nama pempuan nih, tun teja. blog ini tempat dia release tensen. kepada pengunjung setia tun ucapkan ribuan terima kasih. kepada yg menyampah ngn cerita cerita kat sini.. tun nak cakap tun pedulik haper... (what others see in me isnt as important as what i see in myself) *wink* ( lessycat@gmail.com )
Monday, February 11, 2008
oh bapakku.
semalam tun terjumpa gambar ni dlm picture album. Gambar ayah bersama anak dara dan ex-anakdara (adik tun dh kawen). Gambar ni masa mlm pernikahan adik. Ayah tgh menahan air mata. Sedih kot nk lepaskan anak dara dia. Kalau korang nak tahu masa akad nikah, ayah yg gugup bukan pengantin lelaki. Ayah asyik wat silap sampai terpaksa ulang 4 kali. Tetamu yg datang semua dah senyum senyum. Lawak kot tgk gelagat seorang bapak yg gabra masah menikahkan anak. Tun sebak tgk ayah masa bace doa selamat sebb ayah mengalirkan air mata. Ayah tak dpt terima hakikat lagi yg anak dia dah dewasa. Kalau boleh, ayah nk anak anak dara dia dok bawah ketiak dia sepanjang hayat.
Bapak ku ini susah nk marah tapi dia suka membebel namun kiteorang semua dh immune. Ayah boleh wat rekod dunia, membebel tanpa henti selama dua hari tanpa henti kecuali masa tido. Disebabkan ayah tun terer memasak, andaikata makanan yg dia order tidak menepati citarasa ayah, tukang masak restoren turut dpt mendengar leteran beliau. kalau tak dpt tukang masak, waiter pun jadi la. Asalkan dia dpt meluahkan ketidak puasan hatinya.
Masa kucing tun (lessy) masih hidup. Lessy sgt tertekan dgn sikap ayah yg suka membebel. Lessy sering kuar pagi dan balik lewat malam. Ayah ckp "kucing akhir zaman tak boleh dipercayai sgt. lessy tu dh jadi minah rempit la tu. mlm baru ingat nk balik umah". Ini la tohmahan yg sering ayah lemparkan kepada kucing tun. Lessy juga mempunyai perasaan sepertiku. Tun turut selalu menjadi mangsa bebelan ayah. Ayah ckp anak dara yg malas mandi macam tun ni kalau di biarkan. Virus tersebut boleh merebak dan mengakibatkan penyakit kulit.
Ternyata ayah silap. Walaupun tun malas mandi namun kulitku sihat, bersih dan gebu.-ahaks-
****** mintak ampun ayah, semoga dihalalkan makan minum. Tun syg ayah sgt..******
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
terer la ayah.....
terer apa nye??
kucing pon kena bebel...ayyoo...heheh
heheh.....
aisey tun..windu kat ayahanda yek? pandai masak? beshnye.ayah ween x pandai masak lgsung.huhu
bagusla tak pandai.. ayah tun nih.. kalau bab mkn cerewet tahap dewa.
kalau nk gi restoren.. kiteorg kena warning dia.. supaya jgn wat muka kalau makanan tak sedap
hehe org pandai masak normal la tu tun.;)
best nyer owang ade ayohhh.. huhuhu..
kasihnya ibu membawa ke syurga.. kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa.. bak kata aris ariwatan.. beza antara kasih dan kekasih...
wallahhuallam..
tun bila lagi nak jadi ex-anak dara plak :)
alaaa kelat jgnla sedih sedih..
ALLAH lebih syg kan dia.
kaffnunn... sudah bersemangat ke?
nk jd ex anak dara asap. hahah..gatal nye haku
wuiihh..
aku teringin nak belajar masak..
Post a Comment