arghh tertekan tun pada hari ini. henpon rosakkk. ntah naper dia nk wat hal pulak. nak suh tun tukar baru laa tu. henpon ni tak paham bahasa gamaknya.. tun dah keringgg . adeii nk beli henpon baru ke? huwaaaaaa.. tun mmg nk tukar henpon tapi bukan di saat dan ketika ini. bajet untuk menerus kehidupan di dublin sudah habis.. lagi 6 ari nk gi paris. bajet nk ber-holiday di sana cukup cukup untuk 3 hari sahaja. tetapi takde henpon samalaa seperti tidak lengkap anggota badan. namun nasib baik ada henpon lama yg cikai tu masih tersimpan rapi dalam kotak. pakai je laa di saat sesak nih.
bak kata paklah "rakyat kena mengubah cara hidup". cuba bayang kan.. takde henpon pun manusia leh gelabah.. ini takde petrol. perghhhhh. mesti proton tak export kereta ber enjin lagi, tetapi mereka men-export kereta lembu. berapakah subsidi yg bakal gomen kasi untuk kereta lembu??? mari kita pikirkan sejenak (benti seminit). tun membayangkan, berapa byk stesen kereta lembu di setiap bandar??. pasti byk bukan.. dari satu destinasi ke satu destinasi. yelaa kemampuan seekor lembu berjalan takdela jauh sgt. takkan nak naik seekor lembu dari perak ke kuala lumpur. separuh jalan lembu tu dah boleh stress dan mengalami tekanan jiwa sehingga membakar organ dalaman. andai kata fenomena itu berlaku pasti jangka hayat lembu itu tidak bertahan lama. ini boleh merugikan syarikat pengangkutan kereta lembu. masalah seperti rapid kl pasti tercetus lagi pada zaman itu. kereta tanpa lembu akan berpeleseran di tanah usang. sape yg nak bertanggung jawab? mari kita pikirkan sekali lagi.
bagi ahli korporat dan politik pula, mereka akan memakai kereta kuda. biasalaaa.. pemimpin kena lebih hebat dari rakyat.. barula melambangkan kemewahan sesebuah negara. takkan diorang nk pakai kete lembu gak kot.. isk korang ni pun. logik laa sket!. diorang mana boleh setaraf ngn kita. itu kira baik laa diorang nk pakai kereta kuda.. kalau diorang suruh rakyat usung diorang ke hulur ke hilir meenggantikan lembu . tak ke haru biru?? mari kita pikirkan lagi.. isk isk isk.. pada masa zaman itu, bila cikgu bertanya "pedum, bila awak dh besar nk jadi apa?" dan anak murid menjawab "saya nk jadi enggineer kereta lembu, cikgu." dan anak murid B pula yg menjawab.." saya nk jadi drebar kepada para pemimpim malaysia". dan tun pula akan menjawab " saya nk kawen dgn pedum, cikgu". wowww.. gatal nya ko ni tun. wahahha ( encik pedum, tolong jgn perasan yek.)
apa kena mengena pedum dgn entry ko kali ni tun oiiii? ini kerana. tun mintak belas ehsan beliau untuk membaiki pulih henpon tun ini. namun usaha beliau gagal sama sekali sbb henpon tun ini tak dpt diselamatkan lagi. itu yg tun menulis seperti orang kehilangan nilai nilai sahsiah diri. bencilaaa bila mengalami stress sebegini rupa. terasa seperti ingin bersanding di pelamin di dalam istana kayangan. pedum.. jom ikut tun... kita berlari lari mengejar mimpi di tengahari. huwahakhakhak...
p/s: tun menulis didalam keadaan emosi kurang stabil. -harap maklum-
26 comments:
apa kata kita kembali ke zaman dulu..jgn ada henpon, jgn ada tenet..jgn ada gprs, 3g, gps, pentium 4, henpon sony ericson n etc..
apa kata kita berbalas surat aje tun...agak2 tun kat dublin ble dapat bile surat tu...ntah2 bedak kat surat tu pun dah leh wat tepung kan..dah ilang wangi kan tun...
tun..sabar ek...akan ku betul kan henpon tu...tapi tenet wat hal lak skang..time2 nak rescue camni la dia wat hal...ni la punca disebabkan terlalu berteknologi sgt...dengki ngn kita la tu tun...abg tmnet tak menjalankan tugas la tu...
cikgu: pedum, besar ti awak nak jadi ape....
pedum: saya nak jadi pencuri cikgu...pencuri hati cik tun teja...
cikgu: ati cikgu awak tak nak curi ke...
pedum: taknak cikgu...hati cikgu busuk...hati tun wangi...tu sebab tun tak yah mandi sebab dia dah wangi...
auww.. encik pedumm . pasti ramai yg kuar isi perut baca komen encik pedum. tun pun terasaaa menunggu masa je nih.
wow.. tun wangi yek. wowowowow..
curi curi berdosa bang. i repot bang polis jap gik
masyaALLAH.. apa sudah jadi sama tun ini. gelinya..
alaa tun..drp mtk pedum betoikan..alang2 suh aje belikan hp baru.ehehhe pat la balik msia..mcm2 henpon ade..hihihi :p
huhu.. mintak kaat pedum?
huhu.. ween... leh bankrap pedum.
tak kawen laa beliau ti.
tun menghitung hari je nk bersosial ngn ween.
bak kata pak lah..ubah gaya idup...
keta lembu......hmhmhmmmmm kenapa aku tak terpikir dari hari tu....YES!!! skrg gak aku nak gi beli lembu!
pedum- ye.. mari kita ubah gaya idup
tok bond- beli byk skett.. leh menternak lembu.
tun.... kalu lembu tue buang najis merata amcm??? sapa nk bersihkan???? hehehee.....
ada hikmah tu honey
maka wujudla satu lagi
peekerjaan .. iaitu
mencuci tahik lembu yg bergelimpangan
di atas jalan raya.
kurangla penganggur di malaysia ti. tapi.. kalau gomen nk cepat kaya.
diorg leh keluarkan saman kepada pemandu yg membiarkan lembu mereka berak merata rata.
saudari tun teja, tawaran menulis skrip masih terbuka. ambil mana-mana idea dari entri blog anda. susunkan plot dan kembangkannya.
sayugia diingatkan lagi...tawaran masih terbuka
kakyan nk suh tun tulis skrip pasal per?
isk kakyan ni.. biar betul.
tun berpotensi ke jadi penulis skrip?
dik tun.. akak tabik spring la..toing3x... dalam pada tengah stress pun leh pikir idea best nak atasi masalah negara... hihihiiii..
eheh ala tun..incik pedum tu baek tu..dia musti kasik punya kalo tun request henpon satuuuuuuuuuu.hihihi
betul tun..kak serius dalam tidak ni. ambil idea mana2 dlm blog yang tun dah buat. buat je nama watak & dialog (ala cam tak biasa). buat jer kasi panjang sikit. nanti format dia boleh arrange kemudian. orang offer secara terbuka ni atau nak secara tertutup.
kak kasih- tun hanya pandai merapu je., jangan la bertabik spring sama tun. malu aiiii.
ween- huhu.. encik pedum, ween suh mintak henpon baru. leh ke??
kakyan- nanti tun cuba. apa kata kakyan wat kelas mengajar tun 20minit dulu. tak dpt bygkan laa camana format skrip nih. leh ke tulis kot sesedap hati??? pasal jantan kabaret leh ke?
Jangan la tulih pasal jantan kabaret....AAAWwwwww...tulih la pasal nyah keee???....AAAWwwwww....tak pun cite kumbang terbang ka....AAAAWWWWW....cite pergi pasar naik keta lembu ke ...AAAWWWW...
naper tok bond? takut terbongkar ke aktiviti jantan kabaretss. alahhh
tun nk tulis pun untuk keselamatan anak anak dara akan dtg. tips utk anak cucu tok bond gak..
apa nak malu dik tun.. semua citer mula ngan merapu dulu. pastu campur tolak ngan citer real skit. baru meletup! tapi kekadang tu yg merapu tu la yang betui :)
apa tunggu lagi dik. kak yan dah kasi ofer best punya tu.glamer tu dik oiii.. kot2 pasni nama dik tun keluar tv lak.. pastu ada anak raja berkenan. leh kawin ngan anak raja ;)
isk kak kasih nih.
jauh nye dia berangannn.
alahai.. leh kawen ngn anak raja ye kak?
sok kompem siap skrip tuhhh..
huhuhu..miang nye tun. huhuhu
haha lemau nye nek keta lembu.kalao nk p genting cane.bleh ke lembu tu daki puncak genting tu..ade yg tercabut kepala lutut nk sampai haha.
cianye kak tun xde phone..
phone cikai pun jadi la kak tun..
janji leh kontek org tersayang..
hehe..
bahagianya idup kalau dpt call n sms..
allaaaa...cik tun, lelaki kabaret ni kalau buat citer pasal dia lagi dia bangga! baik buat citer pasal BAPUK KABARET!
nak ikut g pariss.!!!!...huwaaa.bila la aku nak melangkah ke luar negara ni...luar ngeri aku pn xlepas agik
aku akan mulakan dari sekarang projek menternak lembu ..huhu
Alamak kalau keta lembu berleluasa bermakna semakin banyaklah lembu akan minta keje kat RapidKL ..
Bila banyak lembu bekerja di RapidKL bermakna kadar lembu akan berkurangan .. Ini akan mengakibatkan kadar pembelian daging lembu berkurangan sebab ianya akan dilindungi oleh PERKESO kalau berlaku kematian..
Harga daging lembu sudah pasti mencanak lebih tinggi dan sukarle kalau saya nak kawin untuk membeli lembu...
Cadangan ditolak....
Zool
http://www.ligakampung.com/blog
Post a Comment