hahahha.

Anonymous said...

waweeee kita pun dpt anak buah rabu lepas mlm chinese new year..lelaki gak..yippie2..anak buah ke berapa ek..jap nak kira..

tun teja said...

wow tahniah encik ijjat... tahniahh.
bertambah lagi nampaknya warganegara mesia.

patutla dok menunggu encik ijjat.
dia takde

Faceless said...

duk mengasuh anak buah ler skrg..timba ilmu kebapaan..kekeke

tun teja said...

alahmdulillah... anda sudah memajukan diri gak

Faceless said...

amrun zafran dah umur 3 hari dah ek!mak long tak beli hadiah ke?

tun teja said...

maklong taktahu nk beli apa.
beli baju , mak kata babytu badan besar. beli botol susu je la kot

Tyazizul said...

kak tun...si dia tu..is my boyfriend la...rindu gile..payah tol long distnce kan!

tun teja said...

oo dlm pic tu bf tya ke? mak aii ensem nye. share leh? hahah..

Faceless said...

tun haku pun ensem gak..tak moo share? huhuhu