Saturday, April 14, 2012

anak anak




amanda jatuh katill x nangis, bagi susu leh sambung tdo. abang dia sepak kat muka ..dia cebik pastu wat bodo je seolah olah xde sakit mana pun. dan semalam.. mmg hebattt. dia leh bergayut kat langsir mcm tarzan turun katil. belum setahun lagi beb!!!. anak ko ada?? hahahah. ni bukan la benda nk dibanggakan sgt. risau ada la. punyala nk anak secomey selembut nora danishhh.. tp kalau tgk gayanya..mcm langit ngn bumi. risau ibu. semoga perangai lasak dia ni berkurangan laa. mcm mana nk letak harga hantaran tinggi cemni. adeiiiii.. amanda amanda...

mikhail??.. sejak skolah brainy bunch. bahasa rojak dia leh tahan la.
contoh contoh ayat seperti di bawah.

"ibu, nak go kat adik plizz"
bila ayah dia suh kiss dia reply "dun want"
bila adik dia main henpon "dont adik.. no no.. dont adik. go!! " dia rampas henpon pastu dia lak yg sambung main. memang pakai kuasa "along".
dan yg paling pening bawa dia kuar "ibu, wat's that??" akan terus tanya sampai dia penat. rimasss tul nak menjawab.
dan kalau gi pasar malam " ibu , i want this, this , this, there and this" semuaaa dia nak. peninggg lagik ibu.
dan bila ibu panggil dia "mikhaillll... cepat laaaaaaa.. pakai baju" dia akan reply sambil kuarkan jari telunjuk "WAITTTTT" perghh garang betul.
dan satu lagi peel dia yg agak annoying.. time nk tdo dia akan cakap "ibu, i want eat, i want drink" dah tutup lampu nk tdo terpaksa la bgn kan diri bawa dia kepeti ais cari stok makanan.
cuma satu benda yg betul betul buat ibu bangga dgn mikhail.
time breakfast dia akan keluarkan makanan sendiri dari peti ais, letak dlm pinggan dia dan ambil air kosong dgn gelas. dia akan makan secara sgt tertib di meja makan. senyaaaap je dia makan.
sgt berdisiplin. cuma yg menyedihkan kat sini..time breakfast je la pun. dinner lunch supper mmg hangin gak mkn ngn mikhail. x wat tumpah air x sah. namun..sepenat mana pun ibu dgn telatah anak anak. ibu tetap syg korang dua. sayang anak anak ibu byk sangat.

next saturday, bday amanda. macam biasa..opah dah atok pasti dtg untuk celebrate bday family. atok cakap nk buat bbq. nk bakar bakar ikan . yeyeii.. best best. kita tunggu apa opah nk bagi kan. hakhak.. bday manda ibu tgh pikir nk beli apa. ..

nanti kita cari yer. cepatla besar anak anak ku. semoga korang menjadi insan yg jauh lebih baik dari ibu dan ayah. aminnnnn

p/s: tgh survey orang orang yg sesuai nk dijadikan besan. :P

Tuesday, April 10, 2012

byk sgt nk cite sampai x tertulis

berkenaan tajuk di atas.. saya berhenti setakat ini sahaja. hakhakhak.
bukan tak mau citer..tp byk sgt cite kt opis sampai penat nk cite.
tapi keje baru sy ni mmg best.

Saturday, January 21, 2012

apakah mungkin??

gara gara nk kurus cepat.. aku g beli pil kurus. hebat betul pil tu.. dalam 3minggu aku dh ilang 4kg. tp suami ckp xder diff kecuali perut. skrg ni risau lak nk amik pil tu. sbb amanda dh 9bulan..period x dtg dtg . adeiii jgn la peknen lagik.. tolong laaaaa. kesian amanda kurang kasih syg. nanti apa aku nk jwb dgn org sekeliling?? bukan xnak cek. tapi gentarrr. hakhak hak . bila tanya suami.. dia cakap.. takdela. takkan laah. tanya dia lagi. kalau betul betul ada lagi satu camana? dia cakap "alhamdulillah" pastu tun ckp.. u jwb ngn mak u yer..

macam ada lagi satu jer?

adeii.. kamis mc. mlm gi jumpa doktor. dia tanya?? pregnant ke?? erghhh.. jgn doktor jgnnn. mentaliti sy tidak bersedia lagik. owhhhh..tp doktor kata.. xperla..kalau x rs pregnant xyah cek. mmg xnak cek. tp berat dh turun 4kg so far. suami kata.. xkan pregnant kot. sbb perut x buncit cam dulu. tetapiiiii.. masa pregnant kan amanda pun.. berat tun turun gak!!.. waduhhhhhhhhh. risau risau risauuuu.. apakah dialog yg bakal ku pakai nanti???

tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, December 24, 2011

x jd stop

wah wah wah.. belum lagi 2012 sy dh takleh benti blogging. baru jer nk azam jadi manusia yg pegang pada azam. takleh la.. rasa gatal je nk menulis cuma kali ini akan lebih berhati hati. takutttt tulis sesedap hati lagi. tapi rs nk menulis gak sesuka hati. agenda kita seterusnya,, cita pasal opis. perghh.. ada lagi spesis belagak mcm tempat keje lama tu. dulu ok la sket..sbb kami same level. tp tempat baru ni, aku rasa dia sedia maklumla aku nye pangkat atas sket dr dia.. tp dia nyer lagak mcm aku keje bawah dia. wah wah wah..panas panasssssss.. api neraka sudah meniup kencang ni. tapi takpela.. kita sabar sabar. antara babak babak yg x dpt ditahan lagi. "sy x suka sgt pakai smart fon ni, sb touch skrin ni mcm payah sket" sambil membelek belek hanfon sony ericson experia yg aku sedia maklum x cecah seribu pun. mentang mentang tgk henpon zaman tok kaduk aku yg buruk ni. dia pun rasa darjat nya lebih tinggi dr aku. aku mula x terasa tp tiba tiba dia sebut abg ipar dia pakai iphone, anak buah dia suka main. owhhh..beeep beep beep..motif belagak sudah dpt dikesan. so kita henti kan dulu agenda mengumpat ye. nanti sok lusa kita sambung l agi. pasti byk yg story panassssssssss.

Friday, December 16, 2011

selamat tinggal blog

ni entry yg terakhir.. rasa tidak mahu berblogging lagi. insyaALLAH kehidupan akan dtg tidak akan tensen tensen lagi. suami dan family selalu ckp sy ni jenis cepat tersentuh, cepat melenting so..nk lupa kan semua semua benda. nk mulakan idup baru.tun sudah berbloggin sejak tahun 2007. mmg syg blog ni. tapi rasanya mcm dah sampai masa untuk tidak berblogging. minta maaf ye jika entrydlm blog ni ada menyinggung sesiapa.

azam tahun baru malas dh nk kurus.. sy nk jd insan yg bersykur. so.. sy syukur la sy gemok pun sy ada family yg menyayangi. next azam, xnak berblogging. sbb selalunya bile berbloggin sy akan terus menulis sesedap hati, lepas tulis mula rs x sedap hati. hahahahah. yg ketiga azam seterusnya, nk kumpul duit untuk wat homestay. tanah ayah dh bagi. tinggal nk buat rumah sahaja. terima kasih ayah. semoga anak anak saya dpt mertua mcm mak ayah saya. ni yg mls berblogging ni..asyik asyik puji ahli keluarga sendiri. azam seterusnya nk jadi isteri solehah.. byk sgt dosa dgn suami. mintak ampun yg ..i love u so much. walaupun bab solehah tu mcm susah nk berlaku..tapi xpe..kita leh wat tu sebagai azam tiap tiap tahun.

angan angan

gaji belum lagi dapat..tadi baru ari ke 4 keje. huhuhu..tp mula dah list barang barang nk dibeli. tetiba rasa mcm nk angkut kereta hybrid..wakakakak..pastu bila teringat yuran ngn bajet utk anak anak. terasa muka mcm ditampar berkali kali. sedorlaa diri sket. tapi still rasa tgh dilema.. nk sambar hybrid ataupun nk wat aset. nak tambah rumah or nk tambah kete?? mcm pening kepala lak nk pikir. nk senang kita tambah anak je la. anak kan rezeki..

Wednesday, December 14, 2011

keje baru

perghh.. minggu lepas g register anak kat brainy bunch. anto anak g tadika lagi mahal dari anta anak ke U. RM1700 registeration fee. waduhhhh. setiap bulan pulak, gaji ibu akan melayang RM650 untuk mikhail. tak termasuk amanda. giler tekejut tgk bajet 2012. tp apa nk wat.. org berlumba lumba nk bg anak bijak. terpaksa la bersaing dgn org lain walaupun penat gak la nk mencari duit. siang keje opis, malam berbisnes online. weekend kemas rumah. so pikir pikir kanla bila masa tun nk rehat.

cite bab opis lak, semalam start. masuk masuk je, sorg budak ni bagi kunci dgn pass card. dia kata "ok ni bilik akak " dia explain semua semua benda pastu b4 nk ending session dia ckp "kalau akak nk g bank or nk beli barang -barang opis akak call pakman ye, dia driver " wahhhhhhhhhhhhh.. aku ada drebar?? waduhhh mcm x percaya. selama ni keje jadi kuli je. dok buat keje ikut arahan org tetiba, budak tu ckp assistant aku 3 org level exec, utk level bawah ada 150 staff. adakah aku bermimpi??? mmg rasa mcm bermimpi. malu pun ada. hahahah. aku x penah ada experience cenggini. dulu keje bank pun jadi kuli je. pastu keje shell.. mmg kuli. siap wat keje boss. anto email boss pun keje aku. kotak file pun aku yg tolong angkut . itu keje sape aku pun taktau. tp sebab aku x melawann.. mereka suh aku yg wat.

skrg ni .. camne? dr seorang kuli nk jadi leader??? bersediakah aku??

Wednesday, November 16, 2011

bday encik suami.

semalam pas mamat perasan ensem tu menggatal, terus je shout kat wall ckp "sayang encik suami sepenuh hati". tapi mamat tu mmg dr dulu perasan ensem. aku penah je reject dia, ckp aku x layak ngn dia sbb dia ensem. padahal aku mmg taknak dia pun. harap muka je ensem tp duit takde. huahakhakhak. namun demikian.. mamat tu leh reply dgn poyonya "ensem pun untuk awak gak ". waduhhhh.. xdela ensem sgt. perasan je lebih mamat ni. rasa nak terjun lombong je bila dgr statement tu. (macam la org lain x rasa nk bunuh diri bila ko kata ko hot)..ampunn ampun.

aahh..malas la cite bab mamat tu, kita cite bab suami tersayang. bday dia xde plan nk bagi apa. tanya dia nk apa apa tak?. dia cakap taknak. ajak dia gi bercuti..dia kata xmo gak. bistu tun ckp..kita gi I-city nak? kita guling guling atas snow ngn anak anak. tapi suami xnak gak. last last tun kata.. takpela u rehat je kat umah weekend ni biar i kuar dgn anak anak. dia boleh setuju. cisss.. nampak sgt nk beristirehat di rumah. malas layan anak bini. sob sob sob.. sampai hati !!
hadiah bday, suami sy nk bersenang lenang dirumah tanpa anak bini...!!! nyampah giler rasaaaa. Inikah balasan kasih syg yg harus ku terima.. oh laki ku.. sampai hati dikau.

Monday, October 24, 2011

genting

sejak diduga dgn ujian yg agak kecil. tun telah melaksanakan peperangan terhadap kaum keling. mmg hangn betul bila tgk kaum ni. benci yang amat sgt. oklaa.. malas nk sembang bab racist. so mulai sekrg ini tun akan berjiwa racist.,jgn tanya kenapa.. mmg takkan berjawab.

dikala kesedihan.. suami lak berjiwa sweet wat plan yg x diduga. dia kata.. "syg, jom kita gi genting. cepat cepat siap..kul 11.30 kita gerak. tapi kena balik b4 8.30 sbb i nk tgk bola."
bagai pucuk dicita, tapi pizza hut yg datang. wahhh suamiku..ko mmg terbaekk la. (adengan puji memuji kaum keluarga akan sentiasa ada di dalam penulisan tun teja bagi menunjukan beliau seorang yg bersyukur).

suami saya tak pernah berterima kasih bila melihat saya menjaga anak, memasak ataupun mengosok baju kerja dia. tapi dia akan mengucap terima kasih dgn membantu di hari minggu. dengki tak korang kalau saya katakan..setiap sabtu apabila sy bangun sahaja...rumah di kemas, baju dibasuh dan disidai oleh encik suami. nasik lemak bungkus dah terhidang di atas meja. korang ada ke laki cengginih.. hakhakhak.. kalau takde jgn jeles yerk. tetapiii.. diulangi yer.. TTETAPI di hari hari biasa... segala galanya di bahu ku. sgt tertekan je rasa. anak anak saya mmg pandai buat hati ibu mereka mendidih kemarahan. terutama mikhail. lepas satu satu perangai dia yg boleh buat tun panasssss hati. mula pecahkan pinggan, pastu buka pampers kemudian kencing di atas lantai, kemudian cucuk mulut adik dgn pen. yg ni mmg tahap maksima. mikhail.. .. penat betul ibu. tadi nangis sbb dah x tahan dgn perangai anak anak. waduhhhhh.. takleh byg org yg ada anak sampai 10. setiap kali pukul anak. ibu yg nangis. sayangg tapi geram.

cite bab genting.. mmg best. gambar esok baru upload ye..

Friday, October 21, 2011

ayah mithali

dikala kesedihan atau dilanda kekecewaan.. maybe setengah org akan berlari lari anak mencari ibu masing masing. tapi in my case.. bercakap dgn ayah kandung adalah satu therapy. sy tak memerlukan kaunselor berbayar untuk menenangkan jiwa. cukup mengadu ketidak puas hati atau kekecewaan kepada ayah. sungguh menenangkan hati dan kembali rasa bersemangat. ikuti dialog dibawah..

anak : ayah!, bengang betul laaa..rasa benci apala malang sangat rassssaaa. bla bla bla.bla..
ayah : sabarrr.. hidup ni kalau ALLAh nk bagi senang dia uji dulu dgn kesusahan. byk lagi org lain yg lebih susah dari kita. hidup ni macam berlayar didalam laut.. ribut tu akan datangg lepas tu dia hilang. yg penting kita kena sabar. jangan nk susah susah hati. yg penting sabarrrr.

perghh ayah aku wat perumpamaan laut gelora dilanda ribut la. adakah ayah peminat novel dipasaran??? hakhakhak.. walaupun rasa mcm lawak tapi ada benar gak kata kata ayah kandung ku itu. kalau hidup ni asyik tenanggg je..kita x rasa bersyukur. ayaaahhh ooo ayaaaah. u the best la. semalam downnn harini dah ok skettt. tapi semalam belasah aiskrim satu balang. giler dasyatt kan..mengalahkan hantu raya.

ayah lak..seperti biasa sebelum letak fon dia akan tanya.. "nak duit tak???" ayooyoyo ayah..problem saya ni bukan duit. hebat tak ayah? dia masih anggap saya ni macam budak skolah yg memerlukan duit poket. adeii ayah.. dikau la satu satunya ayah dunia dan akhirat. takboleh tgk anak stress ataupun kecewa. barula tun rasa.. ALLAH duga benda kecik je..tapi dia bagi satu satu yg paling bermakna dalam hidup. tun ada HAPPY family. i love u ayah !!!!!

Thursday, October 20, 2011

malanng?????

betulkah lagi byk ujian dr ALLAH beerti lagi byk kasihNYA dia pada hambanya? orang kata.. lagi di uji lagi dekat kita pada ALLAH. tp tun rasa... sewaktu senang..tun selalu bersyukur. tun x pernah minta yg lebih lebih. cukup sekadar ada family yg bahagia dan kerja yg boleh bagi makan serta keperluan. mungkin bg org lain..lagi diuji lagi dekat dia pada ALLAH. tapi pada tun.. bila diuji.. lagi tun x paham. menyesal, marah, sakit hati, bersangka buruk, rasa ALLAH x sayang. berdosa kan kan kan. mula rasa nk mati..nk jadi gila nk masuk spital supaya x payah pikir apa apa. tapi ada org pernah cakap pada tun.. dia dengki dgn tun. life tun cukup sempurna di mata dia. ada suami yg setia, baik.. ada rumah sendiri, ada anak anak dan mak bapak yg syg kan tun. dia pulak..hidup sendiri. x ada sapa sapa. family pun x memahami. bila teringat kata kata dia.. rasa bersyukur. cuma skrg ni tgh dilanda masalah. mula terasa diri malang. rasa seperti mahu lari jauh jauh,,, kalau citer mesti ada yg ckp problem kecik je. tapi yg kecik ni pun x mampu nk tun hadapi. aku hamba yg tak reti bersyukur. cuma skrg ni pikir anak anak dan suami je. kalau x pikir mmg aku nk telan pil tdo sebotol xnak bangun bangun. tapi anak anak saper nk bagi kasih sayang???? anak anak jgn ikut perangai ibu yg Bangang ni.

arghh cite bab lain la. malas nk pikir problem yg kecik tu. bukan nye teruk sampai kene merempat. sekecik kuman je kan kan.

meh kita cite satu lagi problem.. taktaula ni problem ke apa. tapi wat masa ni kategori problem. sejak dua minggu asyik sakit kepala, sakit pinggang, dan yg paling teruk semalam mcm semput tak leh nafas. rasa seperti simptom pregnant.. tapi ???? tun fully breastfeed dan menggunakan protection. kalau benar benar la mengandung apa aku nk jawab dgn ibu mertua????????
waduhhhhhh dh byk kali dia suruh ikat ataupun istilah saintifik IUD. tapiiiii aku takuttttt. org kata pakai mende tu leh wat gemokk. skrg ni dh cukup gemok takkan nk gemok lagik. pernah tanya doktor.. nk makan pil tapi doktor ckp aku ada darah tinggi x elok pakai pil. byk lagi kaedah nk tulis tapi kang blog ni jadi 18sx lak. kalau mengandung.. amanda baru 6 bulan... logikkah untuk berisi lagik?? owghhhhhh.. apa aku nk jawab kiahhhh oiiiii??? apa kah skrip paling sesuai untuk di gunakan semasa berhadapan dgn situasi begini. perlukah aku menjawab... apa pula salah saya. salah anak emak lak.. adoiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. pas satu satu satu..kejap lagi suh laki ku beli pregnancy test. adakah ramalan ku benar belaka atau mimpi ngeri sahaja. i'm not ready for the 3rd. dua ni pun dah wat aku hepi dalam semputtt . hepi dan bersyukur. so disebabkan aku syukur..cukupla sekadar dua dahulu. ti kalau nk tambah aku minta dan usaha lagi!. gagagaggagagagagaggagagaggagagaggagagag..seram sejuk lak wat entri ni. kang ada lak spekulasi liar. tapi blog ni ibarat perjalanan hidup yg akan tun imbas di masa akan dtg. so bila anak no 3 baca dia akan merajuk sbb ibu tak ready nk mengandung lagi. sorry yer no 3.. bukan ibu tak sudi nk pregnant lagikk tapi bagila peluang ibu kikis kikis lemak lemak di body ibu dan bagila kakak dan abg dpt kasih syg terlebih dahulu. nanti no3 kuarrrr..ibu belek awak soranggg jer. pastu no 3 dah besar..kita sambut no 4 , no 5, no 6 dan seterusnya.. wahhhhhhhhhhhhhhhh.. lakiku kena beli bas skolah la nampaknya bagi memudahkan perjalanan kami sekeluarga.

takutttttttttttt , debar debar menharungi hidup yg penuh pancarobaaaa.
YA ALLAH lindungila aku, pelihara la iman aku, jauhila aku dari mendengar bisikan syaitannn.. aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Monday, October 17, 2011

ibu ayuuu..

dari kecik sampai la beranak dua. mak tun didik anak anak untuk biasakan diri cakap i love u. kalau letak fon wajib ckp I LOVE U mak. kalau x ckp meaning ada mende tak kena la tu. so dah jadi tabiat. masa bercinta pun ucap I love u kat bf mcm satu kewajiban. bawalaa sampai dah jadi laki tun. masa masak.. kekadang tun akan jerit dari dapurr mcm ala ala filem hindustan.. "saaayaaangg, i love u" bila dapat barang dari suami, instead of cakap thank u..tun cakap i love u. suami tgh kusyuk drive..tetibe tun akan ckp i love u. dalam satu hari purata tun cakap i love u 30kali. pernah tun komplen kat suami..kenapa asyik tun je ckp i love u dulu!!. pastu suami reply.. i x sempat ckp dulu, u dh ucap dulu. pastu terdiam.. betul gak. bukan dekat suami jer.. dgn anak anak pun tun selalu ucap I love u.. x kira masa x kira tempat. ikut suka hati tun jer. kat mana mana pun boleh tun ckp I LOVE U. especially masa tgk tv, tun akan ckp. mikhail, i love u. dekat 10 kali. tapi selalunya mikhail wat bodooo je. wat x pedulik.

tetiba satu perkara yg menyentuh hati dan jiwa tun berlaku dua bulan sudah. heheh baru nk cite harini. nak tdokan mikhail..tun akan tepuk tepuk dia sampai dia lena. tetiba.. satu hari tu dia ckp ibu, aaayyyuu pastu dia sengih sambil kiss tun. tun x paham lagi perangai pelik dia. sebab mikhail ni mmg x petah bercakap lagi. sehingga keesokkan hari. dia asyik cakapp.. aaayyyuuu. berulang ulang kali. pastu baru laa faham maksud nya. ayuu maksudnya i love u rupanya. alahaiiii anak ku sayang. sgt la sweet ibu rasa. rasa mcm nk canang satu duniaaa.. anak saya syg saya. sehingga la ke hari ni. dia akan cakap ayuuu tak kira masa dan x kira tempat.. dan bila tun cakap i love u dulu kat dia..dia akan ucap ayuutuu (i love u too). anak oh anak.. sejuk perut ibu beranakkan awak.

dan mikhail juga tahu teknik teknik nak pujuk ibu. bila dia buat semak, cabut kad astro , ataupun dia tabur bedak satu rumah.. tun akan jerit marah kat dia dan paling extreme tun akan pulas telinga dia sbb dah hilang sabar. mikhail akan menangis kemudiannn peluk kaki tun sambil cakap ibuuu....ayuuuu..huwaaa. adoiiii.. rasa bersalah tak terhingga. anak yg kecil ni pun tahu kasih syg. mmg sweet betul mikhail ni. dgn mikhail mmg tun xleh nk marah sbb dia tahu cara nk pujuk hati seorang ibu. yaALLAH.. semoga anak anak ku ini jadi anak anak yg soleh.

Thursday, September 22, 2011

bila suami dah bersuara...

sepanjang perkenalan sampaila dah beranak dua. belum pernah lagi suami keluarkan perkataan gemok kat tun. tetapi baru baru ni dia dah mula bagi hint suh diet! so pepaham je la kan. badan dah naik. bukan x sedar dah naik spoloh kilo tapi sbb suami cool je, tun pun relaxxxla. tetapi bila dia dah bagi hint, ni petanda suh diet secara serius. so tun pun bertekad utk berapa juta kalinya untuk diet. tapi selalu nya keazaman tun ibarat hangat hangat tahik ayam jer. almaklumla bila minta makan je, suami pasti bagi. dan semenjak beranak dua, makanan kegemaran saya adalah mcdonald. penah satu minggu tu kami mkn belasah mcdonald 3kali seminggu. dan saya rasa disitula penyebab kegemukkan saya yg nyata ni. bila x masak, suami akan beli dua nasik lemak kukus bersama ayam rempah untuk juadah makan malam. lihat!!!.. saya memang x diet sperti yg di war warkan dalam blog sebelum ni. nk kuruss konon.. citttt!!!

tetapi sejak suami dah sound last 2 week. tun pun rasa mcm sedar diri lak. pakaian pun byk dh tak muat. dagu pun dah berlapis. so tun pun mulakan diet..langkah pertama ialah menampal pantang larang berikut di dapur

-nasik 3 sudu sehari
-jgn minum air bergula
-senam 2jam sehari
-target 50kg by december

huhakhakhak. satu pun petua tak diikut. setakat menyemak dapur je. yg tun buat skrg ni tak makan mlm selepas pukul 7. harap harap memberi kesan laaa. dpt turun sekilo pun sy dh hepi.
jeles tgk satu org kwn saya ni.. dulu kitaorg selalu erobik sesama. dia pas kawen..menten je slim tapi tun...!!! sedih betul. nyampah gile bab bab diet ni. tapi nak gak bergaya mcm org lain. pakai cantik cantik . kalau by december tak gak kurus.. tun nk sedekah semua baju zaman anak anak dara kat mereka yg slim.

amanda.. jom la diet!!!!!!!. sian ibu tauuu.

Thursday, July 28, 2011

tolonggggggg!!! anak dara saya gumukkk.

amanda baru je nk cecah 3 bulan tp berat dah hampir 7kg. perghhh.. doktor pun terperanjat ala ala cimpanzi tgk berat dia. apa pasal jadik ini macammm?? ibu talak kasik susu lu malah malah. itu pasat ibu sumbat susu kasi lu diam. tapi mau angkat lu.. haiyaaaaarkkk muleh patah pingganggg. kalau tiap tiap ali lu pam itu badan.. kalu lu busarr nanti lu gumuk..saper mauu kawen sama lu??? lu pikirla sendirik.

amanda, camana ibu nk bagi awak dpt berat badan seimbang ni?? risau lak ibu tgk perkembangan awak ni. org lain tak sekembang awak. isk isk isk isk.. perlukah ibu mengcontrol cara penyusuan awak ni?? tapi tak dibagi susu kang, amanda melalak sekuat kuat hati. peningla ibu pikirkan awk ni. tapi ibu taknak amanda mengalami nasib mcm ibu. ingat best ke membesar sebagai budak gumuk. tak comei tauuuu. pastu bila zaman remaja..kena perli ngn kwn kwn. sedihhhh. bukan senang ibu mendiet kan diri masa zaman anak dara. pil kurus asal jumpa je mesti nk try. semua tu sbb ibu nk kurus. amanda lak.. ibu nak amanda mkn byk pun berat badan tak naik naik. harap harap metabolisma awk mcm ayah la. pas mkn terus buang. xde simpan simpan lemak. amanda anak dara ibu kena sentiasa cantik dan comel. biar nanti dpt suami yg henseemm dan berkualiti tinggi. dan dpt mertua yg baik mcm atok dan opah. last week opah belanja kita gi pangkor sbb opah kesiankan ayah x pernah gi pangkor. best gilerrr kita gi snorkeling.

ibu nak amanda membesar menjadi anak dara yg cun melecun dan solehah. ibu harap bila org tgk amanda, org akan ckp mcm ni " pandai betul tun teja tu jaga anak. dah la lawa, kurus, baik lak tu. bertuah saper jadi suami dia. kalau aku ada sejuta ringgit dah lama aku pinangkan untuk anak aku" huwarghhhh.. tak hagak hagak ibu berangann. amanda jgn nakal nakal ye syg. amanda kena jadi anak yg solehah supaya ibu bangga ada anak mcm amanda.

pesanan akhir buat anak dara ibu, biar gemuk sekarang, jgn gemuk kemudian hari.

Tuesday, July 12, 2011

kisah seorang jiran prihatin

semalam.. dgr bunyi kecoh kat dapur. bila tgk kat tingkap, bibik sebelah dgn bibik belakang sedang mengendong anak majikan masing masing. anak majikan bibik belakang ada benjol lebam kat dahi. ermm.. biasala budak jatuh. so tun pun tutupla balik langsir. malas nk masuk campur hal bibik.

pastu tgh bagi amanda susu, dgr suara budak nangis kejap ada kejap takde. pelik!. tun pun check balik. huhuhuhu... seekor bibik belakang sedang menutup mulut budak yg berusia sethun sambil menenyeh dahi budak tu. nak suruh lebam tu surut la tu. takut majikan ngamuk. tun selaku jiran yg perihatin tanyala bibik tu naper budak tu nangis. dia jawab budak tu tetiba nangis, takda apa apa. sah menipu.. tun dh nampak apa dia buat tun terus tepon suami . suruh suami tepon majikan tu. tp dia xde.. so dia mintak tolong jiran (abg H) untuk check.

petang kemudian,

majikan tu datang rumah ckp tun dah salah paham. bibik dia dah nangis sbb abg H dh marah dia nk repot polis kalau dera anak dia. majikan tu mcm salahkan tun sbb buat bibik dia nangis. dia kata bibik dia ni jenis yg sgt lembutt. dia cepat nangis. dia takkan angkat tgn. anak dia yg lincah sgt. dia kata minggu ni jer anak dia dh dua kali jatuh. mmg tun nampak pun, benjol kat kepala, kat hidung pun ada lagi darah beku. kesian budak tu. mmgla tun tahu bibik x pukul budak tu cuma cara dia tuam benjol tu mmg ganaz la. kalau kena kat anak aku..memang benjol kepala bibik tu. pastu bila tun katala, tun selalu dgr bibik dia jerit marah anak dia. pastu kakak tu leh ckp.. anak akak ni degil, kena ckp jerit jerit. kekadang akak ada pun dia jerit marah. anak akak ni nakal sikit. ermmm..susah la nak ckp dgn org cemtu. dia dh syg sgt bibik dan tak percaya ckp jiran. tak apa la. pasnih..x mau masuk campur la. yg tun tak puas hati bila tun nk ckp..dia potong ckp tun. so malas tun nk cite lebih.

suami pun ckp, lepas ni jgn masuk campur. anak dia nk melalak ke, nk menangis ke.. lantak la. aku dh ckp, ko tak caya.

pelik betul kan, kalau tun kat tempat dia mmg tun tak bagi muka kat bibik. kenapa akak tu tak tanya bibik dia. macam mana anak dia boleh jatuh dua kali dlm minggu ni. nampak sgt bibik biarkan jer. badan anak dia pun tun tgk mcm ada kesan jatuh. mmgla bibik tak pukul tapi sampai jatuh jatuh ni. majikan ni tak kisah ker???????

lu pikirla sendirikkkkk

Thursday, June 2, 2011

penat nyerrrr haku!!

tun sgt stress apabila melihat suami menonton tv mahupun melayan twitter di henpon. rasa mahu je ku campak henpon itu ke lubang jamban. kan ku sudah bilang.. suami saya hanya romantik dikala bininya pregnant jer. bila anak dah kuar beliau pun lepas tangan.. stressssss. dia balik keje bawa anak naik moto pusing pusing 15 minit pastu gi surau pastu balik dia layan CSI kat tv pastu anak nk manja manja dia wat bodo. tu baru anak nk bermanja manja..belum lagi bini. sakettt hati ku. haritu laki ku pegi team building 4 hari. bodoh giler kompeni tu antar staff pegi sampai 4 hari. tak pikir ker..staff tu ada bini yg baru pas bersalin yg memerlukan sokongan suami. stupiddddest sungguh. 4 hari jaga anak siang malam secara solo memang menimbulkan tekanan tahap maksima. bila laki balik dari team building tun dah warning " kalau bonus you tahun ni dapat sikit..memang i nk hamuk jer kompeni u" .

menurut suami bonus dia bulan 7, si isteri sudah mula menghitung hari.. nk itu nak ini. tapi kalau dpt sikit.. mmg isterila lebih frust dr suami. huwahahahahak.

tapi bak kata org tua tua, setiap kejadian ada hikmahnya. disebabkan menjaga 2 anak di rumah..aku nk makan pun x sempat. penatttt giler babas , sorang nk susu, sorang lagi dh sepahkan dapur. baru kemas dapur, ruang tamu lak dah mcm titanic dilanda todak. anak teruna saya ni mmg suka buli ibunya di rumah. sedihhhh . hikmahnya..jeng jeng jeng.. saya sudah boleh pakai jeans sebelum pregnant. masa tgk jeans tu dlm hati dh bagi amaran, kalau tak muat takper, ada sebulan lagi. nanti muat la kot. tetapiiiii...muat jugak akhirnya. huwaaaaa.. itu merupakan satu kejayaan yg tidak disangka-sangka. mcm nk pasang microphone..nk hebahkan satu dunia aku dh boleh pakai jeans sebelum pregnant beb.

so target seterusnya .. nk pakai jeans zaman anak dara. masa berat ala ala tin susu pekat. walaupun sekarang berat mcm tin biskut timbang, namun akan kucubaaaa. kununnn nk perangi nasik. semalam dah bertekad xnak makan nasik, harini telan 3 pinggan. itula tun teja. cakap tak selupa bikin..oleh itu tun nk ckp..tun nk jaga anak sampai kurus.. huhu. yg tu x dpt dielakkan.

Wednesday, April 6, 2011

sakit sakit

semalam tak tidor sampai pagi. sakit kontraksi yg amat sgt. ingat nk terberanak tp ku tahan jugak. sbb pagi ni mmg ada appointment dgn doktor kat salam specialist. doktor yg sama sambut mikhail akan sambut anak nombor dua ni gak. mikhail? makin besar alhamdulillah makin senang nk jaga. kalau dulu mmg agak lincah skrg ni mcm soleeehhh jer. hakhakhak. dia macam paham je ibu dia x larat nk jaga dia. sepanjang hari tun dok depan tv.. dia pun akan menempel sebelah tun. tapi mata dia bukan tgk tv. anak laki saya ni mmg x suka tv. puas paksa suruh dia tgk tv sbb kekadang tak larat gak nk melayan dia. kalau kita tgk tv mula la dia tarik telinga, tarik rambut, kiss pipi, dan apa saja dia rasa nk buat dgn ibu dia. dia akan buat dgn sesuka hati.

mmg tak sabar nk anak ni keluar. nk tgk muka dia, nak main dgn dia.. tp risaulak mikhail jeles. jgn risau ye mikhail. ibu syg awak sama rata. takde istilah pilih kasih.

ya ALLAH, kau lindungila hamba mu ini. semoga seminggu akan datang ni tidak ada apa apa yg akan mengguris hatiku. aminnnnnnnnn

Wednesday, March 23, 2011

lagi 4minggu

tadi gi scan baby kat salam specialist. alhamdulillah.. doktor kata semua ok. cukup sifat. InsyaALLAH. mcm x sabar je nk tgk anak ni kuar. muka saper la gamaknya. hopefully..comellll..
comel, baik dan bijak. aminnnnn.

pasal en.suami lak. kekadang tun mcm tak suka teknologi. tambahan lak bila suami dok berkepittt dgn henpon layan twitter la, beliau suka sgt politik. nyampah pun ada. kalau x layan henpon.. dia layan tv. bosan giler. rasanya kalau ilang sabar.. ada adengan henpon melayang. tapi bila difikirkan 3 kali. nasib baik dia layan politik.. kalau dia layan betina..ataupun dia suka melepak kat kedai mamak tgk bola lagi hangin satu badan kan kan kan. biarlaa dia dgn twitter dia yg penting dia ada kat umahhh.. leh nampak depan mata.

td doktor kata.. dia kata lepas ni kena buat gap. takleh beranak setahun sekali.. huwaa.. sy pun tak larat la doktorrr. no.3 biar badan kasi solid. tapi pregnantkan anak second ni. mmg xde selera makan sampai kena gastrik. harap harap selera ku takde sampai laa 2tahun lagi. supaya boleh kurus.

Monday, March 7, 2011

entry pjg

sygkan anak tangan tangankan, sygkan laki tinggal tinggalkan. memandangkan syg suami..maka esok tun balik kg untuk membawa anak sulung sy balikkkk ke pangkuan kami. huhuhu.. suami jgn gatal gatal yer. dok rumah baik baik, kemas apa yg patut..jgn pergi bersosial dgn rakan rakan. sbb awak tu, muka mcm org tak kawenn kang org ngorat..sian kat tun. mikhail pun taknak makcik.

huhuhu.. cite bab gatal ni kan. pepagik kelmarin, tun ckp pasal plan nk balik kg. tun ckp ngn dia.. yg, i rasa i nk sumpah u la. i sumpah u..kalau u menggatal..i nk u rasa mcm mana rasanya i pregnantkan anak u selama 18bulan. biar u sedar betapa sukarnya ibu mengandung. so kalau u nk selamat..u jgn menggatal!. suami mcm biasa, dia malas nk layan. dia wat bodooo jer. sbb dia dh boring dgn karaktor bini dia yg mmg mengada ngada ni. bila fikirkan balik...mcm ntah paper jer. dahla semalam bgn tghari, tgk rumah clean and clear, baju dalam mesin basuh pun dia sidai, bilik bawah yg selerak pun dia kemassskan dan andai kata suami tun masak tghari semalam, pasti ramai kaum kaum ibu yg cemburu dgn perempuan bernama tun teja ini. atau pun mereka akan berprasangka buruk , ingat suami sy dh kena ilmu nasikk tutttt. ohhh tidakkkk.... no no no.. sy masih lagi ingat ALLAH. hakikatnya.. tun tahu..dia kesian kot tgk bini dia bawa perut. sbb kalau x pregnant..mmg dia tak buat la semua tu. suami kesiann kot tgk bini dia yg x leh tidor mlm, dan kekadang semputt. itula untungnya pregnant. leh amik kesempatan ke atas suami sendiri dan org sekeliling.

amanda nanti syg ibu dgn ayah yerr. awk nk jadi anak ibu ke nk jadi anak ayah???????.
kalau jd anak ibu, kena temankan ibu kuruskan badan, gi cari barang mekap, pastu melanggan majalah wanita sambil berbincang hal rumah tangga. tips paling penting yg ibu nk sarankan. cari suami biar la yg solatnya cukup dan dari keluarga yg bahagia. semoga cunlaa anak aku ni nanti. semalam berdiskusi dgn suami

tun teja : yg, i boringla nk mintak anak asyik asyik jadi doktor ngn engineer, mcm takde kerja lain. tapi i nk mikhail jadi doktor..kalau kita sakit leh jaga kita. tp amanda, i nk dia jd pengacara rancangan oasis astro. pengacara yg cun cun ni . pakai tudung dan cun melecun. best tu yg!

suami : uishhh kalau dia jd pengacara, mesti dpt kawen dgn laki yg ada title. bangga kita yg. ada anak yg cun , baik lak tu.

tun teja : ha ah. bangga je i nk bagitahu semua org yg amanda tu anak i.

wahahahahkk.. tgk tgk!!!. amanda lum kuar lagi kami dah berangan sakan. siap nk suruh amanda join pidato skolah biar dia berlatih dari kecil supaya senang masa ujibakat nanti. hahah.. semua mak bapak mcm ni ke? atau tun ngn suami je yg sengal?????? agaknya, mcm ini la angan angan mak bapak . mengharapkan yg terbaik untuk anak anak..tp sedihkan kalau anak yg kita harapkan tu x jadi manusia.

Ya ALLAH.. ko lindungila anak anak dan cucu aku. selamatkanla mereka.. aminnnnnnn


(panjang lak entry kali ni)

Sunday, March 6, 2011

neskepe ais

gara gara minum neskepe ais sbb dh hampir hampir ngidam nk minum kopi. tun order nescafe ais smlm. minggu ni mmg mkn luar je sbb mikhail kat kg. mak bapak kandung dah bawa lari anak saya balik kg sbb diorg takut sy tak larat nk jaga rumah and tak larat nk kemas rumah baru.

sian mikhail , baju baju pun takde.. sbb masa mak ayah amik mikhail, barang barang semua tak turun dari lori lagi masa pindah tu. diorg bawa lari anak saya cenggitu je. seminggu anak takde rasa mcm jadi superwoman je nk terbang balik kg. ni kalau amik sok, memang sah mak kandung sy nangisss teresak esak sbb cucu dia nk balik ke pangkuan sy.

satu benda je yg best bila mikhail takde..tun dan suami boleh makan secara romantik di kedai makan. sbb kalau mikhail ada, mmg tak aman laa nk makan. mikhail akan beraksi seperti hero, panjat meja, sepah sepahkan makanan dan yg paling tensen dia akan mengamuk nk kuar dari baby chair. so sementara anak takde ni, kami amik kesempatan makan di luar sepanjang minggu. takyah penat penat tun nk panaskan kuali. mmg besttt..tapi bila balik rumah, anak takde mcm x lengkap kehidupan seharian.

dan semala... tun order neskepe ais, punyalaa lama menahan diri dari minum kopi sbb pregnant. tapi tak tertahan juga akhirnya. kesan kopi tersebut membuat tun x tidur malam sehinggal pagi ni. hebat betul kesan kopi. boring tak tau apa nk wat, kul 4 pagi mandi, pastu main game kat henpon suami. pastu skrg ni dah mengadap blog. huhuhuhu.. bosannn betul bila anak takde. tak sabar nk balik kg sok. tun balik sorg je..suami tinggal sorg kat rumah ni. takperla.. sekali sekala biar dia rindu skettttttt..

Friday, March 4, 2011

amanda oh amanda

rasa macam tak sabar tunggu amanda kuar dari perut ibu. tak sabar nk tgk amanda senyumm. muka saper la agaknyaaa. kalau cun mcm angelina jolie tak pun sweet mcm rita rudaini ke. perghhhhh.. mmg tun letak harga tinggi. so kepada mertua yg bekerjaya, bolehla menyimpan dari skrg. anak ku ini pasti mahal harga nya. wahahahahak. kalau dia muka cam tun??? ikut suka hatila berapa berapa yg bakal menantu nk bagi. yg penting..beliau mestila seorang kaki masjid, yg boleh bimbing anak tun, dan mestila berduit. kalau pegi masjid tapi takde duit.. takpela.... terpaksa direject. kang pas kawen takkan anak cucu tun nk makan mandi kat masjid. owhhh tidak!!. amanda cari lelaki yg elok elok ye, kalau boleh yg mcm ayah (puji laki sendiri). yg penting cari mertua yg boleh syg amanda mcm anak sendiri. mcm opah dan atok. tgk!! ibu puji mak bapak kandung lagi. tah pape kan.. suka ati la janji kita senang hati. kalau ada yg tak puas hati , apa leh wat.. biarla mereka dgn hati mereka.

mcm mcm dah ibu plan nk wat ngn amanda. dulu ibu byk gak plan nk wat ngn abang mikhail tp byk x jadi. contoh ..dulu ibu janji nk berjogging ngn mikhail setiap hari..tp bertahan seminggu je. sbb ibu mmg selalu hangat hangat tahik ayamm. tapi kali ni ibu tekadd. tah bape kali tekad ibu pun tak tau. tapi ibu janji..ibu akan kuruskan badan. kita sama sama diet kay. amanda pempuan.. tak payah mkn byk byk..biar slimmmmm.

eeeee.. cepatla kuar sygggg, awak dok dlm perut ibu ni pun bukan reti nk dok diam. asyik gerak gerak je sampai ibu takleh tidurr. kalau awk dah kuar tiiii.ibu nk tidur ngn awak ngn mikhail. ibu tido tgh tgh. mikhail belah kanan, amanda belah kiri.. ayah???? ayah tii tiddooo ermmm ayah nk tido mana ye???? ayah tidor bawah la. katil tak muat!!!!!.

cepat la kuar syg, awk leh jumpa opah dan atok..awak cucu perempuan 1st tauu. semua excited nk jumpa awak especially opah n atok. atok dh beli baju awak.. save duit ibu . kalau ibu beli , mesti harga yg ibu mampu je.. tp kalau atok beli..bolehla amanda merasa pakai yg mahal mahal..sbb atok syg anak menantu and cucu cucu diorg. lagi skali ibu puji mak bapak kandung!! amanda dah besar ti kena syg ibu and ayah macam ibu sayang atok n opah kay!!!!!.

lots of luv,

ibu

Wednesday, March 2, 2011

jeless

kekadang bila tgk orang lebih sikit dari kita..mesti kita cemburu. pastu kita mula rasa eleeehh.. takat benda tu je. aku pun leh dpt.

contoh a) kawan beli kete baru..kat mulut kita cakap.. "waaahh.. best nya dpt kete baru. " tapi dalam hati kita. eleeehhhh.. aku pun leh beli cuma taknak je. seriuss.. kekadang hati tun cemtu la. dan aku yakin semua orang mcm tu. cuma bila ada rasa jeles / hasad dengki tu mesti la beristighfar byk byk.

contoh b) tgk pempuan kurus.. slim je. dalam hati kekadang terdetik "badan je lawa..muka berjeragat". waaaaaaaaahhhh.. busuk betul hati aku ni. mmg nak kena insaffff.

mcm mana nk sucikan hati ni? setan berbisik dok menghasut dan aku sering terlupa..hasad dengki ni kerja setan supaya boleh sumbat aku dalam neraka. di kala pregnant ni..tak leh tgk org kurus. rasa dengki nk mampus.. rasa tak berdaya nk kurus kan badan.

cite bab dengki ni.. mmg lumrah manusia.. mana boleh tgk org lebih sket. dan aku rasa org yg ada perasaan dengki ni ada di kalangan india dan melayu. kaum ni mmg tak boleh tgk orang lebih sikit. sbb besfren aku dulu india gak.. bila aku dpt better offer, bukan nk happy tapi dia leh ckp dulu pun dia dpt offer tu gak cuma x pergi. pastu dia dok ajar macam mana nk jaga laki. suh masak laa.. suh aku diet la. padahal laki dia dah pregnant kan pempuan lain. pernah sekali rasa nk belikan dia cermin . tgk diri sendiri dulu then baru aku rasa dia ni jelesss. dia ni jelesss..sbb aku rasa suami aku perfect. mungkin bukan perfect kat semua org tp sgt sempurna untuk tun. alhamdulillahhhh.
suami tak pernah tengking aku, angkat tgn nk lempang bini dia pun tak pernah, sygkan anak dia, dan aku harapppp biarla dia mcm ni sepanjang hayat tun. aminnnnn .

dan lagi satu , maybe ada yg nyampah naper aku suka sgt puji mak bapak kandung. bistu.. kalau sendiri tak puji sape lagi nk puji??? setengah manusia suka dgr masalah kwn. bila kwn tu ada masalahhh.. dia akan tolong kita. tapi dia tak suka tgk kwn hepi. bila kwn hepi.. dia akan rasa menyampah. sumpah ada org mcm ni...
tun suka puji mak bapak kandung sbb tun selalu bandingkan dgn nasib kengkawan. ada yg mak bapak tetapkannn wang bulanan yg kena bagi kat diorg. harini dpt gaji harini..bapak dah call. bila nk masuk duit.

ada juga mak bapak yg beza bezakan anak. anak ni mintak leh dpt.. anak yg ni mintak tak dpt. siannn kan. yg ni paling sadissss.

mak dan ayah, kalau ada 10hingget, 8 untuk anak. 2 untuk diorang. sebenarnya rasa terhutang budi yg amat ni. pindah rumah baru byk gile duit nk pakai..dan byk gilerr di sponsor bapak tun. diorang bukan kaya pun tapiiii.. diorang tak boleh tgk anak susah. diorang takde pun takpe asalkan anak anak senang.. byk gile tun nk beli. duit grill, duit perabot..huwaaaaaaaaa. nasib baik ayah ada. suami tun patut rasa bertuah dpt mertua mcm diorang.

mikhail dgn amanda jgn risauuuuu, ibu akan jd macam opah and atok. ibu takkan susahkan korang. yg penting korang senang.. ibu lagi senang hati.

Thursday, February 24, 2011

semakin tua semakin dot dot dot..

semakin tua semakin pelupa. tak ingat apa apa pun. today befday aku tapi kalau husband tak wish mmg x ingat langsung. selalunya lagi sebulan besday dah minta macam macam dari encik husband. pastu baru teringat.. patutla ayah beriya iya nk dtg hujung minggu ni. memang tabiat ayah tun, atok kepada mikhail.. kalau befday anak menantu mesti celebrate. itu pasal tun ckp..ayah tun ayah the best in the world. tun tak nak minta hadiah tahun ni.. sbb nya sabtu ni akhirnya dapat duduk rumah sendiri. aku nk tebuk dinding sana sini pun takde sape nk pedulik kan kan kan. nk pindah rumah mesti byk pakai ongkos..sian encik husband. tima kasih gak pada ayah yg byk sponsor utk rumah baru. mikhail,,,, kalau ibu takde..awak kena jaga atok n opah yer. balas jasa diorang.

lagi satu simptom dh tua tua ni. makin sensitif lak. sikit sikit nk sensitip.. emosi pun mcm tuttttt. bila husband tak layan je bila kita sembang..mula la beprasangka buruk. kekadang tu rasa mcm dia dh tak sayang. mula la rasa diri ni gemok, tak cantik, dia syok pempuan lainnnn..padahalnya.. bukan tak sedar suami balik rumah on time, bila balik mesti belasah nasi 2 pinggan.. adik tun ckp kan, kalau tgk laki mkn byk rasa lega jerr..sbb kalau dia balik dating mesti dia kenyang. syaitan ni byk sgt la. suka sgt menghasut hamba yg lemah ni. isk isk isk isk..

wish untuk this year.. semoga tun kekal bahagia dgn family sampai ke akhirattttttt. aminnnn

Saturday, February 12, 2011

hot chick vs ibu selebet

kalau dulu keluar pintu rumah tak pakai maskara, tak pakai lipstik, tak pakai bedak and tak pakai perfume..ibarat tak pakai apa apa. terasa seperti memalukan diri di khalayak ramai. pendek kata..kalau tak tgk cermin sejam sebelum keluar rumah..tun mmg tak ada konfiden . perangai suka melaram ni hanya berlarutan sampai mikhail 11 bulan.

sekarang ni..pegi opis pun dgn tudung senget benget. muka berminyak tak berbedak pun leh selamberr jer. dulu tgk cermin..kalau cermin boleh berkata kata mesti dia dah menjerit tahap histeria sbb pempuan ni suka sgt cermin. zaman muda remaja, ayah tun sgt tensen menunggu anak anak dara dia bersiap. dia pernah keluar statemen "tgk cermin lama lama pun kalau keluar muka mcm siti nurhaliza takperla gak.. ni muka tun jugak". paham tak maksud ayahku disitu??? tak paham takpe.

bukan tak perasan..diri sendiri tak terurus.. tun selalu salahkan kerja diopis yg menimbun buat tun stress sampai malas nk berhias. skrg ni..tun selalu tanya suami.. "syg, kalau i pakai seluar ni leh ke? " sambil menunjuk seluar tracksuit, seumur hidup tun belum pernah tun pegi shopping centre pakai seluar sukan. ibarat pantang tuk nenek aku .tetapi suami kata OK so kita langgar je pantang larang tok nenek itu. kekadang pakai seluar tak gosok pun tanya dia "yg, nampak sgt ke seluar ni kedut kedut?? " suami akan jawab "tak". so..apa ajer yg aku nk pakai..semua nye boleh. maka..tun amik kesempatan..sarung aje la apa yg depan mata. lipstik pun kekadang pakai kekadang tak. rasa muka mcm zombie kampung pisang tp dek kerana suami tak bersuara..tun kata.. ok apa..natural beauty. namun hakikatnya tun tahu.. jadi perempuan tak boleh mcm ni. kelmarin.. opismate tun kata "patutla akak tgk tun ni mcm messy je, pregnant baby girl rupanya. kalau dulu akak tgk bergaya." oooo.. jadi tun selebet begini bukan lah dek kerana stress kerja mahupun suami yg tak amik berat. tetapiiii baby dlm perut ni ye. anak ibu laa yer punya angkara.. isk isk isk. takper takper sib baik ibu syg awak. ibu maafkan awak. nanti bila anak ibu dh keluar kita gi spa ye. kita jogging n diet sama sama. awak perempuan.. kena diet dari kecik.supaya x gemok mcm ibu.

ni nama anak still menjadi tanda tanya.. amanda or zehra??

Saturday, February 5, 2011

baby girl insyaALLAH

kelmarin scan.. x nampak apa apa..so doc kata kemungkinan besar baby girl. suami dh tersenyum hepi.. tun pun hepi gak. tapi leh bayangkan muka mak yg hepi gile tu. almaklumlaa.. cucu semua hero. tetiba heroin nk keluar..pasti menggumbirakan hatinya. cuma doc tu kata, dia x jamin sbb baby tu kecik lagi dia tak nampak apa apa. meaning kena scan lagi laa. tun??? aku tak kisah mana mana pun aku suka. cuma kalau nama anak perempuan mmg xde nama lagi. nk letak yasmin. ayah lak tak suka. nak letak amanda, suami kata takde maksud. isk isk isk.. takper ibu akan cari nama anak ibu .

rabu aritu dapat berita gembira dari salah seorang kwn baik. alhamdulillahhhh dia akan masuk club tun. dulu jeless sgt dgn kwn kwn bujang yg masih lagi menikmati hidup.pegi tgk wayang , kuar makan makan dgn kwn kwn, travel sana sini.. best!. tapi kawen pun best gak cuma bila penat wat keje rumah, perasaan jeles tu dtg. tapi bila gk muka mikhail..jeles tu ilang. alhamdulillah..kwn tun dah kembali bertudung. syukurrr. tun pernah nasihatkan dia, kalau nk jodoh.. jgn suruh bf berjanji setia tapi kena minta pada ALLAH supaya ditemukan dgn jodoh yg membahgiakan. and kalau nk doa dimakbulkan kenala taat pada perintah ALLAH yg wajib.

doa tun, semoga dia bahgia sehingga akhir hayat.

cite bab pregnant lagi. tun dulu kemain bongkak lagi ckp nk beranak setahun sekali. huhuhu. tun tarik balikkkkkk kata kata tu. sbb pregnant kali ni mmg penattttttttttttttttttt. setiap malam kena kejut husband sebab kaki mengalami kekejangan. terpaksala suami yg mithali ni urut kaki bini dia walaupun mengantuk.anak pun dia jaga sepenuhnya sbb tun tak larattttttt. dalam hati mmg kesiannn..tp sorry yer syg.. lagi beberapa bulan je. pasni u boleh rehat biar i pula take over. skrg ni..memang penat sgt. semua tak boleh buat.

tadi tgk movie..mikhail dh ikut atok n opah dia balik kg. sedih mmg sedih tapi baby sitter baru ni jaga mikhail mcm hampeh. badan mikhail merah merah. bontot dia pun mcm naik kudis. sampai ati baby sitter tu wat mcm tu. sementara nk cari baby sitter baru, tun bagi mak ayah jaga kejap. nangis gak tgk mikhail pegi. tp suami ajak tgk wayang, kurang sket sedihhh. gi klcc suami kata green hornett best. mmg besttttt..

-end-

Wednesday, January 26, 2011

http://sabby-boutique.blogspot.com

kengkawaaaaaaann sekaliaaaan. sila lah melawat kedai online saya ini. http://sabby-boutique.blogspot.com tak beli takper.. lawat jer. barang memang gerenti murah dari pasaran dan kualiti seperti padini.

selamat menjamu mata di sana yerk. eceli byk yg tak upload lagi. comingg sooonnn.

P/s: org berniaga..kita pun sibuk gak nk mencuba nasib.

hopefully oklaaa.. aminnn

Monday, January 24, 2011

2nd aniveseri.. hahah

semalam.. relax je.. cool jer. tak rasa paper pun.arini pegi opis pun masih tak rasa apa apa. pastu terpandang kalendar kat email. 24 jan.. ermmm ari apa yerk? dok lama gak bepikir. mcm ada something je dgn harini. alamakkkkk.. eniveseri aku rupanya. oooohhhh laki aku leh lupa yek. siapp ko!. angin gak la at the same time best pun ada sbb ada point nk marah kan laki. terus sms dia.
"yg, arini eniveseri kita tapi u boleh lupa. i pun lupa gak. isk baru anak satu. belum spoloh lagi". sent!!. tunggu punya tunggu suami tak reply.. eeeeeeeeeeeeee. panas panassss. tetibaa.. tit tit.. baru nk baca sms, suami call. "syg, sorry. iskk i betul betul lupa. syg hepi eniveseri.. i love u so much". ucap suami. taktau la nk marah ke nk hepi. nak marah mcm tak adil lak. diri sendiri pun lupa. soo.. hepi la.

tepon mak mengadu sbb kitaorg bleh lupa eniveseri. isk isk.. baru anak satu belum spoloh lagi. pastu mak ckp " takperrr.. anak spoloh ti, anak anak yg remind kan. " ha ah laa.. mcm aku dan adik yg slalu wish kat mak ayah. betul gak kan. kalau spoloh anak leh dpt spoloh hadiah. kalau sorg bagi handbag, sorang bagi kasut, sorang bagi bla bla bla bla..leh blahhhhhhh. ko nk produce spoloh ke tunnnnnnn?? ni yg no dua nk kuar ni pun aku dh terasa ngerii. mikhail dulu kuar normal, walaupun proses dia doploh minit jer.. tapi sakit bersalin..huhuhu seminit pun aku taknak dah. kali ni nk mintak epidural. tak kireeeee. aku nk epidural gak. kalau memang x sakit, lima belas pun aku sanggup produce. amboiiii amboiii amboiiii.

balik dari opis... encik suami tunggu kat LRT. aku dah lupa bab eniveseri. tetibaa dia wat aku rasaaa bersalah yg tak terhingga. " syg, hepi eniveseri" dia hulur 3 kuntum bunga ros. bunga mmg kelemahan tun. bagi aku kereta lancer pun tak boleh mencairkan aku. sbb aku seorang yg jiwang, aku suka yg romantisss. dan suami tahu apa dia kelemahan isteri dia. BUNGAAAA. bak kata orang tua tua, walaupun aku nampak ganas tapi dalam hati penuh dgn taman bunga ros. aku beli apa kat encik suami???? NOTHINGGGG.. x beli apa apa pun. huwaaaaaaaa.. kesian dia. pastu ckp ngn dia.. "yg, gaji i khamis ni. weekend la kita celebrate ye. i banjer u mkn. " mcm biasa. suami saya memang cool. dia jawab OK.

taktau nk bagi dia apa. eceli aku dlm low bajet ni.. ada mende nk settle. nk bagi perfume.. laki aku ni kalau mintak bukan jenis yg murah murah. baik aku takyah tanya apa dia nak. wat bodo jer la. banjer dia makan sudahhh!.

ya ALLAH.. bahgiakan lahh kami berdua sehingga akhir hayat.. aminnnnnnnnn.

Saturday, January 8, 2011

kena sound dgn en suami..

"subuh tadi solat tak?" tanya suami dgn pandangan yg agak serius. nak tipu berdosa, nk ckp jujur memang sah la kena marah . bistu dari menanggung double dosa..tun mengaku "tak, u tak kejutkan i". cuba menyalahkan suami pulak. suami mengeleng kepala. "i gerak u tadi. u ckp nk bangun lagi 2 minit". tun pun wat senyuman ahli neraka. senyuman yg memang tak menawan langsung. kenapa tak bgn tadi yerrr. oooooooo..semalam balik dari opis pukul 12 tgh mlm. bayangkanlaa sampai ofis 7.30pagi dan kuar opis pukul 12mlm. kalau keje kerajaan maybe aku dh naik pangkat dh. tapi kerja swasta, semua org pun balik lambat. sampai rumah , rehat rehatkan badan, mandi, main main dgn anak, pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. sampai pukul 10pagi. subuh dinosor pun tak selewat itu maka hamba ALLAH yg lalai ni pun menqada la solat dia.

kerja tempat baru ni mmg menekan jiwa. serabutkan hati. masa untuk anak pun terhad, masa dgn tuhan pun dh terabai. dulu ada gak masa nk baca surah yusuf, lukman, maryam masa pregnant. sekarang ni.... malas nk citer. kesian anak ibu dlm perut. takperla.. ibu janji awak kuar nanti ibu akan mengaji kat telinga awak sampai ibu khatam. insyaALLAH...

anak, maafkan ibu yer. sbb tak jadi ibu yg baik . tak jaga awak dlm perut ni. ibu sempoii jer. ibu janji awk dh kuar , ibu berubahhhhh.

Sunday, January 2, 2011

boboi or girl??

suami saya, family saya, dan kengkawan sekeliling doakan sy dpt anak perempuan. sy tak scan lagi baby dlm perut ni. smlm nk gi klinik tp tutup lak. so kitaorang tgk rumah je pastu gi mkn pastu gi giant beli brg dapur pastu balik tgk tv sepanjang malam.

anak perempuan mmg comel. manja, dan kita boleh peluk diorang sampai diorg dh kawen. kalau anak laki, start masuk form 1, nk kiss pun dh malu. tetapi tun rasa x layak je nk jadi ibu kepada anak perempuan. takut kalau perangai dia sebijik mcm aku. pemalas, tak reti masak, x reti kemas rumah , panas baran dan yg paling tun risau dia derhaka pada mak ayah. tu semua sifat sifat negatif tun. mcm mana nk didik anak kalau diri sendiri pun tak betul.

bab masak memang sah sah la.. tun gagal. mcm mana ni?? nanti nasib dia mcm tun, bila nk ke dapur rumah mertua dah pasti gelabah. tun kalau kat dapur mertua nk potong sayur pun seram sejuk. dah la tak reti masak, lembab lak tu. nak goreng cucur semangkuk pun hampir sejam. pernah gak la mak mertua ckp tun lambat wat kerja. huhuhu.. x dapat di nafikan lagi. sy wanita yg serba kekurangan. itu pasal kalau nk balik rumah mertua jer..aku jadi tak tentu arah.

salah mak bapak aku ke aku jd cemni? adik aku ok jer? terror masak. bistu salah saper? salah diri sendiri ke?. awal awal kawen dulu..siap tgk resepi kat internet. dh lama lama makin malas. nasib baik suami tak cerewet bab mkn. beliau makan je apa yg ada tanpa byk songeh.

anak dlm perut ibu ni boboy ke gigirl??? kalau girl, please jgn ikut perangai ibu ye syg. umur 12tahun ibu antar gi kelas masak. pastu leh masak untuk ibu dan ayah. best best!!!..ibu goyang kaki je. mikhail pulak kemas rumah.. perghh.. bestnya. cepatla besar wahai anak anak ku.

Saturday, January 1, 2011

rumah baru yeiyei.

mikhail,

tadi kita pergi tgk rumah. dah siap.. yeiiiiyei. pasni leh duduk dah. walaupun rumah kita x besar mana tapi okla nk mulakan hidup. okla 4 bilik tido. ibu nk beranak lagi sorang pun takde hal. hahahah. kang ada yg bising lak ibu asyik produce jerr. huhuhu. adik mikhail pun nk keluar. nanti ibu bawa korang berdua main kat taman depan. depan rumah kita ada surau. kalau ayah tak pergi surau.. mikhail babap ayah tau. ibu tak sabar nk pindah rumah baru. semoga tahun 2011 ni kita sekeluarga bertambah hepi. aminnnn.

ada org pernah nasihat kan ibu. kita akan rasa hepi kalau kita sentiasa bersyukur. so azam tahun baru ni ibu nk jadi hamba ALLAH yg bersyukur dan taknak beprasangka buruk. biar org buat kita, kita jgn buat org. sabarrrrrrrrrrrr je .mikhail dah besar nanti jadi contoh yg baik pada adik adik. agak agak , mikhail sempat ke baca blog ni. ibu tulis blog ni untuk anak anak ibu. kalau blog ni musnah pun takper.. mulut ibu boleh cite byk. ibu akan cite byk pasal atok and opah yg sygkan cucu cucu dia.

ops tadi atok tepon. dia kata nk sponsor set bilik tido untuk rumah baru kita. huhuhuh. ibu tak nak set bilik tido. ibu nk set sofa kaler putih. hihihi. ibu anak derhaka kan. suka menyusahkan ibu bapa. jgn jadi macam ibu. jgn risau pasal ibu. tgk mikhail berjaya pun dah boleh membahgiakan ibu. balas jasa ibu dgn kejayaan mikhail. mikhail hidup senang, ibu lagi senang hati.

lots of luv,

ibu.

Friday, December 31, 2010

teruna pojaaan ku





setiap hari memandang mu tak jemu jemu. oh anak!!. sygnye ibu pada awak. isk isk isk.. mcm aku sorang je yg ada anak. org lain x obses pun mcm ni. adakah ibu seorang je yg mcm nih? biar pun ada sejuta baby comel dalam dunia ni. hanya dikau pujaan hati ibu.

Thursday, December 30, 2010

andai kata..

andai kata tun pergi dulu sebelum suami. tun nk pesan kalau dia kawen lain.. Mikhail kena bagi kat family tun. kasih mak tiri x sama ngn kasih syg atok and nenek. sejak akhir akhir ni asyik pikir mati je. badan pun lepas satu satu penyakit dtg. tun mintak suami tolong la bayar puasa nazar tun yg lagi 3 hari and tolong sedekah kat anak yatim RM150. nota ni untuk adik tun yg tun rasa dia akan baca. tolong ingat ye wasiat along ni. kalau tun pjg umur.. insyaALLAH akan ku settle ASAP.

dalam hidup tun ni tak ada satu pun penyesalan. malah bersyukur sbb ditakdirkan kawen dgn suami sesempurna dia. dah tun sgt bersyukur dikurniakan ayah dan mak yg penyayang. andai di beri peluang untuk idup 10 kali. tun masih lagi nk berada di tempat tun sekarang. semoga kasih suami pada tun sampai ke kubur.

tadi tun ckp ngn dia "andai kata i mati dulu, u jgn bagi bini baru u jaga mikhail. bagi kat mak i. "
dia reply plak "kalau i mati dulu, u janda kaya. insurance i semua atas nama u. tp i izinkan u kawen lain kalau duit semua abis". hahahha. bengong punya suami. mcm la susah sgt nk abis kan duit. bagi sejuta sehari pun leh abis.

tapi tun ckp ngn dia. "duit i semua atas nama mikhail. i x nak bg u sesen. i boleh idup susah senang dgn u. pempuan tu pun patut mcm tu jugak".

tapi tun doa semoga.. mikhail merasa kasih syg kami berdua sampai dia dewasa. tun nk tolong dia bila dia susah, tun nk senyum bila dia hepi. dannnnnnnn tun nk syg menantu tun. and tun selalu ckp ngn mikhail walaupun dia tak paham, tun kata " ibu akan syg menantu ibu mcm anak ibu sendiri. Mikhail jgn risau".

kekadang rasa taknak anak perempuan. tak tahu kenapa. rasa tak mampu nk jaga. mesti risau je pikir kan dia. kalau ada anak perempuan tun x nak bagi dia keluar rumah. suami pun nk gugurl. baby dalam perut ibu ni. esok baru ibu nk scan. ibu tak kisah yg mana mana pun ibu syg. ibu mintak maaf sbb x jaga sgt. ibu dh lama x baca quran, solat pun yg wajib jer. solat extra x buat dah. acid folic ibu tak makan, x minum susu.. pendek kata. kekadang ibu lupa ada anak dlm perut. byk sgt mende dalam kepala otak nih. terima kasih encik suami. kerana menjaga rumah, makan minum bini u ni dan yg paling tun hargai.. u jaga mikhail.

mintak ampun yer kalau ada yg mengguriskan hati .



Sunday, December 5, 2010

after kawen & universal studi




























































Kawen ni kekadang best kekadang feninggggg. kalau dulu kalau marahkan laki leh la nk merajuk 2-3 hari. sekarang ni..kalau merajuk kena control sketttt... kang laki fed up lak. almaklumla.. beliau pun byk keje nk buat selain melayan bini. anak dh la dia jaga 70% memandangkan sayer pregnant. Oleh itu, susu anak beliau buat setiap malam. lagi pun kalau merajuk dikala kegemukkan ni salah timing la. badan dah sebesar tempayan, kalau merajuk memang tak secomel anak dara. so pikir pikirkan lah dahulu sebelum nk buat perangai. sekarang ni kalau nk merajuk pun.. merajuk dalam hati ataupun wat tak layan jer. kalau encik suami nk bermanja manja...sorry!.. no entry. isk korang ni.. jgn pikir yg biru biru OK!. tun wat donno paling lama pun separuh hari la. tapi kalau terasa diri sendiri punya angkara, tak sampai spoloh minit tun dh peluk dia pastu sedaya upaya wat muka comei sambil mintak ampun. dan seperti biasa suami saya yg mmg mithali ni akan lembut hati akan terus lupakan semua. TETAPIIIII...kalau dia yg mulakan ANGKARA..memang SIAPPPLAAA. tiada ampun bagi mu. akan ku kenang sampai mati. siapa kata melayu mudah lupa??? tun nk buat puisi bertitlle "perempuan tidak mudah lupa". memangla tun ampunkan tetapi..lupakan..owh never never never!!!. betul tak wahai perempuan sekaliannn????? saper ckp tak betul tu..mmg takutkan laki la tu. wahahahak.

okla.. cite pasal UNIVERSAL STUDIO. tersangat best sbb bercuti dgn semua ahli keluarga tersyg. thank u ayah sbb sponsor tiket and terima kasih juga kat adik ku kerana byk sponsor kakak nya yg sering kekeringan uwang ringgit kebelakangan ini. bukan sebb apa... rumah sendiri x siap lagi. sementara nk tunggu siap kena bayar 2 bijik rumah. adeii..bila la nk siap ni? x larat dh nk membayor nyer.

itu pasal saya sayang family saya. mereka tak suka menyusahkan dan memandang rendah kepada yg kekurangan. dan diulangi lagi sekali.. mak bapak saya tak ada guna istilah menantu dalam kamus hidup mereka. semua dilayan seperti anak. baru baru ni suami saya dpt hadiah..walaupun kali ni tak ada kek sbb diorg dtg lambat.. tetapi never forget anak menantu punya bday!. semoga ayah n mak pjg umur. aminnnn. ok..kita stop topik memuji ahli keluarga. kita bercite pasal universal studio.

ermmm malas la nk citer. apa kata anda semua pergi dan merasa sendiri keseronokkan disana. memang berbaloi. !!

Monday, November 22, 2010

singapore-universal studio

tak sabarrrrr nak pergi singapuraaaa. universal studio....plan last minit.. hopefully menjadi la. tun dgr adik ckp best. dia baru balik semalam. terus tun call ayah. "Ayah!! jom gi singapore." ayah reply "anytime" yahooo. i lurve u ayahhh. kan tun dah bilang. mak bapak ku memang terbaik!. tun sponsor husband la kali ni. hadiah birthday dia. hopefully nxt yr dia bawak tun gi europe lak. wakaakkaka.. berangan tak hingat. sabtu ni..semoga plan berjalan lancar. amin.. syg semua orang.

Sunday, September 5, 2010

lagi lagi mikhail..




lagi lagi mikhail.. lagi lagi mikhail. ibu terlalu obses dgn mikhail ke??
ohwww anak... ibu syg awak byk sgttttttt.. jadi anak yg soleh ye.

Sunday, August 22, 2010

i need bibikkk..

rumah tun hanya dikemas pada hujung minggu je. weekdays mmg rumah ku terbiar. penaaaaaat. balik rumah dah mlm. pepagik dah kuar cari rezeki. cuba bagitauu mana nk dpt tenaga extra untuk mengemas rumah?. hujung minggu lak.. bila anak tido baru laaa boleh mengemas. tun sgt tidak berdaya. nak ke dapur masak air pun malasss to the max. kemas rumah x payah cite la. baju dijemur 3 hari baru angkat. sgt terukkan!!! fizikal dan mental saya sgt tak berdaya.

bila mintak kat en.suami nk seorang bibik. beliau kata tunggu bulan 12 ni. betul ke?? atau harapan palsu. tolonglaa.. dapatkan saya seorang bibik.. kerana rumah saya sgt bersepah sepah.

Sunday, August 15, 2010

gym vs nasik

sudah seminggu saya berjinak jinak dgn gym. start isnin.. every lunch hour jer.. tun pegi membakar lemak di gym. tapi.. diulangi TETAPI... tapii.. tapiiii.. berbuka time, makaan nasi 2 pinggan!!. lemak yg masuk pun berganda ganda menggantikan lemak yg terbakar tadi. waduh.. dulu masa masih berdara (zaman anak dara) tak makan nasi 3bulan pun relaxxx jer. la nih.. dah jadi mak kepada teruna saya ( MIkhail), kalau tak makan nasik samala mcm tak mandi. hidup tak sempurnaa tanpa nasik. byk kali pesan pada en.suami.. jgn bagi bini dia mkn nasik. tapi en suami mcm takut plak nk tegur bini, sbb bila bini dia tgk nasi..muka binii dia mcm singa kelaparan menunggu masa je nk baham mangsa. so... encik suami mengambil langkah keselamatan dgn tidak menegur si bini. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mcm mana nk mengelak nasik nih? tolonggggg!!!.

puasa kali nih.. sgt bermakna. rasa mcm hidup dah complete. ada laki ngn anak kat sisi. tetiba rs nk tambah sorang lagi. elehh.. time anak tido boleh la ko ckp nk lagi. tapi bila time mikhail menangis.. rasa nk masuk je beliau ke dalaam perut. anak ibu makin besar makin byk ragam. kekadang rasa nk jual je dia tu. sekilo 5hingget..sape nak beli???. cepat la membesarr.. tolong ibu buat keja rumah. ibu suruh ayah potong rumput kat depan umah... daah berbulan bulan terbiar/ lagi 3 bulan rumah kita dah boleh jadi taman lalang simpanan. ayah tunggu mikhail besar kot baru nk potong. dia nk buat aktiviti bapa dan anak kottttt.

Tuesday, July 13, 2010

dilema



kalaulah ibu ada pilihan.. kalaulah ibu terjumpa harta karun. kalaulah ibu ada kuasa magik yg boleh mengubah segalanya menjadi mudah. astargfirullah.. berdosa tau sebut kalau bebanyak kali nih. macam mengeluh dgn takdir. tapi ibu manusia biasa yg tak sentiasa terikut ikut hasutan syaitan. jgn ikut perangai ibu ye mikhail. ibu sedihhh.. ibu tak suka kerja ibu sekarang nih. ibu takda pilihan.. kalau ibu benti saper nk bagi duit shopping mikhail?. nak cari kerja lain.. tapi gaji kat sini kira OKla gak. tapi kerja.. beban nya mcm bawa batu atas kepala. masuk je opis kepala dah berattt. macam di penyek penyek. gambar mikhail la jadi penguat semangat ibu. setiap kali rasa nk nangis je, ibu akan pergi toilet ..pastu tgk gambar mikhail kat henpon. adakah ibu terlalu obses dgn anak atau mmg semua ibu pe-el dia mcm nih?.

sekarang ni mikhail mengada ngada kenapa yer? nak tido kena didodoi. mentang mentang anak sorang. tunggu laa pasni yasmin kuar.. awk kena jadi abang. hahah. yasmin? lagi setahun..ibu nk produce lagi. tungggguuuuuuuuu

Monday, June 28, 2010

cuti cuti (selesa beach resort-pd)






http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4425351708153247382
sabtu lepas merupakan first vacation buat mikhail. bertolak dari rumah pukul 12.30 and sampai pd around 2pm. Mikhail sgt baikk.. dia x meragam pun. cuma mengada je terlebih. Asyik nak mainnnn. bila tak layan mula laa nk merengek. satu bab yg ibu kurang senang dgn mikhail. awak pantang duduk kat kedai makan. nak berdukung je. terpaksala ibu ngn ayah take turn makan. hilang keromantika kami. memandangkan mikhail alergik dgn tempat makan, maka kami pun beli bungkus dan makan di bilik hotel.

ibu suka vacation di pd sbb dekat dan cantik. tapi next month.. ayah kata nak bawa kita ke A-famosa resort, Melaka. kalau dia tak bawa, kita babap ayah!!!

Sunday, June 13, 2010

hepi bday atok





mikhail, entry ni khas untuk awak. ibu nk awak kenal atok awak sbb atok sgt syg mikhail dan cucu cucu lain. kelmarin kita celebrate bday atok. atok stay kat sini seminggu. sbb dia nk spend time dgn anak menantu dan cucu cucu dia.

atok seorang ayah yg sgt baik. dia tak mcm bapak bapak orang lain. atok sgt berdikari. dia tak suka susahkan anak anak dia. setiap kali ibu bagi duit.. dia mesti tolak. malah dia bagi kita duit lagi.. mcm la ibu ni tak keje. kalau kita pegi makan luar satu family... dia tak macam setengah bapa yg mahu anak anak belanja. atok mikhail mmg baik. dia yg belanja. kalau anak belanja semua tak sedapppp. tapi kalau dia yg belanja semua nya OK. pastu selalu ugut, kalau tak pakai duit dia, dia taknak makan. atok bukan orang kaya, dia sederhana je. duit dia takdela bertimbun cuma dia mmg tak suka susahkan anak-anak. sampai sekarang.. kalau balik kg, minyak kereta anak menantu dia yg isi.. so kalau ayah mikhail taknak balik kg ibu mmg kejam la. semua di sponsor oleh atok. apa lagi nak????. atok bukan oraang kaya ye mikhail. dia jenis yg tak berkira. kalau dia ada 10 hinggit. 8 hingget dia bagi kita, 2 hinggit untuk dia. itula atok mikhail. oleh itu.. sayangilah atok. dari kecil sampaila besar, atok susah nak cakap tak boleh pada anak anak. apa anak mintak pasti dapat. kalau dia tak berduit pun dia akan usaha sampai dapat. itu pasal ibu dan adik ibu manja terlebih. dan sebab inila ibu suka balik kg ibu. mikhail cepatla besar.. nanti mikhail paham kenapa kami syg atok. lupa nk cakap.. atok ngn opah sygkan menantu-menantu diaorang. setiap kali bday ayah mikhail.. atok akan beli kek. last year atok siap tempah kek special untuk ayah mikhail. tapi untuk bday ibu mikhail yakni anak kandung atok, dia beli kek secret recepy je. nampak tak di situ??? ayah sygkan menantu menantu dia. tak macam setengah orang.. lebihkan anak dari menantu. so kalau ayah tak syg atok.. kita babab ayah!!!!

kelmarin masa kita beli kek bday atok. tetiba kaki atok mcm lumpuh takleh jalan. kami terpaksa pakai wheelchair jusco usung ayah ke kereta. masa tu sedihnya tak terkata. baru ibu sedar atok dh tua. kesian atok. sekarang ni ibu tgh tahan menangis. ayah kat belakang ni. kang dia ingat ibu emosional terlebih. padahal.. mmg sedih pun. mikhail dah besar nanti mikhail kena syg atok dgn opah. balas jasa diorang. dan ibu janji. ibu akan syg mikhail sepertimana atok ngn opah syg dan manjakan ibu.

Saturday, June 5, 2010

bandung best ke??









dh lama dah gi bandung.. cuma arini baru terasa nk menulis pasal bandung. sbb kalau mikhail tanya ibu dh g bandung ke belum.. tun nk suruh dia baca blog je. blog ni khas untuk mikhail. kalau dah besar nanti dia leh baca sampai muntah sbb tak tahan dgn keromantikkan ibu dan ayah dia. hakhakhakhak. sorry ye mikhail sbb ibu terpaksa tinggal kan mikhail kat matok ngn wan. kami pegi 2nd honeymoon kat bandung. actually plan kami nk bercuti di guilin-china. tetapi masa keje kat tempat lama ada satu makhluk ALLAH ni asyik cite pasal bandung sampai kami rakan sekerja ni sampai mual mendengar cite cite beliau. setiap hari ada je cite pasal bandung. tun dan suami tak pernah terlintas pun nk bercuti ke indon. sbb dulu tun dah sampai medan.. mmgla cantik tapi takdela best sgt.

Dek kerana makhluk ALLAH tu, tun asyik mengadu kat suami.. taktahan dgn cite cite dia. bosan sebenarnya. Aku yg dh pergi merata Europe pun tak penah kecoh kecoh satu opis. ko setakat bandung dah kecoh kecoh. korang leh bayang tak..kalau setiap hari selama 8bulan korang akan dengar cerita bandung yg di ulang ulang. TAK TAHAN kan???. begitula juga saya. maka setiap harila tun akan menambah dosa dgn mengumpat beliau dekat si suami. suami pun dh naik boring dgn cite saya..maka dia pun memberi cadangan "syg, kita cancel pegi china, kita pegi bandung la ye." dengan plan yg sgtla tak teratur. kami belasah je. hotel pun tempah lagi 2 ari nk pegi. pak supir pun kami tempah sehari sebelum. (cerita pasal makhluk ALLAH ni ada dah tun tulis. cuma tun tukar lokasi jadi pulau phuket dalam entry lagak. )

Sampai di bandung.. excited gile nk mulakan langkah. so sampai di sukajadi hotel kami terus order makan sbb dah kebulur tahap maksima.. ops cite bab hotel nih.. makhluk ALLAH tu duduk kat motel je.. itu pun nk kecoh. hahhah... saper yg bace entry ni pun akan menanggung dosa bersama si penulis. better stop disini sebelum laptop anda akan terasa bahang api neraka.

saya akan terus menulis bagi menghangatkan lagi suasana. huhuh. petang tu kami berjalan kaki ke shopping mall yg di panggil paris van java. pastu gi makan. giler bapak teruja dgn harga yg 5kali murah dari mesia. patutlaaa makhluk tu shopping kat sini. murah bebenar rupanya. ke esokkan harinya pak supir bawa kami dari pagi hingga ke petang, .bershopping di butik butik barangan ciplak kelas A. ingatkan original..tapi bila tgk harga dan barangan..ermmm.. CIPLAK je rupanya. dek sebabkan harganya murah.. suami shopping sakan. tun???? tun takde mood nk shopping..kalau setakat nk beli barang ciplak.. tak payah la tun nk beli kat sini.. baik tun beli kat padang besar perlis je. handbag pun ciplak.. tun teringat makhluk tu berlagak dgn handbag yg dia beli kat sana. tun tak beli ke?? ops kalau setakat handbag ciplak.. biar takde pun takpe. wahahahaha. tun dah terasa panas dh nih. mungkin api neraka sedang meniup kencang.

sambung kembali cite bandung, tun beli baju mikhail ngn anak anak buah. mintak maaf ye. korang kecil lagi. pakai ciplak pun takperr. pastu beli sikit sikit untuk keluarga. pastu beli borong telekung ngn kain kain baju kurung. kalau makcik makcik pasti sukakan tempat ini. tun??? sesak.. i dun like it. so kami pun mintak pak supir hantar ke shopping mall sbb kami tak selesa dgn pasar baru itu. sampai shopping mall.. takda orang. kalau kat mesia.. mesti dh dipenuhi dgn manusia. di sana.. nk masuk pun kena scan dulu takut bawa bom.

malas la nk cite pjg. tapi di bandung terasa mcm orang kaya sb leh masuk restoren 5 bintang. kalau kat mesia maybe tak leh masuk kot sbb tak mampu. overall kalau tanya tun best ke tak? tun akan cakap... biasa je.

tun cite kat mak, " mak, takdela best mana bandung tu. kalau dgr cite makhluk tu.. mcm syurga je bandung nih. " mak tun menjawab " biarlah dia. kesian la kat dia. dia hanya pegi situ je. tak penah pergi tempat lain. sebab tu dia rasa situ je best". betul gak cakap mak. tun patut kesiannkan dia.

kenapa mcm bengang je nih? tun tak tahan sgt dgn lagak dia. dia pernah keluarkan statement
"anak buah i kan, kalau balik rumah i mesti hilang, maklumla rumah besar". perghhhhhh. tak pernah lagi tun dgr puteri raja dlm istana boleh ilang. ini setakat dok rumah teres dua tingkat kalau mak ko besarkan rumah pun.. besar mana la sgt. lu pikir la sendiri.

ni cite bandung ke nk menggumpat? lu pikir la lagi sekali.

p/s: mikhail jadi orang yg merendah diri ye. jangan sombong ngn berlagak..ibu rotaan nanti.