Tuesday, March 25, 2008

impian vs berangan

setiap org mempunyai impian. apa beza impian dgn angan-angan?. selain daripada ejaan dan bunyi sebutan yg berbeza, cara otak menerimanya juga berbeza. Impian adalah satu keinginan yg otak kata "ye, kalau ko usaha pasti boleh". Impian selalunya sesuatu perkara logik dan boleh diterima akal.

Cita cita juga termasuk dalam kategori impian. bercerita pasal cita cita, zaman sekolah, cikgu pernah tanya "dah besar nk jadi apa?". Ada yg jawab cikgu, nurse, doktor, polis dan kwn tun selang 3 meja menjawab "saya nk jadi surirumah tangga". Besar sungguh impian dia. tun membayangkan skrg ni dia dah ada anak seramai satu team bola dan 2 pemain simpanan. Rutin harian beliau memasak, mengemas umah, melayan suami, menjaga anak-anak , dan berhipokrit depan ibu mertua dgn jayanya.

Angan angan lak camana?. Angan angan lak berlandaskan nafsu. Kalau kita berangan, kepala hotak kita akan mentafsir dan kemudian memberi respon "beranganla ko selagi boleh".". orang yg gila bayang tu, disebabkan terlebih berangan la kot gamaknya. Tun suka berangan nk jadi sleeping beauty. Hidup dalam istana mcm kisah fairy tale. Nak ada doraemon yg boleh tolong tun menguruskan diri. Tun juga nk satu lampu aladdin. Setiap kali tun nk makan tun just ckp " wahai lampu sakti, aku nk nasik lemak kg baru" 2 saat kemudian. "tinggggg!" dah leh makan tanpa perlu tun mengerah tenaga zahir utk memasak. best kan berangan?


Ko ni byk berangan la tun. ko takde impian ke? Eh, mestila ada. Impian tun nk travel keliling dunia. Tun nk tubuhkan charity untuk membantu fakir miskin dan nk tolong mangsa perang. Tun juga nk bagi subsidi minyak kat rakyat mesia. Murninya impian ko tun!. Apakah langkah langkah yg boleh diambil bagi memakbulkan impian tun?.
Errmmm.. tun nk kawen ngn raja arab saudi. Pehtu tun nk minta dia supply kan minyak ke mesia secara percuma. Pasti isu kenaikkan harga minyak tak akan timbul lagi.

Ko memang kuat berangan la tun. Malas aku layan ko!

15 comments:

KeL@T said...

carry on tunnn... bukan kena bayo ponggg... ye x??? ngeeeeee... tun, silakan mjawab tag yek...

Chika Chika said...

ahahahahahahha.
KAKAK NEH KELAKAR OKEK!

ado... tak boleh tahan ma. Tp suri rumah tangga tu cita2 chika jugak. maklumlah, mals kerja tapi mahu wang. AHAHA.

kuchalana said...

klekekke.. tun.. ni namanya sindrom kurang perhatian ni.. ari tu sindrom kurang kasih sayangkan.. ni kene satu lagi sindrom.. kakakakaa..

anyway.. setiap org yg berjaya dalam dunia ni smua bermula dgn cita2 dan angan2..

13may said...

hehhe....berangan camni..takpe...
tak memudaratkan badan :D

tun teja said...

kelat: hehe.. memang pun x yah bayo.. tu pasei tun gemo berangan.

chicadior- huhu..jd surirumah keje 24jam sehari tau. gaji x seberapa. tapi kalau dpt raja arab.. tu special kes.

bro kunchalana- yeke bro? leh berjaya ke dgn angan angan tun nih?

13may- ha ah..xde kesan pada badan. pada sistem otak je

Anonymous said...

berangan tu la lg besh... kkdg dpt kurangkan tekanan... tak kene bayar pape pon klu berangan tapi jgn smpai 24 jam... hehe takot hilang terus dlm dunia khayalan...

tun teja said...

hehe.. berangan biar reasonable kan manje kan kan..

:: Wiween :: said...

Tun! Yuhuu ween onlne gna hp ni.hehe.ada wireless blik otel ni.keke wah wah cita2 n angan2 ek.kekecik ween nk jd polis.wakaka pehtu sering berangan mau jd artis.kakaka

ryann said...

...nak keliling dunia juga mungkin semasa itu hati sudah tiada

tun teja said...

ween- ramai gak kwn tun nk jd polis masa kecik. hehe

kak ryann- kenapa sudah tidak ada hati?

A t i Q a h said...

salam singgah,
ehehe..adik lelaki saya dulu masa umur dia empat punya cita-cita yang lagi best.
'bila dah besar, aiman nak jadi mak'.

ryann said...

kehilangan hati biarlah jadi misteri...cecechewah!

tun teja said...

atiqah- adeii.. nk jd mak.. huhuhu. lawaknye

sis ryann- ecececece.. bermadah lak dia

Unknown said...

kalo la angan2 kita neh menjadi kenyataan kan tun.. alangkah nikmatnya hidup.. haih!

sonok giler berangannnn! :P

tun teja said...

sonok sgt kan lindosh.. x pakai modal